I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 30, 2010

Hari Ini Hari Membaca

Semalam aku tidur lewat.. aku sibuk menelaah sket2 subjek lab management.. byk kot, macam2 perkara nak kene ingat.. walhal kalau masuk lab, tak pernah pun nak ikut semua rules tue.. main bedal jer masuk.. lain daripada tu, aku sibuk la dok melayan cik Sarah zulk chat kat fb.. sibuk la dok ingat2 zaman2 kecik2 masa darjah enam dulu2.. macam mana cinta monyet antara kami mula bersemi.. masa tu tahun 2000/2001.. setiap malam tak boleh tidur teringatkan cik sarah yang masa tu meninggalkan saya untuk belajar di sekolah men. agama yang terkemuka di malaysia.. dan setiap malam itu jugak la aku dok tulis2 nama antara kami kat tingkap bilik.. nampak sgt tingkap bilik tak pernah cuci.. hahaha... biasa la dok kuarters.. hehehe.. akhirnya cinta kami kecundang.. hahaha..!!

Jadi pagi ini, aku bangun agak lewat jugaklah.. malam tadi aku tidur bukak lampu sepanjang malam sampai la tersedar pada keesokannya..?? bangun jer.. tgok enset, ada mesej.. dari mr fuad jahaya, tnya nak makan kat mana..?? dah balik mktb ke budak nie..?? Kata nak balik umah sampai hari Ahad.. abis jer baca mesej tu, pintu bilik pun terbuka.. kali ni muncul orangnya pulak.. ooo... nak ajak makan rupanya..!! orite !!
Macam besa ari ni aku makan ada orang blanja.. makan ala2 orang melayu aku hari ni.. abis makan, jalan2 kat borders... aku pun tak tau la, kenapa aku suka pegi borders.. ?? tak bosan2 pegi tgok buku byk2.. sebenarnya bukan buku.. lebih kepada majalah.. aku tgok fesyen hari ni bukan main pelik2 lagi.. tp ada jugak yg nak pakai kan??.. tgok majalah Glam edisi lelaki.. aku suka majalah ni.. foto2 dalam majalah ni menarik.. kali ni Chef Wan muncul jadi cover muka depan.. macho kot chef wan kali nie.. siap ada misai, janggut...!! aku sendiri pun tak percaya.. ingatkan harisson ford.. hahaha!!

Apa yg menarik dlm majalah glam kali ni.. kisah2 lapan atau sepuluh jejaka yang mengubah arus perjalanan kehidupan mereka untuk karier yg mereka impikan.. maksudnya lain bidang yang diorang blaja lain pulak yang diorang jadi.. ada masa aku berminat juga untuk bertanyakan diri aku sendiri.. mungkin dalam seminit dua...?? Betulkah aku ingin sentiasa kekal menjadi seorang guru???

Secara jujur memang dari kecik aku memang ingin menjadi pendidik.. sebab aku rasa aku ada satu aura untuk membawa kanak2 ke arah kejayaan dan memahami apa yang mereka kehendaki.. selain ketegasan, ada terselit satu rasa sayang dan ingin memujuk.. tp ada masa aku punya keinginan lain.. aku ingin memiliki sebuah butik.. hahaha..!! Butik ??!! Ini macam perkataan yang tak braper best jer nak dengar... hahaha... Tapi perkara ni la yang slalu aku suarakan dengan rakan kongsi saya, Cik Nadiya Khalik.. sebab kami punya impian yg sama.. nnt aku citer pasal nie...



Sempat jugak membelek rencana berkaitan masalah pengawalan kencing di kalangan lelaki.. artikel ni mengingatkan aku kepada atok Talib tentang penyakitnya tempoh hari.. gejala ni sering berlaku kepada golongan lelaki dewasa yang berumur, memandangkan saiz prostat yg semakin kenyal dan membesar.. betul la kata doktor kat klinik 1 malaysia hari tue..!! dan perkara ini menarik perhatian aku supaya berjaga2.. paling kurang aku dah bersedia dgn pengetahuan sket2 pasal penyakit ni..
Suasana pantai menemani petang aku.. dan makan malam kat mcd sekali lagi.. ada orang belanja.. best2 !! hahaha... malam, aku habiskan dengan membaca novel pujaan - BINI AKU TOMBOY KE?... hahahaha.. sori cha zainol.. novel milik kau aku tolak ke tepi dulu.. tebal sgt
!!


p/s - hari ini dunia aku penuh dengan pembacaan.. dunia aku terbentang meluas.. bley tak nak ckp sket.. aku sayang blog aku.. hahahah!! blog, aku bangga memilikimu.. tq kat kawan bloggers yg sudi temankan perjalanan kami hari ini..

Hadiah Dari Akak Sarimah

Tengah hari td sebelum saya mengerjakan solat jumaat.. cewah!! macam la nak g buat umrah kan?? saya jumpa cikgu kat sekolah saya praktikum ari tu.. pn. shalini... die ada sampaikan hadiah pemberian dari akak Sarimah, juga cikgu di tempat saya practikum ari tu.. Wow.. seronok la tgok ada bungkusan dalam plastik hitam.. saya pejamkan mata.. saya sabarkan hati.. saya pegang bungkusan itu erat2.. takkan saya bukak plastik hitam tu selagi tak sampai kat bilik.. Macam tu sekali la perasaan excited saya..

Sampai jer kat atas katil dalam bilik saya... saya tutup tingkap..!! saya tutup pintu..! lepas tu saya tak tunggu dah.. saya bukak plastik itam tu.. ada kotak.. wow !! kak sarimah, kenapa buat saya macam nie..??? terharunya.. dpt neck tie.. kaler perang tua siap belang2 biru, putih.. bagi saya, untuk hadiah yang mengejut macam ini , memang la sgt2 menarik dan menyentuh kalbu.. hahaha.. siap ada kotak2 lagi tu... senyum panjang nak g sembahyang jumaat td.. nasib baik tak bawak pakai sekali g masjid.. hahaha !!




Sedikit info tentnag puan sarimah ni.. teringat sepanjang practikum.. die ni memang murah dengan senyuman.. sebab tu saya tak teragak2 nak mendekati dia.. Selalunya kami byk berkongsi cerita berkaitan hal2 kekeluargaan, makanan dan masakan.. ada masa dia bagai seorang emak.. dan ada masa2nya dia macam seorang kakak saya yang comel.. jd mungkin faktor umur mendekatkan kami.. apapun dari pemerhatian saya dia seorang yang penyayang, menghargai dan sangat2 menyokong.. always positive.. kak sarimah.. tq dengan apa2 saja kak sarimah dah beri pada ikhram.. ikhram hargainya.. tak mungkin akan lupakan akak sampai bila..

p/s - aksi gila2 tu berlangsung pada malam berikutnya akibat ketiadaan roomate yg tersayang.. hahaha.. "mate, aku dpt tie free.. hahaha!!"

Friday, October 29, 2010

Obsesi..!!

Sepanjang hari yang permai dan sejuk bebenar ni.. aku tak buat apa2 pun.. bosannyer hanya tuhan je la yang tau.. nak bukak buku rujukan subjek Evaluation pun malas... bukak sket2 pasal buku lab management.. yg rajinnyer.. baca novel..!! hahaha
Tengok tak gambar kat atas tu.. itulah mak iti kita... dari kecik hidup serta membesar dengan lagu2 dia.. boleh citer setiap lagu2 dia mengingatkan aku dengan kenangan2 yang lepas.. masa kenduri kawin pak cu saya.. terngiang2kan lagu kesilapanku keegoanmu.. masa nak masuk maktab terngiang2 lagu biarlah rahsia.. masa nak g BIG kat zoo taiping, terngiang2kan lagu Cinta Ini.. masa baru berpisah dgn kawan2, slalu nyanyikan lagu Pejamkan Matamu.. macam2 la.. dan yang tak bestnyer pernah kalah karoake nyanyi lagu Kau Kekasihku.. hahahahah!! yang ni aku gelak besar.... gilokan..?? bergaduh mak dgn abah masa tu.. abah beria2 menggalakkan aku masuk.. mak pulak x sudah2 menegah.. last2 aku kalah.. hahaha..
Ada masa aku tak tau di mana keajaiban siti ni sebab apa saja lagu yang dia nyanyikan semuanya menjadi nostalgia pada aku.. bayangkan lagu iklan pepsi 'Nikmat terasa' tu pun sedap aku dgar.. slalu lak tu.. ada kat mp3 henset..
Siti kian berubah seiring revolusi zaman.. dan setiap kali itulah minat aku tidak pernah berubah meminati dan menyokongnya.. biarlah mak slalu bising2 dgn aku.. slalunya nak bising2 time AIM, sampai bergaduh2 dgn mak ni.. aku sokong siti.. mak tak suka.. bila siti menang aku bersorak.. bila siti kalah, mak mengejek.. last2 kena marah dgan abah.. memekak jer malam2..
Aku tau apa yg menyebabkan siti popular.. selain suara.. mungkin personalitinya.. aku percaya artis kegemaran sedikit sebanyak mempengaruhi sikap peminat.. cuba tgok sikap peminat faizal tahir,.. diorang tu sedikit 'overconfident' kan?? sket jer.. hahaha..!! kalau peminat ning baizura.. diorang tu kebanyakan 'over pose' kan..?? tp kita2 yang minat siti nie.. relax jer.. sabar dan redha.. iya dok?? hahaha..
Yang penting siti tak pernah lupa pada tuhan, mak dan arwah ayah dia.. yg tu aku tabik kat siti.. jgn jadi macam sebilangan artis yang lupa diri.. dan akhirnya jatuh menjunam..
Ok..! ingat nak ckp sket.. tp dah jadi byk.. huhuhuhu..

Thursday, October 28, 2010

Hari 24 Aku Tak Hirau

Teringat malam tadi... aku berbual dgn adik kesayangan aku si Fatin Munira.. ada jugak setitik dua airmata ni mengalir.. aku tak tau kenapa kerana seorang wanita kami boleh salah faham... hahaha.. besa la carik2 bulu ayam.. teringat tulisan dia kat status profile facebook dia.. 'rindukan saudara sedarah sedaging'... hahaha.. senyum jer aku baca dan mengomen..
Sebenarnya kami tak pernah macam ni.. rasanya kami tak pernah menyepi dan memendam rasa seperti ini.. kami sebenarnya tak bergaduh tapi kami senyap2kan diri.. adik, terbukti abg takkan mungkin boleh hidup kalau adik tak de.. sebab tu tuhan bagi kita sama tempat belajar.. dari sekolah sampai la study kat maktab kita yang tercinta nie.. ingat lagi tak macam mana abg boleh pilih nak sama sekolah dengan kau dik sedangkan pilihan ada byak lagi yang bagus2.. supaya kita tak pernah jauh.. sama2 rasa sempit naik van sekolah.. sama2 memerhatikan antara kita.. sama2 perhati jikalau ada kawan yang sentiasa merendah2kan kau.. ingat lagi tak dik, setiap malam di beranda rumah kita.. bagaimana abg sentiasa berpesan supaya ko redha memilih opsyen sains walaupun ko lebih mahir dalam matematik.. supaya takdir tu menempatkan kau sama2 belajar kat maktab abg.. orang mesti cakap, abah kita guna 'kabel' sebab kita dapat tawaran belajar kat maktb yang sama.. walhal 'keajaiban' ini berlaku sebab sikap kita yang tak pernah nak jauh.. semua ni sebab didikan mak abah kita kan???.. abg janji takkan membelakangkan kau lagi.. sebab kau jugak tau apa2 yg terbaik bagi abg...
Jadi aku ambik keputusan yang terbaik bagi melupuskan dia dari ingatan aku.. no thinking2.. no frust2 lagi.. sebab adik aku ckp gadis macho itu tidak sesuai.. dia lebih tau bahawa gadis yang lembut itu lebih baik bagi menemani aku.. hahaha ye ke?? ye kot..
Namun ada perkara lain lagi yang boleh buat aku sepi dan mengalirkan air mata.. sepanjang minggu ni.. Afiq, abg fuad dan kak fatin balik kmpung serentak... sunyinya hidup aku.. setelah semenjak dua menjak mereka menghepikan aku.. bersama2 di kala susah dan senang.. kini aku harus berdikari sendiri... terbayang wajah gembira abg fuad dan kak fatin disaat kami menghabiskan masa bersama.. terbayang saat2 kami berposing.. letih tue.. wajah afiq yang sentiasa ada.. sebenarnya tuhan mahu aku belajar menghargai orang2 yang aku ada dalam hidup ini..
Kepada sahabat aku nadiya khalik.. terima kasih dgn nasihat jujur itu.. tiada lagi kawan yang pernah sanggup berkata-kata macam tu melainkan kau untuk kebaikan diri aku.. ingatan kau yang telus dan tulus itu amat2 aku hargai.. aku akan cuba mengubah diri... surah al mulk itu tidak susah.. tp yang susah ada hati keras aku ini.. insy.. untuk permulaan mungkin sukar.. tp akan ada sedikit kudrat dari tuhan ini untuk aku... ikhlas dari hati kecil ini.. ko lah sahabat yang ikhlas ditakdirkan untuk aku.. teringat masa foundation macam mana kau menguruskan duit aku.. haha.. lucu bila terpaksa menyorok2 nak ambik duit.. takut tue dengan ko masa tue....!!
untuk kok ana.. mu pun best gak.. sentiasa ada berkongsi cerita.. tak sangka masalah mu lebih berat dari aku.. dan kok yong.. ececece.. bukanlah cik zulie, lie.. ko partner aku yang paling best..!!
p/s- usaha untuk membahagiakan diri dari menempuh saat2 luka sebenarnya tidak berjaya.. ingatan itu makin kuat.. tp yang berjayanya ialah menguatkan tali silaturrahim dengan kawan2.. dan itulah yang paling membahagiakan..

Wednesday, October 27, 2010

The Switch & Sushi King


The Switch hari ni aku tonton.. saje menghilangkan sepi kat hati.. Afiq kata citer die lawak.. sori abg Fuad dgn Kak Tin, tak dpt join sama2 tengok cite hantu siam tu.. takut trauma malam ni karang.. hahaha.. jiwa kecut nie..!! Hari ni aku melepak dgn afiq.. kongsi pepsi, kongsi pop corn.. dan kongsi segala kesantaian menonton..

Citer ni bagi aku citer yang santai.. klau kok ana yang tgok, memang dah lama lelap dah.. teringat ayat2 dalam citer ni yang memukau fikiran aku.. "lihat kita manusia, sentiasa terburu-buru, sentiasa terlewat .. itulah dinamakan manusia.. "

Cerita romantis ni memang lambat tapi banyak membuat aku memikirkan akan takdir sendiri.. Cerita hidup orang putih yang menganggap isu mendapatkan anak melalui Bank Sperma mungkin agak 'panas'.. tp aku sejukkan dgn berfikir,.. itu isu2 antarabangsa.. hahaha..!! nak buat macam mana, dah cara hidup depa.. lagipun ramai wanita hari ni yang suka medapatkan anak tanpa melalui perkahwinan.. aku kadang2 pelik.. kenapa wanita ari ni takut sgt2 komitmen dan perkongsian ???

Ada masa sesuatu perhubungan tu misteri sebenarnya.. kita takkan tau sapa takdir kita.. sedangkan takdir itu sebenarnya sudah pun bermula ke destinasinya.. hahaha!! aku rasa citer ni sedikit sebanyak menenangkan hidup aku.. mustahil utk aku mensinopsiskan citer ni sebab aku bukan pengulas filem yg baik seperti dalam majalah2.. apa yang penting setelah aku menonton citer ni aku dah bersedia untuk membayangkan diri aku menjadi seorang bapa.. ! hahahaha.. seronok melihat diri menjadi bapa.. ada masa aku rasa aku mungkin boleh menjadi seorang bapa yang boleh berjalan2 bersama anak.. memegang tgn mereka sepanjang berjalan di taman.. bercerita tentang apa sahaja sebelum tido.. memeluk anak, mencium pipi mereka.. mengesat air matanya.. hurmm.... sabarlah.. setakat imaginasi mungkin boleh.. wahai anak, tunggulah abahmu mencari ibu untukmu... ok??? hahahahaha....

Lepas tgok wayang.. singgah minum petang kat Sushi King.. hahaha.. jadi orang jepun aku hari ni.. haik !! sambil badan bongkok 90 darjah.. hahaha.. buka je pintu restoran tu,.. aku dah tutup hidung.. bau sushi ni sedikit sebanyak meloyakan tekak aku.. aku bukan boleh bau benda2 yang mentah2 nie.. boleh tak bayangkan.. kat sushi king ni, kami semua sepakat memilih air green tea.. bukan sekadar menjaga kesihatan pencernaan dan pembuangan toksid dlm badan.. tp lebih kepada usaha penjimatan.. hahaha.. aku makan sushi yang ada ikan salmon.. dari dulu lagi aku nak tau .. apa la rasa ikan salmon yang merah2 nie.. tak la seperti yang aku fikirkan.. secara jujur, aku tak sukakan makanan sushi ni.. serius.. lepas je makan sektul dua, otak aku pening.. tak cukup dengan tu sampai je bilik.. perut aku sakit2.. serius aku tau dah.. tak de sebab lain.. ni mesti pasal makan sushi.. hahaha.. apapun aku enjoy mencuba benda2 baru dan aku tidak serik untuk ke restoran sushi king ni lagi.. next time, jom !!



Makan malam kat bilik.. menyantap nasi kerabu yang enak bersama afiq.. romantik kan?? hurm... sori , Afiq tak de rambut 'spike' la... wakaka! hahaha


p/s - hepi besday kat kawan saya.. Farhana Yusuf.. janji.. takkan lupa besday ko lagi.. !!

Tuesday, October 26, 2010

Picnic & Mandi Manda..


Terhibur rasanya hati hari ni, bila dapat bersama2 rakan2 yang sama2 dalam perjuangan g field trip menjelajah Sungai Petani, Kedah.. wow !! nampak cam biasa tapi sebenarnya perjalanan kami kali ini sangat2 luarbiasa!! menghabiskan masa bersama Abang Fuad, Akak Fatin , Kok Farhana Fauzi, Nadiya Khalik, Azurin, Zuliyana, Fadhli Daud, Aisyatul Nur, serta dua pembantu perjalanan, kak su dan kak cik serta adik 'Kenit'... hahahaha cute kan nama tue...?? semua ini memang sangat2 berbaloi..

Sebenarnya banyak aku nak citer tp memandangkan banyak gambar aku dah letak kat entry nie.. itupun sebenarnya ada byk lagi yang aku nak letak.. jadi aku biarkan gambar tu menceritakan bagaimana seronok dan bahagianya aku kerana dapat bersama2 mereka.. Dari bersarapan 'telur & roti' beralih berpicnic ke pantai kemudian mandi manda ke air terjun.. semuanya kita lakukan bersama tanpa ada masalah..

Terlalu seronok rasanya hari ini... dalam tempoh ini aku merasakan aku bersyukur memiliki kalian semua.. di mana sentiasa menyokong dan memberi sokongan diwaktu2 memerlukan ataupun saat2 menghadapi kegentingan... yg paling syok, perut aku memang 'terjaga' sepanjang perjalanan ni.. kenyang betul2 tu beb !! kat mana2 asyik makan jer..

Hari ini.... Letih tapi seronok (ayat2 karangan UPSR) .. Hari kita hari yg Best !!

p/s - Aisyatul Nur, nasi goreng hampa memang sedap aih...!!!

Monday, October 25, 2010

Hari 21, Aku Terima

Aku ingat kisah ni dah tamat.. rupanya tidak.. hahaha.. terimalah citer aku sebagai penawar pada aku dan hiburan kepada anda semua... ok? hahaha..!! wakaka...
Masuk hari ni, sedar tak sedar genaplah tiga minggu aku mengenali dia .. dari seorang gadis yang macho duduk melipat lutut di padang sehinggalah tadi aku melihat dia menuruni tetangga di hadapan bilik.. dan gaya rambutnya masih tidak berubah.. begitu2 jugaklah stylenya..
Seperti yang lepas2, tiada apa yang boleh membuka hati aku untuk menerima cinta dari seorang gadis lagi.. biarlah keadaan aku benar2 tenang dan barulah aku membuat keputusan.. ada masa2nya respon dari pembaca2 buat aku ketawa dan terfikir.. terdesakkah gadis macho pilihan aku tu?? tiba2 timbul pula soalan dari pembaca yang lain.. betulkah die benar2 dah berpunya ???
mungkin die tidak mahu aku memiliki dia... alasannya die tak mahu aku memiliki gadis keras seperti dia??? hahahaha.. ni idea dari seorang pembaca blog aku.. hahahaha.. nak tergelak aku..
ada pulak yang ckp, klau betul die dah berpunya.. takkan die masih beperlakuan 'keras' macam tu.. sekurang2nya bila dah ada teman lelaki, mesti dia akan berubah.. menjadi ayu2 sket.. hahaha..!! ntah la...
tp hari ini aku kembali lagi bermesej2 dgn dia.. bagi aku, die terlalu baik untuk aku buang dalam hidup aku.. Sedikit pun dia tak menyakitkan aku.. semalam die pujuk hati aku dgn mesej yang indah.. hahaha.. jadi kenapa pulak harus aku buang dia.. kalau benar2 aku ikhlas menyukai dan menyayangi dia.. pasti tak kira apa statusnya pun aku tetap terima.. !!
Ya Allah terima kasih dgn ujian ini.. sekurang2nya aku tau apa itu nilainya kasih dan sayang.. baru aku betul2 mengerti apa itu erti 'penerimaan'.. dan aku redha atas segalanya..

Rollerblade II


Hari ni tanpa dirancang2.. aku main lagi rollerblade.. hahaha!! best2.. kali ni asalnyer yang nak main adalah aku, Farhana Fauzi, Cik Madi dan Cik Masirah.. tp secara kebetulan ditambah lagi dgn kenalan lain.. Syafiq dgn Azwan.. bertambah meriah la gelanggang rollerblade ni.. Apapun main kali ni aku tak jatuh2 sangat macam dulu2.. Seronok main rollerblade ni walaupun kali ni aku main dengan keadaan yang tak berapa selesa.. kasut roda yang aku dapat macam dah tertanggal2 skru rodanya.. jadi aku sedikit tak stabil.. Madi yang kecik molek tu rupa2nya mmg ratu dalam acara ni.. gilo kan??

p/s - tq miss ina sebab blanja makan tengahhari td.. semoga Allah murahkan rezeki anda kerana telah mencuba menggembirakan hati saya.. bykkan kita borak2 td..???