I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 30, 2011

Giler !! Cam Tak Percaya Aku Pun Nak Buat CONTEST !!




Memang sejak kebelakangan ni, aku memang sibuk dengan macam-macam aktiviti.. Mana nak lengkapkan kertas seminar, mana nak praktis pembentangan, mana nak siapkan esement.. dan yang paling aku gigih nak lakukan.. dan yang paling sukar dan mencabar adalah.. - Menghafal muzik dan lirik lagu Dato Siti.. hehehe..


Untuk tidak menghampakan peminat-peminat (cewah !!! macam ada je kan??) aku telah menyertakan video tayangan kenangan-kenangan sepanjang aku dan kawan-kawan sibuk membuat tesis sampai siap..!!


Sekarang, cuba korang tengok video tue.. Tengok betul-betul dan cuba korang kira berapa kali muka aku muncul dalam video ni. Sapa dapat jawab soalan ni dengan betul (menurut aku la...) - aku akan review blog beliau dalam blog nie...


Tapi ada syarat... !!



1. Teka berapa kali muka aku muncul dalam video ni.


2. Lengkapkan slogan dibawah...


"Aku rasa blog 'bilaorangnogoriceloteh' ni best sebab........"


(tidak melebihi 20 patah perkataan)


2. Aku bagi korang 3 hari. Maknanya tarikh tutup 2 Oktober 2011.


Mudah jer kan..??? hahaha.. Jadi sudi2kan la yer. Mana tau ini rezeki korang semua untuk dikenali dalam blog ni di samping merapatkan hubungan bersama tuan punye blog dan kawan-kawannya..


p/s - terima kasih kat AJK Penyusunan Slaid Seminar, sebab telah memaparkan muka aku dengan kadar yang paling maksimum sekali.. hahaha..!


.

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #14 - Seminar Penyelidikan Tindakan Sains 2011..

.

p/s - Ada sebab kenapa aku tak pernah suka gambar pasport atau gambar IC aku sendiri.. Tengok tu, semua gembar macam rupa orang mati kejang sebab kejutan elektrik je kan ? Apapun doakan aku banyak2 yer untuk Seminar.. Amin..

.

Saturday, September 24, 2011

All Your Love


Sejak aku mulai bijak mengumpul duit belanja harian, aku sudah pun berdikari membeli sendiri album nyanyian artis kegemaran, Dato Siti Nurhaliza. Teringat bagaimana aku kuyup berhujan berlari balik ke rumah setelah aku dapat album E.M.A.S. masa form 3 dulu. Tak pernah pun ada rasa menyesal lepas gembira dengar lagu 'Bukan Cinta Biasa' yang susunan muziknya sangat unik.. Unik kan?? Sapa setuju angkat tangan ?!!



Alasan aku membeli album muzik Dato Siti - "aku tak sanggup tertunggu-tunggu stesen radio putar lagu kegemaran baru aku yang waktunya entah bila-bila.."


Dan tahun ini, sekali lagi aku tak boleh terlepas memiliki album inggeris artis ini. Bukannya tak boleh nak download kat internet.. tapi entahlah..?? Albumnya kali ini terlalu istimewa. Sekali aku intai cover albumnya pun aku dah terpikat..!! Hahaha..

All Your Love by Siti Nurhaliza

Dalam album muzik ini terdapat sepuluh buah lagu - All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I cry Out, Fight For Love, Stand Up, Remember You.


Dalam banyak-banyak lagu ni ada tiga buah lagu yang paling aku suka - All Your Love, Fight For Love dan Falling In Love. Rancak sket baru best..!!


Jadi dari beli sampailah ke malam sampai keawal pagi dan mungkin sehingga leleap mata.. CD ni berputar tanpa henti. Tapi beli yang ori, gerenti tak rosak-rosak kan ?? Kalau lepas ni aku tak update blog, mungkin sebab aku sedang hafal lirik lagu nie.. hahahaha !! Gayanyer macam kat bawah ni lebih kurang.. hahaha !!


.
p/s - sekop kepala ni bukan sesaja beli. Kebetulan masa g Cameron hari tu ada jual. Murah jer harganya, RM5 ! Aku rembat satu buat kenangan .. Jadi tak de kaitan sebab nak jadi klon dato' siti k? hahaha..!!


.

Friday, September 23, 2011

Isu - Wedding.



Grr...!! tak semua orang bersedia menghadapi hari muka. Malangnya, aku salah seorang yang terlibat dengan kenyataan tu.. huhuhu..!


Sejak kebelakangan ni aku rasa aku terlalu 'tercicir' berbanding kawan-kawan yang lain. Tahap pemikiran kawan-kawan sekelas aku nampaknya lebih keterdewasaan 4 -5 tahun kedepan berbanding aku. Nak tau kenapa..??


Bayangkan, setiap kali kuliah dalam kelas.. dalam sibuk-sibuk kami semua melengkapkan kertas seminar, sibuk melengkapkan kertas tesis.. ramai yang bercakap pasal perkahwinan. Sekali, dua kali, tiga kali dengar - menarik, kali keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan dengar - rimas pun ada jugak. kelima puluh kali - tekanan, stres, burn out..!!!


Bermula dengan kisah ada kawan-kawan yang sudah berkahwin. Ada yang dah pun bertunang. Terdengar kisah pasal cincin tunang masing-masing. Tu belum lagi kisah baju-baju tunang, baju pengantin.. pelamin.


Aku tak stres bercakap tentang keindahan perkahwinan tu. Kadang-kadang enjoy juga. Tapi aku risaukan tentang mana nak cekau duit nak kawen. Cakap pasal perkahwinan memang mudah. Bak kata kawan aku sorang ni.. "kalau boleh, esok jugak aku nak kawen..".. Patutnya kene betulkan macam ni, "kalau ada duit, sekarang ni juga aku nak kawen..!!"


Nak kawen sekarang bukan boleh nak guna singgit dua. Bak kata emak aku, selagi tak cukup rm10 000, baik simpan dulu niat hati nak kawin cepat-cepat. Abiskan belajar, kerja bagi mak abah duit gaji dulu dan enjoy puas-puas.


..tapi bila di fikir-fikir. Aku tau kenapa aku stress sangat pasal isu kawin, isu tunang ni.. sebab aku awek pun tak de lagi.. patutlah aku stress sgt.. hahaha !!


Kepada kawan-kawan terutama kawan-kawan sekelas yang ramai bercinta sesama classmate sendiri tu. Tahniah !! Semoga bercinta dengan matlamat perkahwinan yer. Boleh dah la kumpul sket-sket dah tu !! hahaha...!!


Aku memang tak sedia lagi tentang isu-isu perkahwinan ni. Tapi isu-isu kekeluargaan, isu-isu kebapaan ini aku rasa aku dah ready kot?! hahaha.. best kot jadi bapa muda !! Tadi masa kat mcd, ramai pulak bapa-bapa mithali bawak anak-anak shopping. Ada yang tolak anak dalam troli, ada yang suapkan anak makan.. sweet !!


Dan aku selalu terfikir, alangkah best, jikalau malam-malam aku selepas ni bertemankan anak kecil comel yang diminta bacakan sebuah buku cerita sebelum matanya lelap lena di sebelah.. huhuhu !!




Adilla, cinta hati saya.

.

p/s - sapa-sapa yang nak pinjam majalan In Trend edisi Okt, boleh mintak kat aku k? Beli memang untuk kawan-kawan sekelas yang merancang nak kawin.. Baik tak aku ? hahaha..

.

Monday, September 19, 2011

P.E.N.Y.U.



Sempena hari Isnin yang kebiasaannya memberi mood biru-kebiruan.. Jadi aku siarkan beberapa gambar kenangan di Pusat Pengurusan Penyu, Segari, Perak baru-baru ni. Tiada apa yang lebih menarik tentang pengalaman di sini selain melihat dengan mata sendiri, kami melepaskan anak-anak penyu yang baru menetas merangkak-rangkak menghampiri lautan dan meneruskan kehidupan di sana. Dalam seratus, mungkin seekor dua saja yang mungkin dapat menjadi dewasa. Kesian kan??


Semasa melihat anak-anak penyu kecil ini menghampiri lautan, aku tidak dapat menyembunyikan perasaan sayu. Aku tidak dapat membayangkan tentang masa depan anak-anak penyu ini akan masa depan mereka. Melepaskan kumpulan anak-anak penyu ini bagaikan melepaskan anak sendiri bergerak hidup untuk meneruskan masa depan sendiri tanpa sapa-sapa. huh !!


Kemudian aku refleks kepada diri aku. Jikalau anak-anak penyu sekecil ini perlu berdikari pada usia kecil, tapi kenapa tidak aku ? Manusia yang sempurna kejadian..!!


Anak-anak penyu terus merangkak-rangkak ke menyusur laut tanpa ada yang mengajar. Inilah yang dipanggil fitrah alam.


Banyak informasi yang aku dan kawan-kawan dapat di Pusat Pengurusan Penyu ini tentang bagaimana proses perkembangan pemuliharaan penyu, apakah teknologi yang digunakan agar keselamatan penyu sebagai haiwan yang terancam sentiasa terpelihara dan pengetahuan serba sedikit jenis-jenis spesis penyu yang masih ada di negara kita.


Teringat kuliah hari ini berbincang pasal stress di kalangan guru. Makin dibincang makin stress pulak otak aku nie. Sebenarnya melarikan diri dari masalah takkan menyelesaikan apa-apa. Kini, stress buat makan minum aku terganggu dan tabiat kehidupan aku juga terganggu. Terperuk kat bilik saja.


Teringat satu dialog aku dengan seseorang semalam.


"Kalau nak jadi pramugara boleh tak ??"

"Ada pulak... tak boleh. Takkan blaja pandai-pandai nak jadi pramugara ??"

...dalam hati aku, blaja kat maktab ni,.. pandai ker??? huhuhu...

.

p/s - tengah-tengah tulis esei pasal punca dan langkah mengatasi stress di kalangan guru. Aku berhenti. Sebab Stress. Tetiba pasang mp3 dalam mood record. Aku nyanyi dan dengar suara sendiri menyanyi. Best kot sore aku nyanyi lagu "Warkah Berlagu Pilu".. hahaha !!

.

KOUGAR by Shaz Johar



Kalau emak tengok perangai aku dalam dua tiga hari ni, tentu mak akan marah. Masuk hari ni, dah lima bungkus sup cendawan keju cap Campbell aku bantai. Mentang-mentang kat blok kediaman ni dah ada air panas.


Hujung minggu ni semua orang takde kat hostel. Ramai yang balik kampung. Kalau ada yang tak balik, ramai pulak yang keluar jalan-jalan. Al maklumlah kat penang banyak tempat nak berjalan... dan aku yang dah bertahun-tahun menetap kat Penang ni memang dah tak de hati lagi nak jalan-jalan. Tumpuan aku memang cepat-cepat nak tamatkan pengajian. Bosan.


Kalau ada manusia di Bumi ni; yang cuti hujung minggunya digunakan untuk menyiapkan keje-keje sekolah. Aku pula lain. Aku memang gunakan cuti ini untuk berehat. Kalau aku rancang untuk buat keje pun, akhirnya mesti tertangguh. Tindakan entah ke mana, perancangan pun entah ke mana..


Keje last minute ni jugak yang berhasil..


Dari pagi, mulanya aku mandi. Bersihkan diri. Buka laptop. Blogwalking. Layan Fb. Layan YM. Buka Window Media Player. Kemudian masak sup cendawan. Buka novel yang dibeli semalam - KOUGAR. Baca. Kemudian mandi semula. Sambung pem-baca-an. Kemudian mandi.


Layan lagu Yuna. Perut pun lapar. Nak pegi tesco makan nasi kandar, malas. Jalan kaki ke kedai serbaneka One Stop Recsam (dekat dgn kawasan maktab). Beli 100 plus, roti gardenia, tuna ayam brand, biskut oreo.


Balik bilik. Aman rasa sebab rumate yang kuat bercakap tak de.. balik kampung. Buka novel. Sapu roti gardenia dengan tuna secara berpasangan walaupun tuan dia single-mingle lagi. Makan. Makan. Makan. Sehingga kepingan roti yang ke sembilan-sepuluh. Sambil membelek-belek novel.


Pembacaan novel sampai m/s 206, Kak pinat anta mesej.


"Kenapa call tadi?"


Dari mesej itu, jam 6 kami berdua ke Tesco.

Temankan dia beli barang-barang untuk menjamu anak-anak murid dia. Anak-anak murid aku jugak. Akhirnya kami berdua makan malam di Secret Recipe. Sedap. Baru lengkap aku rasa hari aku.


Balik. Kak Pinat bagi naskah Yassin yang cantik. Aku balas dengan magnet peti sejuk yang aku beli tempoh hari di Cameron. Aku suruh dia pass kan kat abg shamzuri dan akak Suriani sama. Masuk bilik. Buka novel - KOUGAR semula; sehingga tamat.


Telefon emak. 40 minit lamanya.


Kesimpulan. Aku tak pernah rasa kehidupan aku sempurna melainkan aku berada di rumah. Tapi aku tetap gembira menghabiskan masa untuk diri aku sendiri hari ini. Aku percaya, dalam diri jangan ada perasaan tamak. Sebab kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi.


KOUGAR by Shaz Johar - Kalau si pelukis, en Muhammad menghabiskan masa 8 jam membacanya dari Kota Jakarta ke Yogyakarta sebagai peneman yang setia, aku ambil masa sepanjang hari membacanya dengan setia walaupun tidak ke mana-mana. Ada sebab kenapa aku sukakan penulis lelaki. Jalan ceritanya mudah dan bahasanya ringkas. Maaf novelis Liyana Zahim. Tiada langsung unsur diskriminasi. Novel anda juga bagus. Ikhlas puji.


Kualiti pada novel KOUGAR ini adalah originaliti jalan ceritanya. Kalau dilayan pembacaan novel ini dengan lagu-lagu si Yuna yang berkumandang, sah-sah macam dalam butik TOPSHOP. Kisah si Kisha itu seseolah memberi inspirasi walaupun dia 'nakal'..


Cinta, Masa, dan Akal.. semuanya datang serentak..! Akal la yang menentukan mana yang perlu dan mana yang tidak.

.

p/s - esok kelas. Baju pun tak siap iron lagi. esement.. malas nak fikir. letak tepi dulu la.. !!

.

Saturday, September 17, 2011

Buat Baik Dibalas Baik.

Semalam, setelah sekian lama aku tak menaiki feri, akhirnya aku naik jugak. Selalu terpampang kat ruangan berita, jadual pergerakan feri tidak menentu menjadi satu masalah kepada rakyat. Tapi kepada aku yang jarang-jarang menjadi penumpang, menunggu feri kali ni tidak membawa kepada apa-apa masalah. Feri tiba, aku naik saja tanpa banyak soal.


Sempena cuti menyambut hari Malaysia kali ini, aku menghabiskan masa di rumah keluarga angkat aku di Penaga, seberang prai, Penang. Sudah lama aku tak singgah berkunjung ke rumah ni, almaklumlah sibuk dengan keje dan latihan praktikum. Kalau berbual dengan emak, emak selalu berpesan kalau ada masa, singgahlah ke rumah mereka.


Emak selalu berpesan, tinggal dengan orang kene bijak membawa diri. Jaga perlakuan. Cakap jangan meninggi diri.


Pegangan itu yang aku bawa sehingga ke hari ini. Biarpun duduk di rumah tepi bendang, tapi aku sangat selesa di rumah ini. Udaranya masih nyaman. Kadang-kadang terdengar-dengar bunyi angsa yang seringkali aku tersasul memanggilnya bangau. Seisi rumah mula-mula memandang pelik, tapi lama-lama ketawa..


"tu bukan bangau la bang.. itu angsa..." kata salah seorang adik kawan aku ni.


Begitu jugak dengan riuh bunyi jentolak di bendang belakang rumah. Waktu tengah hari aku minta untuk mandi di bilik air di luar rumah. Segarnya mandi dengan air sejuk sedangkan suhu sekeliling panas membahang.


Dan dari bangun pagi sehinggalah petang, tak sudah-sudah dijamukan dengan makanan. Dari lauk pauk ikan berbagai jenis ikan, sampaikan ada nama ikan yang tak pernah aku dengar pun ada disajikan. Waktu petang, mak angkat menggait kepala muda untuk diminum airnya, kemudian makan pula kek orang kampung.. kemudian tomyam dan bermacam-macam. Bak kata mak cik kalau lama lagi aku di rumahnya, dia mahu masakkan laksa... huhuhu !! Kalau seminggu macam ni, memang aku akan gemuk..!!


Adakala, layanan yang terlalu baik buat aku tidak mampu membalas jasa mereka anak-beranak. Bayangkan, mak cik sanggup mengecat bilik dengan seberapa pantas di bilik tidur, kerana mahu aku tidur di bilik baru mereka. Dahsyat kan? kalau tidak aku hargai mereka, memang aku kacang lupakan kulit.


Terkenang-kenang saat-saat kami tiga beranak membuat kek. Mak cik tak mahu guna mesin, katanya tak sedap. Lalu dipukul majerin dan gula dengan kudratnya sendiri. Mula kami buat jam 1 pagi, siapnya dekat nak jam 4 pagi. Kalau nak tau, masa tgah siap-siapkan bahan, ada saja yang tak cukup. Mula-mula majerin tak cukup, terpaksalah aku dengan mak cik ke kedai beli majerin. Naseb bek ada kedai yang bukak pagi-pagi nie. Kemudian susu pekat pulak yang tak de.. bergegas la pula aku dengan anaknya ke kedai membeli. kali ni naik motor saja.. tetiba..


"ikhram, tepung pulak tak dak la ni..?"

"biar betul mak cik..?"

"dak aihh.. saja pekena ikhram.. "


Kami yang tiga beranak ni ketawa.. sambil membuat kek, sambil itulah kami berbual-bual. Mencerita kisah hidup yang silam yang penuh dengan pengajaran. Nasihat makcik ini sama seperti nasihat emak. Tiada kejayaan yang datang bergolek melainkan dengan usaha dan hati yang ikhlas. dalam masa yang sama, sempat pulak aku mengajar subjek kimia tingkatan 4. hahaha untuk adik..


Tinggal di sini tiada yang cacat celanya bagi orang yang tau menghargai alam sekitar. Kiri dan kanan penuh dengan pokok-pokok yang melambai. Sawah bendang yang menghijau. Orang kat rumah ni rajin betul membela haiwan. Semua haiwan, semua ada rebannya. semua ada kandangnya.


Sampai masa utk pulang, mereka satu keluarga menghantar.


"Abang ikhram balik esok la..?" kata asik yang bongsu

"Abang ikhram nak balik esok kan?" kata adik yang ketiga.

"Ikhram balik esok saja lah... " kata emaknya pula..


Tapi aku memang terpaksa pulang, sebab ada keje yang banyak aku tinggalkan di hostel. Lagipun alat-alat kelengkapan untuk buat keje aku tak bawak bersama. Laptop pun aku simpan dalam loker hostel.


Sebelum pulang, aku dibekalkan macam-macam. Ikan selar goreng kunyi berekor-ekor sampai boleh dibuat ratah macam tu saja. denagn gulai lemak cili api, serunding kari, dan kek yang kami masak semalam berpotong-potong. Satu set untuk aku dan satu set lagi untuk adik aku si fatin di kampus. Penuh dua beg plastik makanan dibekalkan untuk aku. Membuatkan aku teringatkan emak di rumah.


Mak selalu berpesan. Kalau kita berbuat baik, pasti akan ada yang membalas kebaikan kita.


Aku percaya ada hikmah di sebalik kebaikan emak dan abah yang selalu melayan dan berbuat baik terhadap kawan-kawan aku. Semoga keluarga angkat aku itu dimurahkan rezeki oleh Tuhan.


Terima kasih daun keladi. Lain kali ikhram datang lagi.. hehehe..

.

p/s - sedang meratah ikan goreng dan kek. Sori tak de gambar kat entri ni sebab kabel henset tertinggal kat rumah seremban.

.

Monday, September 12, 2011

Field Trip - Cameron Highland



Sepanjang weekend yang lepas, aku bersama rakan-rakan dari kelas science yang lain telah pun berlepas ke Cameron highland untuk satu lawatan pembelajaran berkaitan teknologi persekitaran. Jadi Cameron Highland ni merupakan satu tempat yang sistematik untuk tujuan itu memandangkan teknologi pertaniannya yang pelbagai khusus untuk tanaman-tanaman temperat (musim sejuk)... hehehe.. dah macam pendahuluan karangan b.melayu SPM pulak kan?? hahaha..


Lawatan ni mungkin lawatan terakhir aku bersama kawan-kawan sebatch yang telah lima tahun bersama-sama. Semakin berakhirnya kursus perguruan, semakin menarik lawatan kami. Kalau dulu-dulu, masa mula2 masuk maktab.. lawatan kami, balik-balik perkhemahan. balik-balik masuk hutan, keluar hutan.. masuk laut, terjun laut.. panjat bukit, terjun bukit.. tak dapat la nak lawa-lawa masa lawatan.


Jadi dah sem-sem akhir-akhir ni lawatan kami sungguh berprestij.. hehehe..!!


Seronoknya berada di cameron, bagai rasa tak nak balik jer. Dengan suhu sejuknya.. huhu sungguh nyaman. Persekitaran menghijau jer.. Kadang-kadang fikir, kalau aku kene posting kat cameron pun best gak! mesti balik kampung, kulit aku cerah jer.. hahaha !!


Namun yang paling seronoknya, menghabiskan masa bersama-sama kawan-kawan dengan tawa hilai yang menghiburkan di samping melihat keindahan ciptaan tuhan yang bervariasi dan indah-indah belaka.


Semakin jauh berjalan, semakin luas pemandangan.. semakin banyak pengetahuan.

.

p/s - kepada adik bongsu, IMAN.. selamat menjawab kertas peperiksaan UPSR.. juga kepada seluruh anak-anak didik tahun 6, selamat berjaya. Doa sir ikhram ada selalu pada kamu semua yer !! Semoga ada jalan pada setiap kesukaran. Amin

.

Thursday, September 8, 2011

Lumpuh



Kalau dulu, hidup aku penuh dengan cerita yang bermacam-macam. Setiap hari, kehidupan aku penuh warna-warni. Tapi sejak kebelakangan ni, lebih-lebih sejak tiba ke maktab kembali selepas cuti raya.. nampaknya kehidupan aku tidak lagi berseri-seri warnanya..


Ada orang cakap, pengajian aku ni hanya tinggal 3 bulan saja lagi lebih kurang. Jadi buat apa nak sedih-sedih. Aku tak sedih pun tentang berapa jangka hayat aku kat maktab ni. Tapi aku sebenarnya gundah memikirkan kerja-kerja yang menimbun-nimbun dan sekarang akal ni pulak makin cetek kepintarannya.


Ada ketika aku tak sangka, lumpuhnya minda ni lebih berbahaya dari lumpuh anggota badan. Semua perkara semua tak kena.


Setiap hari bangun dari tidur teringatkan rendang emak. Bukan tu jer, teringat pulut kuning yang emak masak (baru ada cocoknya) . Ada ketika teringatkan nasi ayam yang emak masak. Tak kurang juga, teringatkan sardin goreng yang emak masak. Belum dikira dengan daging salai masak gulai lemak cili api yang emak masak. Semuanya yang emak masak.. Hahaha.. Sluurpp!! Sehingga menjilat jari..hehehe..


Lama-lama bila aku renung ke luar tingkap bilik, ditambah pula dengan tugas melipat kain-kain baju yang baru aku angkat dari penyidai ni tadi.. baru aku tersedar yang aku kini kian jauh dari kehidupan di rumah. Keberadaan adik perempuan aku yang masih jauh di desa sana menjadikan kehidupan aku bertambah-tambah tidak sempurna. Huh??


Last-last, (selepas beberapa puluh minit) kain baju semua semua sudah terlipat. Cuma tinggal untuk dimasukkan ke dalam loker saja lagi. Kalau di rumah aku jarang sekali lipat-melipat kain baju. Semua dah tersedia berlipat. Ingatan kembali di rumah..


Lama-lama kesunyian itu makin menjadi-jadi. Aku sudah tahu kenapa..?? Tidak aku sangka dalam usia aku 23 tahun, aku masih lagi berpenyakit HOMESICK.. Aduhai.. tinggal 3 bulan je lagi kat penang ni.. huhuhu..


Ceh.. !! Patutlah kuar ke mana-mana pun aku tak nak..? Hahaha..

.

p/s - kene kemas kain baju lagi.. Jumaat sampai Ahad ada lawatan sambil belajar ke Cameron, Lumut dan Segari.. Jumpa di sana.. Emak, abang rindu kat emak..!!

.

Wednesday, September 7, 2011

Saturday, September 3, 2011

Penghentian



Cuti raya pun sudah sampai ke penghujung. Beg-beg dan kain baju sudah pun aku kemaskan malam tadi untuk persiapan pulang ke kampus. Kuih-kuih raya kegemaran seperti kuih almond london aku ratah-ratah mana yang ada. Begitu juga dengan gulai sardin yang emak masakkan tadi. Aku hentam juga. Kuey teow yang emak buat tadi utk tetamu pun aku baham juga.



Selalunya apa yang emak masak, semua aku makan. Jari-jemari aku ni hampir kekuningan dah warnanya. Almaklum sajalah, dari zaman berpuasa hari tue sampailah ke raya keenam ini, emak asyik masak gulai lemak cili api dan rendang kuning saja hari-hari. Mana tak kuning jari-jemari aku nie..


Selepas cuti raya ini, perjuangan aku di maktab akan kembali bermaharajalela. Sebenarnya, semakin menghampiri pengakhiran kursus perguruan ini, semakin banyak dugaannya. Di sana sini masih ada tugasan-tugasan yang belum selesai.


Semoga kekuatan ada di mana-mana. Menjadi seorang guru hari ini cabarannya bukan sikit-sikit, tetapi terlalu besar untuk dihadapi dan dipelajari tekniknya. Tidak pernah ada rehat. Jikalau bukan berbekal minat dan kesedaran yang mendalam tentang cita-cita, aku fikir aku sudah lama terkandas.


Oleh itu, aku minta pada kalian agar sentiasa mendoakan aku agar sentiasa dipermudahkan segala urusan dan pengajian. Doa yang baik selalunya dimakbulkan Allah SWT. Insyaallah.
.

p/s - esok aku balik ke penang. Naik bas jam 10.30 pagi. Harap aku tidak tertipu dengan pengusaha bas. Amin

.

Friday, September 2, 2011

Uniknya Beraya di Teratak Pak Long Rusli..


Kalau ada orang suka menyambut hari raya kerana suka makan macam-macam jenis santapan. Aku juga begitu. Aku paling suka makan lemang dan nasi impit. Selain itu rendang daging merupakan juadah kegilaan aku di musim-musim perayaan macam nie.





Jadi, selalunya kalau tak dapat semua tu, pasti sambutan raya tidak lengkap. Namun sebenarnya, perkara yang menjadi perkara pokok dalam menyambut hari raya ialah bersua muka dengan sanak saudara jauh dekat, sahabat handai yang hari-hari jumpa mahupun yang jarang-jarang dapat jumpa. Jadi peluang keemasan sebegini, berjumpa, berbual, bergelak tawa takkan pernah hendak aku lupakan.


Bukan senang nak merapatkan silaturrahim. Bukan susah mahu memutuskannya.


Jadi dalam kesempatan yang ada, akan aku cuba meraikan lebaran dengan berkunjung ke rumah-rumah orang-orang yang pernah menajdi tulang belakang perjuangan hidup malah kepada mereka yang pernah diingati dan disayangi.


... dan berkunjung beraya di teratak pak long rusli tidak pernah keluarga kami ketinggalan dalam senarai kunjungan. Beraya di rumah penuh keunikannya yang tersendiri dengan keindahan dekorasi rumahnya dan lanskap yang sudah pasti menyejuk mata yang memandang.


Semua ini adalah ilham kreatif pak long rusli itu sendiri. Bahan-bahan terpakai dan papan berlebihan semuanya menjadi satu ciptaan luarbiasa yang sangat berestetika. Selain itu keramahan cik yah dan sikap penyayangnya sudah pasti menambat hati sesiapa yang berkunjung.


Namun raya di teratak ini sudah pasti menajdi gamat dengan kehadiran sahabat sonogori iaitu wok didie dan wok mirul yang pernah sama-sama suka dan duka, susah dan senang bersama-sama sepanjang menuntut di maktab perguruan. Persahabatan kami tidak akan putus biarpun diuji dengan apa saja dugaannya.


Bila setahun sekali dapat bertemu, sudah pasti hati berbunga-bunga nampak yang indah - indah bukan ?

.

p/s - Seronoknya beraya di desa. Hari ni mak masak pulut kuning dengan rendang daging.. Sedap sangat.. !!
.