I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 28, 2011

Pelukanku..


Tiada yang lebih bermakna, melainkan bersama emak dan abah. Dulu masa kecik-kecik, emak peluk abang.. sekarang dah besar abang pulak nak peluk mak...!!

.

p/s - bila lah aku nak g tgok wayang nie..??

.

Sunday, November 27, 2011

Bermulalah Kehidupan..



Ada waktu, kita suka rindukan sesuatu yang bukan milik kita, bukan..?? Aku pun begitu.. Kalau zaman belajar, aku rindukan saat-saat aku bersenang lenang di rumah. Bila sedang bercuti sebegini, aku rindukan kehidupan semasa belajar di maktab. Sebenarnya bukan rindukan melalui saat-saat kuliah, tetapi aku lebih rindukan kebebasan yang aku ada.. yang pernah aku miliki..


Tinggal di rumah, aku berasa seronok juga. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi menghitung baki-baki duit yang aku perlukan untuk membeli makanan. Aku tidak perlu lagi berjalan jauh semata-mata untuk makan minum sehinggakan terpaksa makan megi yang sentiasa ada di dalam loker kerana malas bergerak... dan banyak perkara lagi tidak perlu, itu dan ini.


Namun gaya kehidupan aku mulai berubah kini. No fast food. Tak boleh keluar malam sesuka hati lagi. Mungkin semuanya kene mintak kebenaran. Tak boleh bangun lewat mengikut kehendak diri lagi. Nak tido lewat-lewat sket-sket pun tak boleh.


Lebih-lebih emak tengah bercuti tanpa gaji sekarang nie dan memang selalu ada di rumah. Memang kebebasan mutlak itu semua tiada lagi. Menetap di rumah bagai melalui fasa kehidupan yang telah berundur beberapa langkah kebelakang. Menjengah ke alam remaja semula.. yang penuh peraturan dan pemantauan.


Tetapi, aku tetap bahagia hidup di rumah. Buka saja mata.. makan, makan, makan !! Mak pula asyik masak, masak, masak !! Tak perlu fikir apa-apa.. Jadi untuk tidak membuang masa.. aku telah pun membeli sebuah novel inggeris. Matlamatnya bukan untuk menghabiskan novel sebuah ni, tetapi lebih untuk membuang rasa bosan. Itulah kegunaannya google translate.. betul tak? hahaha...


Sebenarnya aku suka novel yang menggunakan kertas recycle. Aku suka baunya.. dan ketebalannya.

.

p/s - bermulalah jadual menonton rancangan masakan serta menyuapkan atuk makan sambil mendendangkan lagu-lagu tradisional. Nak jaga orang tua mesti ada style..??

.

Friday, November 25, 2011

Kehilangan.



Aku sekarang telah pun bermastautin di Negeri Sembilan semula setelah merantau ke pulau mutiara selama hampir lima tahun setengah. Aku gembira menamatkan pengembaraan ilmu di sana. Namun aku tidak dapat menipu diri sendiri untuk kembali menyeri suasana di kampung halaman sendiri.


Aku menulis secara ringkas. Sebenarnya untuk melempiaskan rasa sedih akibat kehilangan jugak keterpinggiran aku ; akibat


a) berpisah buat sementara dan terus (mungkin) dengan rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama hampir lima tahun setengah.

b) berpisah dengan kak pinat dan kak ani.

c) tiada lagi kumpulan berkaroake malam-malam seperti selalu - bersama afiq, fuad, idwan, azwan, azurin, mirul.

d) tidak lagi dpat meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara ganjil dengan 'akak bebi' tersayang - cth ; ketuk main dram dan study kat mcd.

e) kesukaran bertemu anak-anak murid yang terbaek sepanjang latihan praktikum - kelas 6 wawasan.

f) rumate paling lama bertahan, bertahan dengan emosional aku - amir aminuddin.

g) kehilangan punca bergaul semula dengan rakan yang suka mengembara - mr adam.

h) kesibukan yang bermaharajalela oleh si doktor.

i) sindrom 'si biskut' yang buat aku 'tersingkir'.


Ada perkara yang betul2 buat aku sedih.. ada perkara yang betul-betul buat aku berkecil hati dan aku tak tau nak marahkan sapa...?


p/s - apapun, yang pasti korang takkan kehilangan aku selagi korang mengikuti blog yang tak seberapa aku ni... !!

.

Thursday, November 17, 2011

Tak Dapat 5A Tak Semestinya Tak Pandai.


Kalau dulu-dulu, zaman persekolahan rendah yang lepas, zaman nak amik result ni memang meriah. Lebih-lebih aku bersekolah di bandar, jadi kawan-kawan memang ramai berkerumurun kat notice board. Nak tengok keputusan.. masing-masing check brape 'A' dpt.. hahaha.. tapi itu 13 tahun yang dulu..


Sebagai seorang abang, aku terpaksa berdepan dengan situasi menghadapi bersama-sama result yang adik-adik dapat. Tahun 2003, menemankan Fatin mengambil result di sekolah. Dan tahun 2011 ni, menunggu keputusan Iman dari jauh. Perasaan kedua-dua situasi ini sama, yang berbezanya; masa dengan fatin sebagai seorang kawan manakala masa dengan iman memang sebagai seorang abang.


Alhamdulillah. Iman dapat 4A 1B. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah beri biarpun keputusan yang didambakan sudah pastilah 5A. Sebagai seorang abang, keputusannya itu sudah pasti menenangkan seisi rumah. Kalau diikutkan dari usahanya, tiada apa yang patut disesalkan. Bagi aku, iman memang ada usahanya yang sebaik mungkin.


"Iman, anggaplah ini sebagai permulaan. Kalau dulu di sekolah rendah, mungkin adalah masa untuk belajar sambil bermain. Selepas ini, tiada lagi istilah itu kerana cabaran sudah pasti bakal meningkat. Abang sentiasa doakan kejayaan untuk akan datang pasti dalam genggaman Iman... kerana abg tau, adik lelaki abang ini, BOLEH !!! TAHNIAH dari abang.."


Kepada anak-anak murid yang mendapat 'sindrom 4A 1B' yang lain.. ingat pesan sir,


"Tak dapat 5A, tak semestinya tak pandai... cuba lagi yer"


p/s- kadang-kadang aku pun tak tau, kenapa hari ni aku ke sekolah orang. Bukan ke sepatutnya ke sekolah adik sendiri...?? Aku ada jawapannya - menajdi seorang guru perlu utamakan kepentingan orang lain sebelum peribadi. Betul tak ckLAH, Cikgu Iman shah, chegu...


.

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday # 17 Pre-Graduation Night



p/s - Sedey.. sebab terlalu simple masa malam ni..!!! Gadis bersari hitam pada malam tu sgt glamourous sebenarnya..!! "dat's y i vote for u".. hehehe !!





.

Monday, November 14, 2011

"Kau Tahukan, Aku Sayang Kat Kau.."



Petang ni merupakan kertas peperiksaan terakhir aku semenjak aku mengikuti kursus perguruan selama lima tahun setengah di maktab nie. Rasa cam tak percaya jer.. dah sampai ke kertas terakhir..?? Sudah tentu mood peperiksaan kali ni sangat berbeza berbanding kali pertama aku menduduki peperiksaan di maktab tercinta nie dulu-dulu... hehe !!



Sebenarnya tak nak cerita panjang-panjang. Setelah dekat 3 jam study giler gaban kat mcd Greenland nie, kitaorang pun berkemas la nak balik maktab. Kitaorang ni sebenar bertiga yer.. Aku, Cik Selipar Merah dan kok ana. Sebelum beredar, tetiba saja cik Selipar Merah ni nak bagi dedikasi kontroversi kat aku..



Nak cakap susah, apa kata tengok video kat bawah nie.. !! (seminit jer..!!)





Cik Selipar Merah, ekceli.. hang memang dah ditakdirkan berkawan untuk bersenang dan bersusah dengan aku. Banyak perkara yang kita harungi bersama.. Tak kira utk ketawa mahupun menangis bersama..!!


Dari memakai jam buat kali pertama, sehinggalah duduk bersebelahan semasa periksa. Merangkak bergelap dalam terowong komunis, mencari lampu suluh dalam gelap gelita dalam gua, mahupun menangis menonton wayang.. kita memang ditakdir bersama sejak orientasi sampailah hari ni..


p/s - Wish me luck k? sebab lepas ni tak tido lagi la gamaknyer.. huhuhu !! (Mood tengah layan lagu 'Got to go' by Najwa)
.

Saturday, November 12, 2011

Kebingungan..




Enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Nampaknya masalah kebingungan aku tu dah hampir selesai. Aku ni dah macam detektif conan pulak, menyiasat segala bagai nak tau apa kebenarannya. Uish.. memang giler! Sampai mengganggugugat emosi aku sebagai seorang manusia. Hahaha..


Namun misteri tu tetap ada..? biarkan masa menentukan kebenarannya. Sebenarnya aku tau siapa dalangnya. Tapi aku biarkan. Baiklah. Tamat kat situ.


Semalam, aku makan lambat. Sangat lambat dalam pukul 9.30 malam baru nak bergerak dari bilik ke tesco berhampiran maktab. Itupun sebab masalah 'kebingungan' tu la.. !! Jadi, kaki, tangan, perut semuanya dah mengigil masa tu minta aku pegi cari makanan.


Sampai je tesco, perasaan tu dah macam nak cari juadah berbuka puasa pulak.. hahaha..!! Cari punya cari, aku singgah kat food court. Aku siap order 'chocolate oreo' kat gerai - each a cup. Bila tiba nak bayar. Aku raba poket seluar belakang. Kempis. WTF !! memang aku tercarut kat situ.. Wallet aku tertinggal.. OMG !


Aku memang panik giler time tu. Dengan satu badan menggigil menahan lapar. Aku raba-raba poket, ada dua ringgit dengan beberapa sen jer. Usahkan nak makan nasi goreng, nak bayar 'chocolate oreo' ni pun tak cukup. Takkan nak patah balik bilik kot, amik wallet. Mustahil..


Sekali apa aku buat, aku turun tingkat bawah. Konon-konon nak cucuk duit kat mesin ATM. Masa turun esklator, aku tepuk dahi sendiri. Bodoh ! Dah wallet ko tertinggal, mana ada kad bank ko kat sini sekarang..!! Naik balik semula dan berfikir..


Tetiba tercetus satu idea. Aku masuk Tesco. Aku try cari sesapa jer budak maktab yang ada. Memang terdesak giler nakkan duit. lapar kot..?? Cari punya cari.. sorang pun tak de.. Ye la dah dekat pukul sepuluh, mana ada sesapa..


Tapi memang naseb aku kot.. dah penat pusing-pusing satu tesco, tetiba terserempak dengan junior sepasang ni. Dengan muka tak malunye g la meminjam sepuluh ringgit. Akhirnya dapat la aku makan nasi goreng ayam dan 'chocolate oreo' yang aku idam-idamkan. Aku makan kat food court dalam keadaan semua kerusi dah diangkat naik atas meja. Memang rasa macam pelarian masa tu.


Pengajarannya. Pertama, jangan pegi jalan-jalan sorang-sorang. Kedua, kalau ada masalah, kawal dengan berhemah. Ketiga, rezeki kita adalah milik Allah.


p/s - kenapa aku tak leh buka blog orang ek? Kalau buka pun mesti keluar header dia jer?? kenapa? kenapa? Help me !!


.

Thursday, November 10, 2011

Setelah 26 Jam Tidak Lelapkan Mata..


Salam.. Akhirnya selesai jugak menjawab dua kertas education yang terlalu berfakta tu kan..?? Pening otak aku nie, sampai dah nak naik bernanah menghafal segala benda. Sapa cakap senang nak jadi cikgu. .?? Rata-rata pembelajaran saat-saat terakhir macam nie, sudahpun menjadi gejala-gejala yang lazim bagi pelajar-pelajar kat Malaysia. Jadi tak hairan la kalau aku pun turut serta kan..?? Kan aku ni pun pelajar Malaysia.. hahaha..


Apa yang seronoknya peperiksaan semester terakhir kali ni adalah aku mendapat ucapan 'selamat berjaya' yang terbanyak sekali. Sangat banyak ! Namun, ucapan yang pertama sekali, adalah panggilan telefon dari emak..


"Abang, bilo pekso (periksa) ??"

"Esok potang mak.. "

"Iyo ko.. tak po la.. kalau macam tu, mak doakan abang dapek la jawab elok-elok, dipomudah an tuhan nak jawab pekso tu yo. Di tonangkan ati. Mak doakan somogo anak-anak omak bojayo"

"Takut yo nak pekso esok esok ni ha.. Nebes (nervous) la mak.."

"Eh, apo lak nak nebes-nebes nyo lak.. buek la yg paling baik."


.. sebenarnye, ada panjang lagi dialog aku dengan emak tu. Biasalah kalau dah bercakap dengan emak. Aku yakin, abah kat sebelah mesti dah jeling-jeling. Sebab takut bil telefon beliau melambung-lambung. Al-maklumlah, dia celcom. Aku maxis. Dio tu kek somban (seremban), den ni ha kek penang. Hahaha..


Seperti kebiasaannya, kami guru-guru pelatih lelaki ni, memang suka akan pembelajaran secara berkumpulan. Kalau pada aku, belajar sajer, tapi tak keluar-keluar, nanti ilmu tu susah nak 'lekat'. Jadi kami akan berbincang sama-sama untuk cover semua bab. Dari bab satu sampailah ke bab terakhir. Bertukar-tukarlah peranan masing2 untuk setiap bab.


Sebenarnya bila study ramai-ramai ni, dapat la release tension sket. Tak de la minda tu sempit je kan, sampaikan study pun nak hafal-hafal sambil pandang dinding tak sudah-sudah kan..? Tapi apa boleh buat. Al-maklumlah pendidikan kat Malaysia ni kan ala-ala exam-oriented. Kadang-kadang bila dah ramai-ramai ni, akan ada satu atau dua orang yang akan menghiburkan dgn membuat lawak. Sekurang-kurangnya dapat mengendurkan ketegangan kami masing-masing.


Sepatutnya ada lagi.. tapi ramai yang 'seksi-seksi' malam tu kan...?? termasuk aku. Hahaha...


Selalunya, malam nak exam, baru kami buat gejala-gejala study group cam nie. Tapi hasilnya, memang berkesan. Habis cover satu buku. Kalau nak dibandingkan dengan study sorang-sorang, selalunya lepas study group ni aku lebih yakin dan bersedia utk menghadapi peperiksaan. Mungkin sebab sokongan dari kawan-kawan. Mana tak nya, apa yang kita tahu, kita bagitau, mana yang kita tak tahu, orang lain bagitau.

Lepas dari study group tu, patutnya aku kene tidur kan..?? tapi aku tak leh tido.. Nak kata nervous sebab exam, tak mungkin lah kot ?? sebab dah sem last.. Hahaha.. !! sepanjang malam tak tido. Jadi jam 6 pagi, aku dah berjanji dengan cik selipar merah untuk ajar dia pulak kat Mcd Greenland, Penang. Aku suka lepak sini. Best..!!


Aku ulang lagi pembelajaran aku. Best study dgn cik selipar merah ni. Kami selalunya memang serasi bila buat apa saja berdua. Aku cakap, dia dengar. Kemudian dia ulang, aku pula la kene dengar. Dan sekali lagi aku cakap, bila kita share ilmu, kita memang lagi akan faham.



nak makan apa yer ??



Sebenarnya, petang tu aku exam dari pukul 2.30 petang sampai lah 5.00 petang. Keluar jer dari dewan, baru aku sedar, sudah lebih 24 jam aku tidak lelapkan mata. Kemudian, lepas minum petang, baru la aku dapat lelapkan mata. Itupun dua jam jer, sebelum meneruskan persediaan untuk paper seterusnya. Azabnya la kan..? Apa nak buat, dah naseb aku... hehehe..


p/s - Aku rasa aku mengalami sipmtom BURN OUT, sebab menjawab sambil 'berhalunisasi'.


.

Tuesday, November 8, 2011

Demam



Salam semua. Macam mana raya aidil adha kalian semua ? hahaha.. (bahasa buku la sangat kan?). Tengok blog kawan-kawan, bukan main lagi. Paling tak tahan tengok blog Mr syazwan kita.. ada lontong siap dengan sambal sotong & rendang kerang lagi.. Perghh !! memang tak boleh tahan !! dah la makanan feveret time2 raya kan?



Teringat masa petang raya. Aku telefon la kampung. Nak tanya khabar emak kat kampung. Dari bunyi-bunyi background dia, ada bunyi cam gini..


"Mak tam tengah buat laksam nie.. !!"

"Ayong tengah buat spegeti ni.."

"Kat umah ni ada puding koktail.. !!"


Sabar jer la.. aku mesti yakin. Kat rumah tu mesti ada rendang, lemang, ketupat. Ish 3x.. sabar je la. rasa cam nak jer masuk kat dalam gagang telefon tu biar sampai cepat-cepat aku sampai kat kampung. Apapun kesian kat emak, dah la anak-anak jauh di oversea (ala... kat penang je pun), abah pulak sibuk bekerja... Hahaha..


Namun apapun, ulasan yang paling best aku dengar dari adik aku si fatin semalam. Dia baru lepas call emak di kampung malam tadi.


"Mak cakap, tak de sapa nak abiskan semua makanan yang ada. Ye lah, sapa nak abiskan..?? kan kita berdua (merujuk aku dan fatin) tak de.."


Hahaha.. nak tergelak aku. Sebenarnya semua makanan yang diorang masak tu, adalah makanan yang mudah sangat untuk aku perabihkan sampai licin periuk. Nak buat cam ne anak-anak pak sahak memang pelahap orangnya. Baru aku sedar akan kepentingan aku adik beradik di hari raya - penghabis juadah raya.


Apapun, musim cuti raya dah habis. Dan kini, yang perlu aku tempuh adalah musim peperiksaan. Hari rabu dan khamis serta isnin minggu depan aku bakal menghadapi peperiksaan bagi semester yang terakhir di maktab ni.


Mudah-mudahan semua berjalan dengan baik biarpun bergelut dengan masalah perasaan sendiri. Apapun aku tak berminat nak memikirkan tentang permasalahan sebab ada banyak lagi perkara yang boleh menggembirakan hati aku yang sebenarnya.


Cuma aku harap, demam dan selesema yang aku hinggapi ni akan cepat-cepat reda. Aku nak jadi sihat supaya boleh tersenyum dengan girangnya.


Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.

.
p/s - semalam baru potong rambut. Tengok, dah tak comel dah kan??? hahaha..

.

Saturday, November 5, 2011

Dedikasi Aidil Adha di Perantauan.

"Duhai ayah bonda, ampunkan anaknda.. tak dapat beraya bersama... Jarak memisahkan rindu pertemuan, bilakah hasrat jadi nyata.."


Hahaha.. kelakar la pulak. Walhal raya haji jer pun. Apa nak buat, tahun ni aidil adha terpaksa pula la menyambutnya di perantauan; yakni di maktab sendiri. Seperti sedia maklum, sempena aidil adha ni, ramai antara kita yang sentiasa menyedari akan erti pengorbanan.


Ada yang berkorban meninggalkan harta benda, saudara mara, kesenangan hidup untuk pergi menemui ilahi di tanah suci dengan mengerjakan haji di Mekah. Ada pula yang sanggup mengeluarkan sebahagian harta untuk melakukan ibadah korban. Ada yang sanggup berkorban dengan berkongsi masa untuk meraikan ibu bapa dan sanak saudara di kampung.


.. dan tahun ini, memperlihatkan pengorbanan besar emak, mak cik dan mak atam yang berkorban segala-galanya siang dan malam untuk menjaga atuk yang tidak sihat di kampung. Pengorbanan ini terlalu besar buat kami sekeluarga demi menjaga kebajikan atuk sentiasa terjaga dengan baik.


Perlakuan dan pengorbanan anda semua ini sudah pasti dilihat oleh anak-anak dan menjadi motivasi dan pengajaran bahawa tanggungjawab menjaga ibu bapa pada hari tua ada suatu kemestian kepada anak-anak. Sesungguhnya pengorbanan ibu bapa tiada terbalas walau dengan apa jua sekalipun.


Dan kali ni, aku dan adik tercinta, Fatin tidak terlepas juga untuk berkorban, tidak pulang ke desa tercinta sempena aidil adha semata-mata ingin menyudahkan beberapa kerja yang perlu dibereskan disamping mengambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Cewah..!


Sebenarnya kehidupan kita tidak pernah lari dari berkorban. Pengorbanan yang ikhlas sudah tentulah yang tidak minta dibalas, bukan?


Semoga emak di kampung tabah menghadapi aidil adha tanpa anak-anak (abang dan adik fatin) di sisi. Tak pe, ramai sedara mara kita yang akan temankan emak.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.


p/s - sempena raya aidil adha di perantauan ni, abg ada dedikasi buat emak. Emak jgn tak tgok yer video kat bawah nie...!! (orang lain nak tgok pun boleh jugak.. dialu-alukan !! hehehe...)

.

Thursday, November 3, 2011

Bila Mandi Tak Basah..




Sejak kebekangan ni, dunia teknologi bukan lagi permainan hidup yang menjaminkan kebahagiaan. Boleh cakap, lebih banyak derita dari kegembiraan. Sejak dari semalam, perasaan aku dijeruk rendam dalam cuka. Semuanya gara-gara dunia teknologi.


Pulang saja ke hostel, selera aku mulai berkurangan. Dan semakin hari semakin bertambah-tambah pula tidak lalunya. 'Tidak lalu' maksudnya bukan tidak makan tetapi tidak bersemangat untuk makan. Bila dicari-cari puncanya, aku dapati sebenarnya perut aku sebu dimasuki angin.


Itu mungkin jawapan dari seorang doktor. Kalau tak pun kata-kata emak kat rumah bila aku mengadu sakit perut. Sebenarnya semua penyakit ini bermula dari dalam hati aku sendiri. Lalu menyerabutkan minda. Aku fikirkan itu. Aku fikirkan ini. itu. ini. dan akhirnya apa saja yang aku buat semua bagai tak kena. Sampaikan makan pun tak lalu. Mandi pun tak basah. Apatah kan lagi untuk tidur.


Nasihat aku. jangan bermain dengan perasaan. Sebabnya, jikalau tiada kepastian, akhirnya pasti membawa kesan hidup yang menekankan. Bagai makan tak lalu, mandi tak basah, tidur pun tak lena.


Dan kesibukan tetap menjadi musuh ketat aku sampai bila-bila. Aku takkan memaaafkannya.


p/s - aku berani tulis entry ni, sebab aku tahu dia tidak akan membacanya. Tiada warna-warni kerana hati sebal.

.

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #17 Karipap



p/s - masa ni dapur sangat 'kecoh'. Hahaha...
.

Tuesday, November 1, 2011

Bersabarlah Emak, Hanya Tinggal Beberapa Hari Saja Lagi...



Masa menulis entry, aku sudah pun berada di hostel maktab di Penang. Bercuti hampir seminggu di maktab memang 'mengenyangkan'. Mana tidaknya asyik makan-makan jer kejenya. Dan kali ni pulang ke maktab dengan hasrat - perlu study unutk menghadapi peperiksaan akhir.


Sejak kebelakangan ni, emak tidak seperti dulu ketika menghantar aku pulang ke maktab di bus stop. Kalau dulu, dia la yang banyak celotehnya. Bising takut ketinggalan bas. Bising mana aku letakkan tiket bas, takut kehilangan tiket saat-saat akhir. Bising dengan beg-beg yang banyak aku bawak dari rumah. Bising suruh beli bahan makanan sebarang dua nak naik bas. Macam-macam yang dibisingkannya.


Tapi, bising-bising pasal jimat-jimat gunakan duit, itu yg paling takkan emak lupa ingatkan kat aku. Hahahaha... Al-maklumlah, anak lelaki dia sorang ni kuat makan kan? hahaha..


Tapi sejak du menjak ni, terutama semalam, senario emak yang suka untuk 'bising-bising' ituu seakan-akan hilang. Emak asyik diam saja. Sepatah aku tanya, sepatah yang emak jawab. Adakala ada jugak yang emak tak jawab.


Balik-balik disuruhnya aku buka enset untuk melihat gambar-gambar yang kami tangkap sepanjang cuti tempoh hari. Sejak abah dah ada enset canggih sket ni, aku bluetooth kan sebagai kenangan emak bila teringatkan aku. Dia senyum, tapi air mata dia seakan-akan bergenang.


Aku sebenarnya sedih juga. Kalau dulu-dulu masa awal-awal semester, aku yang macam nak merengek-rengek minta dipujuk sebab sedih meninggalkan rumah. Kali ni seakan-akan terbalik pula senarionya. Aku pulak la yang menabahkan hati emak. Kadang-kadang aku usik emak supaya emak tak sedih sgt.

Dari petang, dia dah cakap dia sedih..

Hahaha.. mana tak sedihnya. Dua-dua anak balik maktab sekali. Jadi rumah jadi sangat sunyi. Nasib baik ada si Iman, penyeri rumah.


Bila aku tanya, "kenapa emak sedih..??" Nak tau apa emak jawab ??

" Yo la, mano tak sodeh, lopeh ni sapo la yang nak makan apo yang mak masak.."


Hahaha.. aku bantai tergelak. Itu ker yang buat emak sedih sangat. Tapi bila kami berdua tak de, aku pasti emak sedih sebab sapa lagi nak tolong kemaskan rumah sebab adik perempuan aku, si Fatin sangat rajin membantu ringankan beban emak. Sapa lagi nak memeriahkan suasana di rumah kalau bukan kami adik beradik.


Apapun semoga emak tabah yer.. tak lama jer lagi abang dan adik fatin akan balik ke rumah. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi.. Lepas tu tamatlah pengajian abang di maktab (Insyallah, mudah-mudahan; doa-doakan yer). Emak, doakan abg dan adik Fatin berjaya ! Amin.


Sampai jer bus stop Sg Nibong, penang.. classmate, Aisyatul Nur @ selipar merah telah pun menjemput kami adik beradik. Apalagi, perut pun sudah berkeroncong. Jadi tak teragak-agak lagi menjamah Mcd di awal pagi. murah rezeki kami kan?


p/s - pagi tadi abah call bagi Maxis ada call abah - sebab tak bayar bil broadband sebulan. Eleh baru sebulan.. Kecoh betul Maxis nie..!!
.