I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan



"Ku mengharapkan Ramadhan.. kali ini, penuh makna.. agar dapat ku lalui dengan sempurna.. selangkah demi selangkah.. setahun pun sudah berlalu.. Masa yang pantas berlalu.. Hingga tak terasaku, berada di bulan Ramadhan semula.."


(Man Bai, Raihan)



Ambang bulan Ramadhan bakal aku lalui semula. Rasa kesyukuran sebenarnya dalam diri. Adakala ganjaran yang Allah janjikan sukar dimengertikan kerana tidak nampak pada mata kasar. Namun, percayalah, mustahil hati kecil aku ni mampu untuk menafikan, betapa berkatnya bulan Ramadhan Al mubarak. Alhamdulillah.


Sudah pastinya, rutin harian pasti sama seperti biasa. Apa yang berbezanya ialah tidak boleh makan dan minum di siang hari.. dan setiap amalan akan dilipatgandakan ganjaran pahalanya.


Dahulu masa kecil-kecil, bila tiba bulan ramadhan, semua kudrat bagaikan hilang bila tiba pertengahan hari. Selepas sekolah pasti malas mahu mengaji ke surau. Kalau emak sudah letih membebel, emak akan memujuk.


" Abang, bulan puasa ni kalau abang mengaji satu huruf, dapat pahala sepuluh.."


..dari aku mula mengira satu huruf yang aku sebutkan masa mengaji.. sampailah ke langkahan tapak kaki dari rumah ke tempat mengaji. semuanya aku kira dan aku gandakan sepuluh. Begitulah cara emak memotivasikan aku untuk beramal semasa berpuasa.



Aku mula belajar berpuasa seusia darjah satu. Emak akan memberikan satu ringgit sehari aku berpuasa. Namun sekiranya aku gagal menyempurnakan walau satu hari, keseluruhan wang yang terkumpul tidak akan diberikan walau seringgit pun. Jadi memang sedaya upaya aku kene berpuasa penuh. Sebab apa yang emak cakap selalunya emak akan buat.


Perlakuan itu berterusan sehingga ke tingkatan lima yang aku umpamakan sebagai duit raya dari emak.. kerana jikapun emak tak berikan duit puasa itu, aku tetap juga akan berpuasa.


Setiap malam, abah akan ke katil kami, sama-sama membacakan niat berpuasa. Abah baca satu-satu patah lafaz niat dan diikuti kami adik beradik bersama-sama. Kenangan itu memang nostalgia.


Sampailah kepada kenangan abah mengejutkan kami bangun untuk bersahur. Emak pula ketika itu sibuk menyediakan juadah bersahur. Abah selalunya tenang dalam hal-hal kejut mengejut ni. Jikalau susah sangat, didukungnya aku terus ke bilik air untuk membasuh muka.


Kalau ada orang tidak lalu untuk makan sahur, berlainan amat dengan aku. Mak selalu bising, aku kalau makan sahur, macam makan berbuka dibuatnya. Bayangkan kalau kat rumah, boleh pula makan sahur bertambah-tambah. kalau ada telur dadar, memang menjadi-jadi selera aku pagi-pagi sahur tue. Dan tak ketinggalan air teh sebagai minuman wajib.

Pernah satu ketika, emak terlewat bangun untuk menyediakan juadah sahur. Kami satu keluarga terpaksa bersahur dengan maggie kari. memang berapi !!!!!! hahaha..


Begitu juga dengan berbuka. Untuk minggu pertama, selalunya emak akan masak juadah berbuka mengikut kegemaran makanan yang kami pilih. Selalu kuih badak berendam, kuih keria memang akan emak buatkan. Gulai sotong dengan masak lemak putih memang pembuka selera yang menarik. Selain air soya dan air oren sunquick ais. Tak nampak dah air kosong. hahaha..


Kalau kecik-kecik dulu, nak tunggu pukul tujuh memang azab. Terpaksalah menonton siri 'Jejak Rasul'. Terlupa sekejap yang aku sedang berpuasa. Kadang-kadang 'melagha' jugak.. masa darjah enam, setiap petang bulan posa g main game kat rumah Zulfiqri. Alasannya, supaya tak la terasa sangat masa berlalu. cetek kan pemikiran masa tu..??


Berpuasa semasa mengambil SPM paling mencabar. Seharian sibuk di sekolah, tiba malamnya terpaksa keluar tuisyen selepas menunaikan solat sunat terawih. Masa itu aku tak pernah merasakan sekhusyuk itu menunaikannya. Begitu jugak melalui bulan ramadhan semasa berpraktikum tahun lepas. Bersama-sama bertadarus quran bersama anak murid.


Setiap tahun, kenangannya berbeza-beza. Cuma aku merasakan semua itu belum membuatkan hati aku puas melalui bulan mulia ini. Aku sendiri dapat merasakan betapa aku rugi mensia-siakan bulan ini. Semoga ada sinar baru sempena bulan ramadhan yang bakal aku lalui ini. Kelebihan bulan ramadhan ini pasti menjanjikan keberkatan pada mereka yang mahu melihat, mendengar dan merasainya.
Wallahualam.

.
p/s - sebelum aku meninggalkan maktab dan menghabiskan masa sepanjang bulan ramadhan di balik pulau. Aku tidak mahu ketinggalan menghabiskan masa dengan adik-adik yang amat-amat aku sayang ini. Selamat berpuasa yer..!!

(Sori entry panjang lagi.. hehehe)



.

Saturday, July 30, 2011

LamaTerpisah, Kini Kembali.

"..Jika teringat tentang dikau.. jauh di mata dekat di hati.. Sempat terfikir tuk kembali.. Walau beda akan kujalani.. Tak ada niat untuk selamanya pergi.. Jika teringat tentang dikau.. jauh di mata dekat di hati.. Apakah sama yang kurasa.. Ingin jumpa walau ada segan.. Tak ada niat untuk berpisah denganmu.."

(Melly Goeslaw & Ari Lasso, 2000)


Perkenalan kami dari tahun 2004 berpanjangan sehinggalah ke hari ini. Mereka berdua sentiasa di sisi sewaktu susah senang semasa zaman persekolahan dulu. Yang berbaju purple tu Cik 'Awatif dan yang bertudung biru tu Amirah Asman.


Tahun 2004 itu aku baru saja berpindah ke sekolah mereka, yakni sekolah baru aku pada masa itu. Kiranya aku ni macam makhluk asing jugaklah.. Al maklumlah aku baru saja datang dari selangor.. dan mereka rata-ratanya asal usul dari utara. Kiranya tak pernah la keluar2 dari negeri utara mereka tue. Jadi, bila aku bercakap, mereka semua kata aku ni 'loqlaq'.. sebab aku cakap kl..


Tapi diorang tak tau, aku dalam hati, hari-hari gelakkan loghat utara mereka.. yang bukan saja asing aku dengar, malah bunyinya memang melucukan kadang-kadang.. apatah lagi kalau percakapan mereka itu dicepatkan dan nadanya dilanjut-lanjutkan.. tapi aku diamkan saja. Sebab aku kan budak baru. Kene la ikut 'rule' mereka. Kene buli tu biasa la, sebagai pendatang baru.


Jadi, antara ramai kawan-kawan aku, dengan mereka berdua ni lah yang paling aku rapat. Sampaikan emak aku sendiri kenal dengan mereka ni. Kami tiga-tiga dilantik sebagai pengawas sekolah. Malangnya, dalam lembaga pengawas, kami bertiga antara ahli berhaluan kiri dan selalu dalam pemerhatian guru pengawas. Walhal kami bertugas dengan baik..!! hahaha..


Kalau zaman sekolah dulu-dulu dalam kelas, kami bertiga ni memang kuat bercakap. Ada jer benda nak share. Selalunya aku la yang jadi pendengar dan penyelesai masalah mereka. Sampai sekarang, jawatan kaunselor tu tak pernah hilang.


Semua perkara kami lalui bersama. Keluar rehat pun sama-sama. Malas buat keje sekolah pun rancang sama-sama, jadi.. kene denda tak siap kerja rumah pun pastilah bersama-sama jugak kan? Begitulah kalau menghadapi masalah pun bersama-sama.


Antara faktor yang menjadikan kami sangat serasi adalah sikap tolenrasi yang menebal dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kami selalu bersangka baik dan sama2 menyokong dalam hala tuju kehidupan masing-masing. Dalam perasaan, kami selalunya berkongsi apa saja.


Setiap hari, kalau berjumpa tiga muka ni, hari aku takkan pernah untuk 'diam'. Semua orang nak bercakap dan semua orang nak tergelak-gelak. Kalau sorang marah kepada sesuatu, yang lain akan turut marah. Kalau sorang benci kepada sesuatu, yang lain pun akan benci. Bila sorang sedih, semuanya akan sedih.


Dan saat-saat aku bercadang untuk berpindah meninggalkan sekolah itu, merekalah antara orang yang paling terkejut. Aku sengaja merahsiakan keputusan aku dari semua pihak. Dan bila aku membuat ucapan di tapak perhimpunan, mereka berdualah yang menangis paling teruk. Dan tangisan itu tidak pernah aku lihatkan setelah setiap hari kami sering tersenyum dan ketawa.


Awatif dan Amirah..

Tiada indah secantik bahasa.. tiada seri secantik persahabatan kita. Zaman kita yang bodoh-bodoh itu, kalau diingat balik memang indahkan kan? hahaha.. Sorang garang, sorang lagi blur2.. dan sorang lagi kelakar.. huh?! Dan semua tu tak pernah berubah..


Kalau dulu bercerita tentang pelajaran dan kisah-kisah remaja.. pertemuan hari ini lebih berkisar kepada kerjaya, masa depan, keluarga, CGPA, kereta, rumah, gajet,... dan tak terlepas juga isu-isu perkahwinan, jodoh, dan perpisahan... huhuhu !! Rupa-rupanya, aku kini bakal melangkah ke fasa pra-dewasa.


Oh, Tidakkkkkkkkkkkkk!!

.

p/s - Ops! Baju raya beli lepas raya k? saja g survey.. angka 1 dan 2 adakala mimpi indah buat si kaki shopping.. dan tanda " / " sungguh menerujakan.. hahaha...!! Kalau cik Hana ada sekali kan lagi best?

.

(sori, entry kali ni panjang)

.

Friday, July 29, 2011

Garang



Dulu masa kecik-kecik, antara kami adik beradik dan sepupu sepapat, semuanya paling takutkan cik Fuziah ; emak saya. Anak angkat arwah mak long aku yang kuat melawan tu pun tak berani nak melawan cakap mak aku ni. Dia tak perlu cakap-cakap, datang saja kelibat semua orang sudah diam. Nak tunjuk kepada semua betapa garangnya mak aku.



Sebenarnya emak bukanlah garang sangat. Cuma sikap emak yang tegas dan seringkali menasihati dalam bentuk bebelan menjadikan personaliti emak begitu garang di mata semua orang. Tapi emak selalunya membuat pertimbangan dengan rasional.



Emak jarang sekali memarahi aku di khalayak ramai. Selalunya apa-apa yang terkandung dalam bebelannya mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk mengubah tingkah laku seseorang, khususnya aku anak lelaki sulungnya. Bila hati sudah sejuk pasti kita boleh memikirkan apa yang baik dari bebelannya tadi.



Selalunya dalam menasihati aku, apabila cara yang tegas tidak membantu apa-apa perubahan, emak masih lagi bijak dengan menggunakan teknik memujuk. Kalau sudah namanya emak, sikap lemah lembut dan kasih sayang sudah pasti tidak dapat lari. Teringat apa yang sering emak sebut-sebut..



"..Sembilan bulan bang ko dalam perut mak, mak tau apa yang ada dalam hati kau tu.."



Bila ayat tu yang dia keluarkan, tiada alasan apapun yang boleh aku guna. Apatah lagi bila aku cuba untuk menipu sebagai helah bela diri.



Sebenarnya dalam garang-garang emak, aku tetap merindui emak. Setiap masa, sikap garang emak itu mula aku rindukan apatah lagi semakin usia emak meningkat, sikap garangnya itu bagaikan terhakis sama sekali. Sedikit demi sedikit.



Yang untungnya adalah adik aku yang bongsu tu la. Jarang kene marah dengan emak. Bila aku bising-bising, mesti emak akan membalas.



"Bila mak garang-garang ni, agak-agaknya kau untung tak bang ? Rugi tak emak garang-garang dengan kau dulu..??"



Aku sengih. "Tak.. mak, kalau emak tak garang, tak jadi orang pun abg hari ni.."



Lepas tu emak senyum, aku pun senyum. Beruntungnya aku ada seorang emak seperti ini. Allah memang Maha Adil untuk hambanya yang kerdil seperti aku. Emak merupakan hadiah yang sangat bernilai dariNya dalam sepanjang kehidupan.





p/s - bila teringatkan emak, mesti teringatkan dua gadis cilik ni.. sebab mereka semualah peneman aku pada setiap petang di meja batu di depan rumah.. Meriah kan kita semua..??

.

Thursday, July 28, 2011

Otai

" Di paruhmu kemilauan sinar.. menyepuhi sejuta rasa.. kemuliaan di hatimu.. bening budi terdampar di jagat raya.. Di sayap taufan kau jelajahi.. awan gemawan membawa rindu.. kasihmu merentangi kezamliman dan ketidak adilan.. Jentayu, patah sayap bertukar paruh... jentayu, patah paruh bertongkat siku... Jentayu, patah siku bertongkat dagu.. Jentayu, patah dagu bertongkat kuku.. Pinjamkanlah hatimu untuk semua.."

( Nyanyian Sheila Majid dan Nora )


Hari ni kecoh pasal line merah kat maktab ibu kandung tercinta. Dewasa ini pelbagai undang-undang baru tercipta di maktab. Bukan tidak setuju tetapi undang-undang yang dicipta 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' ini adakalanya merimaskan.


Nak buka pekung di dada pun tidak molek. Biarkan isu-isu di maktab kekal menjadi satu isu.. Kepada mereka yang lebih berhak, pasti sudah pun membuat keputusan yang terbaik. Di mana ada undang-undang di situlah kita wajar mematuhinya.


Baiklah. Dalam sepanjang hidup aku, ada beberapa perkara yang emak sangat-sangat menghalang aku dari melakukannya. Pertama, membazirkan wang tak tentu hala dan yang kedua berdiri tegak untuk berdebat. Emak sangat menghalang aku sehinggakan aku digelarkan 'pak sanggup' oleh emak bila aku menyertai pertandingan debat semasa di bangku sekolah dulu. Kerana apa..?? aku sendiri pun tidak tahu..


Dari kecil, aku memang suka memberikan pendapat. Seawal umur tujuh tahun lagi aku sudah menyertai pertandingan bercerita mewakili seluruh anak-anak tentera di kem bukit ibam untuk bertanding di Kuantan. Darjah lima aku sudah pun berdiri tegak menyertai pertandingan pidato dan semakin aktif sehinggalah aku tingkatan lima mewakili sekolah dalam pertandingan bahas.


Seingat aku, ketika darjah enam, aku sanggup mendeklamasikan sajak kemerdekaan di depan seluruh warga sekolah yang lebih dari seribu orang itu, untuk menyuarakan ekspresi diri aku betapa kagumnya aku kepada bekas Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Emak walaupun tidak suka, tetapi akhirnya mengalah dengan sama-sama membina penulisan sajak itu.


Sama jugaklah senario hari ini. Bila berbincang sesuatu isu di maktab, senarionya seseolah sedang berkempen politik di tanah air sendiri. Aku sendiri lelah. Letih sebenarnya sekadar membaca. Walhal kebanyakan yang memberi komen dan menerima komen serta menjawab komen bertindak macam budak-budak baru nak habis sekolah.


Aku kalau hal-hal remeh temeh; aku lebih suka membaca dan buang jauh-jauh. Tapi isu hari ni serius juga rasanya.


Kes hari ini yang membuka mata aku ialah sikap kita yang suka melabelkan orang lain. Aku nak ingatkan di sini, bagaimana betul pun prinsip dan pegangan hidup kita, bersikap profesional pada tempat-tempat rasmi dan menjaga adab serta budi bahasa sangat perlu. Di situlah orang menilai kita, siapakah kita dan di manakah tahap pemikiran intelek kita sebagai seorang manusia apatah lagi pemimpin.


Jadi, sikap suka melabelkan seseorang mahupun sekumpulan manusia secara langsung ataupun tidak langsung mecerminkan keperibadian siapa kita sebenarnya. Apatah lagi dengan label-label yang tidak baik. Watak sebegini rasanya tak sesuai nak ditonjolkan dalam kalangan masyarakat.


Aku berpegang kepada prinsip tindakan yang berhemah pasti melahirkan banyak kebaikan. Walaupun siapapun anda, orang takkan pandang melainkan budi bahasa yang mencerminkan pekerti siapakah anda itu. Barulah kata-kata anda dipegang orang.


Jadi kesannya, aku 'berdebat' juga malam ni. Secara tak sengaja sebenarnya. Asalnya ingin memberitahu rasa kurang senang dengan pelabelan istilah yang bagi aku sangat serius bunyinya. Sangat serius yer. Entah untuk siapa akan label-label tu pun aku tak tau.


Berdebat dengan baik adalah menyerang dengan bukan menyuarakan serangan peribadi. Begitu juga dengan teknik penyoalan. Ada dua jenis pertanyaan.. pertama mahukan penjelasan dan yang kedua mahu menduga serta menjatuhkan. Ingat, berada di maktab bukan untuk bertanding tetapi lebih kepada kepentingan kebajikan seluruh warga maktab.


Sikap merasakan diri sudah bagus perlulah dibuang jauh-jauh. Kita ni berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang. Termasuklah aku yang wujud sebagai ahli. Akal sejengkal jangan laut dalam hendak di duga. Hormatilah orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati.


Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang menghormati orang yang dipimpinnya. Dahulukan akal sebelum melepas kata. Gunakan hati sebelum menjatuhkan kenyataan.

.

p/s - aku tak sangka aku berjaya mengegarkan dunia hari ini, biarpun suara aku kecil. Maaf. Aku ni tak lama lagi bakal menamatkan pengajian di maktab, jadi mana yang tak tau saje aku nak bgtau supaya adik-adik yang baru masuk maktab ni kenal aku siapa yer?


Otai tak ?? hahaha.. gurau jer..!!

Aku rasa aku ni senior yang baik kan ?? hahaha...

.

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

WARNA


".. Lihat pada si pelangi.. Seribu satu dimensi.. Warna sari dalam sinar hidup kita.. Menghiasi alam ini.. Inspirasi dunia seni.. Kusyukuri cendera mata Maha Esa.. Dalam ku mencuba mengejari cita.. Aneka warna nan menawan di jiwa.. cinta teman setia menolong segala.. Terima kasih ku ucapkan padamu.. "

(Sheila Majid)


Tahun 2005. Tahun paling mencabar dalam hidup. Tahun itu la abah aku nak pencen. Tahun tu la nak amik SPM. Tahun tu jugaklah aku nak kene tinggal kat asrama. Dalam realiti hidup, aku bukanlah manusia yang sesuai tinggal berasingan dengan rumah sendiri. Tiada istilah kehidupan yang baik di asrama. Noktah.


Kemudian aku ikut berpindah di sekolah baru dekat dengan rumah. Abah cukup berang dgn keputusan aku. Bagi seorang abah, dia mahukan yang terbaik untuk pendidikan aku. Namun keputusan aku sangat-sangat menghampakan abah. Prinsip hidup aku langsung tak diambik peduli disebabkan kekecewaannya. Aku selalu menyedapkan hati.. 'Nak berjaya bukan ikut pada sekolah, tapi ikut pada hati..'


Di sekolah baru, aku sendiri yang alami kejutan budaya. Ramai yang tak nak belajar. Merokok. Makan sampah. Melepak. Ponteng sekolah. Malas belajar.


Di sekolah lama, semua kawan-kawan aku baik-baik, bijak-bijak. Bercakap pun elok-elok. Serius aku alami kemurungan yang serius dengan persekitaran yang baru ni. Masa tu aku menyesal dan barulah aku tau kenapa abah beria-ria tak bersetuju dengan keputusan aku.


Aku pergi ke bilik kaunseling. Namun tidak membantu. Keputusan kaunselor, persekitaran aku tak salah. Dari gaya percakapannya macam nak menyalahkan aku. Huh...?! Entah bagaimana beraninya aku, satu petang aku masuk ke pejabat. Bertemu muka dengan Pengetua sekolah, Puan Salma. Teringat aku bagaimana raut keningnya yang selalu jadi bahan ketawa kami.


Puan Salma mendengar dengan sepenuh hati. Siap diminta bancuhan air teh o untuk aku. Dia mengangguk-angguk dan tersenyum.


" Ikhram, dalam hidup kita ini dipenuhi dengan berbagai-bagai warna sehingga menjadikan kehidupan kita ini sangat indah. Boleh ikhram bayangkan jikalau dunia kita ini hanya ada satu warna sahaja ??"


" Begitu jugak la dengan kehidupan sebenar. Kita takkan berkembang jikalau setiap hari berdampingan dengan orang yang sama sahaja. Anggap saja satu warna itu umpama seorang kawan. Makin banyak warna makin indah sesuatu lukisan. Begitu juga dengan bersahabat.. makin banyak jenis kawan, makin bererti kehidupan. Itu semua bakal mematangkan.."


.. dan seterusnya setiap satu bait kata-katanya meresap ke sanubari aku sehingga kini.


Aku sedar, kesilapan terbesar aku sebelum ini adalah kerana aku tidak pernah membuka hati aku untuk menerima keburukan dan kebaikan seseorang yang jauh dari sikap aku sendiri. Penolakan secara membuta tuli tanpa mengenali seseorang itu sangat merugikan. Aku tidak pernah melihat kepelbagaian hidup itu suatu mematangkan sebaliknya takut untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru, yang belum pasti baik atau tidak kepada aku.


Kesan dari pertemuan aku dengan Pengetua, aku buka lembaran hidup yang baru. Aku dalami hati dan perasaan kawan-kawan yang baru aku kenal ini untuk mengenali mereka dgn lebih mendalam. Aku bisikan pada hati..kalau bukan aku yang terpengaruh dengan sikap buruk mereka, biarlah mereka yang terpengaruhi dengan sikap baik aku.


Akhirnya, semua kawan-kawan yang dulu dianggap sampah kini berjaya menjadi manusia berguna. Ada yang terlepas masuk pun ke universiti. Banyak juga pelajaran baru dari perkenalan dengan mereka. Mereka sangat setiakawan dan sanggup membantu aku bila dalam kesusahan. Aku menjadi lebih sabar dan berfikiran terbuka. Ternyata mereka tidak mempengaruhi aku sebaliknya sangat-sangat menggembirakan..


Dan nasihat Pengetua aku ini sangat bermanfaat, lebih-lebih lagi untuk aku yang ingin berdepan dengan pelbagai kerenah dan gelagat murid-murid suatu ketika nanti. Tanpa sikap keterbukaan ini sudah pasti aku tidak akan kemana-mana. Setuju tak?


" .. Ada kalanya kelabu.. Membuat hatiku pilu.. tersenyumku bila warna ceria tiba.. Berbagai cerita rupa.. Emosi suka dan duka.. Mengharungi kehidupan alam maya.. Warna seri pagi mendamaikan hati.. tergambar indah suasana bahagia.."

(Sheila Majid)

.

p/s - Part chorus lagu ni sungguh bermakna. Sejak kebelakangan ni aku amat-amat meminati dan mengahayati lagu-lagu nyanyian Dato' Sheila Majid. Berinspirasi kesemuanya.

.

Monday, July 25, 2011

Tontonan 13 SG

" Teringat ku di masa lalu, bersenda di taman yang indah.. Sungguh riangnya di hatiku.. kerna kini kita berjaya.. Cita ku tercapai, punyai kebebasan.. dan dikau berjaya.. telah berjaya..!! Sinaran, mentari menyinari.. menusuk ke jiwaku.. ketika bersamamu... mesranya, bila kita berdua.. bagaikan mahligai indah yang tumbuh di muka dunia.."

(Sheila Majid)


Hari minggu yang lepas, aku keluar dari kepompong bilik hostel. Cukuplah satu hari jer aku berkubang kat bilik nan sebuah tue. Kebetulan, ada dua orang teman untuk diajak keluar.. Huhu.. miss P'nut dan miss Ani.. kedua-dua orang akak ni sangat santai dan sangat selesa untuk diajak berhang out sekali sekala.. Asyik tergelak je kami bertiga..


Tujuan asal - menonton filem Transformer yang sudah beberapa kali ditangguh tontonannya.. Hahaha.. sebenarnya kami memang sudah berjanji untuk menontonnya bersama.. dan sejak kebelakangan ini, banyak saja kekangan waktu dan tenaga.


Filem Transformers - Dark Of The Moon

Hurm.. kalau ramai komen tak suke.. atau tak best macam siri yang lepas-lepas.. pendapat aku bercanggah pula..! Filem kali ni adalah lebih baik. Bagus juga bila ditonjolkan sikap robot yang kaya dengan perasaan keperimanusiaan seperti kita... hahaha..!! Ada robot yang tamak, ada yang nak bersatu, ada yang saling bantu membantu.. dan yang paling tragis, masih ada lagi robot yang masih menyayangi manusia.. yang mementingkan kebajikan manusia.. huh?! Itulah sebabnya filem robot selalunya bukan pilihan utama aku.


Cuma satu jer aku nak komen. Bila aku tengok filem ni, aku cuma risau satu jer.. kalau ada kanak-kanak yang tengok filem ni jangan terpengaruh dengan sejarah bulan. Kat bulan memang tak de hidupan yer..!! Inikan pula nak wujud tempat tinggal robot-robot..?? Jadi sejarah tentang neil yang pergi mengembara ke dalam robot gergasi tu mengarut yer. Apatah lagi terlibat dgn konspirasi untuk merahsiakan perkara itu juga mengarut.. hahaha!


Jangan nanti aku pening bila nak mengajar subjek Sains darjah 4 - Solar system. Aku terangkan, bahawa kat bulan takde air dan udara, jadi hidupan tak boleh hidup. Ada pulak murid-murid darjah 4 yang sebuk2 nak tanya..:


"Sir, kalau hidupan tak boleh hidup.. robot boleh kan? Sebab robot tak perlukan air dan udara.. Lagipun mereka ada 'rumah' kat bulan.."


Kalau ada, memang aku mandikan budak tu dengan air dan gas nitrogen. Saja nak bersihkan akal dia dari terus terpengaruh dengan anasir-anasir songsang macam tu. Hahaha.. Apapun konsep pembinaan planet baru tu sangat baik. Mungkin sesuai untuk kita memahami konsep teras dalam sesuatu planet. Apapun ciptaan makhluk tak tertanding ciptaan Tuhan.


Apapun, aku berpuas hati menonton filem ini. Tenang saja aku menonton.. tanpa aku bangkit beberapa kali untuk keluar panggung yang aku sangka sudah tamat tontonannya seperti siri filem ini yang lepas. Apapun tema kasih sayang ditonjolkan dengan ketara biarpun hubungan antara manusia dan robot.

...


Kemudian kalau keluar bersama akak-akak berdua ni, sudah pasti tak terlepas dari adegan makan-makan. Part makan-makan ni yang paling best !! Kali ni kami semua makanan yang berasaskan nasi. Tujuannya supaya perut kami semua kenyang dan boleh meneruskan aktiviti seterusnya dengan jayanya.


Sebagai pencuci mulut, miss P'nut orderkan kami semua banana split. Tengah sedap-sedap makan, boleh pulak kak p'nut ni tanya janis pisang yang digunakan.. Semua nama jenis pisang terkeluar dari mulut kami.. pisang nangka, pisang emas, pisang tanduk.. tetiba :


"Pisang kaki?" miss P'nut tersasul.. - "Hahaha.."


Rasa nak tersembur aku dengar.. Bayangkan pisang kaki buat banana split..?? dah la pisang kaki tu dah terkeluar dari jenis spesies pisang.. tak mampu nak bayangkan - pisang kaki split?? hanya tahan gelak sebab aiskrim penuh kat mulut..


Teruskan berjalan-jalan di sekitar shopping complex ni.. Aku naseb baik dah terbiasa ikut orang perempuan bershopping.. Jadi tak de masalah sangat nak ikut gaya hidup diorang.. Layan jer ! Kak p'nut beli clucth bag baru.. sangat cantik ! Yang kami berdua ni menyokong dari belakang..!! Aku ?! hehehe.. takkan nak pandang jer.. ? Kalau boleh pandang, pandang..!!


Ikutkan hati mati, ikutkan nafsu lesu..

.

p/s - sebelum balik makan nasi lemak pendekat mustar.. sedap sgt sebab ada rendang kerang! Nasib baik aku rasional.. sebab kalau tak, nak jer order lontong buat makan supper !

.

Sunday, July 24, 2011

Kamar 114



"..Pernahkah engkau hargai, cintaku yang sejati... pernahkah engkau mengerti,akan diriku ini.. Betapa hebatnya cintamu.. memberiku sejuta pilu.. betapa agungnya asmaramu.. membuatku ku terpaku.. di sisimu ku terdiam seribu bahasa.. dihatiku bergetar sejuta rasa.. namun sukar untuk aku meluahkan.. ku cinta padamu... "

(Nera, 2011)


Sepanjang hari aku mengulang-ulang lagu Hatimu Milikku nyanyian Nera. Bagi aku lagu ni sangat puitis cam lagu-lagu zaman 80-an pulak. Tak sangka aku sangat-sangat menghayati lagu ni. Lirik dan melodi lagu ni sungguh menggetarkan perasaan aku.. Tiba-tiba jer aku terjatuh cinta dengan si Nera ni. Hahaha..


Hari ni rumate tiada. Dia ke kelantan bertemu dengan keluarga buah hatinya. Jadi bilik ni kepunyaan aku. Jujurnya, aku memang mempunyai sikap untuk memiliki. Hari ini aku rasa bebas. Sangat bebas.


Sebenarnya dalam keriuhan aku ingin hidup dengan ramai orang, terdapat juga satu habit untuk aku mengasingkan diri. Aku suka menghabiskan masa untuk diri sendiri. Membelek majalah. Membaca buku. Adakala memandang pemandangan di luar tingkap. Membersihkan diri. Mengemas bilik.


Dan bila 'terasing' sebegini.. selalunya aku ada banyak masa memikirkan akan perihal diri sendiri. Mengenangkan kembali apa yang baik, apa yang tidak baik yang telah aku lakukan masa lampau. Meniup semangat keyakinan untuk mengatasi sikap buruk dan sebagainya.


Percaya atau tidak, dalam banyak-banyak bilik di kampus ini, bilik 114 inilah yang paling aku suka. Ruangnya yang luas, dan tidak terbatas. Tidak terbatas di sini maksudnya aku bebas menyusun-atur perabot mengikut kehendak aku sendiri. Ini berbeza sekali dengan bilik-bilik yang lepas yang perabotnya melekat terus dgn dinding..!


Bila menginap di maktab perguruan ini, janganlah berharap ingin bilik yang moden. Hahaha.. Maktab aku di kampus penang ini merupakan antara maktab perguruan yang tertua di Malaysia. Bangunan kolej ni mungkin dekad setengah abad juga lamanya. Jadi sudah pasti banyak kekurangan di sana-sini.


Tapi aku percaya, semakin lama bangunan itu tercipta, semakin tinggi nilai sentimentalnya. Aku selalu memuji bahawa aku bertuah mendiami maktab kampus penang ini yang sgt unik reka bentuknya dan berada di kaki bukit yang membuatkan tidur pagi aku seringkali aman hingga sukar utk bangun.


Untuk semester terakhir ini, banyak barang-barang telah aku 'pack' kan di dalam kotak agar mudah untuk dibawa pulang nanti. Aku hanya mengeluarkan sedikit barang keperluan selain satu dua hadiah pemberian anak murid sebagai kenangan untuk aku senyum setiap pagi.


Abah aku sering tahu, bahawa aku adalah anaknya yang suka mengemas bilik. Jadi, abah seringkali menilai tingkahlaku aku berdasarkan keadaan bilik. Bila bilik aku bersepah, abah aku menganggap aku sebagai - dalam masalah.


Aku sering teringat teringat kata abah.. "Macam mana bilik kau, macam tu la diri kau yang sebenarnya.." - aku selalu bersetuju dengan cakap-cakap abah ni.. bila aku tergesa-gesa nak ke kuliah, keadaan bilik aku sgt serabut. Bila aku tergesa-gesa menyiapkan tugasan di saat akhir, keadaan bilik aku sangat serabut.


Dalam pengasingan hidup aku sebentar tadi.. aku masih teringat pesanan emak..


" ingat, nak bocinta pun jangan diambik hak oghang... tak baek..!"


Kadang-kadang aku akui pelik, bila pulak mulanya emak risaukan hal-hal berkaitan dengan jodoh aku ni.. ?? Hahaha... Namun aku tak dapat menipu, adakala bila terlalu mengasingkan diri, rasa kebosanan itu akan muncul.. Jadi, nasib baiklah ada penyelamat..




Bila sampai kemuncak kebosanan, ada saja yang sudi nak ajak keluar.. Sapa nak ikut kami g nyanyi-nyanyi..?? g makan roti ?? g minum ice blended ?? g pusing-pusing cari parking ?? g cari cd ?? huhuh.. sapa yang nak, jom ikut kami.. hahaha !!

.

p/s - Bilik orang bujang tak sama cam bilik anak dara k? jadi jgn compare tau !! hahaha.. (buat muka-muka malu..) hehehe.. Credit to photographer - Mat Anih !

.

Friday, July 22, 2011

Teachers are born? Teachers are made ?



" .. sudah lama kita tidak bertemu dan bersembang, terasa bagai setahun tidak berjumpa.. wahai sir ikhram.. adakah sir ikhram masih mengingati kami di sini..??"


(Nur Ezzah Izyan , 23 Julai 2011)


Begitulah luahan rasa salah seorang anak murid aku daripada beratus-ratus luahan murid-murid yang lain. Dunia hari ini menunjukkan bahawa murid-murid kini sudah moden dari guru. Setakat facebook dan twitter segala, bagaikan mainan kecil yang dimain hari-hari.


Aku bergelar seorang guru sejak daripada usia 18 tahun, sebagai guru sementara; menggantikan salah seorang ustazah yang sedang cuti bersalin. Di sinilah minat aku dipupuk selama dua bulan lebih. Dari seorang remaja mentah, aku belajar menyayangi kehidupan dan anak bangsa.


Nampak macam mudah tapi dengan usia aku 18 tahun yang masih terkulat-kulat memikirkan masa depan, ia tak semudah mencipta serangkap pantun. Seminggu baru mendapat keputusan spm, buat jiwa kacau untuk mengajar di sekolah.. Persoalan "mampukah aku ?" bermain-main saja dalam kepala ketika saat itu.


Namun pengalaman pertama mengajar adalah yang termanis dalam hidup. Pengalaman ini membiakkan rasa cinta untuk menjadi seorang guru. Bakat aku mungkin telah disedari oleh guru besar sekolah terbabit yang turut menyokong akan keputusan aku untuk memohon tawaran melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Bingkas saja dia sediakan surat akuan mengajar untuk aku bila mendapat tahu aku berjaya ke sesi temuduga.


Bila aku baca-baca kembali surat akuan itu, hati aku berbunga-bunga riang. Tersenyum saja . Maklum sajalah bila diri dipuji-puji.. hahaha.. Aku tidak sekadar membacanya kosong sebaliknya menganggap surat akuan itu sebagai dorongan dan pembakar semangat.


Petang-petang.. saat berbual dengan emak. Bila aku tanya pada emak, "agak-agak emak, apa yang akan abang jadi bila sudah besar?" -"Cikgu.." jawab emak.


Aku rasa, kalau aku katakan aku mahu jadi doktor.. mesti semua orang akan buntangkan mata kerana tidak percaya dengan keupayaan aku.. tetapi kalau aku katakan aku mahu menjadi seorang guru.. aku percaya, ramai orang yang akan mengangguk.. !


Cikgu-cikgu aku di sekolah-sekolah lama, rata-ratanya bersetuju kalau aku memilih menjadi seorang guru. Sesuai katanya. Cuma mereka terkejut kerana aku memilih subjek sains sebagai opsyen? Kenapa tidak subjek bahasa ? Hahaha.. yang itu aku tidak tahu..


Dan jiran-jiran rata-ratanya sangat senang jikalau aku mahu menjadi guru. Saudara mara juga bersependapat sebegitu.. cuma ada segelintir yang merasakan aku perlu ambil jurusan yang lebih baik ?? aku jawab - "kenapa, jadi guru tak baik ker?"


Hahaha.. dan kemudian aku bertanyakan kepada diri. Kenapa aku sesuai menjadi guru ? Kemungkinan ada beberapa sebab.. Pertama, aku sendiri cintakan ilmu dan gembira menyampaikannya. Kedua, aku seronok bergaul dengan kanak-kanak dan mampu masuk ke dalam dunia mereka. Ketiga, aku mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat dan persekitaran baru. Keempat, aku selesa dengan pekerjaan berstruktur begini dan perlu sentiasa bergerak. Kelima, aku sentiasa mencintai dunia perguruan semenjak dari bangku sekolah lagi dan sebagainya.. banyak sebab sebenarnya..!!


Dan, seorang anak murid aku pernah bertanya.. "Sir, kalau sir tak jadi cikgu, sir akan jadi apa?" Aku gelak saja dalam hati. Hendak atau tidak untuk menjawabnya.


- "jururawat.."


Sebenarnya aku lebih suka bekerja dengan masyarakat. Walaupun usaha nampak kecil, tapi sangat bermanfaat. Adakala aku sendiri pun tidak menyangka akan bakal bergelar guru. Sehinggalah aku percaya, sebenarnya aku antara insan-insan istimewa yang dipilih oleh Allah untuk tugas ini.


Bakat itu menyumbang 5% sahaja berbanding 95% yang terdiri dari usaha dalam menggapai apa saja keinginan dan cita-cita dalam hidup.


Tetiba saja aku teringat, pinggang aku dicuit saat membelek-belek membeli songkok pada hari raya tahun lepas. Aku sendiri nak ketawa bila ada bekas anak murid menyapa aku.. dua beradik sebenarnya menghampiri aku..


"Assalammualaikum ustaz ikhram"


Hahaha.. Tergaru-garu kepala sendiri. Segan pula rasanya.. Sebenarnya aku sendiri terlupa, sebelum menjadi bakal cikgu sains nanti, aku pernah menjadi guru pendidikan islam kepada mereka dahulu.. Nampaknya gelaran 'ustaz' itu takkan pernah luput rupa-rupanya.. Mungkin untuk selama-lamanya.. hahaha!!

.

p/s - kata kawan aku, nak jadi cikgu mesti kene ada aura. huhuhu... teringat anak murid pertama aku kini sudah pun lepasan spm..! Tapi aku tak tua lagi kan??... hahaha !

.