I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 30, 2011

Teknologi, Tenaga, Masyarakat




Setiap hari kita menggunakan barang elektrik. Tidak sah kalau tidak menggosok baju dengan menggunakan sterika, menyiapkan assigment dengan laptop.. tak kira la buat awal-awal ataupun buat 'last minute', mengecas enset sambil bergayut setiap malam, menonton televisyen terutama rancangan Maharaja Lawak, pasang lampu untuk mencabut misai dan kipas untuk mengeringkan rambut selepas mandi.. dan banyak lagi penggunaan elektrik.


Dan kita jarang berfikir ?? Dari manakah arus elektrik itu boleh kita peroleh ? Dari konsep aruhan dan keelektromagnetan melahirkan satu inovasi kepada penjanaan kuasa elektrik. Jadi pengetahuan sains dan teknologi memang tidak dapat dipisahkan bukan?


Namun, pernahkah kita terfikir, bahawa setiap satu inovasi yang lahir dari teknologi itu sangat berkait rapat dengan tenaga dan masyarakat... dan semua itu mempunyai kebaikan pada satu sudut dan muncul pelbagai implikasi buruk kepada tenaga dan masyarakat terutamanya.. Pernah tak anda berfikir macam itu ??


Baiklah. Jangan pening-peningkan kepala.. Aku bagi contoh persoalan, Penghasilan tenaga elektrik sangat membantu manusia dalam kehidupan seharian. Semua pekerjaan akan menjadi mudah dan boleh dilakukan dengan cepat. Kita boleh mengetahui apa saja informasi dan maklumat dengan tepat dan mudah biarpun jauh. Kita mampu untuk melangkah ke semua tempat di dunia dengan mudah dan cepat.. dan banyak lagi.


Dari segi masyarakat, mak cik-makcik kat kampung yang buat kuih bahulu tu pun tak payah lagi guna tangan nak pukul tepung dgn telur lagi.. sebab semua orang dah guna mesin pemukul dah. Pakcik -pakcik yang sibuk nak tebas semak samun pun tak payah nak pakai penyabit, sebab seakrang kan dah ada mesin rumput..


Itu yang baiknya.. yang buruknya bagaimana ? Apa yang tak baiknya teknologi macam ni kepada tenaga dan masyarakat..??


Kita manusia akan jadi semakin malas sebab semua keje dah dipermudahkan. Contohnya, nak tukar rancangan tv pun malas nak bangun picit kat tv, main tekan remote control jer. Nak kira-kira nombor pun malas nak guna akal sebab terus tekan kalkulator. Itu baru urusan yang kecik-kecik.


Kadar penyakit semakin meningkat. Nak tidur pun tak boleh nak panas sikit. Tekan jer aircond. Kita tidur memang nyenyak tapi persekitaran dan tubuh kita tidak terjamin kebaikannya. Kita semakin kurang bergerak. Tak mahu dah naik tangga, semua nak berdiri tegak je kat lif, eskalator.


Dari sudut tenaga, penjanaan tenaga elektrik mengundang pencemaran kepada alam selain mengunakan sumber alam yang tidak diperbaharui dengan meluas. Penggunaan petroleum ataupun diesel sebagai bahan bakar kepada penjanaan arus elektrik sudah pasti menyebabkan pencemaran selain mengurangkan kuantiti sumber asli itu secara tidak langsung. Ini bukan isu kecil, malah sangat serius. Ada banyak lagi sebenarnya implikasi dari sudut tenaga ini sebenarnya yang wajar kita fikirkan terutama dari segi pasaran dunia dan ekonomi.


Persoalannya di sini,


Apakah yang terjadi kepada manusia, sekiranya suatu hari nanti tenaga yang ada telah habis digunakan?

Bolehkah manusia hidup tanpa tenaga ??

Sebagai manusia, bagaimanakan kita mahu menyelamatkan masyarakat dari implikasi teknologi ??

Aku pasti kita jarang terfikirkan semua ini kerana terllu bersenang dengan teknologi. Inilah gunanya pendidikan. Walaubagaimanapun, anda sebagai pembaca yang bestari pasti mempunyai idea masing-masing yang lebih ideal dan baik untuk menyelesaikan masalah dan persoalan sebegini.Aku tulis di sini kerana aku pun lakukan perkara yang sama setiap hari.


Kita generasi hari ini hanyalah meminjam dunia ini dari generasi anak-anak kita akan datang. Pastikan mereka merasai nikmat yang kita rasai hari ini sama dengan apa yang mereka nikmati pada masa akan datang.


.

p/s - namun pemikiran aku tetap dianggap lemah dari orang yang lebih tinggi pendidikannya. Bukan sampah, tetapi masih lemah.
.

Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Legasi Cleopatra



" Pemusnah dinasti imaginari, cuba.. cuba, cuba difikir sendiri, Pemusnah impian asalkan bisa bahagia. Legasi Cleopatra..." (Erul AF9, 2011)

Sepanjang hari ini, aku mendengarkan lagu - Legasi Cleopatra ini tanpa henti-henti. Berulang -ulang kali lagu ini berputar kat mp3. Aku jikalau sudah terminatkan sesebuah lagu, aku akan terus dan terus mendengarnya sehinggalah aku jemu. Prinsip aku mudah, minatkan sebuah lagu jangan sampai aku hafal keseluruhan liriknya. Kerana bila liriknya sudah lancar meniti di bibir, riwayat lagu tu mendampingi aku bakal menghampiri fasa tamat.


Sejak dari zaman sekolah, aku perhatikan, aku memang sukar untuk meminati di dunia IT. Dunia komputer, laptop, enset, i pod, i pad.. itu semua bukan kegemaran aku yang utama, tapi menaip adalah salah satu hobi. Kalau ada kanak-kanak hari ini bijak dan cekap menggunakan komputer seawal darjah satu; contoh terbaik adalah adik bongsuku, si Iman. Aku pula mula-mula menggunakan komputer ketika berumur 15 tahun. Itupun disebabkan abah bermurah hati membelikan sebuah komputer di rumah.


Abah terpaksa membeli sebuah komputer kerana ingin menyudahkan pekerjaannya di unit baru iaitu unit peperiksaan. Itupun semasa dia mula-mula menaip memang menggelikan hati kami seisi rumah. Dengan asyik tercicir huruf, dengan mata yang huru-hara memerhatikan setiap penjuru papan kekunci, memang melucukan. Tak sampai dua puluh minit, dia dah give up.



Tapi tak berani nak ketawa, takut abah marah kepada kami. Abah kalau marah, memang teruk keadaannya kerana dia tak suka orang ketawakan kelemahannya. Al-maklumlah. selama berbelas-belas tahun berkhidmat dalam tentera dia hanya memegang senduk dan kuali. Abah saya berkhidmat dalam unit MESS. Bahagian pemakanan, kira tukang masak askar la lebih kurang titlenye. Jadi abah aku sangat pandai masak.


Disitulah permulaan aku menggunakan komputer. Tugasan awal aku menggunakan komputer ialah menaip cerpen untuk pertandingan peringkat sekolah. Kalau tahun sebelumnya aku memasuki pertandingan itu dengan menulis cerpen di atas kertas kajang, tapi tahun tu aku menaip dengan komputer dan print di kertas putih. Perbezaannya amat nyata dan sejuta kali ganda lebih mudah dengan menggunakan komputer.



Aku tidak perlu menulis banyak-banyak kali bila setiap kali aku perlu membetulkan penulisan cerpen aku. Kedua, Jimat terhadap penggunakan kertas. Kalau menulis, paling kurang aku perlu menggunakan seplastik kertas kajang. Ketiga, Tidak meletihkan kerana hanya taip dan tak menggunakan kudrat unutk menulis. Keempat, melakukan pembetulan dengan mudah.


Walaupun banyak faedah penggunaan komputer, dunia IT tetap juga bukan pilihan aku yang utama. Kalau pembentangan di maktab, aku selalu meminta izin untuk melakukannya dengan menggunakan kertas mahjung bukan powerpoint. Bagi aku ia mudah dan selamat. Tapi nampak sangat aku ketinggalan kan??



Apapun kita ni berdiri biar sama tinggi. Kalau semua orang dah maju ke depan, mahu atau tidak, terpaksa jugalah aku sama-sama kedepan menerajui kecanggihan dunia. Aku pelik jugak, kawan-kawan lelaki aku semua gila komputer, kenapa aku tidak..?? huhuhu..


Saja nak cakap pasal komputer hari ni sebab tension dan bakal tension dengan kerja-kerja melengkapkan artikel Action Research yang bakal menggunakan banyak kemahiran berkomputer yang sangat2 aku rimas sekali. Itu belum nak cari sumber rujukan dari Internet. Aku sangat lemah dengan dua kemahiran ni..



Dalam dunia ni ada ketika kena juga memaksa diri untuk berjaya.. Nasiblah... !!




p/s - nak potong misai la lepas nie.. Bila ada misai, pertambahan umur meningkat kepada 5 tahun dari umur asal. Sampaikan ada orang tegur aku tadi - "Encik ni pensyarah ker?" ... - melampau kan gurauan seumpama itu ??


.

Monday, June 27, 2011

Warkah



"The happiest moment in life comes from loving someone and from being loved by the one. I love you, not for what you are, but for who I am when I'm with you.."

(Lover, 2011)


Siapalah kita untuk menutup hati dari memberi dan menerima kasih dan sayang apatah lagi untuk jatuh cinta.. Kadang-kadang kita lupa untuk mengasihi diri sendiri sehinggalah diri kita diberi perhatian dari pihak lain..


Percintaan adalah perkara yang terindah. Manakala kasih sayang adalah perkara yang bermakna. Orang yang kaya dengan kasih sayang bererti kehidupannya dikelilingi dengan persekitaran yang baik dan sihat.


Terima kasih kepada yang sudi menghantar warkah. Berbunga saja hati sebentar tadi. Ingatkan pejabat call atas urusan 'repeat exam'. Rupa-rupanya kerana kad berwarna pink yang cantik ini.. Tersenyum lebar telefonis tadi mencari kad ni bila ternampak ada tampalan love yang besar pada sampul. Cantik..


Kad ni dari blogger saya yang teristimewa. Siapa dia ?? Biarlah rahsia.. hahaha.. !!

.

p/s - kan best kalau hari2 dapat kiriman dari pejabat pentadbiran macam ni.. huhuhu... !! Lepas ni terpaksa sibuk mengira dapatan kajian dan menganalisis kesemua data.. huh !!

.

Sunday, June 26, 2011

Sukan Tahunan SKG 2011



Semalam, berlangsungnya Hari Sukan Tahunan SK Genting 2011. Sebagai memeriahkan majlis aku dan Akashah rasa bertanggungjawab untuk hadir bersama. Ini sebagai tanda penghargaan terhadap pihak sekolah yang sentiasa menerima baik kunjungan kami sepanjang menjalani praktikum yang lepas.


Ada 4 faktor sebenarnya yang menyebabkan seorang guru selesa berada di sekolah. Pertama, sikap prihatin dan tolak ansur dari pihak pentadbir sekolah. Kedua, hubungan yang mesra dan ikhlas dari guru-guru sekolah. Ketiga, keharmonian dan rasa hormat dari murid-murid. Keempat, keceriaan dan pergaulan yang baik dengan pekerja-pekerja sekolah. Keempat-empat faktor ini ada pada SK Genting. Jadi tidak hairanlah aku sangat-sangat menyayangi SK Genting ini.


Sepanjang menghadiri Hari Sukan ini, aku sangat seronok biarpun panas mentari membahang sepanjang hari. Dengan kemeriahan anak-anak murid yang masih menyayangi kami berdua, buat aku terharu. Tak henti-henti menerima ucapan salam dan jabat tangan yang mesra. Ada yang menarik tangan aku supaya melihat kemeriahan rumah sukan mereka. Tak kurang ada juga yang memberi pelukan rindu.. hahaha !!


Bukan itu sahaja, hubungan rapat dengan guru-guru buat aku rasa dihargai biarpun hanya bergelar guru pelatih. Gurau senda yang tidak berkesudahan dengan mereka buat aku asyik ketawa saja. Ada saja cerita-cerita yang ingin dikongsi bersama. Sementara itu, dapat juga aku melihat potensi kesemua murid-murid dalam bidang kesukanan. Inilah hasrat kerajaan dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dalam segala aspek termasuk jasmani.


Pesan emak, biar tercampak ke laut menjadi pulau akan aku abadikan dalam sepanjang hayat. Nasihat ikhlas emak itu terlalu banyak kebenarannya pada masa ini.


Kalau aku cakap aku masuk acara tarik tali sebagai mewakili pihak sekolah melawan pihak waris mesti ramai tak percaya kan?? Al maklumlah BMI pun 21 - 22.. hahaha !! Apapun, kumpulan kami menang wok !! Mak, anak omak monang ni ha masuk acara tarik tali...!!! hahaha.. dapatlah hadiah tupperware dan pemberian topi sebagai cenderahati..


Biarkan keseronokan dan kegembiraan ini berterusan sampai bila-bila. Kenangan yang baik baik ni perlu dikenang dan usah dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.


p/s - maaf yer.. entry panjang dengan himpunan gambar2 saje.. ada byk lagi sebenarnya.. hahaha !! Ustaz anis, kita dua memang ensem la.. hahaha !!


.

Friday, June 24, 2011

Kepercayaan Diri



(ni bukan entry untuk berlagak poyo yer..!! hehehe)


Dalam keprofesionalisme aku, aku rasa aku amat lemah dari segi menepati masa. Semua ini berlaku oleh sebab aku amat sukar untuk mendisiplinkan diri. Aku selalu fikir semua orang seperti aku, tidak kisah untuk menunggu.. Mungkin orang-orang yang lahir bulan Disember selalu menganggap dunia ini bebas..?? Aku tak salahkan bulan kelahiran.. kerana semua ini berlaku kerana persepsi terhadap diri sendiri.. tabiat diri, betul tak?


Kepercayaan terhadap Tuhan itu lebih mudah untuk diterima kerana semua orang yang lahir di dunia ini mempunyai tuhan. Namun sedarkah, kepercayaan terhadap keupayaan diri itu amat-amat sukar untuk diterima apatah lagi untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian..??


Sejak dari bangku sekolah, aku sudah mula berminat menceburkan diri dalam dunia kepimpinan. Kalau tidak memakai baju sekolah yang berlainan dari orang lain, aku rasa seseolah tidak puas. Kalau dalam satu organisasi, pantang sekali kalau tidak mengangkat tangan untuk bersuara. Semua mahu aku lawan..!! Aku merangkak-rangkak melatih diri bermula dari menjadi pengawas perpustakaan, beransur-ansur menganggotai badan pengawas.. namun semuanya setakat di situ sahaja. Tidak pernah lebih..


Jarang sekali mahu menjadi orang yang tertinggi yang hanya mengarah.. namun lebih senang menjadi pengikut yang mempunyai sedikit kuasa tapi masih berpeluang memimpin. Kalau nak menjadi orang-orang kuat dalam apa-apa badan kepimpinan, selalunya aku jarang terpilih.. Mungkin kredibiliti aku sebagai pemimpin jarang orang nampak... dan aku juga tidak begitu yakin untuk perkara sebegitu.


Namun aku percaya, untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh, aku mungkin boleh tercalon.. hahaha..!! Seseolah kalau ada jawatan yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian, aku mungkin boleh menggondol satu atau dua anugerah..!! Tapi untuk jawatan-jawatan tertentu sahaja.. Seperti contoh untuk jawatan setiausaha ker ?, ajk keceriaan ker ?.. atau sebarang jawatan yang memerlukan idea dan inovasi.. selalunya aku pasti terpilih..


Alasannya, aku pandai menulis, aku punya tulisan tangan yang kemas, ataupun aku boleh menghias.. aku ada banyak idea la.. dan sebagainya..??


Bermula dari tingkatan satu sebagai AJK keceriaan seterusnya aku belajar menjadi setiausaha persatuan kemudian bertatih-tatih menjadi pengawas perpustakaan dan seterusnya menjadi pengawas sepanjang tahun. Semua ini memberi aku kepuasan dan aku banyak belajar bermacam-macam perkara dari sudut-sudut yang berlainan apatah lagi sekiranya mendapat kepercayaan dari guru pembimbing dan rakan-rakan..


Semua ini berguna untuk keyakinan diri. Dan hari ini di maktab aku tetap melalui perkara yang sama.. menjadi pengarah lawatan, setiausaha persatuan, dan lain-lain.. masih diproses yang sama.. dan yang terbaru, menjadi Naib Pengerusi untuk Seminar Kajian Tindakan Batch PISMP Januari 2008..


Separuh hati aku mahu mencuba jawatan ini, separuh hati lagi aku merasakan aku tidak layak. Persepsi aku mengatakan masih ada lagi ramai orang yang lebih layak dan berhak.. Betul kan kata-kata aku sebentar tadi, kepercayaan terhadap keupayaan diri sangat sukar untuk dipraktikkan??


Namun aku percaya kata-kata salah seorang classmate aku, Nadiya Khalik - "Selalunya mesti ada sebab orang memilih kita..??"


Apapun aku fikir ini adalah salah satu dari proses pembelajaran.. Dan aku sentiasa percaya, apabila kita bekerja sebagai satu kumpulan, kita tidak terlepas dari sikap bantu membantu dan bekerjasama.. Semoga aku dapat membantu Pengerusi Seminar ini - Kak Atikah serta mendapat kerjasama dari kawan-kawan yang lain.


Oleh sebab itu kepercayaan terhadap keupayaan kendiri adalah sangat penting. Mungkin sebab itu aku kini belajar untuk bergelar seorang guru.. Kene la aku berpandangan jauh selepas ni.. macam gambar kat bawah nie.. hahaha!!


.
p/s - Teringat kenangan berpraktikum dari SK Mutiara Perdana, SK Jalan Hamilton seterusnya SK Genting.. esok nak g Hari Sukan kat sekolah mereka !!
.

Thursday, June 23, 2011

Gunting Rambut



Teringat masa zaman persekolahan dulu-dulu, sekitar zaman 90-an.. semasa itu abah saya masih lagi berkhidmat sebagai tentera di Bukit Ibam, Pahang. Kawasan pedalaman seperti itu pasti sukar untuk memilih pakar gunting rambut dan bilangan mereka sangat terhad. Sebagai anak askar, kami semua di kem askar terpaksa la menggunting rambut kat seorang pak cik askar ni. Namanya 'Pak Cik Mantin'.. Hanya dialah satu-satunya pak cik tentera yang menyediakan perkhidmatan menggunting rambut..



Stor di blok kuarters telah dijadikan kedai gunting rambut.. Selalunya selepas maghrib, berpusu-pusu la aku dan yang lain menunggu giliran untuk memotong rambut.. Kalau terlewat sedikit, kesannya pasti hampir seluruh malam aku akan duduk menunggu di kedainya.. Apatah lagi kalau ada kerja-kerja sekolah yang tidak aku siapkan...?? huh..!!



Akibat hanya dia seorang saja yang mempunyai pakar menggunting rambut.. jadi kesemua fesyen rambut kanak-kanak di kem askar kami lebih terarah kepada satu atau dua fesyen saja.. kalau tak digunting dengan potongan biasa.. mungkin digunting dengan potongan petak ataupun 'kotak style'.. bagi aku yg kurus dan berkepala lonjong ni, memang setiap kali potong rambut.. mesti berpetak la kepala aku.. hahaha !! dan bayarannya sangat murah pada masa itu.. hanya RM1 sahaja..



Namun hari ni, di mana-mana pasti banyak kedai gunting rambut yang aku jumpa.. kadang-kadang kalau ada kawan-kawan yang nak ke salun, aku pun tumpang sekaki walaupun sekadar hanya mencuci rambut.. kepuasannya seolah-olah sama mencucui rambut di rumah. Cuma kadang2 nak rasa sekali sekala dimanja-manjakan.. Apa salahnya ye dak..?? tp melayang la duit ringgit aku..!!



Rambut aku ni jenis sukar untuk dibentuk-bentuk.. kering dan tebal..!! Kadang-kadang aku tak kisah sangat fesyen potongan yang mcm mana diorang nak potong sebab rambut aku akan kelihatan sama kalau diubah bentuk style potongannya pun..



Cuma kadang-kadang aku agak pening sedikit.. sebab, mak sukakan rambut aku panjang sedikit.. dan abah pula tetap dengan perangai 'askarnye'.. nak rambut aku dipotong pendek.. kadang2 susah nak jaga hati kedua-dua mak abah nie.. At last.. aku nipiskan jer..!! sebab kalau terlalu pendek, nampak rambut aku cam UFO saja.. hahaha..!!



Kadang-kadang bila tengok rancangan2 groomingkan orang kat tv, aku terfikir.. bila la stylist2 rambut ni nak designkan rambut aku.. teringin gak nak rambut cam artis-artis kat luar sana..!! huh?? tp semuanya tinggal harapan hampa..!!

.

p/s - jelak dengan perangai segelintir pelajar yang terlalu obses berpolitik.. pembacaan tak la banyak mana pun.. perjuangan pun tak tau ke mana hala.. tolong beri prioriti untuk study dulu yer.. !! sebab, bila dah ada peluang untuk belajar.. belajar la sungguh2..!!

.

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Integrasi Nasional



Integrasi Nasional


"..satu proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok masyarakat negara dengan menghilangkan perbezaan identiti.."


"..merujuk kepada proses menyatupadukan kelompok yang berlatar belakang yang berbeza menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama.."



Bila bercakap tentang Integrasi Nasional, pasti yang terdetik di minda rakyat Malaysia adalah isu-isu berkaitan PERPADUAN. Bermaksud, kita rakyat Malaysia yang majmuk mampu hidup di bawah satu bumbung yang sama.. Perkara ini pasti sukar dicapai sekiranya kita rakyat Malaysia tidak menghormati budaya dan bangsa antara satu kaum dengan kaum yang lain.


Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya akur kepada perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan demi menjaga kesejahteraan rakyat dan negara.. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam RUKUNEGARA.. barulah isu-isu perpaduan ini akan terus tersemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia..


Semua ini penting bagi merealisasikan aspirasi negara - WAWASAN 2020 dalam usaha mencapai taraf negara maju mengikut acuan kita sendiri.. tanpa perpaduan semua ini adalah mustahil yer !!??


Inilah yang aku belajar bagi kuliah education hari ini.. !! dan selepas ini aku bakal dikejutkan dengan bermacam-macam perkara untuk semester ini. Yang terbaru, projek untuk subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM)


Oleh sebab aku masih lagi dalam keadaan terkejut dan takut untuk menghadapi hari-hari muka, jadi adalah lebih baik aku melepak dengan adik aku si Fatin kat McD.. lagipun sekarang tengah ada Mc Shaker!! huhu.. layan.. Zass !!


.
p/s - letih sungguh hari ni.. !! Aku ingat aku tengah mengalami gejala "penyakit rumah' la..!! Homesick ar... !! Bley tak nak balik kampung sekarang jugak !!??



.

Monday, June 20, 2011

Pembukaan Semester Akhir Yang Psiko..



Kembali Ke Sekolah !!


Setelah berseronok-seronok bercuti tiga minggu, akhirnya cuti pun tamat dan aku perlu pula menghabiskan pengajian aku pada semester akhir ini. Super Senior tu beb!! haha.. Hari ini, kemasukan adik-adik junior yang baru. Mereka bakal mewarnai lagi dunia perguruan di maktab ibu kandung tercinta ini.. Tak sangka, pejam celik pejam celik.. sudah lima tahun aku mengabdikan diri menuntut di maktab ini atau nama penuhnya Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.


Pastinya seribu satu kenangan pasti terlakar dalam kamus hidup sepanjang pembelajaran di sini dan aku percaya berada di maktab ini berjaya mematangkan diri selain memperoleh berbagai-bagai ilmu baru dan pengalaman-pengalaman penting yang sudah semestinya indah untuk dikenang.. huhuhu !!


Hari ni.. pagi-pagi lagi kelas aku dah hingar-bingar dengan pelantikan organisasi baru kelas.. dan nampaknya aku berjaya meloloskan diri dari memegang apa-apa jawatan di dalam kelas.. hahaha !! Tahniah kepada Azurin sebagai ketua kelas yang baru, Zuliyana sebagai penolong ketua kelas.. dan Kak Fatin sebagai Bendahari.. keje elok2 yer.. nanti kalau aku ponteng2 kuliah, harap-harap korang buat-buat tak nampak je la yer...?? Tandakan saja aku hadir.. nanti aku belanja makan..!! hahaha...


.................................


Dan semester terakhir ni, kami semua terpaksa menyudahkan keje2 semester lepas dengan menyempurnakan artikel action research yang lengkap.. Secara jujur aku sangat risau dengan action research ni.. aku percaya tajuk action research aku okey.. cuma sumber-sumber yang ada untuk dirujuk sangat terhad..!! tu lah..!! sibuk sangat nak kaji pasal gender..??!!


Apapun, bila mendengar taklimat petang tadi.. Aku bertambah takut.. secara tak sedar perut aku memang senak-senak dibuatnya bila mendengar rentetan hidup aku dari hari ni sehinggalah akhir semester nanti.. macam-macam nak kene buat.. !! dan semuanya buat aku tak senang nak duduk..


Akhirnya aku berazam untuk memulakan pemurniaan draft-draft action research yang lepas.. namun hanya bertahan 10 minit sahaja.. kemudian aku bukak buku 'YASMIN AHMAD'S FILM'.. huh !! Mongabih kan bogeh yo..!! lopeh tu mulo la gaso macam nak tido yo den ni ha..!!


Tak po la sambung esok la yo.. hahaha !! Relax dulu.. gosok baju dan tido...


.
p/s - Kenapa sambutan minggu orientasi junior baru kali ni macam tak meriah jer.. tak sama cam zaman kami dulu2.. !!??
.

Sunday, June 19, 2011

Abah Kami Hero Kami..!!




Berada di rumah menghabiskan cuti semester, mengajar aku seribu satu erti kesyukuran. Aku tak pernah temui satu tempat yang paling damai melainkan ketenangan dan keseronokan berada di rumah.. Kalau nak makan sedap-sedap pun, makan di rumah.. nak tidur sedap-sedap pun, tidur di rumah..



Dan malam ni, aku terpaksa mencari kelengkapan-kelengkapan untuk di bawa balik ke maktab semula.. Mencari baju kat dalam raga, kat dalam almari.. dulu masa awal-awal semester dulu emak yang susunkan semua tu kat dalam luggage.. sekarang tidak lagi !! Walaubagaimana rapi pun aku berkemas. aku pasti.. sampai je Penang, mesti ada barang-barang aku yang tertinggal.. huh?!!


Walauapapun, rumah tercinta ini bakal aku tinggalkan bersama adikku si Fatin dengan rasa berat hati yang teramat.. dan emak berjanji akan menyediakan nasi lemak sambal udang sebagai pengisi perut aku sebelum berlepas ke maktab esok.. dan dalam fikiran aku, aku terbayang hidangan air teh emak yang sungguh istimewa pada selera aku..


dan seperti biasa.. emak akan cuba menghilangkan rasa sedih kami dengan menyediakan bermacam-macam makanan dan sambil mulutnya membebel-bebel mengingatkan kami supaya tidak tertinggalkan barang-barang.. itu adalah moment yg sgt aku rindukan !!


Berada di rumah, umpama syurga.. dan syurga Allah jua yang kekal abadi..





Abah Kami Hero Kami !!



Walaupun kami bukan orang berada, tetapi abah sedaya upaya tidak akan memberi peluang untuk kami merasai kesusahan.. Cuma emak saja yang mengajar kami agar menghargai kesusahan hidup sebagai satu pengajaran dalam diri supaya sentiasa berusaha yang terbaik..!! Kombinasi ni boleh aku anggap sebagai seimbang kan?? hehehe..


Sebab tu kalau nak duit, aku nyorok-nyorok mintak kat abah.. tp abah belot, tetap juga nak bocorkan bgtau emak.. hahaha!! Emak pun membebel.. hahaha!!


Kalau rumate aku ada model transformer yang dianggap super hero.. abah aku ni lebih hebat dari transformer dia.. hahaha !! Selagi abah ada, selagi itulah kehidupan kami semua akan selamat.. Aku menghargai setiap pengorbanan abah yang tak pernah kenal erti putus asa..


Kalau dengan abah, kami adik beradik jarang nak berpuisi bagai seperti kami melayan emak.. tapi percayalah abah, anak-anak abah tetap sayangkan abah..!! Orang cakap perangai abang ada pada abah.. kita ni memang ada 'kepala angin'.. tp orang tak tahu hati kita sensitif dan sentiasa baik melayan semua orang.. hahaha!!


dan, abah tetap jualah abah yang terbaik kepada kami semua.. !!


SELAMAT HARI BAPA daripada abang Ikhram, akak Fatin & adik Iman..
.

p/s - Sebagai mengahargai peminat no 1 aku.. emak sudah pun ada rekod rakaman lagu 'Joget Kasih Tak Sudah' nyanyian karoake dari aku.. hahaha !! Ini hadiah sebagai pengubat rindu emak bila berjauhan dengan anak-anak.. hahaha !!
.