I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 31, 2013

Titik Titik Penuh Makna

I.K.H.R.A.M
 

Sebelum mengenal dot-dot di atas, saya fikir saya merupakan seorang pembaca yang sangat baik. Saya fikir saya adalah seorang yang sempurna. Sebenarnya, tidak. Ilmu di dunia ini, semakin kita jelajah, semakin tiada sampai ke penghujung. Kita mungkin boleh mengenal huruf-huruf seawal 6 tahun. Namun, saya tidak menyangka.. berpeluang mengenal huruf-huruf braille pada usia 25 tahun.

 
 
 
 
Percutian saya pada pertengahan semester persekolahan ini, saya isi dengan bengkel penghasilan bahan bantu mengajar untuk murid-murid bermasalah penglihatan. Selain mengukuhkan pengetahuan asas braille yang ada, saya diberi peluang untuk menyediakan bahan-bahan mengajar murid-murid bermasalah penglihatan untuk diagih-agihkan kepada 11 sekolah kebangsaan pendidikan khas di seluruh Malaysia.
 
Bahan-bahan yang ada ini adalah khusus untuk murid-murid prasekolah dan kepada mereka yang baru mula mengenal asas tulisan braille. Seronok menghasilkan bahan-bahan ini disamping berkenalan dengan guru-guru pendidikan khas di sekolah dari negeri-negeri lain. Selain itu, kami juga menyediakan buku cerita braille.
 
Titik-titik asas kalau dihimpun-himpun, mampu menjadi karangan yang sangat memberi makna.
 
p/s - Ilmu Allah itu luas dan tidak pernah luak.
 
Andai tidak belajar, mata yang celik, mampu menjadi buta. Kalau tak percaya, cuba teka.. apa yang dimaksudkan dengan titik-titik di bawah..??
 
.


Monday, May 27, 2013

Selamat Bertunang BFF







Hari ini, aku bertandang ke rumah BFF tersayang, Mardia sempena Hari Pertunangannya. Hubungan antara aku dan Mardia ni tersangatlah rapat, sampaikan hampir semua saudara mara Mardia mengenali aku dan aku tidak pula mengenali kesemua mereka. Bayangkanlah..
Jadi, bila aku melangkah saja ke teratak Pak Long Rusli, maka terdengarlah pelbagai persoalan seperti ini..

" Laa... Mak Lang ingatkan ekau jadi orang sini ikhram.... kosan aihh tidak.. nak yo mardia ni dongan oghang jauh..."

" Acik ingatkan Mardia dengan kau, ikhram. Alih-alih acik dengar tadi, orang cakap.. bukan, mardia dengan orang lain. Tunang si Mardia ni sama-sama belajar dulu ke?

" Macam mano ni ikhram..? Apo pasal bukan dengan kau lak ni?"

... dan banyak la persoalan yang sama, yang tak banyak beza pun mesejnya. Bayangkanlah rapat tak rapatnya aku dengan keluarga Mardia nie... Tak pepasal dah macam orang frust lak.. hahaha..  Jadi, jawapan yang aku berikan bila persoalan yang sama ditimbulkan..

"Saya dan Mardia tu berkawan baik. Kawan rapat..."
tidak lebih dan tidak kurang.

Apapun, selesai satu soalan, timbullah persoalan yang lain pula..

" Kau bila lagi Ikhram ..?? "
" Tak lama lagi, ikhram la pulak kan...?? "
" Dah ado calon ko bolum laie ni...??

Untuk soalan-soalan macam ni, aku tangguhkan dulu jawapannya. Aku senyum dengan hilai tawa  yang dibuat-buat. Tidak ada jawapan. Jawapan ada pada Allah.

.....

Bila beransur pulang, aku rasa sesuatu. Aku rasa kekosongan. Sedih juga bila kawan baik sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun dalam pada masa yang sama, sudah pasti kegembiraan melebihi segala-galanya. Melihat kebahagiaan Mardia, sudah pasti hati merasa gembira.

Sewaktu memandu, aku memandang pada diri. Aku tidak betah lagi hidup sendiri. Cuma aku minta masa untuk memperbaiki diri.. agar cukup membuat perancangan untuk hari ini, dan untuk masa depan. Amin.
.......

p/s - Untuk orang yang tiada awek, tiada tunang, tiada isteri..
pada wanita keluli inilah tempat mereka bermanja...

.

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu, Emak...

 
 
 



 
Masa bersama emak secara berkualiti, aku akui memang sukar untuk diperoleh. Aku bekerja; emak juga bekerja. Namun waktu bekerja emak lebih panjang daripada aku. Kalau diikutkan, aku selalu pulang ke rumah lebih awal. Adakala hujung minggu aku bercuti; emak adakalanya tidak. Bila diajak bersiar-siar, emak selalu memberi alasan - dia pening kepala, nak siram bunga, nak masak dan macam-macam.
 
Kadang-kadang.. aku bersyukur bila aku sudah boleh memandu. Aku boleh membawa emak ke mana-mana dengan selesa. Hajat nak membawa emak ke haji masa kecil-kecil dahulu, nampaknya bukan usaha mudah. Insyaallah, ada jalannya suatu hari nanti. Amin.
 
" Sedapnya naik kete kau bang..."
 
Sebagai anak, aku bahagia mendengar kata-kata emak. Aku tahu, bukan harta yang emak pandang. Tapi buat masa ini, tiada apa yang dapat aku balas, melainkan menyenangkan hati emak seberapa mungkin. Aku senyum saja. Emak duduk dengan selesa. Aku sengaja pasangkan lagu " Terukir di Bintang" dengan Aizat Hamdan. Aku tau emak suka.
 
Emak selalu dalam fikiran. Sebagai anak, tidak pernah sedikitpun aku lupa bahawa aku pernah memiliki emak yang sangat garang pada masa dulu. Bila sudah dewasa ini, memandang emak saja, aku akui, emak seorang yang sangat penyayang.
 
Setiap kesalahan yang aku lakukan, jarang sekali emak biarkan. Aku fikir, sampai bila-bila pun emak akan sentiasa menjadi 'guru disiplin' - menasihati dan memberi pengajaran.
 
Aku bersyukur kerana Allah tidak pernah membenarkan aku berjauhan dengan emak. Emak sentiasa ada memberi semangat dan nasihat dalam apa jua yang aku lakukan. Tanpa restu emak, aku tidak akan kemana.
 
Kalau ada sesuatu yang tidak kena - emaklah orang yang paling awal terkesan kerananya. Bila aku termenung - emak jugalah yang akan meneka sebabnya dengan betul. Naluri seorang emak bagi aku tidak pernah tersilap.
 
Emak, abang selalu berharap emak akan selalu ada untuk abang.
 
Selamat Hari Ibu, emak.
 
p/s - bila dah bekerja, cara luahannya jauh berbeza.. !!
.


Saturday, May 4, 2013

Aspirasi.Inspirasi.Motivasi.

 
 
 
 
 

Aku tidak pernah mengetahui, bahawa seorang murid sangat memberi motivasi kepada gurunya... sehinggalah aku mengalaminya sendiri. Menjadi seorang guru kepada Naim, memberi aku sejuta perasaan bangga dan bersyukur.
 
Antara salah satu sebab mengapa aku tekadkan hati untuk berani memandu adalah untuk memudahkan aku menemui Naim tanpa perlu menyusahkan sapa-sapa untuk menghantar aku ke rumahnya di Port Dickson.
 
Lama juga tidak berjumpa dengan Naim. Kali terakhir, sewaktu Hari Anugerah di sekolah. Kebanyakan masa selalunya hanya berbual di telefon; berchatting di facebook. Kekerapan berhubung tidaklah sama seperti dahulu. Namun, kualiti itu adakalanya lebih bermakna.
 
Bersyukur juga dapat memandu untuk Naim. Kami bersarapan, kemudian menghabiskan banyak masa berbual di pantai Teluk Kemang.
 
Naim banyak bercerita tentang kisah hidupnya yang agak berbeza apabila di sekolah menengah. Naim banyak bercerita - kisah dia menyertai pasukan bola di sekolah, menjinakkan diri dalam kumpulan band, mula belajar aliran agama di sekolah. Sebagai guru, aku mengingatkan - apa-apa yang hendak dilakukan, pelajaran perlulah diutamakan.

" Sir.. Saya rindu nak makan nasi minyak ?"
"Nasi minyak ???" Aku tanya semula. Buat-buat macam tak faham.
"Nasi minyak sir...."
"Ooo.. Lambat la lagi Naim. Duit Sir tak banyak lagi nak kahwin...," kali ni, Naim pulak yang diam.
 
"Kalau saya, saya nak kahwin umur 27. Sir ?" Aku ketawa. Budak tingkatan dua pun dah ada target. Aku yang dah jadi cikgu ni pun kalah dengan anak murid.
" Sir tak tau lagi, Naim...," Aku pandang ke laut.
"Takkan sir tak de target...?" Nak tanak kene la juga jawab.
" 28 kot..??"
 
Naim senyum. Aku senyum juga. Senyum kelat...
Soalan cepucemas tu Naim oii...!! Hahaha...
 

Bila Naim sudah bersekolah menengah ni, corak perbualan dia nampak lebih matang. Seperti kebiasaannya, rasa hormat dia terhadap aku tidak pernah berubah. Masih bijak mengambil hati.
 
Kali ini, Naim ada bercerita sedikit sebanyak pendapat dia terhadap perkembangan politik dalam negara secara umum. Aku mendengar sahaja. Boleh tahan juga pemikiran murid sorang ni.
 
Apapun, hujung minggu ini sangat bernilai. Selain cita-cita aku dipenuhi, aku belajar satu perkara - kita takkan belajar apa-apa selagi tidak membuat silap. Aku takkan sampai ke rumah Naim, kalau aku takut sesat.
 
......
 
Petang. Habiskan masa dengan emak. Tengok kapal terbang di udara. Duduk atas basikal fixi adik. Tenang.
 

 

p/s - lepas ni sibuk dengan exam, mesyuarat dan sistem fail. Nazir nak datang sekolah.
.