I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 31, 2012

Hari Guru Adalah Hari-hari.




Lazimnya, semua orang menyambut Hari Guru pada tanggal 16 Mei pada setiap tahun. Namun berlainan pula bagi aku, setiap hari adalah hari guru di sekolah aku mengajar sekarang. Walaupun rata-ratanya anak murid aku adalah jenis murid-murid berkeperluan khas, namun layanan istimewa daripada mereka aku peroleh setiap hari. Walaupun rata-ratanya antara mereka tidak mampu mengucapkan ucapan selamat.. tapi tidak pernah sehari pun aku terlepas dari pelukan mesra mereka.

Tahun 2012 memperlihatkan tahun pertama dan tahun bersejarah untuk aku menyambut Hari Guru sebagai seorang guru yang ditauliahkan oleh kerajaan. Pengalaman sebagai penjawat awam ini sudah pasti memberi banyak makna yang sangat penting secara peribadi.

Sekolah kebangsaan Pendidikan Khas Seremban bukan saja mempunyai anak-anak murid yang sungguh istimewa malahan sambutannya juga sangat istimewa bagi aku. Kebanyakan sekolah amat sukar mendapat penyertaan guru-guru untuk membuat persembahan, namun di sekolah ini, semua guru dan staf mampu beraksi dalam apa jua acara dan jenis persembahan. Untungnya, Guru Besar di sekolah aku yang sporting dan mengalu-alukan  persembahan dari setiap warganya menjadikan sambutan ini memberi kepuasan kepada semua.

Aku tidak melepaskan peluang untuk menghiburkan semua yang hadir dengan dendangan lagu cindai.. yang bagi aku tidaklah sesumbang yang aku fikirkan sebelum ini. Hahaha.. Selain persembahan aku itu, turut memeriahkan majlis persembahan tarian dan koir jari jemari dari murid disamping persembahan koir gabungan kod jari jemari dari guru-guru juga.

Sebagai seorang guru, aku merasa sentiasa bertuah. Dihargai dan disayangi sepanjang waktu. Tidak kiralah murid-murid disekeliling sempurna mahupun tidak dari aspek lahiriah. Bagi aku kasih sayang mampu ditafsirkan dalam apa juga bentuk atau elemen. 

Sepanjang aku menjejaki dunia perguruan, aku tidak pernah mengekpresikan kasih sayang sebegini hebat kepada murid-murid sehingga aku bertemu dengan anak-anak istimewa di sekolah aku sekarang.

Setiap pagi aku berkejar dengan waktu untuk menemui mereka kerana setiap kali aku memandang mereka, senyuman mereka tidak pernah pudar.. dan sebagai seorang guru, aku tahu mereka menyayangi guru-guru mereka dengan tulus dan ikhlas. Sikap kebergantungan terhadap guru adalah sangat tinggi buat mereka.

Setiap guru punya cabarannya yang tersendiri. Aku juga tidak terlepas dari menerima cabaran itu. Tiada siapa mahu menjadi 'bisu'. Adakalanya menjadi 'buta', dengan tiba-tiba. Tetapi cabaran ini sedaya upaya aku tempuh. Petuanya, melalui hati yang terbuka; dan aku seronok melaluinya. Kebanyakan hari adalah yang indah-indah belaka.

Aku tidak pernah memahami erti pengorbanan. Sehinggalah pengalaman menjadi guru mengajar aku dengan tegas dan toleransinya akan perkara ini.

Selamat Hari Guru
kepada semua warga pendidik
yang mendidik jiwa dan generasi kita.

p/s - Naim, Nasrul.. mari kita ubah persepsi ramai.. anak-anak OKU juga mampu melakar kejayaan di persada dunia. Cikgu percaya kepada kalian.
.


Friday, May 11, 2012

Penghibur


Adakala di saat-saat aku 'rebah'..
Perkara-perkara seperti inilah yang bagaikan meniup semangat untuk aku terus bangkit mengukir bakti..

Biarpun kalian terpalit dengan serba kekurangan,
namun kasih sayang cikgu tidak pernah berkurang..
sebaliknya semakin hari semakin bertambah dalam rasa kasih dan sayang ini..

Anak-anakku..
Tiada harga dapat cikgu bayar
betapa cikgu bersyukur menjadi sebahagian daripada kehidupan kalian..
Cuma cikgu berharap semoga cikgu sentiasa berterusan diberi peluang..
mendidik kalian agar menjadi insan
yang berguna pada masa yang mendatang..

Anak-anakku,
Cikgu sayang pada kamu..
..
Tulus Ikhlas
Cikgu Ikhram
.
p/s - nama dua orang anak murid saya ni ADAM dan NADARAJAH. Mereka beruda adalah pelajar dari tahun 3 dan menghadapi masalah penglihatan. Kredit utk mereka berdua kan??
.