I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 21, 2013

Berpuasa.


Syukur Alhamdulillah. Dapat menjejaki bulan Ramadhan semula, bulan yang penuh dengan keberkatan. Sudah pasti berpuasa sangat memberi manfaat kepada diri secara peribadi.
Tahun ni, berpuasa sangat memberi keinsafan kepada diri. 

Walaupun berpuasa, kewajipan seharian seperti mendidik anak bangsa dijalankan seperti biasa. Dalam kesibukan jadual diri, sempat juga menghadiri mesyuarat di putrajaya. Bertemu dengan kawan-kawan seperjuangan dari lain-lain sekolah, sangat menggembirakan. Sibuk menyiapkan dokumen standard kurikulum hingga terlupa masa berlalu dengan pantas.

Cuma beza tahun ini, keghairahan menyambut lebaran seakan kurang sengatnya. Mungkin masih awal lagi. Ataupun ketiadaan arwah atuk meninggalkan kesan yang mendalam. Ataupun kesibukan menjalankan tugas. Ataupun peningkatan usia.

Walau sebanyak manapun alasan, kemeriahan itu seakan-akan pudar. Tak tahu di mana sebabnya. Renung-renungkan.

p/s - berpuasa tanpa adik-adik meninggalkan kesan yang amat mendalam.
.

Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday - Ada Tokoh Tak?




Pada saat gambar ini muncul, hati aku sudah mula berkira-kira.. 
Aku mahu merubah kehidupan aku lebih baik dari hari ini..

p/s - Ya Allah, tetapkan hatiku. Amin. 
.