I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 18, 2012

Permulaan - Sek Keb Pendidikan Khas Seremban.



"Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji, Mendidik dan memimpin, Putra-putri negara kita. Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia, Rukunegara kita panduan hidup kami semua"

Setiap pagi, setelah bangun dari tidur.. Lagu "Kami Guru Malaysia" inilah yang aku pasang pada telefon bimbit. Tidak disangka, lagu ini merupakan suntikan semangat yang terpenting bagi memotivasikan matlamat dan iltizam yang pernah bersemadi dalam diri seorang guru yang baru seperti aku.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban.

"Ini semua mulut orang la nie... ANAK EMAK ! ANAK EMAK !" Alhamdulillah, posting pertama memang berdekatan dengan rumah. Dekat dengan emak. Perjalanan ke sekolah dari rumah mengambil masa 20 minit sahaja. Sebelum pergi ke sekolah, perut kenyang dengan sarapan seperti nasi gireng kampung, roti sandwich goreng berinti sosej dan karipap hasil masakan emak.


Balik dari sekolah, letak baju kat dalam raga, buka tudung saji. Hidangan tengahari sudah tersedia. Mandi dahulu sebelum makan. Petang pula, minum petang sebelum memandikan atuk yang menjadi rutin sehari-hari. Malam, lakukan persiapan mengajar dan tidur. Ringkas kan??


Sek Keb Pendidikan Khas Seremban. Rata-ratanya murid-murid terbahagi dua kumpulan. Murid-murid yang cacat penglihatan dan cacat pendengaran. Aku tiada masalah unutk menerimanya dan mengasihi mereka. Kesemuanya mereka sangat baik kelakuan dan sangat menghormati guru. Sekolahnya yang cantik dengan hiasan kelas. Memang menakjubkan mata yang memandang.

Itu yang senangnya, cabarannya ??

Di sekolah pend khas ini, bukan anak-anak murid aku yang kekurangan sebenarnya.. Tetapi, aku. Aku sebenarnya yang kekurangan. Rupa-rupanya aku yang 'bisu'. Aku rupanya yang tidak mampu bercakap dan berkomunikasi dengan sesiapa. Adakalanya aku insaf.. tiada manusia yang sempurna di dunia ini, biarpun kita mampu bercakap dan melihat. Kita tetap tidak sempurna...


Adakalanya keadaan ini sangat sukar dan menyukarkan, terutama kepada mereka murid-murid yang cacat pendengaran. Untuk mahir bahasa isyarat dalam tempoh tiga hari ini, adalah sangat mustahil. Aku berasa kesal kerana aku tidak mampu menjadi tempat pergantungan mereka sepenuhnya. Sebaliknya, mereka yang berebut untuk mengajar aku tentang dunia baru. Dunia mereka.


Namun, aku selalu kuatkan semangat. Kata-kata hikmah dan pesanan azimat terutama dari pensyarah tutorku, Puan Haliza, rakan-rakan dan emak abah selalu aku pegang. Aku percaya, aku boleh berjaya di sekolah ini. Aku harus berusaha memahirkan diri untuk belajar bahasa isyarat dengan sebaik mungkin.


Aku tahu, cabaran dan ujian yang Allah kurniakan ini adalah satu perkara yang mampu aku tempuh. Ada sebabnya mengapa aku ditempatkan di sini setelah 5 tahun aku belajar dalam bidang pendidikan sains. Pasti mereka memerlukan aku. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana harapan mereka untuk mengetahui fakta-fakta sains dari aku sebagaimana murid-murid pendengaran memerlukannya sewaktu mereka memandang aku.


Hari ini, aku percaya. Aku adalah insan-insan terpilih untuk mendekati anak-anak istimewa ini yang bagi aku sangat luarbiasa kemampuannya. Kalau mereka boleh, mengapa tidak aku yang lebih satu dua kurniaan yang Allah berikan untuk mendidik mereka.


Ya Allah, kurniakan kekuatan kepada aku. Terangkanlah hati dan bibir aku untuk berkomunikasi bahasa isyarat dengan mudah. Bantulah aku. Bantulah anak-anak muridku.. Ya Allah. Permudahkanlah Ya Allah.


Kecacatan bukan penghalang kejayaan. Hari ini aku 'bisu', esok tidak lagi.

.

p/s - Jangan pandang rendah pada aku. Aku lulus exam. Cuma aku terpilih dan aku adalah 'istimewa' kan??.Terus menyokong aku yer..

.

21 comments:

kathy said...

tahniah awk! semogo terus menjadi seorang pendidik yg berjaya..isnyaAllah..err, nk tnye sikit..sekolah ni bukan yg dkt dgn penjara seremban tu ke? jln bukit delima kalau x silap..

iKhRam said...

@khaty tuah
betul, sekolah ni dekat dgn penjara seremban...

terima kasih
doakan diberi kekuatan.

fariha said...

wah! tahniah . insyaAllah, lame2 mahir lah bahasa isyarat. sy pon lam proses blajar bhasa isyarat sebab amek kos PK pendengaran. sronok kan dapat blajar benda2 baru. =) . setiap manusia ilahirkan dengan keistimewaan masing2 . mereka ada apa yg kita xde . kita ade apa yg mereka xde . jadi, sama2 lah kite saling melengkapi. =) all da best, cikgu!! saya bangga menjadi guru . =D

iKhRam said...

oo.. lepas ni kene blaja dengan fariha la yer.. kire fariha jadi mentor saya la lepas nie.. hehehe

fariha said...

baru blajar ABC 123 plus the basic things je nih. xexpert lagi..hahaha. try cari video kat youtube lah. mybe bole tolong sket2. =)

iKhRam said...

kene tgok juga..
sama BIM dgn BIKT.. dua2 tu beza..
sekolah guna bikt..

ok jer..
saya dah ada kod nama sendiri.. hehehe

syok jugak
tp semua ni bukan mudah fariha..
mmg kene usaha.

MissButterfly said...

Bertuahnyaa, saya harap saya pun dapat posting kat tempat asal saya nanti . =)


"nanti" yu lama lagi lahh, 4 tahun lagi. haha =D

fariha said...

wah! da ade kod name sendiri..bagos2!! hehehe

mmg kene usaha sebab benda baru kan?? nnti boleh lah awak ajar sy sbab nnt tiap2 hari awk gune bahasa isyarat. hehe

nak kongssi tip! rajin2kanlah tengok berita kat tv 1 setiap malam dari pukul8-9. blajar bahasa isyarat secara percume. hehe. peace!

Joe_Hans said...

mesti perlu kesabaran yg tinggi kan?? goodluck! ;)

zazaw said...

lepas ni boleh dah terjah sir dekat sekolah tu
hewhewhew

selamat menjadi guru !

LidiaSuraya said...

Good Luck n banyakkan bersabar..

eh anyway salam kenal... :)

HeNRieTTa JoSe said...

wah....sronoknye dapat keje dekat umah....

pssss.....
memang sangat menarik perhatian....rietta dan berangan nak kasi pada seseorang yang sangat istimewa....hehehe....

mia Olive said...

akak bangga la dgn ko ikhram..klo akak yg dpt mengjar kat sekolah murid normal masih merungut sana-sini..mmg akak teruk la kan. Mari sama-sama jadi guru hebat ikhram!

is revered by you said...

oh..touching lah baca...mungkin tuhan nak menguji kamu..dan DIA lebih tahu cara yang sesuai.. banyak kan bersabar..yang penting keikhlasan.. am..ingat slogan ni: kerana dirimu begitu berhaga! so worry less.. smile!

ckLah @xiiinam said...

Selamat bertugas...

Jom belajar bahasa isyarat dengan ckLah...

- abdul hadi abdul muti - said...

hopefully ko dapat jalankan tanggungjawab ko dengan baik. tahniah sebab dapat peluang ni.

ekabukanmakcikkau. said...

lagu kami guru m'sia tu yang masa hari guru cikgu selalu pasang tu ehhhhh? ohhhh

cha zainol said...

boboy, ingta, aku selalu ada. Allah lebih tahu, dan semua ini ketentuan. aku doakna kau, dan aku sangat yakin kau mampu laluinya. :)

Chegu said...

Tahniah kawan.. Hehehe

syakirahmn said...

mesti mencabar kann nak layan murid2 istimewaa

ch000tz said...

dah penat keje rasa macam nak sekolah rendah ajer sampai bebila heheh