I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 26, 2012

Relaks...!


Sejak mengajar ni, lama sungguh tak buat entry. Sebenarnya bukan la sibuk sangat.. tapi sedang melayan hobi baru - belajar bahasa isyarat... hahaha !! Aku ingat kene amik kelas bahasa isyarat ni bermula dari kelas prasekolah la.. hahaha !! Susah dah tua-tua ni baru nak belajar. Tangan dah keras.. hehehe..


Walauapapun, setiap kali memandang anak-anak murid istimewa ini.. semangat aku bagaikan berkobar-kobar... terutama sekali melihat anak-anak murid yang bakal menduduki UPSR tahun ini. Aku selalu berazam untuk melakukan sesuatu untuk mereka. Insyallah.


Apapun, aku sentiasa bertuah, kerana dikurniakan anak-anak murid yang baik, yang menghormati guru, yang selalu riang dan yang sering ingin membantu aku. Lebih-lebih lagi anak-anak murid tahap dua yang cacat pendengaran yang sering membantu aku untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Alhamdulillah.


Kalau mereka sudi menerima aku, takkan la aku tidak kan..??


Ok !! Tutup kes keje. Sekarang kita buka kes cuti Chinese New Year.. hehehe.. Untungkan kita sebagai negara majmuk..?? Cuti perayaan ada banyak dan bermacam-macam. Semua kita raikan dengan meriah dan aman. Sekolah aku siap amik cuti ganti lagi seminggu.. hehehe.


Jadi seperti tahun-tahun yang sudah.. setiap kali cuti Chinese New Year, mesti kami adik beradik akan ke midvalley untuk bershopping raya.. hahaha..!! Sebenarnya bukan bershopping sangat pun, tapi saja jalan-jalan.. Dan aktiviti bersiar-siar kami kali ini sangat pelik dirasakan..

Kenapa orang tak ramai ??

Jadi memang 'syurga' la bagi orang-orang cam kami... cuma masa tengah nak belek-belek buku kat MPH je yang sesak.. almaklumlah ramai orang dpt baucer buku.. hahaha ! Yang lain semuanya mudah.. makan senang, nak beli itu senang, nak beli ini senang.. semuanya senang lah..


Apapun hari ni hepi sgt.. sebab dapat beli baju kat topman dengan harga RM4.. huh ! Memang berbaloi.. hahaha.. !!


p/s - Tiba-tiba terfikir.. bilalah nak berkereta nie.. Tak tahan nak anaik komuter yang ada macam2 masalah tue ?? hahaha...
.

Wednesday, January 18, 2012

Permulaan - Sek Keb Pendidikan Khas Seremban.



"Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji, Mendidik dan memimpin, Putra-putri negara kita. Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia, Rukunegara kita panduan hidup kami semua"

Setiap pagi, setelah bangun dari tidur.. Lagu "Kami Guru Malaysia" inilah yang aku pasang pada telefon bimbit. Tidak disangka, lagu ini merupakan suntikan semangat yang terpenting bagi memotivasikan matlamat dan iltizam yang pernah bersemadi dalam diri seorang guru yang baru seperti aku.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban.

"Ini semua mulut orang la nie... ANAK EMAK ! ANAK EMAK !" Alhamdulillah, posting pertama memang berdekatan dengan rumah. Dekat dengan emak. Perjalanan ke sekolah dari rumah mengambil masa 20 minit sahaja. Sebelum pergi ke sekolah, perut kenyang dengan sarapan seperti nasi gireng kampung, roti sandwich goreng berinti sosej dan karipap hasil masakan emak.


Balik dari sekolah, letak baju kat dalam raga, buka tudung saji. Hidangan tengahari sudah tersedia. Mandi dahulu sebelum makan. Petang pula, minum petang sebelum memandikan atuk yang menjadi rutin sehari-hari. Malam, lakukan persiapan mengajar dan tidur. Ringkas kan??


Sek Keb Pendidikan Khas Seremban. Rata-ratanya murid-murid terbahagi dua kumpulan. Murid-murid yang cacat penglihatan dan cacat pendengaran. Aku tiada masalah unutk menerimanya dan mengasihi mereka. Kesemuanya mereka sangat baik kelakuan dan sangat menghormati guru. Sekolahnya yang cantik dengan hiasan kelas. Memang menakjubkan mata yang memandang.

Itu yang senangnya, cabarannya ??

Di sekolah pend khas ini, bukan anak-anak murid aku yang kekurangan sebenarnya.. Tetapi, aku. Aku sebenarnya yang kekurangan. Rupa-rupanya aku yang 'bisu'. Aku rupanya yang tidak mampu bercakap dan berkomunikasi dengan sesiapa. Adakalanya aku insaf.. tiada manusia yang sempurna di dunia ini, biarpun kita mampu bercakap dan melihat. Kita tetap tidak sempurna...


Adakalanya keadaan ini sangat sukar dan menyukarkan, terutama kepada mereka murid-murid yang cacat pendengaran. Untuk mahir bahasa isyarat dalam tempoh tiga hari ini, adalah sangat mustahil. Aku berasa kesal kerana aku tidak mampu menjadi tempat pergantungan mereka sepenuhnya. Sebaliknya, mereka yang berebut untuk mengajar aku tentang dunia baru. Dunia mereka.


Namun, aku selalu kuatkan semangat. Kata-kata hikmah dan pesanan azimat terutama dari pensyarah tutorku, Puan Haliza, rakan-rakan dan emak abah selalu aku pegang. Aku percaya, aku boleh berjaya di sekolah ini. Aku harus berusaha memahirkan diri untuk belajar bahasa isyarat dengan sebaik mungkin.


Aku tahu, cabaran dan ujian yang Allah kurniakan ini adalah satu perkara yang mampu aku tempuh. Ada sebabnya mengapa aku ditempatkan di sini setelah 5 tahun aku belajar dalam bidang pendidikan sains. Pasti mereka memerlukan aku. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana harapan mereka untuk mengetahui fakta-fakta sains dari aku sebagaimana murid-murid pendengaran memerlukannya sewaktu mereka memandang aku.


Hari ini, aku percaya. Aku adalah insan-insan terpilih untuk mendekati anak-anak istimewa ini yang bagi aku sangat luarbiasa kemampuannya. Kalau mereka boleh, mengapa tidak aku yang lebih satu dua kurniaan yang Allah berikan untuk mendidik mereka.


Ya Allah, kurniakan kekuatan kepada aku. Terangkanlah hati dan bibir aku untuk berkomunikasi bahasa isyarat dengan mudah. Bantulah aku. Bantulah anak-anak muridku.. Ya Allah. Permudahkanlah Ya Allah.


Kecacatan bukan penghalang kejayaan. Hari ini aku 'bisu', esok tidak lagi.

.

p/s - Jangan pandang rendah pada aku. Aku lulus exam. Cuma aku terpilih dan aku adalah 'istimewa' kan??.Terus menyokong aku yer..

.

Wednesday, January 11, 2012

First Posting - Penempatan Pertama.



Syukur alhamdulillah. Dapat penempatan di negeri sendiri - Negeri Sembilan. Tarikh penempatan - 16 januari 2012.


MAKLUMAN :

Sila hubungi JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN (SEKTOR PENDIDIKAN KHAS) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan anda.

Sektor Pendidikan Khas ??? Aku bukan ke opsyen sains?? Kenapa bukan Sektor Rendah macam kawan-kawan yang lain..?? Huhuhu..


p/s - Kadang-kadang perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan kita.

.

Monday, January 9, 2012

Obses - E.Z.A.N.I.



".. Kalau mahu mencari seorang wanita, jangan cari yang sempurna. Sebaliknya carilah wanita yang memenuhi seberapa banyak kriteria-kriteria yang kita mahukan.."


Sejak kebelakangan ni, rancangan masakan memang menarik perhatian. Aku sebenarnya sukakan gaya hidup yang berbeza dari gaya hidup lelaki konservatif Malaysia - futsal, lepak mamak, aksesori kereta. Why not lelaki Malaysia tak mencuba untuk memasak ?? Mencuba resepi seperti pavlova, kek tiramisu, pai, asam pedas atau spageti ker? Ni balik2.. megi taruk telur..!! zzz..


"Kita ni, kalau sukakan sesuatu tu.. jangan terlampau sangat. Bersederhana. Jangan suka sampai tak de cacat cela. Tiada yang paling baik, melainkan tuhan.."

Mak dah mula bersuara.


Sebenarnya aku terlalu cintakan kesederhanaan. Setiap kali melihat ezani, tampak aura kesederhanaan dalam setiap percakapannya, tingkahlakunya. Kalau mula-mula dulu.. dalam kuliah master chef,dia duduk di belakang-belakang saja. Tapi dia diam-diam ubi berisi. Walaupun begitu, keyakinan diri dia kuat..!! Tangkas, cekap di dapur.


Apa yang menariknya tentang Ezani nie.. dia sempoi, selamba, lincah, dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa saja. Aku suka senyuman dia..!! Bab memasak - dia cool jer !! Apapun cabaran, aku tak pernah lihat raut wajah gusar, takut..!! Cuma kalau time serius, dia memang serius..!! Mungkin dari sikap tenang dia, dia layak menjadi doktor gigi.


Disebabkan terlalu meminati ezani ni.. Semua perkara tentang dia aku dah add.. like fan page kat facebook. Save blog dia.. !! copy paste gambar2 dia.. dan..

Aku dah buka twitter baru... !!

aku buka... sebab, dengar-dengar dia pun dah ada twitter.. !! hahaha.. terpaksa la.. usaha tu penting..!!

.. yang tinggal selepas ni.. nak tunggu beli buku masakan dia jer.


Malam tadi, masa makan. Abah bercakap dengan aku..

"Ooo.. perempuan macam ni yer bang yang kau cari.."

"A'ah bah.. senang nak jaga.. tapi susah nak cari sekarang ni.."


Aku, kalau dah sukakan seseorang.. memang masalah. Ni la masalahnya kalau sir ikhram dah obses. Hahaha.. Selalunya aku tak terpukau dengan wanita cantik, cukuplah sekadar sedap mata memandang, tetapi biarlah perempuan itu punya daya penarik dan bersederhana..


Seterusnya, selepas ini, bakal menghabiskan masa menonton siaran ulangan master chef sambil mencuri2 pandang si Ezani.. Hahaha..!! Mana la tau kot kot ada jodoh dengan doktor gigi.. Sapa tau, kan?? hahaha..

.

p/s - sesekali bila aku terpandangkan ezani, aku selalu ternampak adik perempuan si Fatin.. Jangan lupa.. aku dah ada twitter.. hahaha !!

.

Saturday, January 7, 2012

Penyeri



Kebiasaannya, hujung-hujung minggu jarang mak abah nak bawak keluar berjalan-jalan. Mak abah selalunya suka melancong kat rumah sendiri. Ntah apa la yang seronoknya di rumah. Pakej perlancongan seperti ini mudah. Masak sendiri. Hidang dan makan sendiri. Berehat di katil sendiri. Semuanya sendiri. Hebat kan??


Cuma keistimewaannya yang berbeza di tempat-pelancongan lain - Boleh kemas rumah sendiri. Berkebun sendiri. Kemas laman sendiri. Huh !! Agaknya, sebab itulah yang mereka tanak kemana-mana ??


Kadang-kadang sikap mereka berdua yang seperti ini, menjadikan aku lebih suka 'terperap' saja kat rumah. Inilah perkataan yang selalu orang labelkan pada aku. Sebenarnya, aku berasa aman dan tenteram berada di rumah. Setiap detik masa di rumah bagaikan ada 'harganya' yang tersendiri.


Rumah aku tak besar. Rumah aku tak mewah... tapi rumah aku ada 'penyeri'. Penyerinya itu adalah kehidupan. Barulah suasana di rumah sentiasa 'hidup'.


Kalau nak 'rumahku syurgaku', kene la buat sesuatu... !!

"Kalau nak tau, cubalah sendiri" -Yuna, iklan libresse.

.

p/s - Kalau la boleh beri emak menantu, seorang doktor gigi yang pandai memasak. Mesti rumah lagi berseri.

.

Friday, January 6, 2012

Kelonggaran



Malam tadi, seperti biasa aku minta izin daripada emak untuk keluar ke pekan Seremban. Seperti biasa emak akan bertanyakan aku dengan macam-macam soalan.. Nak keluar ke mana? dengan siapa? Nak buat apa ? Kenapa mesti keluar malam. kenapa tak siang tadi ? Selalunya bila menetap di rumah, nak keluar malam-malam hari bukanlah perkara yang mudah.


Undang-undangnya mudah.. duduk rumah emak, mesti ikut undang-undang emak. Faktor berapa usia seorang anak itu selalunya bukan satu kepentingan yang utama.. hahaha..!! Tak pe, aku tak pernah berniat nak memberontak pun tentang perkara yang satu nie. Aku tau emak sayangkan aku. Kadang-kadang sebagai anak ada masa aku rasa aku dah besar, tetapi sebenarnya belum lagi.


.. tapi malam nie..?? Pelik pulak rasanya..

"Keluar tu karang, bawak moto elok2.. omak nak, sobolum pukul soboleh (sebelas) ekau dah sampai umah yo.. !!"

Semudah itu ke ??? Mana soalan-soalan yang banyak-banyak tue ?? "Baiklah... " . hehehe..


"Mak jangan risau, abang tak kemana-mana. Abang keluar pegi makan kek dan minum ice blended jer sambil borak-borak.." getus aku dalam hati.

.

p/s - kalau kita ikut cakap emak bapak, mesti kita takkan sanggup buat demonstrasi jalanan semasa bergelar pelajar. Sebab emak ayah mahukan kita tumpu pada pelajaran. Betul tak ?

.

Wednesday, January 4, 2012

Sepi

Hari ni.. rumah sangat sunyi. Orang-orang yang ada kat rumah.. hanyalah Emak, Atuk dan aku.. huh !! Aku merungut jugak dalam hati.. Pasal apa la sunyi sgt nie..!! Adik perempuan dah dua hari meninggalkan rumah kembali ke maktab di pulau pinang. Adik lelaki pula dah keluar ke sekolah.. Tahun pertama dia ke sekolah menengah sudah pasti pengalaman yang memberansangkan, aku rasa. Abah dah pula pagi-pagi dah keluar ke tempat keje.


Semalam, adik perempuan sampai2 jer kat hostel dia.. terus saja postkan sesuatu di facebooknya..

"..terasa pelik bila tiada lagi terdengar suara abang di penang.. kalau tak.. setiap kali masa terluang mesti ajak keluar.. pegi tesco la.. pegi queensbay mall la.. pegi memenuhkan perut dan membeli belah.. betul tak mohamad ikhram.. sedih di situ.."


Menjadi seorang abang tidaklah sesukar mana.. namun tidaklah semudah yang disangka. Aku dan adik perempuan selalunya tak pernah jauh.. Teringat cakap-cakap kawan-kawan terutama Nadiya Khalik, mengatakan sejak ada adik di maktab, aku kelihatan lebih matang. Huhuhu..


Tinggal di rumah, tanggungjawab yang ada tetap diteruskan. Sekarang ni menguruskan atuk bagai alah bisa tegal biasa. Semuanya perkara 'kacang' pada aku. Setakat mandi, menyuapkan atuk.. semuanya sudah aku biasakan.. 'Kacang' bukan bererti mudah, sebab menjaga orang sakit yang tidak boleh bergerak sangat menguji fizikal dan mental.


Sebab tu jangan pelik, kadang2 orang-orang yang sihat tak tentu lagi boleh manjaga orang sakit sekiranya emosi dan mental mereka sendiri tidak kuat, ataupun tidak bersedia. Sebab itu ramai anak-anak yang rata-ratanya meninggalkan ibu bapa mereka yang sakit. Bukan kerana tidak mampu.. tetapi lemah dari segi mentalnya.


Kadang-kadang aku selalu bercakap pada diri.. Kehidupan aku memang untuk semua orang. Semakin aku dewasa, aku semakin dipercayai keluarga. Sebab itu hari ini, biarpun cabaran menduga.. aku terima dengan tabah dan redha.


Menghabiskan separuh hari yang sepi ini bersama emak, banyak mengimbau kenangan-kenangan kisah yang lepas-lepas. Masa yang ada banyak bercerita tentang orang-orang yang masih ada mahupun mereka yang telah 'pergi'. Ada cerita yang baik dan ada juga cerita yang boleh aku jadikan pengajaran.


Namun kisah seorang manusia yang telah memungkiri janji terhadap keluarga kami itu akan aku jadikan pengajaran yang paling berkesan sepanjang hidup aku.. kerana janji manusia dipegang sehingga mati.


Adakala betul juga kata orang.. harta yang kita ada hari ini, sedikitpun tidak kita bawak ke kubur nanti. Tapi janji yang kita buat, kalau tidak dituntut di bumi, akhirat sana bakal menanti. Jawablah sendiri nanti.


Adakala bersama emak, bagaikan tiada masa penamat untuk berkongsi cerita. Sejak kepulangan adik perempuan, tiada lagi kendengaran bunyi basikal senaman di bilik solat. Agaknya emak pun lupa akan sesi senamannya memandangkan jurulatih persendiriannya (merujuk kepada adik perempuan) sudah tidak ada di rumah.


Pasti beratnya akan bertambah selepas ini. Memandangkan banyak masa dihabiskan bersama aku yang merupakan kaki makan dan kaki majalah dan novel. Satu kesilapan emak, membaca sambil berbaring.. hahaha !!


Hari ini merupakan hari yang panjang.. seperti biasa waktu petang menonton rancangan masakan di channel astro 706 .. Seronok hari ini tidak perlu lagi berebut-rebut mahu menonton rancangan pilihan. Sebab tukang tgok kartun dah tak de..!! Yezza..!! Hooray..!!

.

p/s - Bila akok ana farhana nak ajar buat cheese kek..?? Sebab dah tak de keje sangat, baik susun baju dalam almari.
.
.

Sunday, January 1, 2012

Pembukaan. 2012.



Seperti tahun-tahun yang lepas.. buka jer tahun baru, terus nak cipta azam yang berjela-jela. Aku kadang2 pun tak faham.. kenapa aku boleh bersikap sebegitu 'detail'. Dari tahun 2001 sehinggalah tahun lepas, semua azam tahun demi tahun aku catat dalam satu buku. Kebanyakannya isinya adalah hampir sama setiap tahun - akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi.

Dan tahun ini, 2012; sudah pasti aku bakal melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Kalau dulu hidup sebagai seorang pelajar dan tahun ini aku bakal menjadi seorang guru. Mudah-mudahan dengan izi Allah. Oleh itu, sudah pasti aku akan mencipta azam yang berbeza berbanding dahulu. Jikalau dulu aku hanya memikirkan azam-azam untuk perubahan diri. Selepas ini tumpuan sudah pasti kepada masyarakat dan keluarga.


Sebagai meraikan cuti umum. Permulaan aktiviti 2012 ini, dimulakan sesi karoake menyumbangkan beberapa lagu bersama Mardia a.k.a Didie. Seronok jugak berkaroake berdua kan? Petang kami yang sangat menghiburkan.. dan menyeronokkan..!!


Kadang-kadang kalau aku terlupa apa itu erti persahabatan yang menggembirakan. Senang saja, ajak si Didie ni keluar..! Sure aku boleh faham semula.. hahaha !!


Suara tak sodap tak po.. Yang ponting kita layan yo.. !!
.

p/s - sedih pulak aku tengok si Fatin kemas kain baju sorang-sorang nak balik ke maktab. Pandai-pandailah jaga diri bila abang dah tak jadi senior kau lagi yer..!!
.