I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 25, 2012

Hari OKU




















Yang buta meniup tepung
Yang pekak membakar meriam
Yang capek menghalau ayam
Yang kurap menyiang buluh..

Begitulah pentingnya peranan setiap ahli dalam masyarakat tidak kira sempurna mahupun mempunyai masalah kecacatan. Di negara kita Malaysia, semua rakyat diberi hak dan meraih nikmat yang saksama disamping diberi peluang untuk menyumbang tenaga untuk negara tanpa sebarang diskriminasi.

Secara peribadi, inilah kali pertama aku meraikan Hari OKU dan biarpun letih menjayakannya, tapi hati sentiasa merasa gembira dan bangga dapat bersama-sama berkhidmat unutk mereka. Pelbagai aktiviti dijalankan, seperti persembahan koir jari jemari, tarian, deklamasi sajak, amazing race, sukaneka, pertandingan mewarna dan macam-macam lagi sampai tak cukup tangan... tapi yang paling best, cabutan bertuah walaupun tidak bertuah pada hari itu.

Sebenarnya, aku tidak pernah bermimpi akan melalui fasa-fasa hidup bersama mereka. Adakala tatkala mereka disamping, aku tidak pernah merasakan ada jurang besar antara kami semua. Bagi aku, kami semua adalah sama - yang punya keinginan, cita-cita dan keseronokan yang sama.

Adakala, kita yang normal ini nampak sahaja sempurna, tapi tanpa sedar, hidup penuh dengan kekurangan. Sedang mereka hidup penuh kekurangan namun selalu dilindung tuhan dari segala cela.

Allah Maha Adil. 
Itulah yang aku tahu dan aku sematkan di dalam hati.

p/s - hari ni dapat gaji.. yezzaaa !!!
.

19 comments:

ellynadyra said...

appreciate apa yang kita lalui, bukan semua org dpt lalui......just enjoy ur ride ye....insya Allah ada hikmahnya.....wah dpt gaji ye....bleh ar blanje...sis baru je wat cheque nih ntah esok lusa la baru boss sign!

eLL said...

cikgu, kita tak tahu nasib kita kemudian hari. entah-entah Allah bagi kita ujian dan dugaan serupa ini, mana tau kan? just berbuat baik dengan mereka sebab mereka lagi mulia

ewanthology said...

melihat mereka2...kita pasti akan lebih menghargai apa yg kita ada.

Liyana Zahim said...

Waima kita sempurna akal dan fizikal tp belum tentu sempurna padaNYA... Sesungguhnya balasan DIA tidak kenal siapa.. Yg buruk, yg lusuh, yg hodoh.. Semua sama di mataNYA-

Mawardi yunus said...

muhasabah diri :)

Anif Abdullah| AA said...

entri yang buat saya kagum. nice :)

Raz said...

bila berjumpa dgn mereka, rasa mcm nak menangis.. betapa besarnya nikmat yg diberikan oleh Allah kepada kita ni. Syukur Alhamdulillah

pembaris said...

yang saya tahu setiap oku mempunyai sensitiviti yang berlainan

vendoline said...

comel2 je budak2 tu wat keje.hahaha

Unknown said...

ayat last itu cukup bagus!

;)

Unknown said...

macam mana pun keadaan mereka, mereka tetap seorang manusia yang berhak hidup dalam dunia ni kan.. tapi sayangnya, ada segelintir manusia yang enganggap mereka ni seperti sesuatu yang aneh.. yang pelik.. yang tak sempurna. sedangkan mereka sendiri tak sedar yang mereka sendiri pun sebenarnya tak sempurna. tiada satu manusia pun diciptakan sempurna

khaifaiz said...

belajar melalui apa yg kita lihat

whitecappuccino said...

usaha yg murni..cantik baju batik?

Unknown said...

wah cikgu :P

Dkna Abza said...

oku ciptaan Tuhan...walau apa pon kekurangan mereka, dia tetap makluk ciptaan Yang Maha Esa

ieza ashaari said...

hidup kena bersederhana, barulah rasa semua cukup walau siapa pun kita.. :)

cantiklah baju cikgu2.. lama dah izfa xjln2 sini, jenguk kawan2..

meh baca kisah ramadhan..

Liyana Zahim said...

ALLAH maha adil.. DIA jadikaan yg kaya bahagian dia di dunia.. Dia jadikan yg miskin, bhgian dia kat sane nnti..
Dia jadikan yg cantik, tatau syukur ada blsn kat sana, die jadikan yg tak cntik kuat beribadat jauh lbh baik dri jdi cntik tp jahil..
Mcmtu jugk pada kite yg smpurna dibandingkn dgn mrk2 yg cacat-

Unknown said...

smart baju2 cikgu, hehe

Adam Ikan said...

cantik baju batik :)