I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 31, 2011

One Thousand Million Smile !!



"One Thousand Million smiles

I bring to you across the miles.."


(Sudirman, 1989)

Malam hari ahad yang lepas.. orang-orang kat rumah aku ni berpecah kepada dua kumpulan.. puak lelaki tengok saluran Astro History.. puak wanita menonton TV3 - rancangan Mentor.. Aku seakan-akan bosan menonton rancangan realiti yang sama saja konsepnya.. malah pilihan lagu-lagu untuk dinyanyikan oleh peserta juga adalah lagu yang sama ; Lagu Kisah Hati.

.. kerana takut dikatakan nyanyian sama dengan penyanyi asal.. semua perserta tak kira la, dari rancangan AF9 ataupun Mentor.. dua2 peserta ini menyanyi dengan suara yang kasar.. suara yang garau.. percubaan yang baik dari mereka namun tidak mampu menandingi suara penyanyi asal ; Alyah. yang nyaring dan beralun..


Kami puak lelaki menonton saluran History - dokumentasi sempena Hari Seniman Istimewa.. Aku tidak menonton dokumentasi Tan Sri P.Ramlee.. aku terlepas rancangan tu sebenarnya yang bersiaran lebih awal kebetulan itu time makan malam kami... namun aku takkan mungkin melepaskan peluang melihat dokumentasi tentang penyanyi tersohor negara yang aku anggap sebagai penyanyi paling unik dan terbaik; iaitu SUDIRMAN..


Walaupun penyanyi ini bukanlah lahir dari zaman aku.. tapi bakat dan jalan hidupnya sangat memberikan aku inspirasi. Kalau berbual pasal Sudirman.. mak aku lagaknya bagai saudara mara terdekat sudirman.. semua hal tentang sudirman mak aku tahu.. Saiz kasut Sudirman pun mak aku tau.. hahaha!! kebetulan minat mak dan aku sama..!!


Jadi dokumentasi ini memberikan aku gembaran yang jelas tentang peribadinya selain dapat melihat sejarah kecemerlangan hidupnya melalui rakaman video dan gambar-gambar beliau yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Dapat juga aku lihat bagaimana suasana persembahan beliau di jalan Chow Kit yang tidak pernah aku tonton sebelum ini.. Konsert percuma beliau di jalan Chow Kit pada waktu itu memang hebat dan dahsyat.. orang ramai memenuhi jalan Chow Kit sehingga tiada penghujung..



Dan yang paling aku rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.. dia berjaya menjadi juara bagi pertandingan "Asian Popular Music Award' sebagai Penghibur Terbaik Asia.. Pada masa ini sudirman telah punn menyanyikan lagu One Thousand Million Smile... perasaan aku semasa melihat persembahan beliau.. Wow !! sangat kagum..!! Aku takkan rasa ada artis yang akan mampu menandingi persembahan Sudirman.. Bayangkan, dia mampu mengalahkan penghibur-penghibur Asia yang lain yang terkenal..



Mak kata Sudirman adalah artis milik rakyat.. "yer, aku menyetujuinya.." Masih ingatkah kita dengan kostum merdeka Sudirman dengan jalur Gemilang sepanjang 100 meter diusung ramai orang.. atlet-atlet dari seluruh dunia sebenarnya.. huhuhu.. !! dahsyatkan !!



Apa yang aku pelajari dari dokumentasi ini - "Sudirman, akan memberikan segala apa yang dia ada.. " Oleh itu aku sebagai peminatnya merasakan semua itu secara mendalam..



Kalau ada seribu artis Malaysia yang sikapnya seperti Sudirman, aku percaya artis-artis Malaysiaa akan dihormati rakyat.. Sikap patriotismenya wajar dijadikan ikutan bukan saja kepada para artis, malah oleh seluruh rakyat.



Hari ini, semua orang mahu menjadi artis, kerana mahu hidup senang dengan langkah paling pantas.. atas alasan glamor yang tidak bertepi.. Adakala imej2 artis dengan berpakaian menjolok mata selain bertingkah laku seperti tidak bermoral, sudah pasti mencemarkan nama baik dunia seni itu sendiri.. sewajarnya dokumentasi ini wajar ditonton oleh segenap masyarakat..



Kita mampu berbakti kepada negara.. tak kiralah apa caranya..!!



Dan semalam aku tonton Filem Pirates of Caribbean - On Stranger Tide. Komen aku, best lagi filem yang lepas-lepas.. hahaha !! Jangan marah.. Oleh itu, sempat aku minum ice blended untuk memujuk hati yang tak puas menonton filem terbabit.. hahaha !!


.




p/s - Ada waktu.. orang yang kita puja-puja itu yang menolak diri kita.. hahaha !! sebab tu kene buat baik berpada-pada..!! Mak aku sekarang ni.. gemar pulak dengar lagu-lagu joget.. ponek den berjoget dongan mak den ni ha..!! hahaha..!!




.

Saturday, May 28, 2011

My Girls



Hai.. sudah dua hari menetap kembali di kediaman tercinta.. Di sinilah ketenangan diri yang paling baik aku rasa.. Berada di rumah membuatkan jiwa aku rasa seperti hidup kembali.. boleh makan banyak-banyak, sedap-sedap.. !! xde la asyik makan burger Mcd jer !! Hahaha..


Mak selalunya masak apapun sedap.. biarpun ikan bilis goreng bercampur bawang besar dan sedikit lada api.. itupun habis aku balun !! Al-maklum lah kat maktab di penang tu, mana nak merasa semua nie..!!


Itu baru goreng ikan bilis.. Jadi, boleh bayangkan tak, kalau mak aku masak gulai ayam masak cili api..?? nasi lemak bersambalkan udang.. sambal sotong kegemaran.. macam-macam lagi la..!! Jadi kat rumah ni memang dah macam syurga makanan.. dan emaklah chef yang terbaik bagi aku..!!


Rumah sekarang sangat sunyi.. Adik perempuan aku merangkap si junior tu tak balik lagi.. adik bongsu yang lelaki ni pulak sibuk nak mengikut jiran mandi manda di Port Dickson.. yang tinggal kat rumah hanya aku, emak dan abah..??!! Memang tak seronok.. kalau orang yang sudah terbiasa ber adik - beradik macam aku nie.. tinggal seorang diri di rumah sekaligus menjadi anak tunggal, pastinya tak sesedap mana ?? Nasib baik tuhan jadikan adik-adikku sebagai teman untuk aku hidup.. untuk teman bergembira, teman bersedih ataupun teman untuk bergaduh.. yang tu kadang2 jer !! Sebab kalau selalu nanti jadi musuh..! hahaha..


Jadi.. waktu petang.. saat duduk-duduk di halaman rumah.. selalunya pasti akan ada dua orang kanak-kanak perempuan yang sentiasa mewarnai hari-hari aku.. melayani telatah mereka selalunya mencuit hati aku.. mereka berdua berlumba-lumba memenangi hati aku.. aku tak tau kenapa ?? tapi kan, kalau dah ada status guru, tu memang saham akan naik.. dari orang tua sampailah ke kanak-kanak.. tak percaya?? hahaha.. memang kene percaya jugak !!


Jadi kalau aku tangkap gambar dengan salah sorang ni.. mesti yang lagi sorang terhegeh2 nak jugak.. terpaksa la aku ambil dua-dua untuk bergambar.. pening jugak aku nak melayannya.. masing-masing sudah pun berusia lima tahun.. dan sekarang dah masuk tadika.. jadi, kalau dengar cerita diorang pasal persekolahan.. memang tak kering gusi..


"Adilla kat tadika, cikgu bagi makan aper?"

"Mee bandung..!!"


Aku yang dengar ni.. menahan sabar jer !! Mak ai !! makan mee bandung kat tadika..?? dahsyat betul..?? sapa yang nak makan ni.. cikgu ke? budak??

Tepuk dada tanya selera.. Lu fikirlah sendiri...!!


p/s - baru balik makan kenduri.. kan best kalau kenduri dpt makan lauk-pauk tradisional melayu... baru terangkat beb !! ni balik2.. acar buah, ayam masak merah, rendang, kari daging... huh !! tak sihat dan menjemukan..

Thursday, May 26, 2011

Tasteless...



Sebenarnya aku sudah pun selesai exam..!! Hooray..!! Aku dah pun MERDEKA... untuk pengajian semester ke tujuh aku nie.. !! Oleh sebab itu.. miss P'nut awal-awal lagi dah rancang nak ajak tengok wayang - citer NUR KASIH... asalnya dia tak mau pilih citer ni.. sebab dia tak mau nangis2, nanti kalau dia nangis2.. dia akan pening kepala.. !! hahaha... tp at last, pegi jugak tgok citer nie !! hahaha...


Gambar kat atas ini adalah reaksi aku selepas beberapa minit meninggalkan panggung..!! Dan seperti biasa, aku jarang tengok wayang untuk ketawa.. selalunya aku tengok wayang memang untuk menangis..!!! hahaha..!! dan cerita ini memang sesuai untuk orang-orang macam aku..!! haha.. sah-sah aku memang lelaki hingusan..!!


Aku bagi tips.. - kalau korunk rasa nak puas menangis tengok wayang.. jangan sibuk-sibuk bawak tisu nak lap air mata.. biarkan jer air mata tu mengalir jatuh terus kat baju.. baru feel !!



---- NUR KASIH ---


.. Kalau orang tanya, apa kekuatan pada cerita ini... aku pilih tema Ganjaran..!! Kalau nak memberi, berilah barang yang paling kita sayang.. itu lebih baik dari kita beri barang yang kita sayang sikit-skit.. sebab, apa yang kita beri atau kita sedekahkan itu, ganjarannya pasti setimpal dengan apa yang telah kita lakukan..


Dalam citer ni.. aku tak heran sgt dengan watak-watak utama - aidil, adam, nur., tp jiwa aku lebih terkesan banyak dengan watak remaja lelaki yang join kelab remaja tue.. Awalnya aku tak fikirkan sangat tentang kepentingan watak tu.. Punyalah aku tak kisah sampaikan nama watak tu pun aku tak ingat.. tapi watak tu lah yang telah memberi inspirasi dan banyak unsur pengajaran yang terkesan dalam hidup aku..


aku teringat apa kata budak tu.. "kenapa orang baik selalu saja pergi dulu.." - tapi tak sangka dia yang pergi dulu sebelum Adam.. kadang-kadang kita tak tau kelebihan diri kita sehinggakan kita rasa kita jauh dariNya.. padahal cahaya petunjuk tu Allah dah bagi selalu..!!

Saat dia watak dia mati.. saat itu aku tidak boleh terima.. dan aku bukan tuhan... Ketentuan Tuhan itu pasti sebab hanya Dia saja yang Maha Mengetahui..


(boleh tak nak request kat pengarah.. hidupkan balik watak tu..?? haha..!!)

....................


TASTELESS


dan saat-saat akhir semester ini.. aku fikir aku banyak kali berlibur bersama kawan-kawan.. menghabiskan masa berkualiti secara optimum.. kadang-kadang memang masalah masa dan kewangan tu menjadi kekangan.. tang mana masa nak study..? tang mana masa nak pulun highlight note..? dengan study group..?? dengan duit pun takde.. tinggal serdak-serdak jer.. tapi aku selalu percaya walau apapun yang terjadi.. aku tetap akan hidup!! ..dan aku berjaya melaluinya..!!

Yup! Aku berjaya melaluinya dengan indah !!

Sebelum mengakhiri semester tujuh yang penuh keriangan ini.. Aku kepilkan bersama gambar-gambar saat-saat aku berlibur bersama orang-orang yang terdekatdengan diri aku.. sebelum, semasa dan selepas ujian.. Alhamdulillah.. aku berjaya menjawab ujian dengan hati yang lapang.. Cuma aku berharapkan aku mampu meningkatkan nilai CGPA dengan nilai yang lebih baik lagi..!

Jadi aku boleh la balik ke kampung dengan hati yang girang selepas ni tanpa memikirkan isu-isu pendidikan lagi..!!


"Tasteless" - (miss p'nut, 2011)


(hati mengeluh.. banyak lagi barang-barang yang aku tak kemas lagi... lagi sejam nak g bus stop! tak mandi lagi.. baju tak iron lagi.. tak breakfast lagi.. aiyoyo!!??)



miss p'nut & aku



aku dan kak surain



jom study ?? JOM !!!!!



amir & farhana



kak iezza & aku



aku dgn zul



aku dengan rumate.. amir aminuddin



geng2 high school dulu.. hana & amirah



.

p/s - bangun pagi tadi mak call... stesyen komuter yang terakhir dah ada kat depan umah aku !! Wow.. senang la nak g kl lepas nie.. hahahaha!!












.


Wednesday, May 25, 2011

MMS - Buat Aku Terharu..!!

Hari ini aku macam semalam.. hidup bersama nota-nota exam yang banyak dan padat !! Aku baca, kemudian salin.. aku baca, kemudian aku salin lagi.. aku baca, kemudian aku salin salin salain lagi.. dan kali ni aku lebih faham..!! Jadi, inilah masa untuk aku cari orang untuk aku ceritakan apa yang aku faham..!! Rumit dan melecehkan.. tapi cara ini memang terbukti berkesan.. Methodology sungguh !!

Kawan-kawan yang lain tu aku tengok senang jer ilmu diorang nak masuk.. baca sambil meniarap pun ada... kadang-kadang tu, ada yang baring-baring siap sumbat telinga dengan earphone sambil tangan dua-dua dok menjulang nota.. macam main agah2 budak pulak dibuatnya nota tue..!! dan ada juga yang bukan main teruk lagi nak menghafal.. terkumat kamit mulut.. dah macam tok bomoh pun ada aku tengok.. tp tanpa aku sedar.. aku perasan,kalau ada orang-orang yang smart dalam study.. dia selalu buat ringkasan note dengan membuat akronim.. atau dengan kata lain menulis singkatan dengan melambangkan isi-isi atau point-point tu dengan huruf..

Dan aku tetap pelajar tradisional yang sgt-sgt terlalu konvensional.. baca dan menyalin..!! sangat membosankan.. that is why.. muda-muda lagi aku dah rabun !! hahaha.. walhal byk tgok tv..!! Apapun setiap orang ada cara pembelajarannya masing-masing !! Yang penting masuk apa yang dibaca tu ke dalam akal... dan disimpan dengan rapi..

Menurut cikgu Aini, bekas cikgu admath yang aku sayang sgt2 tu..! belajar, kemudian berkongsi dengan orang, selalunya dpt meningkatkan kefahaman dan menguatkan ingatan.. Aku setuju. Itulah yang selalu aku pesan kepada anak-anak murid aku.. 'kongsi ilmu.. jgn kedekut ilmu dengan kawan-kawan.. nanti kat padang mahsyar nanti, kamu junjunglah ilmu kamu yang berat tu sorang-sorang !!' Lepas tu semua anak murid aku geleng-geleng kepala.. tak nak la konon-kononnya !! takut jugak ek diorang?? al maklumlah nak UPSR..!!

Tengah sedap-sedap menelaah.. (wow.. macam pelajar cemerlang !!) tetiba dapat satu mesej dari miss p'nut.. bila aku tgok enset, bukan mesej.. tp MMS - mesej bergambar !!

wow!! keluar la mesej seperti dibawah..!!





"Salam. Hai sir Ikhram.. (ikon smile) semoga berjaya dlm exam. We all miss u so much !!"- Hakim, 2 Wawasan.


Tu 1:01 pm


Entahlah.., lepas jer dpt mms ni.. aku rasa terkesima sekejap.. aku rasa rindu dengan anak-anak murid membuak-buak.. maklum sajelah, budak2 darjah dua kat sekolah tu memang comel-comel belaka dan semua tu buat aku rasa sgt bermotivasi.. aku makin seronok untuk baca buku sambil tersenyum-senyum sendiri lepas tu..


Hakim tu favourite student aku kat sekolah.. smart, kemas dan rajin.. selalunya dia la yang selalu balik lambat sebab bertugas bersihkan kelas.. angkatt kerusi, susun meja, padam papan hitam, susun buku kat kabinet, sapu sampah.. semua tu dia buat seorang diri k? Susah nak elak bias ni sebenarnya.. elak macam mana pun mesti ada sikit..!! tp dengan hakim ni, aku selalu jer buat-buat garang..! takut nanti naik lemak pulak!! hahaha...!!


Apapun, terima kasih Hakim.. Terima kasih Miss P'nut utk MMS yang sungguh bermotivasi dan bermakna ni.. sangat menghargai.. !! Saya akan melakukan yang terbaik ! Insyaallah..


p/s - rambut Hakim dah pendek.. teringat dialog dia .."saya nak jadi cikgu macam sir ikhram".. huhuhu.. sungguh meruntun jiwa ! itulah bestnyer menjadi PENDIDIK !!


.

Monday, May 23, 2011

Field Trip !!



Kan semalam aku dapat sekotak macaron.. nak tau sapa bagi ?? tue ...!! (sambil jari telunjuk cucuk-cucuk skrin laptop..!!) ada gambar seorang perempuan kan kat atas..? itulah dia rupa cik cha zainol.. classmate merangkap kakak kat maktb nie..!! Mimpi ape ntah dia malam tadi.. tetiba pagi tafi dia mesej buat appointment dengan aku nak kuar.. nak mintak tolong aku ajarkan subjek action research..!! Kalau la dia tau,.. aku pun tak study gak !! hahaha..!!

Tapi selalunyer berjanji dengan aku ni.. memang susah aku nak tolak..!! 'very hard to say No !!' amboi cakap omputih pulak.. tp itulah aku..!! Jadi aku pun setuju la.. cepat-cepat aku habiskan baca note-note yang bersepah-sepah nie.. Satu lg cara pembelajaran aku.. aku seorang yang jenis menyalin.. baca apa2pun mesti nak salin !! Bagi aku, baca saja tidak cukup.. tak sampai kat otak!! Oleh itu terpaksa la aku salin.. tak kira la braper kali.., tp yg penting kene salin byk2 kali..!! Baru aku ingat ..!! sangat leceh..!! Tp apa boleh buat... Aku redha ! hahaha...

Kadang-kadang, pulun-pulun baca macam nak maut pun.. tapi terperap je kat bilik.. tak guna jugak !! Ada masa dengan study group macam ni banyak membantu.. apatah lagi di tempat awam yang tenang macam ni.. moodnya sangat2 membantu..!! Kira macam konsep input - output ! Kene seimbang.. banyak mana yang masuk dan banyak mana yang nak dikeluarkan... !! Tadi janji kat mesej nak suruh aku ajar.. memang petang tadi aku ajar cik cha zainol ni sesungguh2 hati.. aku jadi pensyarah subjek action research buat sementara waktu..!! hehehe..

Apa yang aku sedar.. bila aku baca, aku salin.. kemudian aku ceritakan semula.. itu lebih berkesan..! Aku rasa aku lebih faham apa yang aku baca tadi..!! Alhamdulillah, dpt pulak student yang baik.. yang mendengar ckp..(hehehe...) proses pembelajaran menjadi bertambah baik..!! Bukan tu jer.. keyakinan diri aku lebih tinggi untuk menghadapi paper nie..!!

Kalau ada masa.. ada kemudahan.. belajar kat tempat-tempat yang damai macam ni memang membantu.. serius aku tak tipu.. tadi aku belajar sambil menerangkan kat cik cha ni dengan sangat bermotivasi.. mood tenang jer..!! Dan lagi satu, kalau nak buat study group.. jgn ramai-ramai sgt.. nnt tak jadi study.. jadi ceramah politik pulak..!! dan pilihlah kawan2 yang memahami dan menghargai diri anda..

Jadi, Field trip hari ni memang best dan berkesan !!

.

p/s - tadi ada orang bising2.. paper education batch aku semuanyer lulus..!! betul ker?? hahaha.. yezza !!

.

Sunday, May 22, 2011

Macaron






Macaron.. ??

Apa kebendanya tu?? Aku pun tak pernah dengar sebelum nie.. tp apabila terlalu banyak terbaca blog-blog blogger perempuan yang acapkali sebut pasal macaron nie.. baru aku tau, yang macaron ni macam biskut-biskut atau kuih-kuih yang manis la.. macam pencuci mulut lepas makan ker??.. kuih nak minum petang ker..?? lebih kurang mcm tu la..!! Tp yang penting macaron ni rasanya manis !!

Jadi petang tadi.. classmate merangkap akak aku kat maktab tercinta ni, cik cha zainol.. pass kan sekotak macaron untuk aku.. Special untuk aku tue !! Mula-mula ingat dia cam empuk2.. tp tak..!! macaron ni rangup diluar tp lembap di dalam.. !! Tadi ada tiga warna.. kuning, coklat terang dan merah (sepatutnya 4 warna.. tp telah dicuri sebiji).. dan ketiga-tiga warna ini mempunya rasa yang berlainan.. aku terkam yang merah dulu.. sebab warna merah tu memang menarik perhatian aku.. tp bila aku dah makan ketiga-tiganya.. warna kuning tu yang best..!! ada isi coklat di tengahnya.. wow!! sedap..!!

Jadi, aku dah rasa pun macaron nie.. jadi apa yang diperkatakan tentang macaron ni di dalam blog-blog diluar sana.. memang jelas kebenarannya..!!

Sedap & Manis



ucapan untuk cik cha zainol.. :


"..terima kasih untuk pemberian kali ni.. hang ni memang selalu menjadi pemula utk aku.. dulu aku tak reti pakai jam.. hang yang tolong belikan untuk aku.. siap tolong pakaikan lagi.. dulu tak reti main bowling.. hang jugaklah yang dok tolong ajaq.. tolong bg semangat.. tak reti main dram.. hang jugak yang dok paksa aku.. la ni aku dah ketagih main dram.. dan macam-macam !!

aku hargai apa-apa yang hang buat kat aku no..!! terima kasih..!! "



Sapa-sapa yang nak ajar aku cara-cara nak buat macaron ni, bolehlah anta resepi macaron ni yer !! berbaloi kot..?? lebih-lebih lagi si adik Fatin Liyana ker? adik bna tu ker?? sebab diorang kan memang expert bab-bab masak memasak menu cam nie.. hahaha !!

Jadi petang ni sangat hepi dan lepas ni kene study lebih kuat sket..!!

.

p/s - buat baik berpada-pada.. buat jahat kene makan macaron halia... hahaha!! balasan tuhan kepada orang-orang yg telah mencuri macaron yang sepatutnya menjadi milik aku.. !! pengajarannya, jangan makan macaron berwarna ungu !!

.

Saturday, May 21, 2011

Sebelum Terlambat..


Bila pagi sudah tamat.. waktu petang-petang dalam pukul dua macam ni, aku buat keje gila pulak !! Pi cari pengunci puncher.. Benda alah hitam yg kecik-kecik tu.. !! Satu bilik aku keliling g cari.. sampai bawah katil pun aku selongkar.. Padahal kalau tak jumpa pun tak per.. bukan effect apapun.. tp tetap jugak aku nak cari.. nak cari sampai jumpa..!! Memang akhirnya aku jumpa ! Itupun kat bawah bantal.. !! aiyo.. memang kojo gilo la den ni ha !!

Tapi ada hikmah juga cari pengunci puncher tu..!! Sebab, lepas aku jumpa benda alah kecik tu, aku tertengok enset aku.. tertera nama FIKRI.. Aku teringat sesuatu.. dan aku terus dial no dia..

25 hb ni, dia nak g umrah; Maksudnya.. dia nak ke Mekah mengerjakan umrah!!

Aku kalau dengar kawan-kawan seusia aku nak mengerjakan umrah.. mesti aku rasa sedih.. bila dengar berita macam nie.. aku mesti pandang ke dalam diri aku semula.. Aku dah bersediakah dengan perkara-perkara macam nie?!! Jadi, oleh sebab itu perasaan aku berbaur-baur.. Ada perasaan bangga terhadap dia.. ada perasaan sedih.. dan ada perasaan cemburu?? yang itu aku tak pasti.. Pastinya, tak kot?? takkan orang nak g buat umrah, aku nak cemburu pulak.. merepek !!
Persoalan pokok.. kalau aku yang diberi peluang mengerjakan umrah ataupun haji, adakah aku dah bersedia ??

Sebelum terlupa dan terlambat.. lebih baik aku hubungi dia.. mohon maaf banyak2.. walaupun aku yakin dia akan memaafkan aku biarpun tanpa panggilan ni.. Aku tak anggaplah ia sekadar panggilan mohon maaf.. tp lebih kepada ingatan tulus ikhlas dan semangat persahabatan..!!

"Wak, sebelum saya terlupa.. mungkin awak pun sibuk.. dan saya pun ada byk perkara.. saya nak minta maaf kat awak awal2.. sebelum awak nak g umrah nie.." dia pun terkejut.. mungkin dia pun tak fikir aku call dia pasal tu.. !!

"Awak, saya doakan awak selamat pergi dan kembali "

-"... Insyaallah 2x.. ada jalannya !! (ala-ala Maher Zain )

Entahlah.. Aku sayangkan dia sebagaimana aku sayangkan diri aku sendiri.. dan memohon maaf dari dia serta mendoakan keselamatan pergi balik dia dari umrah tu dah macam menjadi satu tanggungjawab kepada aku rasanya.. Kami tak selalu jumpa, tapi aku tau ikatan itu ada..!! Erat dan kukuh..

Sebagai kawan malah sahabat pada aku - dia lucu.. dan dia alim..!! Dia kawan, adakala dia seorang bapa.. seorang ustaz.. seorang penyanyi.. seorang usop wilcha.. dan macam-macam dan adakala dialah umpama penghibur hati..!! Saat orang lain membuat aku kecewa atau bersedih.. dia yang mampu buat aku ketawa dengan sendirinya..!!

"Kalau nanti saya ditakdirkan tidak berjumpa awak lagi di dunia. kita bertemu saja di syurga, yer?"

"Hmmm.. awak tunggu saya k?"

Lepas tu aku tengok diri aku.. dengan boxer yg sangat pendek ni.. Hmm.. entahlah !! Fikri doakan saya banyak2 kat sana !! Saya nak jadi macam awak..!! Itulah silapnya aku.. berjaya mengikut acuan orang !! hahaha.. Tapi kalau diperhatikan, memang cam tu la gaya bahasa kami bila berbual.. sgt romantik kan?? hahaha.. jgn salah faham.. Dia lelaki warak yang alim dan menghiburkan!!

Pengajarannya, lebih baik buat ibadat masa usia masih muda ni..!! Teringat lima perkara sebelum lima perkara..!!
.
p/s - Aku jumpa IMUDA td kat Borders Queensbay Mall.. aku rasa dalam sepanjang hidup dia, mesti dia tak pernah jumpa peminat yang bengong cam aku.. !! Ops!! aku terlupa aku bakal cikgu.. hahaha !!
.

Jalan Malam



Jalan Malam yer... ! Bukan Damping Malam, k ?? Haha..!!

Lepas tergelak-gelak sakan mengusik salah seorang kawan aku, tetiba kawan aku yang kene usik itu lapar pulak perutnya.. hahaha!! Jadi kawan kat sebelah utarakan idea.. 'jom kuar kat tepi pantai'... mana-mana pantai yg ada kat pulau mutiara nie..!! Ada tiga pilihan pantai kata dia... pilih yang mana satu..?? Rupa-rupanya ketiga-tiga tepi pantai tu kami pergi malam nie.. hahaha !!

Malam tu kami berempat.. aku dan tiga mereka yang lain, sambil-sambil jalan, sambil-sambil itulah kami ketawa..! Apa-apa topik mesti ada yang kami nak ketawakan.. tiada perkara yang serius melainkan yang ringan-ringan sahaja yang kami ketawakan..!!

Sepanjang ketiga-ketiga pantai itu, sebenarnya tiada satu pun yang menjamin kepuasan hati aku. Suasana 'havoc' yang dicanang oleh budaya remaja hari ni sungguh menyesakkan. Aku cuba juga untuk menghiburkan hati.. tapi itu semua pura-pura sahaja.. budaya lepak remaja Malaysia sangat teruk bila tiba di tepi pantai.. bertambah teruk lagi bila waktu melepasi waktu tengah malam..

Bila mereka berkumpul dalam sekumpulan mereka.. terutamanya remaja lelaki.. perangai mereka buat aku yang seorang lelaki ni merasa gusar.. Kalau soal rokok ? Itu tidaklah menjadi hal.. biasalah setakat menghembuskan nafas pada orang lalu lalang.. itu memang budaya perokok.. tp budaya percakapan yang sengaja mereka kuat-kuatkan.. itu tidak baik..!! Malah sengaja pulak mahu menjerit2.. Itu lagi tidak baik !! itulah payahnya bila dah jadi ramai.. ego menjadikan mereka begitu sangat teruk dan 'kuat'..

Kemudian berjalan pula kami lagi.. kali ni kami berpecah.. aku berjalan berdua..!! Aku cerita perasaan aku ini..!! kelihatan beberapa ahli masyarakat sedang minum arak di khalayak ramai.. Aku pandang saja.. takut pun ada...!! sebab mereka agak ramai.. dan keadaannya membimbangkan aku dan kawan. Kemudian datang pula ahli-ahli mereka yang lain menghampiri kawasan itu dengan membawa kenderaan mereka laju-laju.. huhuhu..!! kereta..?? motor..?? Semuanya laju dan membingitkan !!

Jam sudah menunjukkan pukul 12. 30 tengahmalam atau mungkin lebih.. masih ada lagi kanak-kanak yang berlegar-legar sambil ditemani oleh ibu bapa.. Aku tak rasa perkara ini baik..?? Masa berkualiti yang mahu dihabiskan bersama keluarga bukanlah waktu-waktu seperti ini.. malah bukan di tempat-tempat seperti ini.. persekitaran sebegini adalah tidak baik untuk kanak-kanak.. pada waktu sebegini mereka sewajarnya berada di rumah.. tidur.. Bukan melepak macam nie??.. Hairan aku, bagaimana pemikiran ibu bapa hari ini.. ini bukan soal keterbukaan.. tp soal keselamatan dan cara penentuan tabiat anak-anak..!!

Masalah berfoya-foya pasangan-pasangan kekasih pula..?? itu adalah perkara biasa !! Aku faham budaya itu.. tapi perlakuan menggosok-gosok lengan ke bahu kekasih.. itu perkara yang tak manis..! Mengurut-urut belakang pasangan.. itu tidak manis !! Merangkul-rangkul pinggang pasangan.. itu tidak manis.. apatah lagi membonceng motor pasangan sambil tangan teman wanita memasukkan ke dalam jaket teman lelaki.. itu tidak baik..!! dan apabila perlakuan itu berlaku tanpa tiada pergerakan motor... itu adalah lebih tidak baik.. dan tidak munasabah !! "Takut apanyer..? kan motor tak bergerak !!"

Apapun pengalaman ini ternyata berlainan.. ini bukanlah kali pertama aku berjalan malam.. ini sudah kali yang ke berapa pun aku tak pasti.. seronok juga melihat telatah kegiatan manusia pada malam hari.. kat tepi pantai, malam-malam ada jualan pakaian bundle.. 'kalau hari ini aku baru dapat duit elaun.. pasti aku dah rembat sehelaii dua..'

Kemudian melihat enak dan lazatnya makanan-makanan yang ada dijual di gerai-gerai bergerak. ..rojak buah sudah pasti.. itulah pencuci selera yang begitu 'kena' pada tempat-tempat sebegini.. Di seberang jalan tempat kami duduk-duduk, terdapat sekumpulan penunggang basikal berkonvoi.. berhenti berehat mungkin.. memukau pandangan aku.. dengan kecanggihan ciptaan basikal milik mereka, dan cara mereka berkomunikasi sesama mereka.. sudah cukup membuatkan mereka yakin dengan diri sendiri.. sebab itu mereka tidak mempedulikan orang lain.. mereka dengan kumpulan mereka.. berbual sambil 'mencodot' botol air mereka sahaja.

Perjalanan kami malam itu diakhiri dengan perlakuan tragedis di sebuah restauran yang agak mewah jugak aku rasa. Akibat restaurant ini tidak berdinding sepenuhnya.. jadi bunyi-bunyi suara pergaduhan jelas kedengaran.. inilah kali pertama aku perhatikan pergaduhan di khalayak ramai.. dengan aksi gasakan yang aktif antara mereka yang bergaduh itu.. buat aku yang berdiri jauh.. bergerak hampir ke restaurant itu.. untuk melihat apa yang terjadi.. namun, biarpun aku sudah tercegat di luar restaurant, aku masih tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.. yang pasti, mereka semua berada dalam keadaan mabuk..!! ini ada sedikit unsur-unsur yang dibawa pelancong asing..!!

Apapun sepanjang perjalanan malam ini.. hati aku sedikit terusik apabila setiap kali aku terlihatkan jenis-jenis kereta putih yang mampu mengimbau kenangan manis aku.. aku seperti tercari-cari sesuatu.. kerana aku berharap, yang ada di dalamnya adalah dia.. tp, aku hampa !!

.
p/s - apabila sandra azwan memberi komen balas !! rasa macam nak heboh satu Malaysia.. hahaha !!
.

Friday, May 20, 2011

I Am Silent


I Am Silent ??

Suruh tengok wayang..?? tak nak !! Suruh keluar jalan2..?? pun tak nak !! Suruh study..?? pun tak nak? Itu tak nak?.. ini pun tak nak ?? Bercakap pun tak nak ??

huh !!!

Duduk dalam kelam.. hitam pekat... yang ada hanyalah lampu dari luar ; lampu koridor antara bilik-bilik hostel kami..! Aku baring, bertemankan laptop..!! ada masa laptop yang menonton aku.. sedang fikiran aku jauh melayang entah di mana-mana.. dalam hati; yang penting ada senyuman di bibir..!!

Aku baring sepanjang hari.. pasif ! bila aku pandang ke dinding, yang ada hanyalah rak yang tersusun buku-buku dan segala majalah.. yang jemu aku baca berulang-ulang kali.. rak di tingkat bawahnya, beberapa barang2 hadiah pemberian ramai orang.. semuanya ada nilai tersendiri..!!! Kemudian mata meliliau ke siling.. beralih ke luar tingkap yg tertutup.. aku nampak luar kerana permukaannya jernih dan kusam !!

Dan cadar jahitan emak yang melapik tubuh aku ini sungguh selesa.. kebijaksanaan emak memilih fabrik kain aku puji.. kerana bila hati aku tidak seimbang.. cadar ini bisa buat aku tenang..!! Suhu bilik membenarkan fikiran aku terbang lebih jauh lagi.. ke tempat yang sukar aku temui ; iaitu kenangan lampau !

I am Silent

Aku bisu kini.. yang ada hanyalah bunyi libasan kipas yang tiada henti.. yang menghingarkan hari-hari baki aku.. meluputkan setiap isi-isi penting ilmu pagi tadi.. Sebenarnya aku belum bersedia.. melepaskan dia pergi..

dan sekarang... aku perlu senyum !!

.

p/s - terima kasih kepada sesiapa yang mengucapkan ucapan gud luck atau selamat berjaya kepada saya siang tadi.. huhuhu !! Andalah semangat saya kini !!

.

Wednesday, May 18, 2011

Mood Peperiksaan !!




Exam !!!

Exam dan peperiksaan kembali lagi.. kembali menjerut tali perut aku buat kesekian kalinya.. peperiksaan kali ni antara kali ke sepuluh aku menghadapi peperiksaan di maktab ibu kandung yang tercinta ini..!!

Peperiksaan kali ke sepuluh ini tidaklah membebankan diri seperti peperiksaan pada kali yang pertama dulu.. waktu itu aku masih muda, kemudian dilambakkan dengan formula sains yg bermacam-macam jenis dan urusan kira-kira yang menyakitkan hati dan jantung..!! Aku hadapi jua..!! Namun peperiksaan kali kesepuluh ini lebih baik bebanannya.. hanya baca, baca, baca... dan baca..!! Akal dah lumpuh tp hati dan semangat masih ada..!! Itu yang penting... ! Usaha dan tawakal padaNya.. itu lagi penting !!

Mohon doa restu semua orang.. aku pasti ramai yang mahu melihat aku berjaya sebagaimana aku mahu melihat orang lain berjaya.. terutama kawan2 seperjuangan..!! Aku hadapi peperiksaan kali ini dengan budaya santai.. dan tenang!

GOOD LUCK... !!


Peperiksaan ke sepuluh ini dihiburkan dengan lagu-lagu puitis dan tragis.. hehehe !!

Sedetik Lebih - Anuar Zain
Kisah Hati - Alyah
Saat Kau Pergi - Vegetoz
Tahajud Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
Unintended - Muse
Lewat Semesta - Randy Pangalila.
.
p/s - tengok..!! 'Hakim' pun temankan aku study...!! setia jer kan dia?? Hahaha...!!
.

Tuesday, May 17, 2011

Aku Fikir Hidup Aku Sentiasa Sempurna...??



"Man, aku give up !!"

"...shhh... jgn give up, enjoy !!"


..dan pasti setiap kali aku sedih.. aku akan mengingati ayat-ayat ini..!!

Gambar di atas,.. bila sekali aku tengok nampak sempurna.. dengan senyuman yang jelas.. tp bila aku ulang-ulang melihatnya, aku sedar ada banyak kekurangan di mana-mana..

Kehidupan aku yang begitu teruk sejak kebelakangan nie.. sgt sepi.. sgt pilu.. dan aku sedari, seorang yang telah melukakan, namun masih ramai yang mahu menjahitnya.. kelukaan itu lambat laun akan sembuh sendiri.. dan biarlah masa memainkan peranannya..


Aku masih masih mampu tersenyum manis.. semanis gula-gula kapas.. manis dan menyakitkan !!



Biarlah selepas ini, ucapan 'Good Morning' itu aku tujukan pada orang yang selayaknya.. biarpun itulah cebisan-cebisan kenangan terindah pada waktu dulu, yang boleh buat aku bersemangat dan tersenyum lebar sepanjang hari..!

.

p/s - aku sedang menonton SEX & AND THE CITY... dan perasaan aku sama seperti Carrie saat John @ Big membuat panggilan tidak mahu melangsungkan perkahwinan mereka... aku tonton dalam gelap..!! Tiada siapa tau aku sedang menangis melainkan anda..!! huhuhu... yer, ANDA !!

.

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day




Selamat Hari Guru

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Saya sebagai anak murid serta guru pelatih... ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru-guru di seluruh Malaysia.. terutama guru-guru dan pensyarah-pensyarah saya yang telah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah menjejaki kaki menuntut di institut perguruan ini..

Jasa dan pengorbanan kalian semua.. tidaklah dapat saya balas..!! Hanya kalungan doa.. semoga setiap seorang guru-guru saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa dan negara serta dimurahkan rezeki sebagaimana cikgu-cikgu sekalian bermurah hati mengajar dan mendidik saya dan rakan-rakan yang lain..

Kenangan bersama kalian semua tidaklah dapat saya lupakan.. kesusahan dan kegembiraan kita semua, tidaklah dapat saya pandang enteng.. kerana setiap patah kata-kata guru-guru sekalian umpama doa yang sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidup saya..

Pengalaman adalah guru terbaik.. dan kalianlah, guru-guruku yang telah menanamkan pengalaman yang terbaik dalam hidup saya.. sesungguhnya saya hargai dan saya hormati apa-apa sahaja yang datang dari cikgu-cikgu sekalian. Benarlah kata-kata kalian.. bahawa jasa guru sentiasa disebut-sebut sehingga mati.. meninggalkan belang biarpun jasad reput dimamah usia..

Doakan saya wahai guru-guruku dalam menempuh setiap satu dugaan terutama ujian dan peperiksaan.. serta dugaan maha hebat apabila menjadi seorang guru kelak.. setiap satu contoh kalian saya ikut agar menjadi panduan..


TERIMA KASIH CIKGU.. !! SAYA SAYANG CIKGU !!


.

p/s - salam sayang untuk Cikgu Aini yang telah mengubah masa depan saya dari kelam kini terus bersinar... terima kasih cikgu..!!

.

Sunday, May 15, 2011

Menjejaki Penang !!



(entry ini panjang yer !! sepanjang pengembaraan kami !!)



Apa ?? Menjejaki Penang ??

Wow !! Tapi kalau tengok pada gambar kat atas.. macam tak percaya jer kan ?? Tapi percayalah.. Memang hampir satu pulau kami pusing dalam masa tak sampai genap satu hari ni.. Siap ada tourist guide lagi.. memang dahsyat la pengembaraan kami kali ni..!! Dah nak dekat lima tahun, baru terasa nak jalan-jalan mcm nie.. huhuhu !! (sedihnyer..)

Kalau semalam aku keluar dengan miss P'nut, teacher english tempat aku practikum tempoh hari.. Hari ini aku keluar bersama teacher idawati dan husbandnyer.. mr 'B'.. hehehe !! terlupa lak nak tanya nama suami dia yg sebenar.. walhal rancak borak tak ingat dunia tadi...!! i'm sorry.. hahaha.. teacher idawati ni cikgu matematik masa aku practikum kali kedua kat sk Jalan Hamilton.. Kalau kat sekolah tu, dia ni umpama kakak angkat la untuk guru-guru pelatih mcm kami nie.. selalulah bekerjasama dengan dia, kalau nak buat apa2 tugas.. terutama untuk Hari Kantin..Kami pernah kutip untung bersih sampai RM1000 dengan hanya bukak gerai funfair jer tau !! Hebat tak??

Baiklah... kami kuar dalam pukul 2 ptg.. (sama cam semalam) kemudian, jemput adik aku si Fatin tue..! Lunch kat kawasan berdekatan dengan kg. Rawa.. Kali ni aku dah tau dah susur galur keturunan Rawa tu... itupun dari tourist guide kami yang sgt berkaliber tue !! hahaha.. kemudian kami terus ke Gurney.. Plan asalnyer cuma nak tgok wayang - citer Kongsi. Tapi disebabkan masa yang tidak bersesuaian, kami hanya melepak kat MPH.. Baca majalah untuk stok sebulan.. kemudian kami meneruskan perjalanan.

Dari gurney kami ke SQ.. Straits Quay Mall.. Best melepak kat sini.. Kawasan elit dengan tempat perhentian kapal-kapal layar mewah.. huhuhu.. dengan binaan bangunan ala2 eropah.. huhuhu.. memang best !! Tenang.. kemudian, kami beransur ke tanjung bunga, batu feringhi.. teluk bahang.. sepanjang perjalanan ni kami hanya meneliti satu persatu super kondominium mewah yang menjadi idaman masing2 sebenarnya.. selain melihat telatah pelancong asing..!! Singgah sebentar di sebuah kedai laksa..!! kitaorang makan laksa sardin kot !! sedap !!

Pengembaraan diteruskan ke teluk bahang.. terus ke area balik pulau.. hahaha!! masa ni jalan dia memang mencabar.. Bersimpang siur.. sempat tengok pemandangan di empangan.. dusun durian dan kembali kepada kenangan terindah di Balik Pulau.. sempat la lalu kat bekas rumah sewa dan terserempak dengan GPK Koko, Tuan Hj Taufik.. huhu.. mengakhiri petang dengan minum segelas air nira ais di pertengahan jalan Bukit Baru.. inilah kali pertama dalam sejarah aku minum air nira.. huhu..!! Sempat melihat view dari atas bukit.. satu balik pulau kami nampak dari atas nie..

Kami teruskan lagi perjalanan.. kali ni kami ke Ayer Itam pulak.. singgah makan malam di salah sebuah gerai nasi kandar top 5 terbaik di Penang (ulasan oleh tourist guide kami, Mr 'B'). Kemudian kami sempat singgah di perkarangan Bukit Bendera, melihat bagunan pagoda kek lok si.. dan seterusnya ke town..

Di town ni pulak... memang dari jalan besar sehinggalah jalan belakang bangunan yang sempit ini kami susuri.. memang best..!! Siap turun padang singgah ke Old Town.. kemudian ke Padang kota.. lepas tu ke persiaran Gurney balik.. Jalan ke Prangin tu sampai 4 kali kami pusing.. siap boleh buat soalan.. "Apa nama tempat ni.??" dan kami jawab dengan tepat.. cuma fatin jer yang terkulat-kulat sikit..!! Tapi memang kami selidik setiap pelosok bangunan kat area georgetown ni..!! Jangan tak percaya??!!

Disebabkan asrama tutup pukul 11.. kami menghabiskan sisa-sisa pengembaraan dengan minum malam kat salah sebuah gerai mamak kat Jelutung.. Masa ni baru la kami buat sesi berkenalan dari hati ke hati.. Aku rasa, pada masa ni kami dua beradik; aku dan fatin terasa sangat dekat dgn kak ida dan suaminya.. Alhamdulillah.. masing-masing dpt mengenali hati budi serba sedikit dalam waktu yang seadanya.. Insyaallah.. semuanya dapat menerima diri masing2 dengan baik. Kak Ida pada waktu tu sedang risau.. al maklumlah nak ke sekolah keesokannya.. lain cerita dengan kami bertiga.. esok kami cuti dan boleh berehat.. hooray !!!

Jadi kami sampai ke asrama masing2 dengan selamat tepat pada waktunya..!! Semoga pengalaman terbaik ini mampu kami ingati sampai bila-bila.. sebabnya byk citer sejarah dalam pengembaraan ni yang boleh digunakan pada masa akan datang.. hahaha..!!

Memang Penang kaya dengan sejarah dan keunggulannya..

.

p/s - buat baik dibalas baik.. !! Laksa Asam selalunya dimasak oleh orang cina.. jangan pernah lupa fakta nie yer..!! huhuhu...!!

.