I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 28, 2010

Weekend @ Bayan Lepas

Lepas je balik dari main rollerblade dgn karaoke tempoh hari.. keesokan harinya.. memang aku terlantar la kat atas katil.. punggung sakit, tangan sakit, kaki sakit.. belakang sakit.. semua sakit!! tp takkan aku nak marah kat diri sendiri kot?? aku redha.. hahaha! (pasrahnyer ayat!)

Apapun. aku sekadar duduk di bilik, mengemas bilik yang dah berterabur seperi mana teraburnya akal aku ni.. basuh baju yang berlambak2 kat raga.. sapu2 sket lantai dgn penyapu Luqman yang hanya boleh disapu di dalam kawasan bilik sahaja dan sebagainya.. Walaupun bilik tak seceria dulu, tp aku harap aku masih selesa tinggal di bilik nie.. Aku percaya bilikku, syurgaku..Dalam pukul 6, keluarga mr edzwan datang menjemput aku ke rumah mereka. Terharu jugak bila mr ezdwan cakap mak dia sendiri yang ajak aku datang. terima kasih kpd semua.Jadi sepanjang hujung minggu ni, aku berada di rumah mereka..

Pagi sabtu, ada sesi pelajaran mengecat bilik. Dgn berbaju pinjam (sebab takut cat kene baju) aku mengecat bilik. Alhamdulillah, seronok gak buat keje nie walaupun kadang2 macam pening2 kepala sket sebab mendongak. Sebenarnya aku jarang2 mengecat. Kalau kat rumah, memang abah takkan panggil aku buat keje2 mcm nie. Sebab die tau daripada dia ajak aku, baik die buat sorang2.. hahaha! Tak lama kami mengecat, dalam sejam, bilik ni abis siap dicat.


Petang pulak sesi berkaraoke.. hahaha..!! Kali ni mr edzwan pasang set karaoke yang dia beli minggu lepas.. mula2 nak guna tv.. tp disebabkan remote pemain dvd tu ada masalah sket.. kami terpaksalah guna laptop..!! Wow! memang maju la skrg ni..!! Walauapapun sesi karaoke memang berjalan dgn cemerlang.. Dgn adanya penyanyi2 terhebat mcm daniel, kak long, kak ngah, kak naz (kalau tak silap), kak thir, kak dania, dik man, mr edzwan dan aku sendiri.. memang konsert karaoke kitaorang ni antara yang terbaik kat Bayan Lepas . Aku memang puas hati la bila nyanyi ramai2 mcm ni. Memang best! Lebih2 bile nyanyi lagu 'Aku Stacy' dan ' Sayang Sayang'... huhuhu!! Caya ar semua orang!


Malam, ada besday parti meraikan hari ulangtahun kelahiran adik perempuan mr edzwan yang aku panggil 'akak'. Hepi Besday!! Macam2 makanan ada tp yang aku makan paling byk sate dgn nasi goreng. Memang best! kenyang sgt malam nie.. Hati aku rasa terhibur dikelilingi ramai orang terutama budak2 yang melayan aku dgn baik sekalii. Tak tahan dengan celoteh daniel yang lucu, adik nana yang asyik nak makanan bungkus, jagung bungkus, nasi bungkus, telur pun.., nak telur bungkus..!! Tiga beradik tu pun sama best.. memang best la.. dania, kak thir dan ramai lg.. !! Tambah pulak dik man asyik main piano pulak.. Memang suasana kat sini happening giler..!! Hidup dgn muzik kat rumah nie..!! Alhamdulillah.. mmg best! Nasib baik tak der belon, klau tak.. sure nak letup2kan bagi gempak!! huhuhu..

Sebenarnya sejak berjauhan dengan keluarga dan belajar di maktab, aku terpaksa menyesuaikan diri sendiri walaupun sebelum ni tak pernah hidup berjauhan dgn mak abah. Pesan mak abah supaya menjaga diri di tempat orang, jaga adab, insyallah tak pernah aku lupa.. sedaya upaya menyedarkan diri menumpang dan menjaga hati semua orang. Bermula dari menetap di asrama sekolah, aku cuba membiasakan diri menumpang di rumah Megat bila sepanjang cuti aku ada latihan debat. Alhamdulillah keluarga dia layan aku dgn baik dan adik beradik dia yang ramai buat aku tak kekok walaupun aku tak biasa beradik beradik ramai. Bila sampai usia aku blajar di maktab, lagi byk la rumah aku tumpang.. menumpang di rumah mak tam di Lumut sungguh menggembirakan hidup dan tenang jer. Makan sedap2 dan selalunya kami akan berjalan2.. ke langkawi, pangkor, cameron highland.. dan bermacam2 lagi.. hatta sampai sekarang walaupun mak tam sekeluarga dah pindah ke kuala pilah, aku still lagi menumpang di rumah mereka bila cuti2 dan tak reti2 nak balik rumah!! best ada mak tam nie.. tak caya tnya sepupu2 aku yg lain..

Lepas tu menumpang kat rumah raful di Penaga.. begitu jugak layanannya.. baik sekali.. terhibur dgn celoteh adik2 raful, Rafiza, Rafina dan Rafini terutamanya!! kehidupan di rumah mereka di sawah bendang memberikan aku pengalaman yang terbaik disamping belajar memahami budaya hidup orang kampung di belah utara. Lucu bile teringatkan celoteh tok raful ( nenek)..!! sama2 makan kuih manis..!

Lepas tu bermacam2 rumah aku tumpang.. alhamdulillah sampai sekarang hubungan masih baik!! cuma kadg2 masa lapang yang terlalu sempit membuatkan aku tak dapat nak ziarah.. harap semua memahami.. apapun tq kepada semua orang yang pernah berbuat baik dgn aku dan aku doakan semuanya dimurahkan rezeki sebagaimana rezeki aku murah mengunjungi rumah keluarga kamu semua..!!

Friday, February 26, 2010

Ada Duka Ada Suka

Setelah bertungkus lumus pada malamnya, akhirnya practical 2 dan 5 aku siap. Sedikit sebanyak keterumbang ambingan kehidupan aku semakin berkurangan. Jadi hati dah kurang risaunya. Apapun setiap kesalahan pasti dihukum. Begitulah bila pagi pulak yang muncul. Awal pagi lagi dah kene marah dgn madam YEW sebab anta lab report lambat. Dekat nak setengah jam jugak die membebel marahkan kami.. khususnya kepada aku la dan beberapa orang lagi..!! marahnya bertambah marak bile madam Tan datg pulak bg nama orang2 yang tak hantar lab reportnyer.. marah madam yew meningkat tp kadarnya lebih kurang sama jer!! huhuhu..
Apapun aku lega sebab bebanan hidup aku dah ada kurangnya. Cuma ada tinggal saki baki yang perlu aku bereskan..!! Dan keje2 lain masih lagi ada cuma tak lah seberat lab report nie.. tak tertanggung rasanya!! dgn keje practical earth and space, keje education.. mcm2 la..!!

Petang, seperti yang dijanjikan aku bersama rumate, Amir Aminuddin dan 2 teman lg.. Fariezza Rahim dan Farhana Fauzi pegi ke Queensbay untuk bermain rollerblade..!! hahaha...!! dah lama tak pegi main rollerblade. Last sekali aku main tahun lepas dengan Aisyatul Nur. Dah setahun beb!! nasib baik tak lupa step lagi.. hahaha!! Dapat jer pakai kasut roda terus main.. kesian kak Fariezza Rahim yang baru nak belajar.. jgn risau ada tiga tenaga pengajar yang akan ajar akak sampai dpt L. Kalau Farhana Fauzi pulak, dah terer sgt pulak sampai x berhenti2 main dgn aku.. amir pun..!! masa tgah main tu ada sorang mamat cina ni yang mmg handal la main.. kalau kite tgah main round2 gelanggang tu, die sibuk la nak mencelah, konon2 nak mengacau kita la.. tp die mmg handal la.. sebab tak de pulak tlanggar kita masa nak mencelah!! entah macam mana tetiba mamat tu tolak aku dari belakang, die bawak aku meluncur dari belakang pusing gelanggang.. woit!! memang laju giler!! menjerit2 aku bila lalu corner.. nasib baik aku terer gak main.. hahaha..!! tp lepas tiga corner aku pun jatuh la.. tak sabar doh! laju sgt.. kecut2 perut aku!
Main dekat nak 2 jam, lepas tu aku pun berhenti la.. berpeluh2 sebab main macam nak giler. Aku rasa semua orang jatuh!! Aku jatuh dua kali kat punggung. Punggung aku rasanyer bengkak kot nanti..!! merangkak la aku jalan lepas tu!! selalunye lepas jatuh aku serik tp pelik pulak kali ni, makin beria main!!




Apapun memang best spend time dengan tiga orang kawan2 aku ni.. kawan2 yg tua dari aku.. geng2 87! huhuhu.. thanks kak eiza, kok ana dan rumate, amir! walaupun sakit2 badan tp aku enjoy!! Lepas g makan dan solat.. g pulak urut badan kat mesin gintell.. kene bayar seringgit tp memang berbaloi!! satu badan kite dia tolong picitkan..


Malam, baru jer nak duduk atas katil, datang pulak Abg Fuad Jahaya ajak g karaoke!! alamak.. leteynye badan, sakitnye badan ni tuhan je yang tau!! jalan pun dah tak betul.. apapun tuntutan nafsu yang membuak2.. takper, aku ikut!! hahaha.. kami berlima, Aku, rumate Amir Aminuddin, Fuad Jahaya, Azurin Abd Rahman dgn Idwan g Bukit Jambul..!! sorang lima lagu beb!! aku yang dah separuh sedar ni kadang berubah emosi.. kdg2 letey kadang cam overdos lak!! apapun tumpang enjoy.. lepas penat menyumbangkan lagu, kitaorang singgah subaidah.. makan supper. Aku order roti telur dgn air sirap!!



Balik jer, mandi, cuci muka.. terus tido!! hari ni dah cukup meleteykan aku!

Wednesday, February 24, 2010

Dikejar Polis

Awal pagi lagi aku dah buat kesalahan..

Hari ni macam biasa.. kelas english hari ni, aku yang bentang.. Kali ini nasib aku memang malang apabila masa aku bentang, lecturer aku tu mintak semua tutup mata dan dengar apa yang aku cakap. Lepas aku habiskan ayat aku, dia tnya sama ada kawan2 aku faham tak apa yang aku cakap..?? dan jawapanna sungguh menyedihkan..!! hahaha.. Lecturer aku mengatakan yang aku kurang confident diri dan malu2.. ye ker?? hahaha..!! ye kot.. masa english., aku memang malu nak cakap. Dan aku dapati cara aku bercakap tak fasih dan sebutan tak tepat.. apapun kekalutan aku tentang presentation ni dah pun tamat. Lega sangat.. nasib baik ada Jailani dgn Helmyzi .. tak lupa Faiz Syahmi..

Waktu yang paling menarik adalah bila kelas Earth & Space kami diminta untuk buat ROCK CAKE!! tp sebenarnyer bukan kek tp biskut.. Best gile bila semua orang sibuk2 menyediakan adunan terutama kak Ashyfida Basrowi, Fariezza Rahim, Nurizma dan dijagabakar oleh Aisyatul Zainol. Tujuan utama pembuatan kek ini adalah menerangkan konsep penghasilan batuan di bumi yang dilengkapi oleh bahan tambahan seperti kismis, chocolate chip, badam, yang merujuk sebagai mineral yang membentuk jenis2 batuan yang berbeza. Apa yang penting adalah rasa biskut tu.. mmg sedap.. tq la kepada orang2 yang menyediakannya. Selepas tu kami diminta untuk membuat model lapisan bumi menggunakan platisin.. ! Susah gile nak buat tp nasib baik group kami bekerjasama dan akhirnya model bumi kami sgt cantik dan teras dalamnya masih kekal terlekat dalam model bumi. Pada yang menghasilkan planet uranus.. hahaha, harap harus lebey kreatif.. gurau jer!!


Petang pulak terpaksa join program permainan tradisional.. Hari ni sgt2 letey main tuju selipar dan polis sentry. Seronok gile main tuju selipar. Paling mendebarkan bile masa final, nak tuju selipar tu semua orang tak lepas nak jatuhkan piramid selipar sehingga lontaran terakhir Hanis Safwan menjatuhkannya. Lega.. merasa jugak berjuang..!! kalau tak, terpaksa la menyerah sebelum berjuang.. hahaha.. sgt sengit sebenarnya bila kelas kami berlawan dgn kelas SNED 2. Ganas giler kumpulan diorang main.. Kecut2 perut aku! tp paling mengharukan aku bila aku join permainan Polis Sentry. Main ni memang aku letey2 sangat2.. kumpulan kami sebagai pencuri dan kelas MTED1 sbg polis.. Teruk gile aku kene kejar dgn Polis bernama LUQMAN!! sampai jatuh berdebik2.. malu giler.. Luka2 ada kat mana2!! lari tak tentu arah macam ni memang meletihkan sampaikan aku rasa cam nak muntah jer.. tp permainan ni mmg tak adil sebab kemenangan lebih terarah kepada pasukan polis.. dalam dunia ni mana ada pencuri yang terlepas! Logik tak?


Apapun aku amik masa sampai 2 jam untuk menstabilkan semula keseimbangan diri dan kandungan gula dalam darah.. sebab memang pening sangat2.. lain kali jangan la anjurkan permainan gila macam Polis Sentry ni.. sebab mampu membunuh aku!!


Terhibur..

Minggu ni macam2 citer. Masuk kelas english hari ni.. aku berhadapan lagi dengan masalah baru. memang aku ni pelajar bermasalah betul. Aku rasa dalam kelas english ni.. inilah hari pertama aku terlelap.. itupun lelap lelap manja jer.. sebab semalaman aku tak dapat tido sebab bilik aku panas sangat!!.. last2 lecturer aku tu panggil aku suruh duduk depan. Aku tanpa membantah pegilah duduk depan.. Lepas tu die soal aku.. klau aku selalu mengantuk macam ni macam mana aku nak mengajar nanti.. ?? dalam hati aku menjawab, eleh.. nnt masa mengajar orang yang dgar cakap aku.. masa ni dngar cakap orang memang la aku mengantuk! Jadi dia tnya aku kenapa aku mengantuk.. aku pun jawab yang aku ada masalah tido.. !! macam2 dia tanya, dah jumpa doktor ker..?? caring tp sarcastic giler.. tp aku buat2 bodoh.. dan ternyata aku memang bodoh bile die kutuk aku dalam english sedangkan aku tak faham..!!
Last2 Fariezza Rahim menyedarkan aku.. Baru aku tau die kutuk2 aku.. bengong la!! tak per aku tak kesah sebab aku pun tak faham.. tp kenapa la aku ni teruk sgt?? betul ker aku nak bergelar guru??

Hari ni english blaja pasal pronunciation.. Bila dah kene duduk kat depan baru la aku tak mengantuk lagi.. tp menguap jugak la.. nasib baik ada kak nurizma Harliyana.. jadi peneman dan pakar rujuk..

Kelas education, untuk pembentangan.. Nadiya Khalik buat sukaneka utk menunjukkan program RIMUP yg diadakan di sekolah. Yang kelakarnya kami semua diminta berlakon untuk menjayakan sukaneka ni yang rata2nya antara kami semua dikalangan masyarakat berbilang kaum di Kota Kinabalu. Aku sebagai watak guru dan ada kawan2 mengambil watak sebagai anak murid dan ibu bapaberketurunan cina, india, kalabit, kadazan, murut dan sebagainya. Memang best la.. siap ada acara bawa bola ping pong dalam sudu, acara lari 100m dan tiup belon sampai pecah. Macam2 betul2 sukaneka kat padang. Zuliyana dan Helmyzi masing2 dgn tajuk sosioemosi. Seronok jugak pembentangan kali ni sebab penglibatan kami sebagai pelajar sangat2 baik.

Petang pula, terpaksa turun padang untuk kelas pj. Ada sesi pembelajaran teknik2 lompat jauh. Sesi pembelajaran ini dikelolakan Hanis Safwan, Faiz Syahmi dan Jailani Ton Mohamad. Seronok gila join sesi ini. Barulah aku tau teknik2 yang betul tentang lompat jauh dan aku dapati aku tak lagi menghadapi masalah untuk lompat jauh. Lompatan aku pun nampaknye lebih jauh dari biasa. Rupa2nya kita perlu mendarat dengan dua kaki. Terdapat 4 bahagian latihan, penujuan, hayunan, lompat dan mendarat. Melalui aktiviti2 macam ni la mampu mengurangkan stress yang melanda hati aku. Segala masalah hilang seketika..

Tuesday, February 23, 2010

Kebingungan

Pernah tak rasa jasad bagai tergantung .. ke hulu tak lepas, ke hilir tak lepas.. begitulah kehidupan aku.. cuti pun dah habis.. tapi masalah tak penah nak habis2.. makin bertambah2...!! Adalah menjadi masalah besar bila menjalankan eksperiment tanpa aku tau apa yang aku buat.. Dan kesannya, emosi dan spiritual aku menjadi tak seimbang.. Kadang2 aku tak tau nak minta tolong sesapa.. semakin usia meningkat, semakin itu jugaklah aku perlu berdikari.. mencari jalan penyelesaian sendiri.. Kalau aku tak buat, aku yang tak tercicir.. kecewa jugak selalunya tp apapun yg berlaku aku yakin akhirnya semua ini akan selesai!! (mengharap dunia berputar ke zaman silam)

Walaupun masalah mengelilingi diri, tp aku akan pastikan kehidupan aku tetap gembira..!! Alhamdulillah, setakat ini tiada apa yang menyekat aku dari gembira dan terus gembira . Semalam aku ke Bayan Lepas bersama Mr Edzwan sekeluarga. Sepanjang petang aku bersama keluarganya ke kedai lampu dan kedai kereta. Makan malam di Old Town.. melayan telatah Daniel yang tak sudah2 berceloteh.. Malam, menghabiskan masa dgn Iman, adik kepada Mr Edzwan bermain piano. Penat aku cari kod2 lagu Penantian.. tau2 lagu tu dah dimainkan.. Memang aku gemarkan lagu Penantian oleh Zubir Ali. Mak pun suka lagu tu ada nostalgia katanya.. haha!!

hari ni , aku gembira lagi.. Abah selalu pesan, jgn terlalu boros sgt! Jadi, aku keluar makan di McD bersama Afiq Ismail sambil beli barang keperluan di Guardian, E Gate.. sedikit terhibur bila membeli belah!! hahaha.. Malam aku cuba jugak untuk habiskan Lab report.. hampir2 habis.. Nampaknye emosi aku bakal terumbang ambing lagi...!!

Sunday, February 21, 2010

Cantas

hahaha.. aku dah sampai bilik.. letey terus tido !!
aku surf then terjumpa satu entry dari blog ni.. http://sue-mai.blogspot.com
memang tak tahan aku tergelak!! Macam bengong2 jer.. tp cam berguna gak!! idea jahat dah datg!! hahaha..!!

tips merampas girlfriend orang. (untuk lelaki sahaja)

korang suke sorang gadis ni, tapi malangnya dia dah ada boyfriend. dah la dia dengan boyfriend dia tu konon-konon loving gila lah, i love u, u love i forever and ever lah sangat kan. so korang pun tak berani la nak kacau gadis tu sebab takut kena makan penumbuk dengan boyfriend dia kan.

meh aku bagi tips sikit.

dalam perhubungan, tak kira lah betapa hebat mana pun cinta tu, mesti ada pasang surut. perempuan ni, 1 daripada weak point dia, bila dia gaduh dengan boyfriend dia, ataupun bila boyfriend dia tak layan dia, dan benda-benda macam tu lah. time ni, korang punya peluang untuk bagi gadis yang korang suka tu nampak korang. yelah, memang dia nampak je korang ni sebab korang bukannya halimunan pun, tapi ni nampak dengan mata hati.

macam mana nak tahu gadis tu tengah gaduh dengan boyfriend dia? alahai cik abang.. sekarang ni zaman dah maju kan. tengok la kat gtalk dia ke, kat facebook dia ke, kat blog dia ke, kalau ada dia tulis benda-benda cam sedih sikit tu, tandanya dia tengah gaduh la. memang ada juga segelintir gadis-gadis yang bijak skit, tak mempamerkan perasaan kat media massa ni. tapi selalunya, bila korang tengok status facebook dia tulis "sampai hati dia buat saya macam ni", tu sah lah dia tengah gaduh dengan boyfriend. dan selalunya jugalah, gadis-gadis yang suka update status facebook dengan bercerita pasal dia gaduh ni tengah lonely dan desperate juga lah kan.

bila korang dah nampak status tu, apa yang korang perlu buat ialah, pergi la text dengan gadis tu. tak kira lah kat gtalk ke, kat facebook ke, mahupun text kat handphone je senang. tapi jangan la first text terus tanya "u gaduh dengan boyfriend u eh. i nampak status u tadi lain macam je". memang dia tak akan layan korang punya lah. cakap je dengan dia konon-konon tak ada apa-apa. kalau mula-mula dia tak layan pun, korang selalu-selalu gak text dia, lama-lama mesti dia layan. kenapa? sebab selama ni dia duk texting ngan boyfriend dia. bila diorang gaduh, handphone dia pun terus menyepi. pastu bila korang text dia, dia pun dah jumpa orang untuk texting balik. kalau korang bernasib baik, dia akan cerita pasal dia gaduh dengan boyfriend dia. pastu orang pun boleh lah buat-buat care kat dia, pastu cakap la boyfriend dia tu teruk ke apa. tapi, jangan ajak couple lagi beb. lek lek tu, isap kok lu.

tak lama pastu, dia akan baik balik dengan bf dia. mungkin dia takkan layan korang dah. tapi bila dia gaduh balik, dia akan cari korang balik punya lah. mula-mula memang la korang ni macam lagu Faizal Tahir tu sikit:
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku

tapi bila dah ada la dekat 10 kali dia gaduh dengan bf dia dan dia cari korang, waktu tu korang boleh meluahkan perasaan. aku cakap, meluahkan perasaan okay, bukan ajak couple. mungkin dia akan cakap, dia dah ada boyfriend, bla bla bla. tapi next time, bila dia gaduh, sure dia akan mintak break dengan bf dia tu. pastu dia akan cari korang, dan cakap "i dah break dengan jantan tak guna tu". so apa lagi? dia dalam tangan korang je. anytime korang ready, korang ajak je couple, sure dia nak punyalah.

moral of the story:
1) perempuan punya weak point adalah waktu dia gaduh dengan bf dia. sebab tu bila korang masuk line waktu dia gaduh, dia akan layan.
2) perempuan takut untuk break up sebab takut nak hadapi rasa lonely. tapi bila dia tahu korang ada untuk dia, dan tahu korang suka dia, dia akan berani mintak break sebab dia tahu lepas tu dia takkan lonely.
3) perempuan nak lelaki yang care terhadap dia. so bila korang selalu ada waktu dia tengah sedih, she'll fall for you.

Friday, February 19, 2010

Percutian @ Simpang Durian & KLCC

Untuk cuti Tahun Baru Cina tahun ni, aku sebenarnya tiada perancangan yang detail memandangkan cuti yang aku rasakan kali ni terlalu pendek untuk aku melakukan segala2nya. Untuk permulaan cuti, aku sekeluarga pulang ke kampung Simpang Durian, Jelebu. Kebetulan Mak Tam sekeluarga pun ada balik sama. Macam2 hal di kampung tapi aku buat tak endah jer.. Balik kali ni 'berebutkan' betik mak lang.. hahaha! Tak sudah makan betik kat umah atuk, terpaksalah aku makan gulai betik kat umah.. tp nasib baik la aku suka gulai betik.. hahaha!


kalau tahun lepas, cuti raya cina.. aku dan adik2 ke midvalley, siap angkut didie jadi pemandu pelancong.. tp tahun ni aku dan adik2 serta sepupu aku Haslinda Zain pegi ke KLCC. Sejak aku ke Petrosains rombongan Earth & Space.. aku rasakan byk jugak faedahnya klau aku bawa adik aku Muhammad nur Iman ke sana dgn tujuan menggalakkan die meminati sains.. Jadi aku pun bawak la die... dgn yg lain2!! hahaha..


Memang best ! kalau ari tu aku dgn kawan2 masuk petrosains makan masa 4 jam.. kali ni kitaorang amik masa sampai 5 jam.. memang tak sedar.. tau2 jer dah pukul 4. Nasib baik kitaorang dah makan dulu. Semua pameran dan aktiviti kat sini aku main.. siap g naik gelongsor, tgok 3D, menggedik kat interactive art sampai tak sedar dunia.. naik helicopter.. mcm2!! hahaha.. kadg2 aku rasa aku lak yang mcm budak2.. tak lepas peluang melihat balik pameran berkaitan rock and mineral.. penting sgt benda nie..!! ada hikmah jugak pegi kat sini sekali lagi.. sebab kat sinila aku dapat idea untuk buat PCK nyer ABM.. aku masuk kat kedai EXPLORASI ada mainan berkaitan constellation.. jadi terbit la satu idea.. trus aku call kak izma tnya pendapat die !!


petang kat di KLCC, aku amik keptusan lepak2 kat Taman KLCC. Kalau perasan tak ramai pun orang kita kat sini.. ramai orang asing lagi.. !! Situasi ini sedikit sebanyak menyerabutkan minda aku. Aku tak rasa ni adalah suasana yang baik dan indah.. !! Rimas.. bukanlah maksudnya aku diskriminasi.. tp aku tak suka ar..!! Semua orang tak suka kan???


Pemandangan petang di KLCC ini memang indah. Semua ini menjadikan aku rakyat Malaysia yang membanggakan tanah airnya.. hahahaha!!! Terkenangkan mantan PM kite.. Tun Dr Mahathir Mohamad.. besar impak KLCC pd Malaysia sebagai mercu tanda kemajuan bangsa Malaysia..


Kesimpulannya.. berbaloi baloi aku g KLCC!!