I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 18, 2012

KONVOKESYEN Saya.



Teringat enam tahun yang lepas.. Saat-saat selepas mendapat keputusan SPM.. dalam hati bersyukur kerana mendapat keputusan yang mampu membuat aku menarik nafas lega. Pada masa itu aku sedar bahawa aku bukanlah seorang pelajar pintar, namun seorang yang telah kuat berusaha.


Namun lain pulak bila sampai di rumah. Mak hanya menggeleng kepala. Kerana pada emak, keputusan yang baik adalah 10 A. Mungkin emak berfikir spm sama seperti upsr dan pmr yang lalu yang mudah mengejar bilangan 'a'.. sedangkan pengiraan merit tidak sebegitu..


Akhirnya, aku menjadi seorang guru ganti akibat dari rasa was-was emak yang terlalu memikirkan masa depan aku yang sangat kelam pada masa itu. Namun aku tetap percaya keputusan spm aku tidak seteruk yang emak fikirkan.. hahaha..!!


Bermula dari pengalaman sebagai seorang guru ganti yang sngat-sangat muda itulah yang mendorong aku memilih untuk menjadi seorang guru seperti hari ini. Dalam hati tak sudah-sudah menyebut perkataan syukur.


Hasilnya, aku diterima masuk menuntut di Institut perguruan di pulau pinang. Hati emak dan abah sangat bangga. Bagi mereka, peluang untuk aku mengukir masa depan yang cerah adalah sanggt jelas pada masa itu. Yer, aku akui, restu mak abah dan pilihan mereka adalah yang terbaik.


Bergelumang lima tahun setengah dengan kepayahan menguasai bahasa inggeris untuk subjek sains pada masa itu, sungguh menjerat perasaan aku. Ditambah dengan persaingan dengan rakan-rakan yang sangat-sangat hebat, memang mempelawa aku untuk bersaing sama.. Dengan cabaran memahami pelajaran baru.. memang menggugat kesabaran iman dan kecekalan hati. Tapi aku tetap percaya dorongan dari emak dan abah serta bantuan dari pensyarah dan rakan-rakan memang sangat-sangat membantu.


Bayangkan, aku yang awalnya mengarang essay pun tak reti, apatah lagi mengarang lab report yang susah tu pun merangkak-rangkak, akhirnya mampu membuatnya sendiri setelah bertahun-tahun berusaha. Dan aku percaya mungkin hari ini, cikgu-cikgu bahasa inggeris pasti tidak menyangka dengan perubahan ini... hehehe..


Bermula dari bukan siapa-siapa, akhirnya aku belajar untuk mencapai cita-cita. Semuanya berbekalkan kesabaran, usaha dan tawakal. Doa ibu bapa dan yang lain-lain. Setelah lima tahun setengah di maktab, akhirnya aku memegang segulung ijazah yang sangat-sangat aku idam-idamkan. Ijazah ini sangat bermakna kepada aku.. yang selalu bermain air mata dan keringat sebenarnya.


Alhamdulillah.


Teringat bila ditanya tentang cita-cita bila sudah besar sewaktu tamat spm dulu. Jawapan aku,

" Cita-cita saya tak besar, tak kisah jadi apa, asalkan berguna kepada bangsa dan negara.."

.

p/s - tak kisah la nak jadi apa, asalkan tak jadi penagih dadah. Saya bangga menjadi guru.
.

Monday, March 12, 2012

Pre - Konvo



Orang lain makin nak konvo, makin tak sabar-sabar.. aku ni terbalik pula.. makin takut..!! Apapun sangat seronok sebab apa yang dinanti-nantikan selama lima tahun setengah menuntut ilmu di maktab, akhirnya sampai ke puncak. Menerima sijil ijazah adalah satu-satu perkara yang sangat-sangat diimpikan dari bangku sekolah sehinggalah ke saat ini.



Bertemu kembali dengan rakan-rakan taulan yang dulu-dulu sama berjuang memang mengujakan. Terlalu banyak cerita yang ingin disingkap.. terlalu banyak kisah pengalaman saat-saat memulakan kerjaya yang ingin dikongsi bersama.



Namun kesuntukan masa.. malah jadual perjalanan majlis istiadat yang sangat padat, menghalang kami dari terus, terus dan terus bercerita. Jadi, kesempatan yang ada itu aku gunakan sepenuhnya untuk beramah mesra, kerana kemungkinan selepas ini, peluang untuk bersama-sama lagi agak tipis sekali.



Apapun, tiada siapa menyangka, sekiranya aku katakan majlis pre-konvo Ini mungkin boleh bertukar menjadi majlis pre-wedding kami..??



Wallahualam.
.

.p/s - sebenarnya nak post perkara yang marah-marah. Tapi jadi syahdu pulak..!!

.

Monday, March 5, 2012

Al Fatihah - Atuk Talib

Janji Tuhan sentiasa benar. Bila datang sesuatu ajal manusia, tidak akan tercepat sesaat malah terlewat sesaat juga tidak. Begitulah keadaan kami sekeluarga yang kini terpaksa merelakan kepergian atuk Talib yang amat-amat kami sekeluarga sayangi.


Takdir Tuhan, aku bersyukur kerana di pengakhiran hayat atuk, aku berpeluang menghabiskan banyak masa dengan atuk. Saat bersama dengan atuk berdepan dengan saat-saat cemas di hospital.. saat-saat atuk di rumah kami.. malah saat atuk menghembuskan nafasnya terakhir.. sehinggalah ke liang lahad. Aku bersyukur..


Terkenang saat-saat bersama arwah atuk ketika sepanjang perjalanan ke kampung halaman di dalam van jenazah sebentar tadi.. Air mata bagai tidak dapat ditahan-tahan lagi.. terimbau segala kenangan manis suka dan duka bersama atuk. Sebagai anak cucu lelaki sulung atuk, aku bersyukur dapat sama-sama berbakti pada usia tua atuk walaupun setiap bantuan aku itu tidak sedikit pun mampu membayar jasa dan pengorbanan atuk untuk keluarga kita.


Namun sebagai 'abang'... abang buat segalanya yang termampu.


Masih segar dalam ingatan abang, bagaimana cemasnya kita berdua bila doktor mahu abang memasukkan tiub kencing ke dalam badan atuk.. Aku cemas, panik, kasihan.. malah abang geram.. abang tak sampai hati nak menyakitkan atuk.. penyudahnya, kita sama-sama menghabiskan seminggu berhari raya di hospital.


Setelah sekian lama rumah hingar dengan telatah atuk.. dengan kerenah atuk, sendu atuk, jeritan atuk, dengusan atuk, rungutan atuk,... akhirnya malam ini rumah ini sunyi sekali. Tiada lagi semua kenangan-kenangan itu lagi.. Luluh rasanya hati ini..


Atuk.. abang dan adik-adik bukanlah cucu yang sempurna buat atuk.. namun kami bertiga telah berusaha menepati apa saja keperluan atuk dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan kami. Abang dan adik-adik percaya, di penghujung usia atuk ini, kehadiran atuk telah memberi makna yang besar dalam hidup kami.


Abang bahagia mengenali dan hidup bersama atuk. Sikap pemaaf atuk wajar jadi ikutan. Abang percaya, ketiadaan atuk pasti memberi kesan besar dalam hidup abg. Tidak mungkin abang akan melupakan atuk...

Wahai atuk yang abang kasihi dan abang sayangi. Pergilah atuk dengan tenang di sana. Abang tetap mendoakan kesejahteraan atuk dan semoga ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Amin.


Al Fatihah





p/s - tiada apa yang bermakna selain selain membantu dan menjaga ibu bapa di hari tua. Emak, emak contoh terbaik buat kami, anak-anak mu...
.

Saturday, March 3, 2012

Terpenjara

Bila aku baca post-post kawan-kawan di facebook.. semua merungut dapat mengajar di Sarawak. Jauh dari keluarga.. nak makan susah.. nak mandi susah.. nak mengajar pun susah.. sebab ramai budak tak faham bahasa melayu.. pekan jauh.. dan macam-macam.. sampai tak de satu pun yang menarik untuk dijadikan motivasi.. ok fine !!


Namun kesusahan tu turut berlaku bagi kawan-kawan aku di semenanjung ni.. lebih-lebih lagi mereka yang ditempatkan mengajar di sekitar ibu kota.. ataupun di bandaraya setiap negeri.. terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya, taraf hidup yang tinggi.. semua perkara perlu dibayar, dengan kesibukan waktu bekerja.. tugas yang berlambak-lambak.. terpaksa berdepan dgn masalah pelajar.. bla..bla..

Semuanya sama kan ? kan ? kan ???

Aku mungkin dikatakan bertuah.... "Bertuah la kau, Ikhram. Dapat negeri sendiri. Dekat dengan rumah. Dapat berulang alik dari rumah ke sekolah. Makan, minum, sewa rumah tak payah bayar... Semua mak ayah tanggung".


Semuanya nampak macam mudah. Tapi bagi seorang anak lelaki yang selama ni berpaut dengan mak abah dan baru-baru ni bebas menginap di hostel - itu satu pembunuhan secara senyap bagi aku. Aku tak sangka kebebasan aku direntap hampir keseluruhan sebenarnya. Dan hari ia mula dilepaskan secara perlahan-lahan atas kedegilan aku. Persepsi mereka.


Kalau semua orang anggap aku beruntung. Yer. Aku memang beruntung. Tapi aku tetap terpaksa menghadapi masalah dan nampaknya masalah ini makin berlarutan.


Aku suka dengan pekerjaan aku.. dan sekarang ni semua perkara yang aku mahu buat lebih, telah pun disekat secara psiko. Atas alasan tak boleh terlalu baik sangat bila di sekolah. OK. Akhirnya aku terima juga.. Kesimpulan yang pertama - hidup sendiri fikirkan diri sendiri. Hidup di rumah - kene fikirkan hal keje, sekolah, asrama, dan keluarga. Masa hidup aku kene bahagikan kepada 5.


Semua perkara memang parent yang uruskan bila tinggal di rumah. Yup memang betul. Tapi tu bukan petanda aku tidak boleh belajar berdikari. Selama ni dok hostel 5 tahun.. ok saja. tapi bila sudah menetap di rumah, memang biasalah tetiba terharapkan orang di dalam rumah. Apa boleh buat, itu sahaja komuniti yang ada untuk aku sekarang. Tapi masalahnya mula tiba, bila dikatakan dari pagi sampai malam semua perkara kene diingatkan. OMG. Nada ungkitan seperti itu memang buat keyakinan diri semakin mengecil.


Dan sekarang.. tak boleh tersalah sedikit kat rumah ni.. kene marah tak ubah macam umur 17 tahun. Sekarang aku memang tak boleh terima lagi. Cukuplah sebulan, dua bulan, tiga bulan, empat bulan tinggal di rumah dan diperlakukan macam ni. Tolong lah hormati aku juga. Aku dah besar. Tegurlah seperti aku anak-anak manusia 24 tahun.


Penyudahnya.. kehidupan aku dari zaman bersekolah, belajar sampailah dah mula bekerja tidak pernah berubah dan aku paling risau mungkin tidak boleh diubah lagi..


Setiap pagi, akan ditegur supaya menjadi seorang yang matang. Rancang kehidupan dengan lebih baik. Perangai tu perlu ditunjukkan seperti 24 tahun. Perempuan takkan suka lelaki yang tak matang. Sedangkan apa yang aku nak buat semuanya bagaikan hasil dari feedback yang mereka buat. Entahlah, aku rasa aku dah buat macam-macam tanggungjawab.


Itulah sebabnya semakin hari, aku semakin tertekan. Kebebasan hidup aku seperti direntap. Kadang-kadang saudara mara pun tak faham-faham. Diorang bebas, aku juga yang tak bebas-bebas. Tolonglah gilir-gilir jaga atuk. Aku nak juga keluar berjalan-jalan.


Bila semua perkara perlu diberitahu. Setiap kesalahan perlu menerima tengkingan yang bertubi-tubi. Apa yang aku suka buat, tapi tak boleh buat atas alasan kene fikirkan keluarga. Aku rasa aku memang takkan membesar dan matang...


Lebih baik aku ditempatkan jauh-jauh.. dan tentu aku boleh rancang kehidupan aku dan belajar untuk berdikari sebaik mungkin.


p/s - bila nak melawan mulalah dikatakan nak kurang ajar. Tapi pernah ker nak faham apa yang ada dalam hati. Cubalah lihat aku sebagai lelaki pra-dewasa yang berumur 24 tahun.


Tak sangka dalam hidup ni aku tak ada pilihan.

.

Tuesday, February 28, 2012

Cikgu Ikhram



Mula-mula dikenali sebagai ustaz Ikhram.. walaupun kekok lama-kelamaan serasi jugak menjadi seorang ustaz terjun. Kemudian berubah kepada panggilan Sir Ikhram.. almaklumlah mengajar science in english.. dan sekarang kembali terkenal dengan panggilan Cikgu Ikhram..

Semua gelaran aku pernah dapat.. tamak kan???

Selama 9 minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban ni, aku rasa aku sudah mampu menyesuaikan diri walaupun ada waktu-waktunya aku rasa seperti jatuh.. tapi aku paksakan diri untuk bangkit kembali.. Aku sentiasa merasakan bahawa aku seorang guru yang sangat istimewa.. dan bertuah.

Siapa cakap kalau belajar subjek science di maktab tapi mengajar di sek keb pendidikan khas ni rugi.. ??

Tidak... sebenarnya aku rasa bersyukur ditempatkan di sekolah ini.. sekurang-kurangnya azam aku tahun ini untuk membuktikan anak-anak murid aku yang kurang upaya mampu mendapat gred yg terbaik untuk subjek sains UPSR tahun ini perlu sentiasa difikirkan. .. dan sememangnya aku sedang mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakannya.. dalam hati, aku terlalu mengharapkannya..


Siang di sekolah sebagai guru.. malam di asrama sebagai warden.. Kehidupan yang bergelumang dengan sikap-sikap extreme anak-anak istimewa memang selalu memeranjatkan dan merentap salur jantung aku sendiri.. Aktiviti kejar-mengejar.. terjerit-jerit terpekik terlolong.. malah turut sama-sama jatuh ke lantai.. sama-sama lencun basah kuyup.. Semua dah jadi rutin terbaru.. Inilah kisah bapa segera di asrama...!!


Di sekolah ini banyak perkara aku pelajari dan aku kongsikan. Oleh itu seringkali nama 'anak-anak istimewa' aku ini terpahat di dalam hati... yang selalu aku bawa bila jauh dari mata..


Azroy, dan 'adik-adiknya'.. Naim, Nasrul, Fatihi, Aniq, Amin, Zuhair, Adam, Aiman, Danish, Qayyum, Zairi, Izzuan, Aqil... dan yang lain-lain.


Kalau ada masa ingin sekali memaparkan kisah-kisah hidup mereka. Kisah-kisah bagaimana kami habiskan masa bersama-sama.. huhuhu..

.

p/s - keje banyak...!!!! pening...

.

Sunday, February 26, 2012


Sedar atau tidak sudah sebulan rasanya aku bergelar seorang guru. Sebagai guru permulaan, segala cabaran yang mendatang sudah pasti semuanya memerlukan pengorbanan dan usaha yang cekal. Tidak mudah sebenarnya. Adakala 24 jam yang ada tidak cukup untuk menghabiskan sehala-galanya.


Membahagikan masa untuk sekolah, anak-anak di asrama, keluarga dan diri sendiri.. bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Sangat susah. Adakala masa untuk diri sendiri bagaikan sedetik dua detik saja yang tinggal. Biarpun menetap di rumah keluarga, adakala kebebasan diri itu bagaikan direntap.


Barulah aku faham erti pengorbanan. Ada satu ketika, dari jam 7 aku ke sekolah.. pulang ke rumah hampir jam sebelas. Kadang-kadang permintaan anak murid untuk diminta memberi tunjuk ajar menyekat segala-galanya. Akhirnya orang-orang di rumah aku abaikan..


Semuanya bagaikan telan mati emak, luah mati abah. Kehidupan & stress itu bagaikan adik beradik. Alhamdulillah aku masih mampu mengawalnya.


Sabtu yang lepas.. aku dan rakan-rakan sekerja yang lain menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) - KELAS BRAILLE & KELAS ISYARAT KOD TANGAN. Begitu menyeronokkan sekali. Inilah pertama kali aku menggunakan mesin braille. Aku bersyukur dikurniakan mata yang celik dan tidak perlu bersusah payah menaip braille untuk menulis.


Menyedari masa unutk diri sendiri begitu suntuk.. Kami - Aku, Akak Hasni dan Akak Adah- telah pun merancang secara spontan unutk menghabiskan masa di Melaka. Yezza !! Jalan-jalan wok..!! Takde plan.. Yang kami tau.. Kami jalan jer ikut kata hati.. !!


Sepanjang hari itu, aku berasa sangat seronok dan bebas. Aku dapat kembali mengekpresi diri aku seperti ketika waktu dulu. Aku bahagia. Terima kasih kak adah dan akak hasni kerana memberi peluang 'keluar' dari kempompong seperti ini.. !!


Melaka The Heritage Country

.

p/s- sori kerana sudah lama tidak menaip. Saya budak muda bariu nak jadi cikgu.. Sangat banyak keje dan cabaran. Sori.. !!
..

Friday, February 17, 2012

Thursday, January 26, 2012

Relaks...!


Sejak mengajar ni, lama sungguh tak buat entry. Sebenarnya bukan la sibuk sangat.. tapi sedang melayan hobi baru - belajar bahasa isyarat... hahaha !! Aku ingat kene amik kelas bahasa isyarat ni bermula dari kelas prasekolah la.. hahaha !! Susah dah tua-tua ni baru nak belajar. Tangan dah keras.. hehehe..


Walauapapun, setiap kali memandang anak-anak murid istimewa ini.. semangat aku bagaikan berkobar-kobar... terutama sekali melihat anak-anak murid yang bakal menduduki UPSR tahun ini. Aku selalu berazam untuk melakukan sesuatu untuk mereka. Insyallah.


Apapun, aku sentiasa bertuah, kerana dikurniakan anak-anak murid yang baik, yang menghormati guru, yang selalu riang dan yang sering ingin membantu aku. Lebih-lebih lagi anak-anak murid tahap dua yang cacat pendengaran yang sering membantu aku untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Alhamdulillah.


Kalau mereka sudi menerima aku, takkan la aku tidak kan..??


Ok !! Tutup kes keje. Sekarang kita buka kes cuti Chinese New Year.. hehehe.. Untungkan kita sebagai negara majmuk..?? Cuti perayaan ada banyak dan bermacam-macam. Semua kita raikan dengan meriah dan aman. Sekolah aku siap amik cuti ganti lagi seminggu.. hehehe.


Jadi seperti tahun-tahun yang sudah.. setiap kali cuti Chinese New Year, mesti kami adik beradik akan ke midvalley untuk bershopping raya.. hahaha..!! Sebenarnya bukan bershopping sangat pun, tapi saja jalan-jalan.. Dan aktiviti bersiar-siar kami kali ini sangat pelik dirasakan..

Kenapa orang tak ramai ??

Jadi memang 'syurga' la bagi orang-orang cam kami... cuma masa tengah nak belek-belek buku kat MPH je yang sesak.. almaklumlah ramai orang dpt baucer buku.. hahaha ! Yang lain semuanya mudah.. makan senang, nak beli itu senang, nak beli ini senang.. semuanya senang lah..


Apapun hari ni hepi sgt.. sebab dapat beli baju kat topman dengan harga RM4.. huh ! Memang berbaloi.. hahaha.. !!


p/s - Tiba-tiba terfikir.. bilalah nak berkereta nie.. Tak tahan nak anaik komuter yang ada macam2 masalah tue ?? hahaha...
.

Wednesday, January 18, 2012

Permulaan - Sek Keb Pendidikan Khas Seremban.



"Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji, Mendidik dan memimpin, Putra-putri negara kita. Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia, Rukunegara kita panduan hidup kami semua"

Setiap pagi, setelah bangun dari tidur.. Lagu "Kami Guru Malaysia" inilah yang aku pasang pada telefon bimbit. Tidak disangka, lagu ini merupakan suntikan semangat yang terpenting bagi memotivasikan matlamat dan iltizam yang pernah bersemadi dalam diri seorang guru yang baru seperti aku.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban.

"Ini semua mulut orang la nie... ANAK EMAK ! ANAK EMAK !" Alhamdulillah, posting pertama memang berdekatan dengan rumah. Dekat dengan emak. Perjalanan ke sekolah dari rumah mengambil masa 20 minit sahaja. Sebelum pergi ke sekolah, perut kenyang dengan sarapan seperti nasi gireng kampung, roti sandwich goreng berinti sosej dan karipap hasil masakan emak.


Balik dari sekolah, letak baju kat dalam raga, buka tudung saji. Hidangan tengahari sudah tersedia. Mandi dahulu sebelum makan. Petang pula, minum petang sebelum memandikan atuk yang menjadi rutin sehari-hari. Malam, lakukan persiapan mengajar dan tidur. Ringkas kan??


Sek Keb Pendidikan Khas Seremban. Rata-ratanya murid-murid terbahagi dua kumpulan. Murid-murid yang cacat penglihatan dan cacat pendengaran. Aku tiada masalah unutk menerimanya dan mengasihi mereka. Kesemuanya mereka sangat baik kelakuan dan sangat menghormati guru. Sekolahnya yang cantik dengan hiasan kelas. Memang menakjubkan mata yang memandang.

Itu yang senangnya, cabarannya ??

Di sekolah pend khas ini, bukan anak-anak murid aku yang kekurangan sebenarnya.. Tetapi, aku. Aku sebenarnya yang kekurangan. Rupa-rupanya aku yang 'bisu'. Aku rupanya yang tidak mampu bercakap dan berkomunikasi dengan sesiapa. Adakalanya aku insaf.. tiada manusia yang sempurna di dunia ini, biarpun kita mampu bercakap dan melihat. Kita tetap tidak sempurna...


Adakalanya keadaan ini sangat sukar dan menyukarkan, terutama kepada mereka murid-murid yang cacat pendengaran. Untuk mahir bahasa isyarat dalam tempoh tiga hari ini, adalah sangat mustahil. Aku berasa kesal kerana aku tidak mampu menjadi tempat pergantungan mereka sepenuhnya. Sebaliknya, mereka yang berebut untuk mengajar aku tentang dunia baru. Dunia mereka.


Namun, aku selalu kuatkan semangat. Kata-kata hikmah dan pesanan azimat terutama dari pensyarah tutorku, Puan Haliza, rakan-rakan dan emak abah selalu aku pegang. Aku percaya, aku boleh berjaya di sekolah ini. Aku harus berusaha memahirkan diri untuk belajar bahasa isyarat dengan sebaik mungkin.


Aku tahu, cabaran dan ujian yang Allah kurniakan ini adalah satu perkara yang mampu aku tempuh. Ada sebabnya mengapa aku ditempatkan di sini setelah 5 tahun aku belajar dalam bidang pendidikan sains. Pasti mereka memerlukan aku. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana harapan mereka untuk mengetahui fakta-fakta sains dari aku sebagaimana murid-murid pendengaran memerlukannya sewaktu mereka memandang aku.


Hari ini, aku percaya. Aku adalah insan-insan terpilih untuk mendekati anak-anak istimewa ini yang bagi aku sangat luarbiasa kemampuannya. Kalau mereka boleh, mengapa tidak aku yang lebih satu dua kurniaan yang Allah berikan untuk mendidik mereka.


Ya Allah, kurniakan kekuatan kepada aku. Terangkanlah hati dan bibir aku untuk berkomunikasi bahasa isyarat dengan mudah. Bantulah aku. Bantulah anak-anak muridku.. Ya Allah. Permudahkanlah Ya Allah.


Kecacatan bukan penghalang kejayaan. Hari ini aku 'bisu', esok tidak lagi.

.

p/s - Jangan pandang rendah pada aku. Aku lulus exam. Cuma aku terpilih dan aku adalah 'istimewa' kan??.Terus menyokong aku yer..

.

Wednesday, January 11, 2012

First Posting - Penempatan Pertama.



Syukur alhamdulillah. Dapat penempatan di negeri sendiri - Negeri Sembilan. Tarikh penempatan - 16 januari 2012.


MAKLUMAN :

Sila hubungi JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN (SEKTOR PENDIDIKAN KHAS) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan anda.

Sektor Pendidikan Khas ??? Aku bukan ke opsyen sains?? Kenapa bukan Sektor Rendah macam kawan-kawan yang lain..?? Huhuhu..


p/s - Kadang-kadang perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan kita.

.

Monday, January 9, 2012

Obses - E.Z.A.N.I.



".. Kalau mahu mencari seorang wanita, jangan cari yang sempurna. Sebaliknya carilah wanita yang memenuhi seberapa banyak kriteria-kriteria yang kita mahukan.."


Sejak kebelakangan ni, rancangan masakan memang menarik perhatian. Aku sebenarnya sukakan gaya hidup yang berbeza dari gaya hidup lelaki konservatif Malaysia - futsal, lepak mamak, aksesori kereta. Why not lelaki Malaysia tak mencuba untuk memasak ?? Mencuba resepi seperti pavlova, kek tiramisu, pai, asam pedas atau spageti ker? Ni balik2.. megi taruk telur..!! zzz..


"Kita ni, kalau sukakan sesuatu tu.. jangan terlampau sangat. Bersederhana. Jangan suka sampai tak de cacat cela. Tiada yang paling baik, melainkan tuhan.."

Mak dah mula bersuara.


Sebenarnya aku terlalu cintakan kesederhanaan. Setiap kali melihat ezani, tampak aura kesederhanaan dalam setiap percakapannya, tingkahlakunya. Kalau mula-mula dulu.. dalam kuliah master chef,dia duduk di belakang-belakang saja. Tapi dia diam-diam ubi berisi. Walaupun begitu, keyakinan diri dia kuat..!! Tangkas, cekap di dapur.


Apa yang menariknya tentang Ezani nie.. dia sempoi, selamba, lincah, dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa saja. Aku suka senyuman dia..!! Bab memasak - dia cool jer !! Apapun cabaran, aku tak pernah lihat raut wajah gusar, takut..!! Cuma kalau time serius, dia memang serius..!! Mungkin dari sikap tenang dia, dia layak menjadi doktor gigi.


Disebabkan terlalu meminati ezani ni.. Semua perkara tentang dia aku dah add.. like fan page kat facebook. Save blog dia.. !! copy paste gambar2 dia.. dan..

Aku dah buka twitter baru... !!

aku buka... sebab, dengar-dengar dia pun dah ada twitter.. !! hahaha.. terpaksa la.. usaha tu penting..!!

.. yang tinggal selepas ni.. nak tunggu beli buku masakan dia jer.


Malam tadi, masa makan. Abah bercakap dengan aku..

"Ooo.. perempuan macam ni yer bang yang kau cari.."

"A'ah bah.. senang nak jaga.. tapi susah nak cari sekarang ni.."


Aku, kalau dah sukakan seseorang.. memang masalah. Ni la masalahnya kalau sir ikhram dah obses. Hahaha.. Selalunya aku tak terpukau dengan wanita cantik, cukuplah sekadar sedap mata memandang, tetapi biarlah perempuan itu punya daya penarik dan bersederhana..


Seterusnya, selepas ini, bakal menghabiskan masa menonton siaran ulangan master chef sambil mencuri2 pandang si Ezani.. Hahaha..!! Mana la tau kot kot ada jodoh dengan doktor gigi.. Sapa tau, kan?? hahaha..

.

p/s - sesekali bila aku terpandangkan ezani, aku selalu ternampak adik perempuan si Fatin.. Jangan lupa.. aku dah ada twitter.. hahaha !!

.