I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 30, 2010

Kalau Diberi Peluang....

Hai..
Ada masa yang istimewa itu bukannya datang dari harta benda dan wang ringgit.. tetapi memori dan kenangan yang tak mungkin dapat kita kecapi pada masa2 akan datang... Aku manusia biasa yang adakala mempunyai impian yang mustahil utk aku miliki biarpun dikurniakan harta berjuta-juta ringgit.. Ada masa wang ringgit bukan penilaian aku yang utama.. kerana wang ringgit semuanya sanggup untuk berbalah.. dari peringat keluarga yang kecil bersengketa kerana harta sehinggalah ke peringkat dunia.. semuanya nak berbalah sampai sanggup berperang.. semua ini aku jadikan pengajaran.. harta perlu dicari sendiri.. carilah dgn jalan yang betul..

Baiklah...
Siapakah wanita dan budak lelaki disebelahnya itu.. ???
Percayakah anda, jikalau aku katakan budak lelaki yang umurnya ketika itu 4 atau 5 tahun itu adalah aku.. jika tidak, ubah la pemikiran itu.. budak lelaki itu memang sebenarnya adalah aku... dan wanita disebelahnya pula adalah arwah nenda aku, Uwan Eno atau nama sebenarnya Noriah bt Ismail.. tahun ini merupakan tahun ke 14 pemergiaan arwah .. (Al- Fatihah)

Persoalannya...
Kalau diberi peluang apa yang aku mahu...??
Aku mahu memutarkan masa untuk bertemu dengan arwah.. Saat ini byk perkara yang ingin aku ceritakan kepadanya.. terlalu byk !!.. Sehinggakan tidak mampu aku ceritakan di sini... walaupun hanya satu...

Sunday, November 28, 2010

Berat Mata Memandang..

Salam..
Ada sesuatu yang berlaku pada keluarga aku secara tetiba.. rumah sunyi bagaikan ada yang kurang.. semalam aku kehilangan adik perempuan aku.. dan hari ini adik perempuan aku dikembalikan.. dan emak pula yang hilang di rumah ini... rumah ini tiada seri..

Sebenarnya, emak dan adik aku bergilir2 menunggu mak tam di wad hospital.. serangan penyakit SLE nya datang dgn tiba2.. seperti yang umum tau, penyakit SLE bukanlah calang2 jenis penyakit.. mungkin dalam lingkungan 10 000 orang atau lebih, hanya seorang yg menghidapinya.. Secara ringkas penyakit SLE adalah sejenis penyakit dimana antibodi menyerang organ2 di dalam badan..

Malam sebelum mak tam ditempatkan di dalam wad.. aku sempat menghabiskan 5 jam bersamanya yang takkan dapat aku lupakan dalam hidup selama aku hidup bersamanya..

Sejam yang pertama, mak tam singgah ke bilik untuk menumpang tidur di atas katil aku.. ye, aku faham, penyakitnya tidak membenarkan dia bertahan di permukaan yang keras.. jadi dalam tempoh sejam itu aku melayannya berbual.. dia hanya bercakap dengan keadaan terbaring.. namun bila bualan kami singgah ke bahagian 'sakit'.. aku sedar, mak tam aku sedang menanggung kesakitan.. Mak tam memang seorang yang tabah menghadapi sakit.. jarang sekali aku terdengar perkataan 'sakit' dari dia.. namun malam ni dia tuturkan..

"malam ni bahu mak tam sakit.. dua2 belah sakit..."

Sejam yg kedua, dari berbual.. kami menjadi senyap.. kemudian aku terdengar esak tangisan mak tam.. badannya menggigil bersama esakannya.. sepanjang tempoh sepuluh tahun mak tam menghidapi penyakitnnya itu, kali ini mak tam terang2an mengaduh sakitnya yang tidak pernah aku dengar sama sekali sebelum ini.. mak tam sudah tidak boleh lagi hanya terbaring statik.. sebaliknya dia mencuba untuk duduk, kemudian mengiring, kemudian terbaring dan begitulah seterusnya.. aku menjadi semakin resah bila die kerap kali menggunakan perkataan 'sakit'.. aku sedar.., masa ini mak tam mmg benar2 sakit.. kali ni mak tam meminta untuk aku gosokkan badannya.. aku gosok bahunya.. kedua2 bahunya.. ye.. sendi2 nya memang membengkak.. hujung bahunya membengkak dengan ketara, kedua2 siku terbonjol membengkak, lututnya juga... aku gosok2 bahagian2 sendinya tadi.. dan lehernya juga sakit.. masa ini aku hanya mampu memerhati dan menangis di dalam hati..

Baru aku faham, apa itu erti menangis di dalam hati.. aku merintih.. aku merayu.. jgnlah kesakitan ini berlarutan.. meminta supaya mak tam tidak sakit lagi... aku benar2 merasai tangisan aku di dalam hati.. aku mesti menjadi kuat.. kini belakang lehernya juga membengkak.. perkataan 'mak tam' itu beberapa kali terucap di hati bersama nama2 Allah.. aku menangis di dalam hati..

Sejam yang ketiga, tangisan mak tam makin jelas aku dengarkan.. aku menjadi lebih panik.. apalah yang boleh aku lakukan untuk mak tam.. melainkan menggosokkan badannya.. menyediakan air minumnya.. dan selebihnya mendengar dan melihat esakan mak tam.. kini mak tam mula menyatakan sakitnya yang kini menjalar sehingga ke tulang belakang.. jujur aku cakap, pada masa itu tiada siapa lagi yang mampu aku harapkan melainkan diri sendiri.. bila aku mahu mengejutkan mak dan sesiapa yang lain, mak tam menegah.. tidak mahu mengganggu yang lain, alasannya.. aku turutkan.. aku tabahkan hati melihat kesengsaraan dia.. dia kemudian baring.. tidak sampai beberapa ketika.. mak tam mulai sesak nafas... aku amat pasti, mak tam terlalu sukar bernafas sehingga terdengar kuat dengusan nafasannya.. kali ni tidak dpt tidak, aku kejutkan mak dan abah.. dan semua yang ada di rumah.. tolonglah aku hadapainya bersama2.. mak tam dah sesak nafas.. kali ini semuanya berkumpul di bilik aku..

Sejam yang keempat.. kami sekeluarga berikhtiar mengurangkan kesakitan mak tam.. terutama pak cik ku yang ku panggil 'ayah' sejak kecil.. mak tam akhirnya lega sedikit walaupun masih lagi berperang dengan penyakitnya..
Sejam yang kelima.. kesakitan mak tam bertambah serius.. dan kali ini sakitnya menyerang berganda2.. kami sekeluarga panik.. aku hanya mampu berselawat ke mukanya sambil memegang tangannya yang tidak mampu ditegakkan kerana sakit sendi.. waktu itu, aku rasakan air mata aku tidak mampu lagi aku bendung.. tertumpah rasanya..

kami akhirnya bersiap membawa mak tam ke hospital... tertera di jam pada waktu itu, menunjukkan 5.10 pagi...

Friday, November 26, 2010

Seindah Biasa..




Janganlah bosan bila ada antara kita yg melakukan perkara yang sama setiap hari..
Sebab aku melalui perkara yang sama setiap petang dgn rasa bersyukur..
Berada di halaman rumah
Hanya bertemankan anak2 ini..
Bersuka.. bergembira.. bercerita.. belajar..
Rasa malu ?? Ye, sekiranya aku masih di belasan usia..
Tapi bila menjangkau pada usia sebegini..
Adakalanya tidak salah merasakan diri perlu untuk memahami dan menyayangi..
Kanak2 punya seribu satu cerita dan emosi
Yang mampu kita terokai dan jelajahi..
Dikerumuni mereka umpama menggembirakan hati sendiri..
Kerana jiwa mereka.. jiwa yang luhur dari hati..
Biarkan petang ini.. Seindah Biasa...
p/s - jgn risau kalau anda digoda oleh si cilik.. itu tandanya dia menyukai anda seratus peratus.. anda istimewa di mata mereka..

Thursday, November 25, 2010

Award..!!

Inilah kali pertama award yg saya dpt ..
drpd dua blogger yang amat2 mempengaruhi saya dalam bidang blog ini..

1. cik gadis ( http://thecuteprincess.blogspot.com/ )
2. adik nana ( http://nanaaohdear.blogspot.com/ )


Menurut cakap2 diorang ni.. aku kene la bgtau 7 perkara yang wajib korang tau pasal aku..??? alamak.. terpaksa la aku berfikir jap.. jap k? nak fikir.... ( mak panggil urut kaki dia jap dalam jangka masa 15 minit...!! )
okey...
  1. Aku adalah seorang yang sangat mudah ketawa.. sekiranya aku ketawa dengan kuat itu tandanya ketawa yang biasa2.. tetapi sekiranya aku ketawa dengan menutup mulut dan tidak mengeluarkan bunyi.. itulah adalah tanda aku benar2 geli hati dengan keadaan.
  2. Aku gemar mengumpul barang2 yang memberi nilai sentimental kepada aku walaupun benda itu tidak berharga sama sekali.. contoh, helaian penutup yogurt yang mempunyai tarikh expired sama dengan tarikh lahir kawan.. setin coca cola sebagai lambang kenangan aku bertemu kawan, sekeping syiling terbakar, tanda aku tertipu dengan seorang penjual buku...sekeping resit makan kat kenny rogers sempena besday yang aku jadikan penanda buku dan macam2..
  3. Aku akan tenang bila mendengar lagu2 nyanyian Dato Siti Nurhaliza.. hal ni semua orang akan tau sekiranya mereka mengenali aku tak sampai pun dalam tempoh 5 jam... keje gila yang pernah aku buat sebagai peminat beliau ialah berjalan kaki selama 1 jam 15 minit semata-mata untuk membeli kaset Prasasti Seni.. malangnya dalam tempoh itu aku berjalan dalam hujan yang lebat...
  4. Tidak mempunyai sebarang lesen kereta..dan memulakan pelajaran menunggang motosikal pada usia dua minggu sebelum genap berumur 17 tahun...
  5. Mempunyai sensitiviti daya sentuh yang tinggi pada kulit dan hati.. jadi, jarang badan ini boleh disentuh sesuka hati.. dan hati agak mudah disentuh bila menonton filem yasmin ahmad..
  6. Aku tidak boleh tidur dalam keadaan gelap.. jadi, aku memerlukan cahaya yang optimum ke maksimum untuk tidur sebagai pembekal tenaga.. hahaha.. perkara ini mendatangkan masalah kepada mana2 rumate saya semasa di hostel...
  7. Seorang yang tidak merokok dan tidak akan mencuba untuk merokok.. dalam hati hanya menyumpah seranah perokok kerana sama sekali tidak mementingkan kesihatan aku sebagai persekitaran..

sebenarnya byk lagi..
seterusnya ingin la rasanya menghadiahkan award ini kepada :

sarah zulk
cha zainol
(... cukuplah 2 orang..!!)


Wednesday, November 24, 2010

Kasih Sayang Itu Hanya Kita Yang Tahu !!


klakar la pic nie..
tergelak2 aku tgok...
tp dalam hati bukan senang nak pamerkan kasih sayang mcm ni..
lebih2 sesama lelaki.. hahaha !!
wakaka...



p/s - hahaha... Sarah Zulk, aku tau mesti ko gelak tgok pic aku nie.. huhuhu...

Tuesday, November 23, 2010

Bila Kanak-Kanak Menjadi Aku



Beginilah keadaannya bila bercuti di rumah..
kawan2 seusia semuanya dah ada kehidupan masing2..
ada yg berjaya dengan kerjaya....
malah ada yang telah pun berkahwin..
menjaga suami, membiayai isteri..
menguruskan anak2..
dan aku..
hanya membiarkan kanak-kanak ini menjadi diri aku..
tak mengapa lah..
asalkan emak merasa lega..
agar aku sentiasa berada di rumah..
menemankan adik2 menyerikan suasana rumah..
kerana rumah itu duniaku.. syurgaku..
dan kanak-kanak itu penyeri hidup aku..
biarlah mereka
terus-terusan menjadi diri aku... hahahaha !!
wakaka..



p/s - kenyang makan nasi berlaukkan sambal sotong dan sambal ikan.. esok mak nak masak kari ayam.. huurrrayyy!!!!

Biarkan Aku Seketika



Monday, November 22, 2010

Hari 52 Aku Berfikir

Aku sebenarnya sibuk..
sibuk di luar dan di dalam diri aku..
ada masa aku jadi terlalu pemarah.. dan ada masa aku menjadi terlalu pemurah..
dan ada masa aku menjadi terlalu penyayang.. dan ada masa aku menjadi pencinta..
itulah aku yang pelbagai.. sgt variasi.. hahaha! wakaka (mampu lagi utk ketawa)

Dua tiga hari ini.. aku dihumbani berbagai-bagai tanggungjawab yang aku sendiri sanggupkan.. aku redha melaluinya kerana aku berpegang kepada prinsip.. ingin menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan bangsa..aku tidak mahu menjadi insan yg dibenci oleh orang lain.. secara tak sedar.. hati aku menangis sendiri.. aku terasa aku memikul beban sendiri.. kerana terdapat ramai manusia yang bukan dilahirkan untuk memahami dan menghargai.. sedangkan cuti yang aku anggapkan indah.. memang betul2 diuji keindahannya.. bukan kepenatan yg aku rungutkan.. aku sudah biasa susah dan kesusahan itu mengajarkan aku...


Untuk hari ke 52 ini.. aku byk berfikir..
Memandangkan emak pun dah mula bercakap ala2 siam ini.. berulang2 kali sebenarnya.. aku tau dia mengajukkan aku.. dan abah pun turut sama.. aku telah pun faham ada sesuatu yang mereka ketahui tentang aku.. aku sedar bukan aku saja yang ada laptop.. byk sumber lain yang mereka boleh guna untuk mengintip gerak geri aku.. hahaha... aku diamkan saja.. dari tawa mereka berdua aku tahu terselit satu persatu perkara dalam benak mereka.. aku boleh menafsirkannya tp aku tak sanggup menterjemahkan di sini..

Aku berfikir lagi.. kali ini tentnag dia.. aku berbeza agama dengannya.. dptkah die menerima agama aku yang sememangnya bukan paksaan.. sedangkan iman aku sendiri umpama senipis kulit bawang yang dihiris2 strukturnya.. bangsanya bukannya datang dari keturunan aku.. mampukah aku menjejaki tatabudayanya yang sungguh asing dalam persekitaran aku.. bahasanya juga berlainan dengan bahasa aku yang ada masanya bertukar loghat dan jenis2nya... dan kini tiba-tiba saja soal darjat keluarga manjadi mainan akal.. kami umpama langit dan bumi.. bak kisah hindustan yang selalu menegakkan benang yang basah untuk melawan restu keluarga.. dan malangnya aku bukan seperti itu.. ayah dia pegawai atasan dan ibunya bekerja kerajaan.. dan ayahku pesara tentera dan emak entah berapa tahun lagi ingin kembali mengurus rumah sepenuh masa.. aku selesa dengan kehidupan aku.. dengan berbangga menjadi anak perwira bangsa dan negara.. segala keperluan aku selalunya tersedia mengikut tahap keupayaan abah.. tp mampukah dia menerimanya?

Aku harus berfikiran matang kali ini bukan hanya mengikut kata hati yang menurut nafsu.. dari usianya, dia baru saja memulakan langkah untuk mengembangkan prestasi kendiri manakala aku pula menghampiri ke bidang kerjaya.. semuanya memerlukan komitmen pada kesibukan masing2.. hari ini aku memahaminya.. sama seperti aku memahami kali pertama aku katakan yang aku ikhlas menyayangi dia.. tanpa status pun aku tetap menyayangi dia walaupun dalam diam..

Setelah dua hari aku mendiamkan diri menguruskan diri dan keluarga.. menyandang masalah sendiri.. aku tahu, aku mampu hidup tanpanya walaupun untuk melupakan dia adalah sangat2 sukar.. percayalah dalam hati ini tetap ada cinta..


p/s - barang yang sedikit kalau dikongsi semuanya merasa.. jangan hidup untuk diri sendiri.. kelak hati tidak disenangi...

Sunday, November 21, 2010

Perempuan & Wanita

Semalam aku terpegun melihat drama 'KARMA SALINA'.. hati lelaki aku meruntun pilu.. berbaur geram yang berlambak2.. kenapa seorang wanita bergelar ibu terpaksa menghadapi segala masalah anak2 dan rumahtangga seorang diri.. sedangkan rukun rumahtangga itu berkongsi segala2nya antara suami isteri.. tp fokus aku sebenarnya adalah mengenangkan nasib kaum wanita.. yang teraniya atas keruntuhan rumahtangga yang dipertahankan seorang diri.. mana lelaki yang bernama suami...

Aku lelaki..
tp hati dan mata ini tak tertelan melihat penderaan mental dan fizikal ini berlaku..

Aku lelaki..
dan aku fahami, betapa sukar menjadi seorang wanita.. jikalau semua hak2nya disekat...

Menjadi perempuan dan wanita sgt2 lah sukar.. aku teringat bagaimana khusyuknya aku mendengar ceramah tempoh hari.. menjadi wanita sentiasa menjadi perbualan orang ramai.. berkahwin muda menjadi umpatan orang, berkahwin lewat usia turut juga menjadi umpatan orang.. menjadi anak dara menjadi bahan ckp2 orang, menjadi janda menjadi fitnah orang.. tidak beranak jadi kejian orang, terlebih beranak juga menjadi cacian orang.. keje pegawai jadi dengkian orang, bekerja kilang jadi hinaan orang.. taat pada suami lurus bendul kata orang, bijak buat keputusan.. nusyuz pulak dikatakan.. jadi bagaimana??

Itu yang simple2..
Bagaimana dengan al-kisah yang lebih serius..
Didera.. dipukul sehingga patah anggota badan, dipijak2 perut isteri sehingga keguguran, badan isteri disiat2 dgn tali pinggang, dibakar dengan seterika, puntung rokok dan sebagainya.. wahai lelaki, dimana kekuatan kamu semua.. aku malu mendengar semua ini.. lelaki yang diberi oleh tuhan kekuatan bukan tujuan untuk menindas.. sebaliknya untuk melindungi.. Allah jadikan wanita itu dari tulang rusuk kiri kaum adam.. lelaki yang wajib meluruskan tulang yg bengkok itu.. jikalau terlalu kasar kesannya menjadi patah, andai terlalu lembut.. terus2an bengkoknya.. jadi pandai2lah lelaki dari kaum adam meluruskan dengan bijak memandangkan kita ini dibekalkan dengan 9 akal berbanding wanita..

Drama yang aku tonton itu sangat2 memberi kesan kepada aku.. bagaimana aku melihat seorang ibu yang tidak dipedulikan anak2.. menghadapi anak2 yang bermasalah seorang diri.. dengan suami yang panas baran.. mementingkan kerja... ada masa aku meyelami sendiri watak lakonan sofea jane.. melihatnya saja aku sudah merasa berat.. bagaimana la pula rasanya wanita2 di luar sana menghadapi masalah ini...

Lelaki...
Aku merayu kepada kamu sekalian..
Jalankanlah tanggungjawab dengan sebaik2nya.. carilah nafkah dari sumber yg halal.. itulah punca segala kebahagiaan keluarga.. biarlah harta secupak.. tp berolah segantang bahagia.. di dunia dan akhirat.. mengapa isteri yg kita cintai dulu telah menjadi kebenciaan kepada kita.. minta2 dijauhkan dari aku..

Dari drama ini.. aku menginsafi diri aku seadanya.. aku sememangnya ingin menjadi seorang yg dihormati bukan kerana keegoan aku.. tetapi kerana kasih sayang aku... pesan emak untuk menjadi manusia berguna akan aku ingat sampai bila2... berguna kepada keluarga dan bangsa..
Nasihat aku kepada wanita2, bijaklah dalam membuat keputusan.. sayangkan hidup anda dan orang2 tersayang bukan hanya menurut perintah membabi buta.. tp bijak dalam menjadi pengikut yg baik.. berdoalah supaya anda kaum wanita khususnya menjadi penasihat yg terbaik buat suami dan anak2... amin..


p/s - terfikir ingin menjadi sukarela bagi wanita2 yang mengalami masalah rumahtangga...

Saturday, November 20, 2010

Petang Bersama Bola


Petang ini bersama B.O.L.A
dengan awek saya, cik DILLA sebelah rumah..
si gadis cilik yang comel..
yg memberi hatinya untuk saya..
hahaha..
hilang sikit obses dengan si gadis macho..
yg kini sibuk g jalan2..
hahaha..
ada ramai yg jadi penonton
termasuklah atuk yg jadi pemerhati
supaya petang ini MENYIHATKAN
dan MENENANGKAN
serta MENYERONOKKAN
dan pemainnya
aku dan cik dilla
luv u.. hahaha! wakaka..


p/s - sori gambar tak clear.. matahari condong ke belah sana.. gadis cilik itu berbaju oren.. pinjam baju abng dia katanya.. tak pe la.. asalkan dia sukakan aku.. hahaha...

Patutlah...


Cuba lihat gambar aku kat atas..
dari pandangan sinar infra red..
warna merah luas menyelaputi wajah aku..
ni mesti tandanya aku mudah panas..
mudah marah...
tp dgn warna merah itu..
aku buktikan aku sedia membetulkan diri..
bila ada yg sanggup menunjukkan aku jalan yg baik..
Ya Allah ! Ya Allah
aku tau sabar itu separuh dari iman
sejukkanlah hati aku dengan kesabaran yang Kau ciptakan
sesungguhnya aku hambamu yg alpa..
lingkarilah aku dengan orang2 yg sabar
amin..
Oleh itu,
Patutlah.. warna merah itu meyelaputi warna wajahku..


p/s - terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa menerima dan memberi nasihat yg baik.. sgt2 menghargai.. terima kasih kepada sarah zulk, fikri rosli dan akak Sarimah.. dan yg lain2 yg memberi rspon yg positif dan mendengar luahan..

Friday, November 19, 2010

Kisah Tiga Beradik



p/s - apa2 yg terjadi portfolio kita siap jugak kan?? tq zulie.. diya.. korunk mmg 'akak2' yg baik la.. suka tolong adik cam aku nie.. hahaha..

Kalau Nak Jadi Doktor..

Ok.. kita citer yang seronok2 ...
Tak la seronok sgt sebenarnya.. dan atuk saya masih lagi dengan kesihatannya yg tidak baik2 lagi.. dan kini dia menetap di rumah aku.. sementara aku dan adik bercuti, biarlah kami tengok2kan atuk..

Semalam, setelah sebelah pagi ke klinik kesihatan, tiub kencing atuk dikeluarkan.. atuk diberi peluang utk mencuba mengeluarkan air kecilnya sendiri tanpa bantuan tiub.. dan sehinggalah sebelah malamnya, kelihatan tanpa tiub nampaknya usaha sendiri itu masih gagal.. perut atuk (lebih kepada bahagian pundi kencing semakin mengeras) dan kami kembali menyalurkan tiub ke badan atuk di hospital..

Menurut kebiasaannya, setelah memasukkan tiub kencing, emosi atuk agak muram.. itulah kata kedua-dua makcik dan maktam.. yer.. aku lihatkan memang emosi atuk agak muram.. atuk senyap sahaja.. teringat semalam dia mengaduh sakit dan pedih.. namun kehidupan kene diteruskan..

Melalui pengalaman ini, ada byk perkara ingin aku bicarakan mengenai doktor2 yang bekerja di hospital.. Sebagai warganegara Malaysia, rasanya aku berhak memberi pendapat.. profesion sebagai seorang doktor ini selalunya berkhidmat kepada masyarakat.. kerana itu kerjaya sebagai doktor dipandang mulia.. seperti yang umum tahu, menjadi seorang doktor memerlukan kelayakan pendidikan yang baik dan cemerlang.. jadi mereka2 yang dilatih menjadi doktor kebanyakan mempunyai daya pemikiran yang bijak.. namun pernahkah terfikir sebelum mereka memilih menjadi doktor, adakah mereka benar2 berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat.. atau pemilihan mereka berdasarkan pencapai akademik semata2..??

Sepanjang berada di hospital.. saya hanya memerhatikan sahaja gelagat doktor2.. pendapat ini bukanlah menjurus kepada semua2 doktor, cuma terdapat segelintir sahaja.. ada masa sebagai pihak pesakit, kami jarang diterangkan apakah penyakit sebenar dan tindakan susulan tentang penyakit yang dialami.. langkah yang selalu diambil oleh pihak hospital, memberi rawatan dan pulang ke rumah.. tiada alternatif yang sewajarnya untuk menyelamatkan penyakit pesakit.. begitu juga tentang pengurusan pengisian borang2 yang mengambil masa terlalu lama oleh doktor walhal itu adalah perkara mudah.. pesakit terpaksa menunggu lama setelah menerima rawatan kerana menunggu doktor mengisi borang yang mengambil masa terlalu lama.. aku melihat juga, kenapa seorang pesakit dikerumuni oleh lebih 4 orang doktor... dan terdapat doktor2 yang berbual.. berkumpul.. sedangkan pesakit yang menunggu di luar masih ramai... kebanyakkan mereka lebih megahkan berjalan dengan mengenakan kot putih dari merawat pesakit..?? semua kejadian ini disuarakan oleh abah aku.. dan doktor2 hanya terangguk2 membenarkan..

Apa yang disuarakan ini anggaplah sebagai komen aku sebagai warganegara.. Semua kerjaya atau profesion akan menghadapi komen dari clien masing2.. begitu juga yang terjadi dalam bidang perguruan sendiri.. aku harap doktor2 di Malaysia akan memberi perkhidmatan yang terbaik memandangkan kerjaya anda dipandang mulia dan dipercayai oleh masyarakat kita.. Terima kasih dengan segala perkhidmatan anda semua dan setiap kekurangan moleklah kita perbaiki untuk kepentingan bersama.. insyallah..


p/s - sedih lak tgok drama tadi.. kasih bapa sepanjang hayat kan ??

Thursday, November 18, 2010

Hari 47 Aku Buntu

Cukuplah dengan kisah semalam..
tak cukup dengan kepala aku yg agak serabut dgn kisah mak long kini memikirkan kisah aku dgn gadis macho aku pulak.. aku pun tak faham kenapa jalan sukar ini jugak yang aku pilih...??
Secara jujur sudah hampir tiga hari aku gagal menghubungi dia.. tak cukup aku mencuba dgn bermesej... aku call.. tp semuanya gagal.. berkelarah otak aku memikirkan dia dan aku cuba mencari dimana silap aku.. dimana salah aku.. sehingga akhirnya aku biarkan semuanya berlalu begitu sahaja.. kini akulah yang wajar menenangkan diri..
Sehingga malam tadi.. dia akhirnya membalas pertanyaan aku.. Di dalam mesej sempat dia mengucapkan selamat menyambut aidiladha kepada aku yg sebenarnya musnah.. tp ucapannya berjaya memujuk aku.. alasan dia membuat perjanjian dgn kawannya untuk tidak menghubungi aku buat aku rasa aku ini diletakkan di tempat paling teruk rasanya.. di mana silap aku yang membolehkan kesan persahabatannya terjejas.. sahabatnya cemburu dgn aku?? logikkah semua ini...
Seperti biasa, aku menelan kesilapannya bulat2 kerana aku sayangkan dia.. aku terima kata2 maafnya yang bersungguh2.. dan aku pegang janjinya untuk tidak melakukan perkara yg sama lagi terhadap aku lagi..
Gadis macho, kali ini bukan rambut pendekmu yg jadi igauan aku lagi.. tp hatimu yg ingin aku miliki.. hatimu yg jauh terperangkap dalam kotak kaca yang sukar utk aku curi.. terlalu sukar..
p/s - hahaha... aku bukan laki jahat lagi...! wakaka.. pagi ini aku berbual dgnnya seperti biasa..

Wednesday, November 17, 2010

Oh! Mak Long....!!

Sebelum aku menulis artikel ini, hati aku yang panas sudah mulai turun amarahnya.. Jadi, terimalah cerita aku ni sebagai satu pengajaran dan aku tidak berniat untuk membuka pekung di dada.. aku sekadar ingin meluahkan perasaan aku..

Untuk itu, biarkan aku memberikan satu soalan kepada anda semua..?? Apakah bezanya antara anak kandung dan anak angkat..? setelah incident petang td berlaku.. bagi aku, kalau dah anak angkat tu tetap jualah anak angkat.. seperti manusia biasa, budi pekerti jualah yang dipandang sejagat.. Aku bukanlah manusia yang terbaik.. tp untuk menjadi seseorang yang terlalu buruk dipandangan masyarakat.. itu bukanlah aku.. aku masih boleh menilai diri sendiri sewajarnya.. Maafkan aku andai terlalu mendabik dada.. tp itulah diri aku..

Kisah keluarga adalah peribadi sebenarnya.. tp tidak lagi menjadi peribadi kalau ia boleh memusnahkan aku dan aku putuskan biarkan jadi pengajaran.. Sewajarnya, sebagai seorang yang tua yang boleh berfikiran waras dan rasional, tindakan mak long sebentar td memang tidak sedikit pun aku boleh terima.. Bagi pendapat aku, sebagai seorang dewasa yang berdarah keibuuan beliau adalah lebih wajar mendekati aku dengan lembut sebagai seorang dewasa memandangkan aku masih lagi pemuda 22 tahun.. yang muda dan kaya dgn kegagalan mengawal amarah..

Persoalannya di sini, kenapa terlalu sayangkan anak, sehinggakan cacat dan cela hanya nampak pada orang lain?? Tidak dinilai pada diri sendiri..?? Aku teringat bak kata pepatah, bangkai depan mata tak nampak, kuman di seberang pulau jadi tatapan.. (aku ubah ikut keselesaan hati aku).. aku takkan pernah menyakiti orang lain klau betul2 dia mendekati aku dgn cara yang betul dan baik.. tidak malukah dia di rumah orang ketika itu dan hadapan atuk sebentar td.. bertanyakan soalan yang seseolah beliau masih seusia 10 thun saja lagaknya.. cara mak long bertanyakan aku tadi membuatkan rambut makin byk terputus dan tepung makin teruk berseleraknya..

Sayangkan anak2 tangan2kan.. macam tu la kata orang kalau mahukan anak2 berjaya.. bukan aku mahu membanggakan emak.. tp jarang sekali emak mahu memenangkan anak2nya di hadapan orang lain.. selalunya kalau ada yang menegur perihal kami adik beradik.. baliknya teruk aku dipukul emak, dileteri emak.. sehingga sekarang ada sahaja perkara2 buruk tentang aku didedahkan kepada orang.. tp tak sedikit pun terdetik di hati menyalahkan emak.. sesungguhnya emak berbuat begitu untuk kebaikan anak2.. emak tak mahu aku rasa selesa dimenangkan keluarga... tp berlainan benar dgn mak long aku seorang ni.. aku pulak disalahkan disebabkan aku tidak pandai menegur anaknya.. bagi aku, anak angkatnya tu bukanla betul2 baik.. maaf, aku kalau tak suka.. dari aku membenci, lebih baik aku diamkan diri.. tp tak sangka tindakan berdiam diri itu membebankan mereka anak beranak.. mungkin aku ni terlalu penting agaknya..?? Aku fikir mak long sanggup berperang kalau ada yang menyalahkan anak angkatnya itu..

Harta kekayaan dan pangkat darjat tidak dipandang orang.. tp budi pekerti itulah yang jadi harapan.. itulah prinsip aku dunia akhirat.. aku dah jauh merantau di tempat orang.. jarang sekali menjadi bahan kemarahan orang.. kata emak, hati orang perlu dijaga.. ckp2 jgn melambung tinggi nnt orang menjadi muak , ckp orang tua harus dilayan, biarpun byk kali diulang2.. tp anak angkat mak long tidak begitu.. jauh jugak dia merantau.. tp menjadi kebencian orang di segenap sudut.. oleh itu haruskah aku jua yg dipersalahkan..??

Tanyalah diri mak long sendiri, kenapa aku membenci anak mak long.. ?? Pernah mak long terfikir jawapannya..?? klau tidak, pernah mak long tnyakan anak angkat mak long apakah jawapannya ?? Jgn lah nak dibesar2kan hal2 yang remeh2 macam ni sampaikan kemeriahan aidiladha dimusnahkan.. aku balik kmpung dengan niat nak seronok2 bertemu sanak saudara dan atuk yang tidak sihat.. jgn lah musnahkan impian aku dgn bertnyakan soalan2 berbaur amarah yang lebih kepada mementingkan diri mak long sendiri.. pinggan retak pinggan dingin.. dah orang tanak, buat apa la teringin2..

Pesan aku, bila umur dah byk, masing2 sepatutnya sedar akan tanggungjawab masing2 dalam menghormati dan menyayangi keluarga.. tak cemburu ke melihat kebahagiaan keluarga orang lain yg aman dan damai.. perkara remeh temeh ni tak perlulah diambil berat sangat.. Abang (panggilan dlam keluarga) takkan marah kalau mak long tadi datg dekat sambil bertanya elok2.. tp mak long sendiri pun tak reti.. tak memahami.. apa yg ada dalam fikiran mak long, anak angkat maklong betul.. kalau betul la anak angkat maklong tu baik, takkan sampai semua orang benci..??

Abang pun ada silap.. tp kali ni abg berharap mak long fikirkan lah juga apa yang sepatutnya jadi pertimbangan bagi maklong.. semua orang sayang anak.. tp jgn la kerana marahkan nyamuk... kelambu pulak mak long nak bakar.. anak angkat mak long dah besar.. dah bersuami.. perlukah lagi mak long yang bereskan hal2 remeh temeh mcm nie?? mak long sepatutnya fikirkan macam mana nak jernihkan keadaan dan merapatkan semula silaturrahim antara keluarga kita.. kita ni menang jadi arang kalah jadi abu.. segan abg dengan atuk td.. tp mak long tak fikir pun dan mak long memang tak pernah nak fikir untuk menghormati atuk..

Akhir kata, dua kali mak long mengecewakan hati abg dengan kata2 mak long.. mak long siat2kan hati abang, penghormatan abg terhadap mak long sikitpun mak long tak hargai.. dulu mak long sakit abg ziarah walaupun ada saki baki marah abg pada mak long.. tp abg padam ego, abg sangka mak long akan berubah... tp apa jawapan mak long..

"sapa suruh ko pergi tengok?? "

Itukah kata2 seorang mak long kepada abg ?? sekarang mak long buatlah perhitungan mak long sendiri.. mak long tetap mak sedara abg walaupun mak long berjaya mengubah dunia.. tp bg abg.. anak angkat mak long itu tetap umpama racun di dalam keluarga dan abg tak mahu apa2 kaitan dengan dia lagi yang menzalimi diri abg dan keluarga kita..

maafkan abg, mak long dari hujung rambut sehinggalah hujung jari..
anak angkat tetap jualah anak angkat..
asal usul kita, siapalah mampu mengubahnya..


p/s - terpaksa gunakan perkataan 'angkat ' tu.. sebab itu adalah realiti..

Tuesday, November 16, 2010

Eid Adha



Salam aidiladha
tulus dari saya, Ikhram Ishak..
apakah yang kita faham dengan..
P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N ??
selagi tak menempuhnya
selagi itu kita takkan faham..
pengorbanan ini tidak boleh kita lihat menerusi mata kasar..
tetapi kita rasailah melalui mata hati..
jadikanlah kisah nabi ibrahim dan nabi ismail
sebagai pedoman betapa besarnya erti pengorbanan kepada tuhan..
kisah nabi muhammad s.a.w
yg menempuh segala dugaan untuk mengembangkan agama kita..
lihat kisah ibu dan bapa kita..
mengorbankan harta, masa dan tenaga
memastikan hidup kita bahagia dan sempurna
untuk kita, sebagai anak2nya..
lihat kisah2 guru2 kita..
berkorban siang dan malam memerah keringat
untuk kejayaan dan perkembangan pemikiran kita..
lihat kisah2 pemimpin kita
turut berkorban memastikan kesinambungan keharmonian dan kemajuan negara
kini lihatlah kisah barisan pertahanan negara
kisah pelaksana undang2 di negara kita
kisah2 ahli perubatan di negara kita
yang tak kenal siang malam membantu masyarakat dan keamanan negara.
dan kita
di mana kisah pengorbanan kita ??
fikirkanlah sejenak
untuk apa2 yang boleh kita korbankan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
p/s - teringat kisah pengorbanan si Abdullah, adik aku sorang tu.. semoga dia selamat dalam perjalanan ke Sabah.. bertemu dgn ibu dan keluarga yang tercinta.. amin. Kepada jemaah haji yang mengerjakan ibadat haji di Mekah semoga selamat dalam mendapatkan haji yg mabrur.. insyaallah..

Gelagat Nak Balik Kampung


Nak citer dgn orang pun malu sebenarnya.. tp aku citer jugak la.. hahaha..

Kalau kat maktab ni, kawan2 seperjuangan semuanya dah tahu tentang habit pelik aku yang akan terlalu ghairah bila saat2 nak balik ke kampung.. hahaha..!! Selalunya seminggu nak balik kampung ni, mulut aku ni takkan berhenti2 menyebut nak balik kampung! nak balik kampung..!! Sampai kawan2 pun dah naik jemu.. ! hahaha... tu masa awal2 semester kat maktb dulu la... (skrg masih ada.. tp kurg la sket..)

Takkan ada orang yang akan balik ke kampung secepat aku.. lebih kurang mcm tu la.. kalau kuliah abis pukul 12.15 selalunya 1.15 aku dah masuk bas dah ke seremban.. mcm tu la betapa teruknya perangai aku sampai tak ingat dunia.. selalunya kuliah hari terakhir tu tak brapa ada dalam hati ni sampaikan ada masanya assigmnet yg perlu hantar hari tu pun aku boleh tunda hantar lepas cuti... sebab otak tak fokus.. ingat nak balik jer.. teruk kan??

Tapi semua tu boleh berubah mengikut kematangan usia... kalau dulu jarak antara penang dgn seremban, mungkin terlalu dekat aku rasa sehinggakan hampir dua minggu sekali aku akan pulang ke rumah.. namun habit pelik itu kemudian berkurangan sehinggalah sekarang.. aku hanya pulang jika perlu, mengikut cuti umum persekolahan.. lebih2 ada adik sama maktab ni lagi la.. lagilah kene balik jarang2.. kalau tak sapa nak support duit tiket.. ganda tu beb !!

Teringat peristiwa balik kampung yang adakala melucukan juga.. lebih2 lagi bila pulang ke kampung bersama kawan2 sekampung.. iaitu didie (mardia) dan amirul.. satu maktab tau kot perangai kami yang sama ni - suko balik kampung dan bawak baghang sobogandah (terlalu banyak barang).. masa tu klau orang nak kenal aku, Ikhram Ishak?? mesti dia akan ckp macam ni.. "Ala, ikhram yg slalu balik kampung tu...!!" hahaha.. wakaka....

Pernah dulu dari penang, aku perlu singgah ke butterwoth dengan feri dan naik bas dari sana ke hentian pudu, jalan kaki dari pudu ke central market... dan baru lah sampai ke seremban.. semua ni aku jalani dengan tabah sambil menggonggong lapan beg dengan satu luggage.. wow !! terpaksa naik bas milan yg sesak masa tu dengan pendatang tanpa izim.. mat bangla, indon, vietnam.. uwek!!! tui tui tui.. !! Bayangkan berjalan kaki dari pudu ke central market dengan semua beg2.. itulah cabaran terbesar aku.. dgn laluan sempit.. orang ramai.. tp orang kl semuanya buat hal sendiri kan? tp itu mudah bagi aku.. aku suka menyelesaikan masalah aku sendiri..

Apa je yg aku tak penah lalui.. bawak dua luggage, bawak jeruk 12 kg, naik ke jejantas komuter kl.. kemudian berpatah ke central market, kemudian naik jejantas semula.. ni kes balik raya.. sebab keliru dgn dua2 tempat yg penuh dgn manusia.. semua penah.. walaupun begitu balik kekampung dgn bas juga ada kenangannya tersendiri.. teringat bagaimana aku melamar bekas kekasih di dalam bas.... masa nak balik cuti kot perkara tu berlaku? hahaha...

Aku suka berada perjalanan di dalam bas.. sambil melayan lagu2 di mp3.. dan masa inilah byk aku gunakan untuk memuhasabah diri dan mengenang apa2 sahaja yang berlaku dalam diri.. waktu dalam bas ini aku berikan peluang utk bersama dgn diri sendiri.. kalau lagu gembira.. aku gembira.. kalau lagu sedey, aku bermuram je la.. dan waktu putus cinta itu.. di dalam bas inilah aku merintih.. sebab tu aku suka balik malam walaupun byk kemalangan terjadi pada waktu2 ini.. suasananya tenang dan tak siapa melihat apa yg kita fikirkan...

Walauapapun kenangannya.. sekurang2nya aku tak la penah menghadapi kenangan buruk seperti ada kawan aku seorang ni.. terpaksa menahan hajat besarnya dari seremban sampailah ke jambatan p.pinang.. memang lawak.. hahahaha!! kesian tgok muka die.. biru hijau muka dia pucat time tu !! paling teruk pun yg aku lalui.. terpaksa memindahkan barang yg banyak dari satu bas ke bas yg lain ketika di juru.. itulah masalah yg paling membebankan.. tp sekarang ni barang aku pun tak byk nak bawak balik dah.. dulu2 jer..

Sekarang dah sampai rumah.. inilah masanya aku nek merehatkan tubuh dan minda...
p/s - kau diam.. biarlah aku diam...

Monday, November 15, 2010

Hari 44, Aku Berpeluang

Hari ke 43, aku tahu kebenarannya..
Dengan tak sengaja, segala kata2 naluri aku sebelum ini ternyata menyebelahi aku.. Secara kebetulan, aku telah menyoal beberapa perkara berkaitan 'lelaki' yang sedikit sebanyak telah menyerabutkan perasaan dan emosi aku itu.. hahaha !! Ternyata dia akhirnya berterus terang dengan aku bahawa dia sebenarnya tak punya sesiapa.. aku ulang sekali lagi, dia tak punya sesiapa..!! Maksudnya, tiada seorang lelaki pun yang memiliki dia.. hahaha!! Bak cacing kepanasan dia menjawab pertanyaan aku.. kelakar juga bila teringatkan kekalutan dia mereka2 perihal 'lelaki misteri'nya itu... kenapa die mesti berbuat begitu..?? Adalah alasannya yg lebih baik menjadi rahsia aku..

Hari ke 44,
Aku berpeluang keluar bersama dia seperti yang dijanjikan.. kali ni perasaannya sedikit berbeza.. dia seolah2 memberi lagi peluang kepada aku.. yer, aku dapat rasakan aku rapat dgnnya kali ini.. Baju kami lebih kurang sama ronanya.. dan rupa dia seperti biasa.. manis saja bila dipandang.. teringat bagaimana dia takutkan bahang mentari td.. Untuk kali ni ada saja gementar aku datang tp aku cuba buat2 cool.. Aku ingat aku ni memang ada sense of spontaneous la.. apa2 nak jadi2, jadi la.. itulah dalam pemikiran aku yg malas lagi nak merancang2.. hahaha!!

Pertemuan kali ni lebih santai.. aku lebih tenang menjalaninya.. aku rasa aku telah menjadi diri sendiri kali ni.. berbual, mendengar dan adakala memberi respon yang sewajarnya.. perbualan kali ni lebih menceritakan tentang diri sendiri.. menceritakan kisah2 silam.. dia ada masa memahami keadaan aku.. memberi dan merasa.. dia seorang yang suka berkongsi.. dan cool..

Sepanjang masa makan aku perhatikan setiap tingkah lakunya..dia makan burger, tp comot..mayonis sampai ke pipi.. hahahaha!! Bila aku bgtau, cool je dia bersihkan pipi dia.. siap lagi tnya aku.. "gelakkan orang ek?" hahahaha... mestilah aku gelak... bukan gelak mengejek.. tp nak bgtau.. awak tu, lap mayonis pun still comel.. hahaha!! Dia tak gemarkan air berkarbonat.. jadi aku berkongsi minuman dgnnya.. sebenarnya lebih kepada menghabiskan.. hahaha.. coke dgn aku mana leh dipisahkan beb!!.. hahaha !!

Pelik jugak bila dilambaknya setengah dari kentangnya di dulang aku.. dan dia ambil satu2 dari situ.. tingkahlakunya aku perhatikan.. aku biarkan.. mungkin dia ingin berkongsi dgn aku tp aku pulak tak reti2 nak ambik satu pun ?? hahahaha... bengong la..

Aku rasa kali ni wujudnya perasaan yang lebih mendalam.. lebih dalam dari sebelumnya setelah byk jugak perkara yg aku lalui sebelum2 ini.. semua ni buat aku bersabar dan tidak terburu2 dalam membuat keputusan.. nak benda baik kene la bersabar.. malam, aku ceritakan bagaimana detik2nya aku mengenali dia.. tp die ni punya la cool sampai aku pun tak tau respon dia..?? Suke ker.. tak suke ker?? Namun sejujurnya, sekali lagi aku mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku.. dan kini setiap senyum dan tawanya menjadi hiburan hati... sehingga terbawa2 ke dalam mimpi bahawa dia sudah pun menjadi milik aku.. namun hakikat semua itu masih samar2 dan belum pasti menjadi kenyataan ataupun tidak..


p/s - teringat ayat dia.. "tak yah declare2.. i know my feeling dan dia pun tau dia punye feeling... cukuplah.." aku senyum jer dengar walhal dalam hati.. grrrr...!! hahaha...!! wakaka..

Saturday, November 13, 2010

Menjadi Guru Itu Cita2 Saya


Gambar itu adalah sebahagian dari dunia aku semasa menjalani latihan perguruan.. Sejak kecil lagi aku sudah bercita-cita ingin menjadi guru.. kalau main cikgu2 dengan sepupu2 (masa kecik2 kat kampung dulu2 la).. aku akan pastikan aku akan menjadi cikgunya.. ntah apa yang aku ajar masa tu, aku pun tak tau.. yg aku tau pegang lidi sebatang dua kat tgn kanan.. dengan kendong beberapa biji buku kat tgn kiri.. kadang2 kapur tulis pun curi2 dari sekolah.. lepas tu bawak balik kmpung.. tulis kat dinding papan umah atuk konon2 papan hitam... lepas tu padam.. kalau kapur tulis takde.. buat la menulis kat dinding.. hahaha..

Sebenarnya, melihat kredibilitii guru2 semasa di sekolah rendah banyak mempengaruhi minat akan cita-cita aku.. ditambah pula usaha gigih cikgu aini, guru admath aku.. menjadikan semangat aku semakin berkobar2 mengejar cita2.. Aku mahu jadi guru seperti dia.. sanggup berkorban untuk anak bangsa.. ketegasan pn azlina di tingkatan 1 fitrah aku jadikan contoh.. dan selebihnya byk karakter dan gaya emak sewaktu mengajar aku masa kecik2 dulu, aku aplikasikan dalam mengajar serta mendidik murid2..

Menjadi cikgu menjadikan kita ini subjektif dan variasi.. kehidupan bergelumang dgn berbagai2 manusia dan bangsa.. dan ada masa sesuatu tindakan yang kita ambil itu, tak mampu kita tafsirkan mengapa dan bagaimana.. menjadi guru hari ini kena tabah dan bijak dalam menangai seribu satu masalah dan ragam..

Aku bersyukur memilih jalan ini.. kerana kerjaya ini sesuai dengan karakter dan kemampuan aku sebagai seorang manusia.. budaya mendidik, berkongsi dan menyampaikan selalu menjadi pegangan utk aku berjaya dalam profesion ini.. insyaallah.. hasilnya, mungkin kegembiraan dan kebahagiaan hidup itu bakal menjadi milik kita kelak.. amin.


p/s - ilmu yg tidak dimanfaatkan umpama pohon tak berbuah...


Friday, November 12, 2010

Dating @ Mc Donald


Hahahaha.. Hari ni aku ajak Fatin kuar date dgn aku secara paksa rela.. kesian budak tu, kene kacau time study.. wakaka !! Cakaplah beribu2 kali pun tentang keburukan makanan produk Mcd nie.. Akhirnya, aku terpaksa juga menuruti tuntutan selera nafsu aku.. dari burger, kentang, aiskrim, nuget dan macam2 la.. semuanya aku suka.. sampaikan sosnyer pun aku puji.. memang sedap..!!

Teringat masa kuar dating dgn bekas kekasih dulu.. hahaha.. satu hari tu, kami decide nak makan kat Mcd.. masa tu, saja jer aku nak menduga kesabaran dia.. sepanjang waktu makan, aku hanya mendengarkan lagu2 kat mp3.. hahaha.. sedikit pun aku tak pedulikan die.. dalam hati sebenarnya aku risau jugak.. mana la tau tetiba dia campak kerusi mcd tu kat aku ker? dia curahkan air coke kat aku ker? mcm2 la.. tp aku fikir balik.. masa bila lagi nak uji.. masa makan ni la.. dia dari mula sampai abis makan, terpandang2 jer muka aku.. aku tunggu jugak bila dia nak tegur.. tp sekalipun dia tak tgur.. memang dia sabar.. hahaha..

Tp sekali tu jer aku buat mcm tu.. selebihnya aku lah yang jadi penglipur lara yg baik untuk dia.. yg sgt2 menghiburkan.. hahaha... tp itu kisah dulu yg masih segar dalam ingatan dan masih seronok utk dikenang.. aku malas untuk membenci2.. baik ingat2 perkara yg indah kan? hahaha..

Sedang enak2 mkn2 td.. terserempak dgn gadis macho aku itu.. hati berdebar, tp still terkawal.. dia tetap cantik pada pandangan sekilas aku tadi.. tp bukan sebab itu yang buat aku gembira.. aku gembira dgn kata2 adik aku sebentar td.. Yahooooooooooooooooo !!!..

Adik aku memang best la..! Aku percaya kat ko, dik... hahahaha...


p/s - baru aku perasan adik aku ni dah besar sekarang... dah makin cantik aku nampak.. cuma kene hias sket je mata tu.. nnt abg beli eye liner maybeline tu k? biar cantik sket.. hahaha..!!