I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 29, 2011

Argh !! Nak lepak2 kat Rumah !




Rasanya akan ramai orang yang akan balik ke kampung masing2

memandangkan cuti pekerja - 1 Mei 2011

Cuti 3 hari tu siot !!

Adik aku si fatin tu dah tergolek2 kat depan tv skrg ni.. tgok AF

Dia balik bercuti ke rumah..

Al-Maklumlah cuti lebih dari biasa..

pandai budak2 junior sekarang ni yer..!!


..



Aku juga yang masih kat sini..

Hurm..

(nak tergelak dgar dialog 'hurm' tue.. hahaha)

jeles ar tgok diri aku kat atas tue..

melepak2 surf tenet atas sofa..

sambil sekotak big apple kat sofa sebelah..

dengan double cheese burger mcd sebijik..

dengan air coke kat atas lantai jer..

(ini kes bila emak tak de kat umah.. kalau tak, berani kau yer ikhram ??)



huh!! Hidup ini tak seindah biasa !!


..Mak !!!!!! Tak Sabar Nak Balik Soghomban ni ha ??




Nak tido lamo2.. !!

Nak tgok tv lamo2.. !!

Nak makan banyak2.. !!




ceh !! ingatkan nak balik sebab apa td.. hahaha !!

Patutlah mak tak bg balik..

mongabih kan bogheh yo !!


hahaha...


.

p/s - bila tgok gambar kat atas tu.. aku sendiri konfius.. ye ke aku hapi lepak kat umah..?? cam tension jer !! hehehe.. tanpa disedari, blog aku skrg disinggahi lelaki bergelar ustaz.. wow !! misteri.. hehehe !!

.

D.I.A.M !!!

Salam..

Sejuk sungguh sepanjang hari nie.. Berada di sekolah hari ni, rasa macam kat Korea.. Sekarang ni aku rasa macam baru sahaja pukul sembilan.. walhal jam sudah pun menunjukkan jam 11.40 pagi.. cuaca sekarang redup.. seredup hati aku nie.. sangat menenagkan sebenarnya.


D I A M..


Ada banyak perkara berkaitan diam yang ada masa sangat2 berguna.. dan ada ketika sangat membingungkan dan ada ketikanya sangat BIADAP !! Sapa cakap diam itu selalunya baik..?? Meh sini aku nak menerangkan perkaitan antara diam yang baik dan diam yang tidak baik... :



  • Diam yang baik itu , bila ibu dan bapa kita sedang memarahi kita... kita diam tidak menjawab. Kita setuju ataupun tidak setuju, namun kita diam; tidak melawan. Itu harus kerana melawan cakap ibu bapa adalah berdosa besar. Biarpun apa yang mereka katakan itu ada kalanya tidak tepat berbanding dengan apa yang kita fikirkan.. tapi dengan berdiam kita dapat menghalang diri kita dari melakukan dosa.


  • Diam yang baik itu , apabila kita mengalah dari terus-terusan bertelagah. Itulah jalan yang terbaik dari terus berbalah.. kita diam tandanya kita beralah.. supaya api tidak terus tersimbah dengan minyak.. tidak rugi kalau kita diam.


  • Diam yang baik itu , apabila kita memberi peluang kepada orang lain menyampaikan idea supaya apa yang disampaikan menjadi mudah dan senang untuk kita faham. Bayangkan kalau kita nak bagi idea.. semua orang pun nak bagi idea jugak??


  • Diam yang baik itu , apabila kita tidak ada apa-apa yang perlu kita perkatakan.. dan berdiam itu adalah yang terbaik..


  • Diam yang tidak baik itu, apabila orang lain memikul tanggungjawab akan keperluan seisi organisasi atau kumpulan.. kita sebaliknya hanya diam. Orang lain berhabis duit untuk menjaga kelangsungan hidup semua orang .. kita diam, buat-buat tak faham dan menghabiskan harta benda orang dan usaha orang lain.


  • Diam yang tidak baik itu, bila kita mengambil hak yang lebih dari orang lain.. dan kita diam tanpa mengambil tahu perasaan orang lain apatah lagi nak minta izin.


  • Diam yang tidak baik itu , ialah apabila kita tidak mendengar apa-apa saja buah fikiran orang lain.. lalu kita diam dan tetap meneruskan dengan idea kita sendiri. Konon-konon hanya kita saja yang pandai dan orang lain tidak.


  • Diam yang tidak baik itu , bila kerja yang sepatutnya dilakukan dengan gembira.. kita hanya diam menunjukkan kita letih dan terlalu menekan.. hoi, tolonglah hormat perasaan orang lain sama.


  • Diam yang tidak baik itu , bila kita sentiasa tidak tahu untuk belajar berkongsi. Dapat apa sahaja nikmat atau kelebihan, kita hanya diam.. bimbang kalau terlepas ke tangan orang lain.. takut nanti orang lain akan melebihi kita.


  • Diam yang tidak baik itu , kita mengambil langkah yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah.. kita diam, tp diam kita sebenarnya menunjukkan ego kita tidak padam-padam. Itu bukan penyelesaian. Diam sebegitu tanda ego yang berpanjangan dan menyakitkan hati ramai orang.


  • Diam yang tidak baik itu , apabila apa-apa perkara yang berlaku selagi tak melibatkan diri kita.. selagi tak menganggu kesejahteraan kita.. tak perlu kita fikirkan.. baik kita diam.. kalau kesusahan itu menimpa kita.. baru terhegeh2 nak bising.. itu bukan pendiam tp pentingkan diri sendiri..!!

Dan nak jadi cikgu.. adakala kita perlu untuk diam.. supaya boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu, kita berdiam, supaya perbalahan yang terjadi akan cepat menjadi reda. Tinggalkan diam yang mempamerkan keegoan kita, mempamerkan sikap tidak ambil peduli kita terhadap perasaan orang lain... Nak jadi cikgu, hidup bukan untuk mengajar buku.. tapi untuk mengajar manusia..!!


p/s - benci diam-diam manusia yang mampu menyusahkan orang lain.


.

Thursday, April 28, 2011

Huhuhu... !!

Selamat Ulang Tahun yang pertama
buat kita..
.
p/s - entahkan ingat.. entahkan lupa..?? huhuhu..
.
.

Wednesday, April 27, 2011

Solar System Ciptaan Kami


Salam..
Nak jadi manusia tak la senang sangat.. !! Dan minggu ni banyak juga masa dihabiskan dengan membuat mural.. Janganlah komen apa-apa pasal mural kami ni.. sebab kami semua ni bukannya adda asas seni lukis pun !! hahaha.. Jadi sepanjang mengecat dan mewarna ni pun kami aplikasikan konsep sains dan kalkulus.. mana kaedah yang paling mudah kami guna... mana teknik yang menggunakan masa yang paling optimum.. kami guna !! sebab apa.. sebab komitmen yang lain banyak lagi menunggu..!!


Apa-apa pun itu bukan alasan untuk kami memandang tugasan ini secara remeh.. walaupun nak cepat.. tp kami buat sehabis baik.. !! dan hasilnya.. insyaallah akan baik!


Aku harap mural ini akan mampu bertahan lama di sekolah ini.. selain memperindah kawasan sekolah, ia mampu membantu murid-murid memahami dan mengingati susunan planet-planet dalam solar sistem kita..!! Insyaallah..


Walaupun letih.. aku sentiasa memaniskan muka.., bergelak ketawa.. bila melukis mural ni kerana bagi aku melukis mural ni mampu menenangkan jiwa aku.. merehatkan minda aku.. tak semua perkara asyik nak tangani dengan tekanan jer kan??
.
p/s- baik lukis mural dari tulis lesson plan yang berjela-jela tue.. huh ??!!
.

Tuesday, April 26, 2011

Yang Ditunggu Tak Tiba





Aku rasa dato siti kalau nyanyi lagu sapa-sapa pun memang sedap kan?? bukan nak compare sapa2 nyanyi lagi best.. dua dua penyanyi best !! dua aku layan... Lagu ni seumpama menyedapkan hati yang kian merindu...



p/s - Mak iti... i luv u ... hahaha!!

Attitude

Attitude...?? atau sikap..

Semua orang ada attitude masing-masing dan menjadi seorang guru, attitude mestilah boleh dicontohi dan dipercayai oleh orang lain. Dari zaman persekolahan, aku sering memandang sikap guru-guru aku.. dan mereka memang layak dicontohi...

Kini aku sendiri yang perlu menilai peribadi aku.. kerana aku bakal menjejakkan kaki dan berkhirmat dalam profesion perguruan yang aku bangga-banggakan ini..

Semalam, aku dan tiga lagi rakan guru pelatih yang lain datang semula ke inst. perguruan bagi berjumpa pensyarah pembimbing kami bagi mendengar ulasan terhadap penyeliaan pengajaran kami. Sebagai salah seorang guru pelatih.. aku berterima kasih kepada pensyarah pembimbing aku kerana telah menilai dengan baik dan markah yang diberikan bukan sekadar markah yang kami inginkan tetapi lebih kepada penilaian yang teliti dan sangat ikhlas.

Secara jujur aku bukan mahukan markah yg tinggi, tetapi lebih kepada penilaian yang aku tau di mana kekuatan dan kelemahan aku semasa dinilaikan... aku tidak pernah kesal bila ada pensyarah memberikan markah yang tidak begitu cemerlang, namun markah itu mesti mempunyai alasan-alasan yang munasabah yang membina ; yang boleh aku guna untuk meningkatkan prestasi aku sebagai guru nanti..

Baiklah.. semasa kami berbincang, di atas buku notanya terselit markah kami.. aku rasa dia memang sengaja ingin menonjolkan markah kami secara tidak langsung.. dan markah aku tidaklah teruk sangat.. agak baik juga untuk mengajar subjek english.. subjek maut bagi aku..!!

Sebenarnya aku sendiri terlebih dahulu mengetahui kelemahan aku dalam subjek ini..

Di dalam perbincangan kami itu, aku mendengar saja komen pensyarah aku itu.. semua kata-kata dia adalah bernas dan sangat baik untuk didengar. Aku tiada masalah untuk menerima kritikannya. Lembut tetapi tegas, sebagaimana tegasnya dia memberikan markah kepada kami..

Yang menakjubkan ialah.. setelah aku mendengar setiap ulasan-ulasan yang lebih berbaur kepada negatif dari semua orang.. aku tampil ke hadapan membuka pandangan aku sendiri.. Aku ubahpersepsi yang sedia ada..Aku berpendapat, sebenarnya aku berasa aku sangat teruja dan gembira mengajar english.. Aku lihat pensyarah aku memandang wajah aku dengan begitu fokus.. sangat fokus ke mata aku.. aku berusaha sedaya menyusun ayat inggeris aku..

Aku faham, walaupun aku tau aku seringkali menggunakan sebutan dan tatabahasa yang silap dalam mengajar, tapi aku sentiasa mencuba yang terbaik dalam mengajar subjek ini. Aku tidak menggunakan bahasa melayu pun bila mentransletekan perkataan2 yang anak2 murid aku tidak faham. Sebaliknya menggunakan gambar dan main peranan untuk mereka memahami aku. Itu cara aku.. dan aku fikir ramai orang lain yang menggunakan b.melayu sebagai langkah penyelamat yang mudah tapi tidak aku.

Aku cuba sebaik mungkin. Dan apa yang paling penting, aku sentiasa memahami masalah murid-murid aku. Aku tahu mereka lemah dan aku pernah merasai pengalaman seperti itu, malah lebih teruk lagi.. jadi aku tidak mahu mereka mengalami nasib yang sama seperti aku.. aku mahu mereka enjoy bila belajar english bersama aku.. jadi untuk memahami masalah mereka, bukan keupayaan berbahasa inggeris itu yang perluakn sangat.. sebaliknya pemahaman dari seseorang cikgu itu sendiri.. dan itu adalah kekuatan aku...

Rupa-rupanya pensyarah aku menyedari kekuatan aku itu.. aku tunjukkan komen yang dia tuliskan dalam buku rekod aku, ada menyebut tentang attitude aku yang baik dan bercirikan seorang guru yang benar-benar ingin membantu mutrid-murid aku.. Aku highlightkan.. kerana itu adalah kekuatan aku.. dan dia menasihati aku agar kerap membaca. Aku menghargainya.

Sebenarnya, menjadi seorang guru.. jgnlah takut membuat kesilapan sebagaimana kita mahu anak2 murid kita belajar untuk mencuba.. begitulah jugalah dengan kita.. kita juga harus belajar mencuba dan melakukan kesilapan.. dan attitude aku itu.. iaitu sentiasa menerima kritikan dengan baik dan positive sebenarnya menambahkan lagi keyakinan aku..

Kini, biarpun markah aku hanya sekadar baik.. tapi aku rasa, aku seolah-olah mendapat penilaian yang terlalu baik atas sikap positif aku tadi.. dan anda semua boleh menjadi seperti aku.. kemudian anda akan rasa hepi sepanjang hari... biarpun kelemahan anda telah ditonjolkan secara jelas...


setiap orang ada kelemahan.. dan kita tutup kelemahan kita dengan kekuatan sedia ada kita.. kita akan jadi yang lebih baik setiap masa..

.

p/s- cita-cita aku kini... aku ingin menjadi salah seorang cikgu cemerlang di Malaysia.. boleh tak?

.

Monday, April 25, 2011

Potret Rindu..



Hahaha..

Sepanjang hujung minggu ni aku tak tau nak buat apa !!.. Keluar makan dengan adik tersayang.. pegi karaoke.. basuh baju.. melayan anak-anak murid chatting kat facebook dan masa yang lain banyak memerap kat dalam bilik.. itulah dunia aku sepanjang hujung minggu ini.. disamping ingatan yang tak pernah padam mengingati emak dan abah...

Dalam bilik di hostel di maktab, ada sekotak kertas A4 yang baru aku beli.. ada pensel mekanikal.. aku asyik tenung sekeping gambar dalam file.. gambar aku bersama mak.. tiba-tiba saja ilham mai.. (cewah, ckp loghat utagha lak?.. ) aku coretkan gambar mak dan aku.. bila dah lama2 aku lukis.. aku sendiri ketawakan diri aku.. Hahaha...!!

Kalaulah emak tgok lukisan aku nie.. mesti emak marah ?? mungkin geram ?? atau mungkin akan ketawa berdekah-dekah macam aku sekarang ni.. Sebab bila diamati lama-lama.. wajah emak yang aku lukis tu, kulit mukanya nampak berkedut2 sangat.. hahaha.. !! mungkin mak akan cakap macam ni kalau mak tgok lukisan aku ini.. (mungkin yer..??)


"Dah la tak do langsung ghupo den.. bokodot-kodot laie muko den ni ha..!! ponek yo den boli safi rania tiap2 bulan.. bokodot yo laie..?? " kata emak sambil mengcekak pinggang..


Sori la emak yer.. abg dah try sedaya upaya abg dah..!! inilah hasilnya.. walauapapun , potret manis emak yang tulen sentiasa terpahat dalam ingatan abg.. raut wajah yang tersenyum tue.. semuanya tergambar dalam minda nie.. rindu rasanya saat kita bergurau senda biarpun hanya bercakap di telefon buat seketika.. sejak abg dah besar ni.. kita banyak ketawa kan?? sebab zaman emak garang2 tu dah lama berlalu... dan abg pun dah semakin mendengar cakap... !! hahaha.. masuk bakul angkat sendiri..

Setiap saat, abg sentiasa merindui emak.. dan dengan melukis potret sebegini, terubat juga rindu abg.. dan semakin abg lukis.. semakin lebar senyuman abg.. abg ni anak emak yg unik kan?? hahaha...


.

p/s - abang sentiasa nak jadi anak emak yg baik.. selagi emak hidup, selagi itulah abang akan menghargai emak setinggi-tingginya... amin..!!
.

Saturday, April 23, 2011

Merentas Desa

Salam... Jumaat semalam, sekolah aku telah pun mengadakan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan cuaca sangat-sangat mengizinkan ; tak terlalu terik dan tak hujan.. Sebagai seorang guru pelatih.. kenangan dalam aktiviti sebegini sememangnya tidak dapat dilupakan. Sangat seronok sebenarnya.. berpeluh, bergelak ketawa bersama anak-anak murid yang tersayang..











Aktiviti merentas desa ini dimulakan dengan senamrobik yang dikelolakan oleh cikgu Faizal, Ustaz Anis dan cikgu redza.. siap ada chicken dance lagi..!! cikgu2 kat belakang semua gelakkan aku - chicken dance aku sexy.. hahaha!! tak tumbuh tak melata... sexy ker?? hahaha....!! sampai terganggu fokus cikgu2 kat belakang..!! hahaha !!

Kemudian semua pelajar dilepaskan mengikut darjah... dari darjah 1 sampailah ke darjah 6.. aku yang ditugaskan sebagai ajk kawalan lalulintas.. dapatlah membonceng motor dengan si Akashah sambil perhatikan murid-murid... motor yang kuat berasap ini, telah pun menarik perhatian semua orang.. pendek kata, selain mengawal pelajar, kami berdua buat keje amal.. fogging free !! kurangkan aedes.. tp kami berdua selamat dan keselesaan membonceng terjamin !!

Kemudian balik semula ke perkarangan sekolah.. makan, minum rehat2 sekejap... lepas tu penyampaian hadiah.. memang lepak sungguh hari ini...!!

Sebagai manusia biasa.. aku seronok berdampingan dengan kanak-kanak ini semua.. dan keriangan kami adalah keseronokan yang luarbiasa... Dicampur dengan keseronokan bergaul sesama guru.. huh! Seronoknyer.... !!

Macam biasa, akhir karangan utk UPSR dulu-dulu ... - letih tapi menyeronokkan..

.

p/s - cakap merentas desa.. mana gambar budak2 merentas desanya ?? Ops !! masa diorang lari aku naik motor...!! hahaha... jadi tak dpt tangkap.. trauma tangkap gambar sambil naik kenderaan.. hahahaha!!

.

Friday, April 22, 2011

Kisah Durian !!

Salam

Semalam aku memang tak dapat tido.. mungkin sepanjang petang lepas tamat mesyuarat kokurikulum sekolah, kemudian dengan menyambung melukis mural kat dinding sekolah.. aku rasa aku memang letih.. secara jujurnya, aku memang sedang cuba menyibukkan diri aku.. Aku memang nak diri aku sibuk !!

Jadi kesannya.. aku memang tak boleh nak lelapkan mata langsung.. yang peliknya, semua kerja yang memerlukan otak, satupun aku aku tak nak buat.. itulah masalahnya..!! Aku nak baring2 jer kat katil.. Aku sedar, otak aku ni sebenarnya dah letih.. letih sangat !!

Ntah mcm mana , kawan serumah aku pun balik.. lewat dia balik hari ni sebab mengajar tuisyen.. selalunya aku akan tegur dan borak2 jugak la dengan dia.. tp malam td semuanya tak berlaku apa2.. nak keluar bilik pun aku malas.. tp yang aku pelik, hidung aku macam ada terbau durian.. kuat bau dia.. nak tnya..?? Malas.. punyer la letih sampai nak bercakap pun malas..

Alih2.. dalam pukul 12.30 tengahmalam.. aku pun keluar dari bilik.. semua orang dah kaku, tidur.. dengkur2 lagi.. ada seorang jer yang sibuk dengan keje dia kat bilik.. Aku sebenarnya nak ke dapur.. sebelum sampai dapur.. ada nampak ada plastik. Dalam palstik ada durian.. APA??? ADA DURIAN ?? DURIAN MAK OII?? mana datang durian2 ni...(muka masa tu mcm nampak harta karun) 4 biji semuanya.. sebiji dah terbelah tengah..

Serius.. aku pandang kanan.. aku pandang kiri.. line clear.. aku terus kupas.. aku terus makan..!! dekat nak sepuluh ulas lebih kurang.. dah sedap2 makan, baru aku terfikir.. sapa la punya durian nie..?? Aku nampak kawan aku td dah nyenyak tidur.. nak kejut tanya, kesian pulak.. last2 aku kejut jugak lah... aku mintak izin nak makan durian tu biarpun aku dah telan sepuluh ulas tadi..

Dia benarkan...!! Apalagi teruslah sehingga ke ulasan yang terakhir.. tp bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya...

Aku teringat kisah aku 16 tahun yang lepas.. masa tu aku darjah 1.. Mak belikan aku sebuah buku cerita. Emak belikan buku ini bagi mengurangkan rasa sedih aku yang terpaksa pulang ke rumah setelah lama tinggal di kampung.. dan tajuk buku cerita ini ialah 'Anak Yang Menurut Perintah'..

Mari aku cerita sedikit sebanyak sinopsisnya.. dan ambiklah iktibar..




"... Di sebuah kampung, tinggallah seorang anak lelaki bersama ibunya. Dia telah lama kehilangan ayahnya sejak dilahirkan lagi. Di kampung itu tinggallah dia bersama ibunya dari kecil sehinggalah dia menjangkau usia awal remaja.

Pada suatu hari, anak lelaki itu ingin mengembara ke suatu tempat untuk berdikari dan mencari rezeki. Dia memohon keizinan dari ibunya yang sangat-sangat dia kasihi. Dengan rasa sedih dan pilu, ibunya menginzinkan dan sebelum dia melepaskan anak lelakinya pergi dia telah berpesan supaya anaknya pandai membawa diri, tidak menyakiti hati orang lain serta tidak mengambil harta kepunyaan orang lain tanpa kebenaran.

Anak lelakinya itu mengangguk faham. Lalu pergilah dia dengan rasa berat hati meninggalkan ibunya. Dia mengembara melalui jalan hutan. Dalam perjalanan pengembaraannya, dia terlihat sebatang sungai. Lalu dia berhenti berehat untuk minum. Entah bagaimana dengan kuasa tuhan, dia terlihat ada sebiji buah durian terapung-apung di dalam sungai. Lalu dikautnya buah durian itu dan dikupas lalu dimakannya dengan puas.

Sedang dia menjamah buah durian itu, dia teringatkan pesanan ibunya.. Dia menyedari dia telah makan buah durian itu tanpa kebenaran tuan milik buah durian ini. Lalu dia berfikir bagaimana untuk bertemu dengan tuan milik buah durian itu. Dia mendapat idea untuk mengikut arah aliran sungai di mana asalnya buah durian ini bergerak mengalir mengikut arus sungai. Setelah beberapa lama dia menjejaki sungai itu, tibalah dia di sebuah dusun durian. Dia bertemu dengan tuan dusun itu.

Dia memohon maaf kepada tuan dusun kerana telah makan buah durian itu tanpa izin dan tidak mampu untuk membayar ganti buah durian itu. Tuan dusun itu melihat budi pekerti anak lelaki ini. Dia sedar budak lelaki ini baik orangnya. Lalu tiuan dusun ini meminta anak lelaki ini supaya memenuhi dua syaratnya.

Pertama, dia perlu bekerja membersihkan dan mengerjakan dusun ini sehingga tuan dusun berpuas hati dan syarat kedua, akan diberitahu setelah dia berpuas hati dengan hasil kerja anak lelaki itu.

Anak lelaki itu menerima dengan rela hati. Setelah empat bulan bekerja di dusun itu, akhirnya tuan dusun menemui anak lelaki itu. Dia menyuarakan syarat kedua. Syaratnya, dia perlu mengahwini anak perempuan tuan dusun itu. Anak perempuannya itu pekak, bisu serta buta. Sekali lagi, anak lelaki itu redha menerima suratan takdir hidupnya.

Sehinggalah setelah hari persandingannya, dia menemui isterinya itu. Dia terfikir, dia mungkin tersilap orang kerana perempuan di depannya itu tidak buta, tidak pekak malah tidak juga bisu. Lalu die bertemu dengan tuan dusun.

Tuan dusun itu kemudiannya menerangkan. Anak perempuannya itu buta kerana tidak dia pernah melihat perkara-perkara yang tidak baik. Anak perempuannya itu pekak kerana tidak pernah mendengar perkataan-perkataan yang tidak baik. anak perempuannya itu bisu kerana tidak pernah menuturkan perkataan2 yang tidak baik. Kini, legalah anak lelaki itu..."




Maaf, aku cuba meringkaskan cerita ini sedaya upaya.. Inilah hasilnya (hehehe.. sori yer kalau terpanjang) Bayangkan, inilah buku cerita yang aku baca sewaktu aku darjah 1... dan aku mulai faham nilai pengajarannya setelah aku darjah 3. Itupun emak menerangkan kepada aku apa yang dimaksudkan oleh cerita ini.

Dan pengajaran sepanjang hayat yang aku dapat ialah - anak yang baik adalah anak yang menuruti segala nasihat dan arahan emaknya. Allah telah menjanjikan syurga kepada anak-anak yang menurut perintah ibunya dan Allah menjanjikan masa depan yang baik kepada orang yang memuliakan ibunya..


.

p/s - Aku ingat, buku cerita aku ni lebih baik dari menghabiskan duit beringgit-ringit membelikan anak-anak komik jepun yang tak mendatangkan faedah apa2....

.

Tuesday, April 19, 2011

Kuasa Cinta


Salam.. hai.. Lama benar tidak bercerita kisah-kisah yang menggembirakan hati dan menenangkan.. hahaha.. !! Sejujurnya aku seorang yang periang.. pergi ke mana-mana pun ada saje ceritanya.. biarpun seringkali aku mahu ke tempat-tempat yang yang sepi dan menenangkan..



CINTA ITU SEMANGAT !




Itu sahaja yang aku ingin cakapkan buat masa ini.. !! Setiap pagi, aku selalu nampak wajah aku dengan jelas di depan cermin di bilik.. Aku perhatikan wajah berminyak aku setelah bangun dari tidur, sangat2 menakutkan kadang2.. namun bila aku teringatkan mesej terakhir dalam telefon bimbit aku malam tadi.. aku hanya tersenyum.. semangat tiba-tiba telah datang.. !!



Masihkah kita semua ingat akan iklan kemerdekaan dari idea kreatif PETRONAS.. "Kenapa Saya Sayang Rumah Saya".. ingat tak?? Budak lelaki itu beri macam-macam jawapan namun akhirnya tiada jawapan yang pasti.. mengapa di sayangkan rumah dia.. betul tak? Yang dia tau, dia memang sayangkan rumah dia.. Lihat, bagaimana rasa sayang dan cinta itu mampu mencetuskan idea kepada semangat patriotik sayangkan negara kita?? Semangat itu telah hadir bukan.. dari perasaan cinta..



Sama jugaklah situasinya.. rasa cinta itu telah menyemai semangat ke dalam jiwa aku..



Kadang-kadang dengan satu jawapan panggilan telefon boleh merubah mood kita dari rasa sepi menjadi terlalu bahagia..?? Pernahkan anda rasa begitu..?? Setiap pagi.. sebelum aku dikejutkan rakan sebilik.. mak dan abah pasti menghubungi aku dengan tujuan untuk mengejutkan aku bangun pagi.. Selalunya kalau dalam tayangan drama, ramai pelakon mengangkat telefon dengan rasa malas, mengantuk.. mamai.. tapi semua itu berlainan dengan aku.. setiap kali aku jawab panggilan mak, pasti akan ada gelak dan tawa.... emak seorang yang garang dan tegas sebenarnya.. namun bila berbual, adakala aku nampak dia lucu juga.. dengan rasa sayang dan cintanya emak pada aku .. telah menyuntik semangat kepada aku untuk memulakan hari dengan baik dan gembira..



Begitu juga kehidupan di rumah.. rasa cinta kepada rumah menyuntik semangat untuk aku gembira.. percaya atau tidak.. rumah aku yang selalunya tenang pada paginya.. menjadikan aku selalu segar untuk mengemas rumah dan melakukan apa saja aktiviti dengan ceria.. terutama mengemas bilik sendiri.. kemudian rasa tenang itu bertukar menjadi begitu hingar dengan kehadiran ramai kanak-kanak kemudiannya.. di situ semangat yang lain hadir pula.. kerana bentuk cinta itu telah berubah kepada cintakan kanak-kanak.. Rasa cinta pada rumah dan kenangannya buat aku bersemangat dan tatkala ini aku sendiri teringatkan kehidupan di rumah.... setiap saat sebenarnya..!! Indahnya bukan ??



Begitu juga rasa cinta pada buku... rasa cinta pada alam.. pada pantai.. serta pada yang Maha Esa.. Rasa cinta sebegini selalunya mendamaikan dan mampu menaikkan semangat..!!


Minda yang positif adalah minda yang dipenuhi dengan rasa cinta.. dan rasa cinta itu seringkali datang sendiri tanpa perlu kita paksakan.. Aku sendiri telah jatuh cinta dan aku sedar betapa perlunya aku akan datangnya cinta.. dan kuasa cinta sangat sangat-sangat memberi erti..


... kata D MASIV - cinta ini membunuhku... itu hanyalah kepalsuan.. yang membunuh itu bukan cinta. Sebaliknya rasa benci yang mengubah struktur rasa cinta itu sendiri.. !!


Semua ini mengingatkan aku kepada semua perkara yang benar-benar aku cinta... dan kuasa cinta itu sememangnya hebat.. seandainya rasa cinta itu mampu mengubah rasa resah kepada satu senyuman yang berpanjang.. berhati-hatilah anda sudah terkena bahang kuasa cinta !! Hahaha...


(maaf, entry ini dah diedit 3 kali akibat line internet yang meragam minta dicintai.. grrrr !!)


.
p/s - huhuhu.. kelakar la.. sebab dah boleh jadi dr. love sekarang ni... huhuhu !!
.

Sunday, April 17, 2011

Hilang

Salam..

Dunia hari ini memang sibuk kan??

Semua orang sibuk dan aku cuba memahami kesibukan orang lain.. kerana aku bimbang jiwa orang yang sibuk selalunya lelah. Aku fikir aku telah pun berjaya menghadapinya.. Kesibukan itu selalunya bukan kita yang minta.. selalunya kesibukan itu kerana kita terpaksa.. dan sekali lagi aku memahaminya..

Dan memikirkan orang yang sedang sibuk tidak sama seperti menahan orang lain memahami kesibukan kita. Itu adalah dua perkara yang berbeza.. dan sudah tentulah ia akan bertambah teruk dengan menunggu kesibukan seseorang yang terlalu sibuk itu selesai..

Begitulah halnya dengan aku.. hari ini aku dilimpahi dengan macam-macam perkara untuk aku selesaikan.. dan setiap hari sama ada aku menyiapkan tugas-tugas aku mahupun aku menangguhkannya ke hari lain.. akan ada satu hari yang semua tugasan2 tadi sepatutnya selesai.. dan aku akan selesaikan.. itu tuntutan!! Aku fikir dengan kesibukan itu aku mampu menunggu kesibukan orang lain selesai.. rupanya tidak.. !!

Aku telah berbuat macam-macam untuk melupakan diri aku dari memikirkan hal-hal yang aku ingin fikir.. Paling kurang pun aku cuba dengan memejamkan mata dan mendengarkan lagu2 di mp3.. tp byk yang tidak berjaya.. alasannya.. aku ingin selalu mencuba memahami kesibukan orang lain.. kadang2 aku tak tahu aku sudah faham atau tidak..??

Hari ini kesibukkannya makin melarat lagi.. dan kekuatan untuk memahaminya perlu aku tingkatkan.. dan aku sibukkan lagi diri aku dengan bermacam-macam agenda.. ternyata aku kalah.. kesibukan dia lagi bermaharajalela dalam hidup aku..

Dan aku kini hilang.... aku kehilangan dia....!!


p/s - memang susah untuk faham...!! sebab aku sendiri pun payah nak memahami situasi sekarang ni.. buat apa pun mcm ada saja yang tak kena..!!

.

Friday, April 15, 2011

2 3 Menjak Nie..??


seronok melalui minggu ini.. biarpun hati ini 'kosong'..


Monday, April 11, 2011

Sama Tapi Tidak Serupa !!


Salam sejahtera dan selamat berbahagia..

Sepanjang minggu ni terasa sangat bahagia sebenarnya.. Siapa yang tidak bahagia jikalau setiap saat dan setiap pagi dihiburkan dengan ucapan selamat pagi yang sangat bermakna.. rasa mahu saja hidup ni sentiasa siang tanpa ada malam.. hahaha..!!


Baiklah.. ini cerita minggu lepas.. !! Hari Jumaat yang indah.. Loceng berbunyi..!! Aku baru saja habis menggantikan kelas seorang cikgu yang tidak hadir, aku turun ke kantin untuk makan siang.. Semasa di kantin, aku perhatikan ada salah seorang rakan sejawat asyik menutup badan dengan tubuhnya sendiri.. dari jauh, aku pelik jugak melihat perilaku cikgu sekolah aku seorang ni.. tapi matanya menunjukkan dia sedang memandang aku.. mesej perilakunya tadi memang untuk aku !! UNTUK AKU !! yer.. memang untuk aku !!

Aku masih lagi tidak faham .

Lama-lama aku amati.. baru aku sedar.. muka aku merona merah.. semerah-merah merahnya.. kali ni memang terhambur gelak dan tawa aku.. Cis !! kali ni, cuba lihat gambar di atas.. aku uji anda semua dengan kemahiran membuat pemerhatian dengan deria yang anda ada.. @ observing skill.. apa yang pro dan contra dari gambar itu..!! Lihat betul2..

Ok, pastinya dah dapat jawapan..kan?!! Jadi, aku memang malu..!! segan pun ada.. tp buat2 cool jer..


"Tak tau la macam mana boleh sama.. saya beli baju ni kat sarawak kot?" kata cikgu tu


dalam hati aku berkata-kata " Aku beli kat Perak kot??"


"Alahai.. kan saya dah cakap ari tu, say pakai baju ni hari Jumaat...!" kata aku dengan tawa yang masih lagi menggilai keras..


"Tak tau la Ikhram.. isteri saya dah seterika baju ni semalam. Dalam hati saya doa jugak.. janganlah ikhram pakai baju ni hari ni.. tengok2.. " tak habis ayat dia, tawa dia jer yang bersambung..


"Hahaha.. saya ni kes tak sempat nak seterika.. tengok mana yang elok saya pakai...!! " hahaha.. aku bagi alasan..!!


"Eh baju sama? !" sampuk cikgu lain. Aku ni dah tak tau nak cakap apa..?


"Ikhram, ni la baju batch universiti kita masa US dulu kan? Betul tak ? ".. cakap cikgu tadi..


"hahaha.. yup !! dia senior.. saya junior dia," balas aku sambil tawa ni memang dah tak tau nak berhenti..!! hehehehe...


Nekad lepas ni, kene tetapkan hari apa kalau nak pakai baju ni.. takut pisang berbuah dua kali.. Hahaha.. Apapun kebetulan ini sangat2 melucukan.. Sepanjang hari bila terserempak dengan cikni Fahrin nio, mesti aku akan tergelak.. Ingatkan kain baju kurung jer yang boleh sama.. tak sangka baju kemeja pun boleh sama.. kalau baju kemeja kosong sama, boleh tahan lagi.. tapi.. ni baju kemeja yang berbelang pun boleh sama??... memang tak boleh blah kan?? Hahaha..

Apapun jangan bandingkan sapa lagi ensem pakai baju ni yer..? tak adil tau untuk lelaki berwajah sederhana seperti aku.. !! Hahaha...!!

.

p/s - seronok hari ni mengajar science dengan membawa murid-murid ke kawasan sekitar sekolah melihat tumbuhan berbunga.. murid-murid terkawal dan sangat enjoy !! Aku bahagia... !!

.

Wednesday, April 6, 2011

Mural... - Percaya Atau Tak ??!!.. Ntah la..!!

Salam perpaduan untuk semua yang membaca blog aku ini..

Dua tiga hari ini, semangat aku berkobar-kobar untuk ke sekolah.. sebab itu cerita blog aku sejak kebelakangan ini lebih tertumpu kepada kenangan-kenangan indah sepanjang sesi pengajaran di kelas. Sebenarnya, aku sedar akan perubahan tingkahlaku anak-anak murid aku yang sejak kebelakangan ini menunjukkan respon yang lebih baik semasa aku mengajar. Mereka kini lebih berani mengutarakan pendapat dan tidak lagi takut menjawab soalan-soalan aku. Adakala aku terasa lucu mendengar luahan pendapat mereka berkaitan tajuk yang diajar. Inilah yang aku mahukan. Perkembangan ini menjadikan kelas aku bertambah menarik.. !!

Seperti contoh, ada beberapa pelajar aku seperti Rohayu, Alif, Nazira, Fariz, Amirul dari kelas 5 Budiman menunjukkan perubahan tingkahlaku yang sukar untuk aku percaya.. mereka kini lebih bersemangat menunjukkan minat dengan melakukan aktiviti aku dengan jayanya.. Kalau kelas 2 Budiman usah cakaplah, pantang soal.. semua angkat tangan bukan main lagi.. begitulah gamaknya...


Jadi sebagai guru, perubahan sikap sebegini menaikkan semangat aku untuk mengajar malah aku bertambah gembira berada di sekolah..!! Terima kasih anak-anak murid cikgu.. kerana itu, cikgu semakin mengerti betapa pentingnya peranan cikgu kepada kamu semua..!

Menjadi guru, hati janganlah terlalu keras sehingga secalit senyuman pun tiada.. tegas perlu ada namun cukuplah ketegasan anda itu terselit secubit rasa kasih dan sayang secara tak langsung.. Anak-anak murid aku jarang-jarang takutkan aku macam ternampak hantu, tapi bila aku tinggikan suara, semuanya akan diam.. semua akan kembali duduk dengan tegak sambil memasukkan kerusi ke dalam meja.. ada masa, aku tidak perlu marah, sekadar menunding jari.. tengoklah.. akan ada keajaiban terhadap tingkahlaku mereka.. Adakala bakat mengajar ini mampu kita pupuk dari sehari ke sehari ataupun kadang2 ia datang secara semulajadi kerana datang dari persekitaran dan sikap yang ada dalam diri kita sendiri sebenarnya.. Menjadi insan yang disenangi orang lain tidaklah sesukar mana.. Percayalah..!!

Aku suka bergurau dengan anak-anak murid aku.. Ada masa akulah pelawaknya.. sambil aku selitkan sedikit ilmu pengetahuan dalam setiap gurauan aku.. ada masa aku berteka-teki tentang space, our earth, tentang anatomi manusia.. dan apa sahaja tentang sains dalam gurauan aku.. kerana aku tau, kanak-kanak sebenarnya sangat2 sukakan apa sahaja tentang science.. Science sangat dekat di hati mereka..

Dan setiap pagi aku tidak pernah lupa untuk memberi ucapan salam kepada mereka terlebih dahulu sambil aku gosokkan kepala mereka dengan tapak tangan aku.. kerana kanak-kanak sukakan sentuhan.. dan akan aku pastikan mereka akan memanggil nama aku dengan lengkap.. SIR IKHRAM.. tujuannya adalah agar mereka takkan melupakan aku biarpun rupa aku nanti reput dimamah usia.. Nama itu penting..!! Menjadi seorang guru yang mudah didekati sangat membahagiakan walaupun adakala murid-murid takutkan kita kerana ketegasan yang tersembunyi dalam diri kita sendiri..

Apapun, minggu ini kami kumpulan guru-guru pelatih telah pun memulakan langkah pertama menyiapkan mural sekolah.. pantang saja ada yang melalui kawasan mural kami, mereka akan bertanya..


"awat dinding ni cat kaler hitam ??"

"sir ikhram, sir ikhram nak buat apa ??"

"Sir ikhram, sir ikhram pandai lukih no ?"


Aku diam sahaja.. kalau seorang yang menyoal.. boleh la aku nak jawab.. kalau berpuluh-puluh yang lalu lalang dan bertanya soalan yang sama.. uih, letih tu..!! Jadi aku menggunakan tenaga seorang murid yang bertindak sebagai kaunter pertanyaan yang menjawab soalan-soalan mereka..


"Sir ikhram, sir ikhram buat apa ni?"

Murid yang aku pilih tadi yang akan tolong jawabkan.. "MURAL"

"mural tu apa ??"

Murid yang aku pilih tadi hanya diam sambil matanya memandang aku..


"La... saya jugak ke yang nak kene jawab... huhuhuhu !!" rungut aku sambil ketawa berdekah-dekah.. !! hahaha

.

p/s - agak2 korunk, mural tu group aku nak lukis ape ??

.