I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 6, 2013

Teacher


 


 
 Video kat atas tu tadi menerangkan sekumpulan murid datang mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada gurunya yang sangat garang di dalam kelas mereka. Mereka nampak sahaja macam berenam di dalam satu kelas, namun hakikat sebenar - lebih dari 60 orang kerenahnya. Asasnya, seteruk-teruk hukuman yang aku berikan, rasa kasih dan sayang itu tidak pernah lekang. Murid-murid tadi boleh diklasifikasikan sebagai murid bermasalah pendengaran.
 
Kadang-kadang aku selalu terfikir, kenapa profesion perguruan yang aku impikan..??
 
Aku mungkin ada 1001 jawapan. Emak dulu selalu cakap.. aku sesuai menjadi guru.. kerana aku tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja berat. Sesuai pegang pen dan kapur. Begitu jugak dengan salah seorang pembantu makmal di sekolah dulu, selalu setuju bila melihat jari-jari runcing aku ketika melakukan eksperimen. Aku sesuai dijadikan cikgu.
 
Itu belum cikgu aku yang hanya melihat hasil seni aku menggunting kadbod - "elok sangatlah kamu menjadi cikgu" - bila aku bertemu dengannya semasa menuntut di maktab. Cuma dia berharap aku menjadi seorang guru sejarah atau seni. Tetapi dia terkejut aku memilih sains sebagai major.
 
Namun bila aku fikir-fikirkan semula, bukan semua dilahirkan untuk menjadi seorang guru. Kalau setakat nak mengajar ABC 123, prinsip Bernoulli, Ketumpatan, Kelajuan, Basic Need of Living Things... berjuta-juta manusia lain boleh melakukannya.. tapi bukan semua dari mereka yang berpeluang. Malah, ada yang menolak.
 
Melihat anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan ingin meneroka alam sekeliling, memang mengujakan. Mendekati dan memahami mereka adalah satu keseronokan. Kini, barulah aku faham.. bila guru diumpamakan sebagai lilin, memang ada kebenarannya.
 
p/s - aku rindu nak ke sekolah. mengajar.
.


8 comments:

ewanthology said...

u are born to be a teacher :-)

Anasyg said...

:) sokong orang atas ni, and I bet org bawah pun akan ckp benda yg sama- so sokong atas bawah :D hehe

whitecappuccino said...

dah sesuai sgt dgn jiwa tu..minggu depan dah boleh gi sekolah dik.

Anonymous said...

Aku asal dari keluarga guru..ayah..adik beradik juga diklasifikasi sebagai tenaga pengajar.lepas spm ada terfikir juga..tp terlalu banyak cikgu dlm family.jd aku kejar benda lain.umur dah 27 sekarang dah mula ragu2.betul ke pilihan aku.

Teena Tna said...

Oh, nie cikgu2 ke yg create stage, bese student yg buat. Mesti best kan dpt wish & present dr anak murid

Ahmad Sabree said...

selamat hari guru..

Lelaki said...

60 orang?


mmg terhebat!

No name said...

character cikgu tue dah nampak dari kecik kot.