"..Pernahkah engkau hargai, cintaku yang sejati... pernahkah engkau mengerti,akan diriku ini.. Betapa hebatnya cintamu.. memberiku sejuta pilu.. betapa agungnya asmaramu.. membuatku ku terpaku.. di sisimu ku terdiam seribu bahasa.. dihatiku bergetar sejuta rasa.. namun sukar untuk aku meluahkan.. ku cinta padamu... "
(Nera, 2011)
Sepanjang hari aku mengulang-ulang lagu Hatimu Milikku nyanyian Nera. Bagi aku lagu ni sangat puitis cam lagu-lagu zaman 80-an pulak. Tak sangka aku sangat-sangat menghayati lagu ni. Lirik dan melodi lagu ni sungguh menggetarkan perasaan aku.. Tiba-tiba jer aku terjatuh cinta dengan si Nera ni. Hahaha..
Hari ni rumate tiada. Dia ke kelantan bertemu dengan keluarga buah hatinya. Jadi bilik ni kepunyaan aku. Jujurnya, aku memang mempunyai sikap untuk memiliki. Hari ini aku rasa bebas. Sangat bebas.
Sebenarnya dalam keriuhan aku ingin hidup dengan ramai orang, terdapat juga satu habit untuk aku mengasingkan diri. Aku suka menghabiskan masa untuk diri sendiri. Membelek majalah. Membaca buku. Adakala memandang pemandangan di luar tingkap. Membersihkan diri. Mengemas bilik.
Dan bila 'terasing' sebegini.. selalunya aku ada banyak masa memikirkan akan perihal diri sendiri. Mengenangkan kembali apa yang baik, apa yang tidak baik yang telah aku lakukan masa lampau. Meniup semangat keyakinan untuk mengatasi sikap buruk dan sebagainya.
Percaya atau tidak, dalam banyak-banyak bilik di kampus ini, bilik 114 inilah yang paling aku suka. Ruangnya yang luas, dan tidak terbatas. Tidak terbatas di sini maksudnya aku bebas menyusun-atur perabot mengikut kehendak aku sendiri. Ini berbeza sekali dengan bilik-bilik yang lepas yang perabotnya melekat terus dgn dinding..!
Bila menginap di maktab perguruan ini, janganlah berharap ingin bilik yang moden. Hahaha.. Maktab aku di kampus penang ini merupakan antara maktab perguruan yang tertua di Malaysia. Bangunan kolej ni mungkin dekad setengah abad juga lamanya. Jadi sudah pasti banyak kekurangan di sana-sini.
Tapi aku percaya, semakin lama bangunan itu tercipta, semakin tinggi nilai sentimentalnya. Aku selalu memuji bahawa aku bertuah mendiami maktab kampus penang ini yang sgt unik reka bentuknya dan berada di kaki bukit yang membuatkan tidur pagi aku seringkali aman hingga sukar utk bangun.
Untuk semester terakhir ini, banyak barang-barang telah aku 'pack' kan di dalam kotak agar mudah untuk dibawa pulang nanti. Aku hanya mengeluarkan sedikit barang keperluan selain satu dua hadiah pemberian anak murid sebagai kenangan untuk aku senyum setiap pagi.
Abah aku sering tahu, bahawa aku adalah anaknya yang suka mengemas bilik. Jadi, abah seringkali menilai tingkahlaku aku berdasarkan keadaan bilik. Bila bilik aku bersepah, abah aku menganggap aku sebagai - dalam masalah.
Aku sering teringat teringat kata abah.. "Macam mana bilik kau, macam tu la diri kau yang sebenarnya.." - aku selalu bersetuju dengan cakap-cakap abah ni.. bila aku tergesa-gesa nak ke kuliah, keadaan bilik aku sgt serabut. Bila aku tergesa-gesa menyiapkan tugasan di saat akhir, keadaan bilik aku sangat serabut.
Dalam pengasingan hidup aku sebentar tadi.. aku masih teringat pesanan emak..
" ingat, nak bocinta pun jangan diambik hak oghang... tak baek..!"
Kadang-kadang aku akui pelik, bila pulak mulanya emak risaukan hal-hal berkaitan dengan jodoh aku ni.. ?? Hahaha... Namun aku tak dapat menipu, adakala bila terlalu mengasingkan diri, rasa kebosanan itu akan muncul.. Jadi, nasib baiklah ada penyelamat..
Bila sampai kemuncak kebosanan, ada saja yang sudi nak ajak keluar.. Sapa nak ikut kami g nyanyi-nyanyi..?? g makan roti ?? g minum ice blended ?? g pusing-pusing cari parking ?? g cari cd ?? huhuh.. sapa yang nak, jom ikut kami.. hahaha !!
.
p/s - Bilik orang bujang tak sama cam bilik anak dara k? jadi jgn compare tau !! hahaha.. (buat muka-muka malu..) hehehe.. Credit to photographer - Mat Anih !
.
53 comments:
sesungguhnya diriku amat mencemburui kekemasan di blik cikgu ikhram... T_T tp kat kolej bilik sy paling kemas :)
erk ada patung otromen lah
tak pernah tengok bilik anak teruna kemas macam tuh..hehehehehe...good job,cikgu!!!!
credit gamabar 8. ada kotak saya bagi :) hehehe. btw, cepat amek lesen. nanti boley drive saya pula :) tasabar nak naek vios!
Wah...kemas bilik bujang ni! Kalah anak dara.....(anak dara ckLah lah...heheheh)
Nama tajuk entry tu macam filem seram je.. HAHA
btw, untungla dapat bilik yang luas.. lawa bilik tu.. pandai Am hias.. ;)
MySuaraBlog: Asyik Gay Jer, Lesbian Mana?
fuyoooooooooooooo respek wohhhhhhhh !
Ini bilik lelaki ke perempuan ni? Dahsyat betul siap banyak alat solek tu... huhu.. ;p
K'bersihan dan k'kemasan mencerminkan peribadi.. islam pun suka pd k'bersihan... :-)
lelaki pon boleh kemas bilik! syabas!=)
peh. kemas gila bilik! kalah bilik anak dara >.<
fuyohhh ada ultromenn arr ! xD
meh tolong kmas bilik,,,
kemas blik u.good job.hihi.
kemasnyaaa bilikkk..
btw siapa tu?
ehem3
:P
ni mesti baru lepas kemas kan?? hehe bagus la..rajin2..
kemas bilik ezay gak la sekali..ngeh3
ingat bilik pompuan tadi..hahaha kemas giler...tp perfume tu sama laaa bro....bau kita serupa...haha
boleh buat collection,hehe
tengok bilik ko jer aku dah tau kau memang suka mengemas orangnya.
tapi apsal buku ko sikit sangat?
kemasnya bilik... hehe..pinjam sikat jap.. :P
jam puteh tu cantik
kemasnya....
susun dan teratur...
cemburu....
saya pun sudah jatuh hati dengan lagu nera itu
dulu bilik den time bujang lagi hura hara beb...
kemas je bilik ko.... jeles aku,
nampak garnier!! hahaha
Fuyooo, ada otoromen! hahaha ;)
Fezul Fadhely ; tak perlu cemburu. Bilik saya sama mcm bilik kawan2 yg lain jugak.. lagipun kan bilik anda pun kemas jugak.. hehehe
IMANSHAH : A'ah patung pemberian rakan sekeals masa sambutan hari lahir keals..
aiman fanboy k-pop : ye ker? sebenarnya ada jer yg lagi keams dari bilik saya nie.. huhuh
cha zainol : mestilah best.. kotak macaroon tu ada.. saja simpan.. cantek kot. tanda menghargai..
ckLah : hehehe.. tak baik cikgu, kesian anak dara cikgu.. marah mereka dgn saya nanti..
Zwan sabri ; untung jugak dok bilik nie.. walaupun agak purba sket tp sgt sentimental.. tenang jer .. huhu
Epol si Kunang2 : ni bilik bujang.. alat solek? tak la.. alat penjagaan diri.. yg simple2 jer kot? hahaha
Liana Asif : Setuju. Kebersihan lambang peribadi.
Mia Olive: lelaki hari ni bersihnya kdg2 boleh mengalahkan wanita tau.. huhuhuh
bedpet : kalau bilik bujang mcm ni.. bilik anak dara apatah algi la kan?
sudeh : mesti la ada.. tu sebagai penyelamat.. kalau berlaku apa2 masalah..
aziekz : tukang teman bioleh la.. tukang kemas.. failed kot? hahaha
salwa : tq
chemay : ni bilik saya sudah tentulah kat dalam bilik adanya saya.. hehehe
Ezay Hadry : yup, baru lepas kemas bilik.. bosan hari sabtu tak buat per..
jom, saya tolong.. tolong tgok jer.. hehehe., gurau jer
haraazdani :perfume? pakai body shop jugak ker? hehehe
amir aizat : collection? collection per? hehehe
ghost writer : itu buku2 yg digunakan utk sem ni.. buku yang lain2 dah masuk dalam kotak.. senang nak bawak balik kmpg nnt.
Khairul Antansha : Sikat. pinjam boleh tp nak bgt ak leh. sayang..
sikat ni mak yg belikan.. lagipun sedap guna sikat nie..
Faiz Farish ; ye ker? suke gak jam nie.
Eazy Izzuddin : cemburu ? usahlah.. entah2 bilik kamu jauh lebih kemas..
jom sama2 jatuh cinta dgn lagu nera nie.. hahaha
Papa Mifz : seakrang mesti dah kemas kan.. apatah lagi bila dah ada baby ni.. lagi kemas kan?
delarocha : entah la.. suka pulak kemaskan bilik.. huh!
fana ; meamng suke guna garnier.. sesuai dgn kulit saya.
Muhd Aizie ; yup! ada ultromen.. nak beli satu dinosour lepas ni.. biar dia kawan nak bergaduh.. hahaha
Scya Lollita : wow !! hahaha
peh dia punya bilik, memang tak gaya budak-budak laki bujang. haha
Post a Comment