I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 31, 2010

bila dimana siapa 7

semester 1 yang dah berlalu

jailani, azurin, hanis S., ikhram

zaman muda yang menarik,.. hehe!!
agak2 dalam pic ni sapa yang paling byk berubah??
hahaha..!!

tarikh : tahun 2006
tempat : makmal biologi 1, Inst, P. G. Penang


Ikhlas tapi jauh

tak de duit pun masalah, byk duit pun masalah gak!!! poning kopalo den ni ha!! apapun sojak mondapek duet yg byak nie, kohidupan den bayk yang tak tontu aghah. manokan pulak asyik nak bobolanjo pada yg bukan2 yo.. tgok la hidup tak sampai sominggu, duet den byk habeh boli fastfood yo.. macam mano tak gomok.. gomok ko den ni ha???

Alhamdulillah, syukur pada Allah, dgn rezeki elaun kali ini, aku dapat berkongsi bayk perkara dgn orang2 yg terdekat terutama adik aku, Fatin Munira I. yg telah bayk membantu menyelesaikan masalah kewangan aku dulu. Nasib baik ada adik yang sama tmpat belajar.. ada gak tmpat nak mengadu bile tiba masalah..

Cuma kali ni nafsu bershopping tak byk sgt.. mungkin mood tak datg lagi sebaliknya aku byk membeli peralatan keperluan di bilik. Memeliki kehidupan yang sempurna di bilik adalah kemestian kepada aku. Tak kira la bilik di rumah ke? di hostel ker? semuanya menjadi kepentingan kepada aku. Sebab tu aku jarang berkira kalau nak beli pewangi2 bilik, hiasan2 bilik dan sebagaiNya. Baik aku beli dari mengharapkan maktb menyediakan kemudahan2 ni yang tak tentu bila dapatnya.

Namun ada segelintir manusia yang suka mengambil kesempatan ke atas kelebihan kite.. sikap sebegini tak seharusnya dilakukan walaupun sekadar bergurau. Mungkin pada orang lain bergurau, tp aku memandangnya serius. Pengalaman lampau telah menyedarkan aku.. atas kesilapan sendiri juga mengajar aku supaya tidak menganiaya orang lain. Belajar lah memberikan sesuatu dengan ikhlas, barulah kita akan menerima apa yang diberikan itu dgn ikhlas.. usah mminta2 setelah memberikan sesuatu. Aku teringat apa yang dikatakan oleh cikgu Hayati, guru bahasa melayuku... "kita hendahlah melupakan apa yang telah kite berikan kepada seseorang supaya kita mencuba mengikhlaskan niat kiter itu sebaik mungkin"

Mak pun selalu bercerita tentang hadiah perkahwinannya yang terlalu byk sehinggakan boleh diagih2kan kepada adik beradiknye yang lain. tp bukan itu yang ingin aku ceritakan... mak mengatakan selalunya apa yang kita berikan kepada seseorang tak mungkin kita akan memperolehi balasan dari orang tersebut.. tp mungkin pada orang lain... !! aku sentiasa setuju dgn apa yang emak perkatakan apabila melihat jarang orang yang rapat dgn aku memberikan apa2.. sebaliknye menerima dari orang yang tak aku harapkan.. pengajaran hidup kali ini, ikhlaskanla segalanya.. berusahalah..

Hujung minggu kali ini byk dihabiskan dengan riadah menjamu selera.. hahaha!! apapun bershopping ke Prangin Mall bersama Nadiya k., Farhana Fauzi, Fariezza Rahim dan Jailani T Mohamad.. memang meletihkan!! aku tak beli apapaun melainkan makanan!
Cuma malam sebelum tu jer.. aku bersama Adik, Fatin Munira Ishak dan 4 orang rakannya yang lain ke tesco utk menikmati Pizza Hut.. sesekali berbelanja apa salahnya.. Kadang2 bukan makanan tu yg kite tgok, tp masa yg di luangkan tu yang lebih bernilai utk dikongsi bersama. aku happay makan bersama adik dan junior2.. rasa seperti sebuah keluarga.. makan dan gelak.. ok per!! nyum3x..



Friday, January 29, 2010

Jabatan PJ & Kejohanan sukan.

Minggu ni merupakan minggu Pj la.. letey giler minggu ni walaupun tak payah masuk kuliah petang.. Bayangkan sepatutnya waktu berlapang2 diganti dengan aktiviti padang.. apapun sangat2 seronok bekerjasa sebagai satu pasukan dalam organisasi kelas kami.. caya la kelas aku..


Bukan itu sahaja.. kami sekelas juga turut membantu mengemas dan menyuai padankan jabatan pj dan gerko.. walaupun terdapat sikap pilih kasih, tp kami sekelas tetap buat yang terbaik.. apapun kami dah pun membantu sedaya yg mungkin..!!


p/s - kepada pun nani, kj pj.. terima kasih dengan pemberian buku catatan mktb!!

Thursday, January 28, 2010

Elaun

Pagi2 lagi aku dah dikejutkan rumate, Amir Aminuddin.. siap berbisik ka pangkal telinga.. "ikram ada berita baik.. elaun dah masuk!" aku yang masih lagi mengantuk, bagaikan terkena siren bomba mengatakan ada tsunami sedarnye.. hahahaha.. berita yg mengejutkan!!

Awal semester ni banyak perkara yang menyedarkan aku. Selalunya apabila kita berada dalam kesempitan hidup, baru tubuh dan jiwa kita berjaya mengawal diri. Mengawal kehendak diri, mengawal budi pekerti, mengajar kite erti sabar dan tolenrasi dan sebagainya. Pada aku, waktu yang tersepit ini aku belajar budaya memahami.. budaya berkongsi.. Ish3x.. baru aku nak belajar.. terukkan aku?? tapi tak mengapa, pembelajaran dalam masa terdekat ini memberi pengajaran yang amat bermakna.. Bukan mudah mendengar dari orang lain namun menjadi pakar rujuk kepada seeorang itu mungkin kesukaran yang bermanfaat.

Hari ni mcm2 aktiviti dianjurkan oleh pihak maktb. Bermula dgn penyampaian hadiah prestasi cemerlang kokurikulum sehinggalah pembubaran JPP. Aku memerhati dari jauh.. Entah bla peluang aku untuk berlari dan berjabat tangan menerima penghargaan dari pihak pengarah. dari dulu hanya memerhati. Kadang2 terfikir juga, tiada satukan kelebihan aku yang melayakkan aku setaraf bersama mereka yang tampil di atas pentas itu td?? Sampai sekarang budaya sederhana sebati dgn aku - ada, adalah.. tiada, tiadalah menjadi budaya aku.. Entah bila aku nak ubah.. tp aku percaya suatu hari aku akan tampil juga...!! mudah-mudahan!!

Petang ada pameran minggu penghayatan islam. Berbagai sudut gerai dalam pameran ini yang membentangkan isu-isu semasa berkaitan islam. Secara ringkas.. apa itu islam?? islam itu adalah gaya hidup. Aku pasti ada segelintir antara kita masih bisu bile ditanyakan soalan yg sebegini.. jgn risau, islam adalah agama yang mudah difahami dan mudah diterima. Jadi pameran ini sedikit sebanyak berjaya menerangkan kepada aku tentang isu-isu perkaitan islam dalam segenap aspek secara menyeluruh. Terima kasih kepada gerai pameran ' ANDA BIJAK ?? JAUHI ZINA??' yg pada aku telah berjaya memberi penerangan dengan jelas tntg isu zina dan langkah2 menjauhinya.


petang, terlibat dalam penganjuran pengelolaan sukan bola tampar.. aku anggap pengajuran kelas aku ini berjaya sebabkan kerjasama dari setiap rakan2 sekelas. Alhamdulillah, bersyukur sgt dengan usaha baik kawan2.. kita dah berjaya.. !!

Malam, aku ke queensbay dgn Afiq Ismail, Syafiq Mohd. nor, dan rumate, Amir Aminuddin. Niat aku hanya untuk membeli ampai baju shj.. tapi lain pulak yg aku tambah beli.. pewangi ambi pur, losyen la, sabun badan la.. raga baju la.. mengarut sungguh.. aku terlupa hari ni adalah "NO PLASTIC BAG DAY" jadi beli barang byk2 pun masalah jugak sebab beg plastik tak der.. apa lagi.. masukkan semua barang dalam raga baju.. lepas tu jinjing raga baju dengan afiq.. bayangkan bawak raga baju kat queensbay.. hahaha!! akibat terlambat sampai queensbay.. terpaksa kami berempat makan pizza hut!! kesian kat kami... hua! hua! hua! Nasib baik ada elaun.. huhuhu..~

Tuesday, January 26, 2010

Hujan

Petang tadi hujan lebat. Sepatutnyer ptg tadi kelas aku dah pun memulakan penganjuran kejohanan sukan bola tampar utk memilih wakil maktab bg KAGUM tahun ini. Tapi kite merancang dan Allah SWT menentukan, semuanya tidak dapat dijalankan memandangkan cuaca yg tidak mengizinkan. Petang ini hujan turun dgn lebatnya. Ada rahmat yg tersirat yang kita sendiri tak sedar.
Aku ambik kesempatan ini untuk bermain hujan. Dah lama rasanya aku tak menikmati hujan dengan sebegini cara. Melepaskan diri di balik titisan hujan, bagaikan membenarkan segala kekusutan mengalir keluar. Jujurnya, aku rasa tenang. Tenang yang teramat! Aku dapat perhatikan setiap satu kerunsingan dan kekecewaan keluar dari minda.. hilang! hahaha.. terasa nikmatnya.
Aku teringat peristiwa lampau, peristiwa dua belas tahun yang lepas sewaktu aku, Fatin M. Ishak dan emak menetap sementara di rumah atuk. Hari itu, hujan yang turun menitik begini jugak lah lebatnya. Duduk di atas tembok anjung, membenarkan air mengalir dari atap zink usang ke atas lutut lantas menuruni betis aku yg kecil, seseolah meyegarkan seluruh tubuh.. terasa bagai air bergerak naik mengalir ke atas dada, seterusnya ke kepala. Emak sudah berkali2 mengingatkan kami yang ketika itu masih lagi dua beradik supaya naik ke atas rumah. Tiba2 sahaja aku terasa ingin membelai titisan hujan di tanah lapang laman rumah atuk. Aku memohon pada emak supaya dibenarkan aku bermain hujan.. tapi mak masih lagi dengan kata2nya. Akhirnya aku memandang sepi laman rumah atuk. Awan yang mendung begitu kelam sekali dengan tiupan angin deras yg menggerakan pohon nyiur yang tegap. Tanpa aku sedari, atuk datang menghampiri kami dgn hanya berkain basahan. Atuk tarik tangan aku dan adik, Fatin M. mengarah ke tanah lapang laman rumah. Apa lagi kami bertiga2 bersama2 menjerit kesukaan. Aku lihat pancaran warna gembira pada wajah atuk. Wajah aku jugak. Mungkin nikmatnya bermain hujan pada waktu itu tidak sama pada hari ini.. tp itulah nikmatnya.. menenangkan rasa jiwa..
Malam harinya aku dan Fatin sibuk mencari riba emak untuk aku letakkan beban sakitnya kepala bermain hujan td. Aku mengambil riba kanan emak dan Fatin M. sebaliknya. Atuk aku lihatkan tidur menelentang atas katil kayu di biliknya. Untungnya masa itu, ada emak yang menemani aku yang sakit kepala. Tidak berapa untungnya aku kali ini yang sakit kepala hanya tidur di katil hostel sendiri. Yang jelas, emak tidak memarahi kami sedkit pun pada hari itu.. dan aku pasti mak jugak tidak akan marah aku yang bermain hujan pada hari ini..
itulah cerita hujan aku ...

p/s - terima kasih Aisyatul n. zainol kerana temankan aku bermain hujan!!

Byak sungguh perkara yang berlaku hari ini dan sebelumnya.. rumate aku sudah pun kembali ke maktab petang td, Begitu jugak halnyer dengan presentation terbaik Fariezza Rahim dan Fuad Jahaya dalam subjek education dgn membawakan forum gender yang sungguh unik, kreatif dan berkesan. Seronoknya berada dalam studio buatan sendiri ini, sehinggakan aku tak mahu forum ni berakhir.. huhuhu!!! Teringat keadaan kelas kami hari ini yang sgt2 cantik, ceria dan kemas..!!


Begitu jugak dgn kisah semalam. Aku dapat naik basikal kat mktb.. seronok gak dah lama tak naik basikal sejak ada lesen motor nie. tumpang basikal orang nie!!!


Present english yg sanagt2 simple tp mood lecturer kami tu tak braper bagus la.. Kadg2 aku bukan suka sgt pun perangaiorang2 dlm english department nie.Kalau memuji student sendiri bukan main lagi.. bukan apa jgn la bandingkan kami dengan student2 dari kumpulan yg lain. Kadang2 bukan nak cakap la, student2 dr department tu bukannya baik sgt pun.. depan deprtment diorang baik la, tp mcm2 komplen aku dengar tntg perangai diorang tu yang tak mangikut arus tatasusila pun.. geram bila die kutuk2 kelas aku.. padahal aku rasa berada dalam kelas aku ni adlah yg terbaek..

Monday, January 25, 2010

bila dimana siapa 6

Abg ikhram sayang Dilla

makwe paling cilik yg pernah aku sayangi..
comel, bijak, riang, sexy..
itulah Adilla saya!!

tarikh : 2 januari 2010
tempat: kediaman rasmi en. sahak sekeluarga!!

Sunday, January 24, 2010

Penantian

Hari minggu yang memang mutlak aku rasa. Sepanjang hari berehat di rumah keluarga angkat di Byan Lepas. Memang aku rehat serehat-rehatnya. Aku tak sangka kat Bayan Lepas ada lagi kampung melayu. Ok jer lepak kat sini.. aman dgn budak2 yang silih berganti datang kat umah ni.. penghibur jugak pada aku. memandang mereka mengingatkan aku kepada adik bongsuku, Muhammad Nur Iman.. Entah apa la yg dibuatnya sesorang kat rumah..

Teringat semalam, separuh hari kehidupan aku terseksa. Kami semua satu kelas tlh dikerah melakukan kerja2 pengelolaan sukan spt masak air & gula, buat garisan pada gelanggang, bersihkan gelanggang dan sbgnya. Aku, Nadiya Khalik, Nurizma Juhar dan Fariezza Rahim adlh antara orang2 terpilih yang layak diberi tugas menyapu dan membersihkan gelanggang. Kita orang ni dah macam ninja turtle pun ada gak bila dibekalkan uniform yg sgt2 special.. tu trade mark kami!! hahaha.. tapi sekali pandang ada gak rupa cam kisah 1001 malam.. hahahaha!! jgn main2 dgn kitaorang,. Ingat ABP jer ada tema 1001 mlm.. kitaorang yang tugasnya menyapu ni pun ada tema gak tau!!

kisah 1001 pagi.. !!

Ini lah kegiatan aku dan kawan2 sepanjang waktu pendidikan jasmani yang menyeksakan.


Aku anggap semuanye selesai bile kami dihidangkan air oren dan kuih cekodok sebagai pengakhiran semua ini.. aku pun balik la dgn hati yang tenang!!

Friday, January 22, 2010

Letih

Hari ni jadual padat mengalahkan seorang menteri pulak rasanya. Akibat menyiapkan keje practical report 1 - oxidation and reduction semalam... aku terpaksa menahan mata dan tidur hanya tak sampai 2 jam. Lepas tu, terpaksa bangun untuk kelas Energetic In Chemistry bersama madam Tan S. K. Kadang2 aku pelik jugak la, kenapa pensyarah kat maktab aku ni tak pernah letih2 nak adakan kuliah.. siap nak tambah kuliah, gantikan hari yang dah memang cuti.. sedangkan aku, kalau boleh nak rehat, nak rehat, nak rehat, nak rehat lagi.. letih sgt2!!

Kuliah pagi ini, kami telah menjalankan PCK 2 berkaitan conductor and insulator antara air dan aluminium. Namun eksperiment ni tak dpt dijalankan memandangkan transformer yg ada kebanyakkannya tak boleh guna. Penyudahnyer Madam Tan S. K. juga yg tolong buatkan.. kami jd tukang tgok jer. Semua kumpulan terpaksa amik Kumpulan Izma punya result.. Lepas habis eksperiment, Mdm Tan suruh pegi library, tp bijaknyer kitaorang ni, satu kelas pegi makan kat kafe Recsam. Bab2 'mengelat' ni mmg aku bangga dengan budak sekelas aku.. sebab kitaorang memang sepakat. Sepakat membawa berkat. Entah macam mana, tgah sedap2 makan, tetiba die datang kat kafe.. hahahaha..!! kantoi..!! tp kami teruskan jer makan..!!


Untuk masa free sejam.. aku dan kawan2 telah putuskan untuk ke library. Kat sini aku byk habiskan masa dengan junior2 aku. Berbual bersama Fazana Kamaruddin, Hikri, Daim Shamsudin, Zainel N. dan lain2. Lama jugak rasanya aku tak berbual bersama hikri yg dulu pernah duduk sebelah bilik dgn aku di Blok Pinang. Aku rapat dengan dia sehinggakan aku menganggap die seperti adik aku sendiri. Sejak berpindah ke blok Amra, aku jrang2 lagi berbual melainkan apabila sama2 makan di Kafe Maktb.. leka berbual dgn adik2 junior sampai tak sedar kawan2 sekelas aku dah tinggal aku untuk ke makmak B1.


Masa aku nak ke makmal, nak turun tangga antara library ke makmal, aku pelik bila semua budak kelas aku berkerumun kat sana. Masa tu aku jalan beriring dgn Hikri. Kami sama2 tercengang. Bila dah dekat ke anak tangga bawah, baru aku perasan yang Aisyatul N. Zainol tengah nangis2. Bila aku tanya sorang demi sorang baru aku tau kaki die yg tersedia terseliuh tu terjatuh dari anak tangga yang kami lalui td. Apalagi, aku dan Ashyfida Basrowi bergegas ke HEP untuk panggil pensyarah bertugas. Apapun, masa tgah sibuk2 tu.. akhirnya Puan Hariton menyuruh kami menghubungi ambulans. Inilah kali pertama aku berurusan dgn pihak ambulans. Memang nervous.. tp aku niat blaja jer..!! bila masa lagi nak try.. bukan slalu dpt call ambulans. Lepas tu kami semua diminta masuk ke makmal B1 dan salah seorang dari kami menemani Aisyahtul N menunggu ambulans.. tak silap aku Nadiya Khalik kot??

Hari ni kuliah Earth & Space tak blaja sgt cuma menyentuh tentang theory berkaitan pembentukan bintang dan planet. Mengikut teori Nebula, pembentukan bintang adalah terdiri daripada gas dan debu. Kamu pulang 15 minit lebih awal.. !!

Aku amik peluang untuk berbaring2 masa ni. Letihnya aku ni hanya tuhan saja yanag tahu. Sakit belakang pulak makin menjadi-jadi. Aku pun tak tau mana silapnya. Dalam pukul 1.20 aku tumpang Fadhli Daud untuk ke masjid menunaikan solat jumaat. Kali ni keadaan kami kucar kacir sgt.. sebab nak cepat memandangkan kami perlu ada kat Jabatan Sains untuk menghadiri lawatan ke Jabatan Meteorlogi Pulau Pinang di Bayan Lepas. Punya la nak cepat sampaikan aku hampir nak tergolek tak sempat masuk dalam kereta, kereta Fadhli dah jalan..!! Tanda2 awal maut nak datg!!

Petang ni kami akan ke Jabatan Meteorlogy bg memenuhi kehendak kurikulum science- Earth & Space. Lawatan kali ni bertujuan memahami tujuan mengapa adanya jabatan Meteorlogi ini dan apakah perkhidmatan yang dijalankan disamping mengetahui perkara2 yg berkaitan dgn cuaca. Jabatan ini amat penting untuk pelbagai sektor seperti pertanian, perlancongan, penerbangan, formula 1, majlis2 besar negara, perikanan, seismology seperti mengesan tsunami dan gempa bumi dan sebagainya. Sebelum ini Jabatan Meteorlogi ini lebih dikenali sebagai Jabatan Kaji Cuaca. Namun atas skop perkhidmatan yg meluas, nama jabatan ini telah ditukar. Menerusi lawatan ini kami diperkenalkan dengan belon kaji cuaca yang bertujuan untuk mengesan arah tiupan dan kelajuan angin. Ia akan dilepaskan pada jam lapan pagi sama seperti masa di London. Bayangkan, negara kite telah membelanjakan sebanyak RM4000 bg setiap satu belon yg dilepaskan!! Bukan itu sahaja kami juga telah dibawa ke Stesen Meteorlogi yang terdapat berbagai-bagai alatan khusus untuk mengkaji cuaca seperti menyukat kuantiti air, keamatan cahaya, suhu maksimum dan minimum, arah dan kelajuan air, kadar sejatan air dan sebagainya. Jadi jabatan meteorlogi ini sngt penting kepada negara.


Tak sempat letih nak hilang.., malamnyer pulak terpaksa bergegas ke Jabatan Sains (makmal K1). Ada program Malam Pencerapan Bintang. Aku tak rasa aku sesuai dalam bidang kajian bintang ni. Sebab masa penerangan oleh Dr Lim, aku mcm blur2 jer.. terpaksa tnya Fariezza Rahim byk2 kali..!! Apapun byk gak info yang aku dpat selain belajar mencerap bintang menggunakan kertas Star Chart yang disediakan. Untuk pengetahuan, kita telah bergerak selaju 150000 km sejam setiap hari. Namun disebabkan bumi yang kita duduki ini terlalu besar, kita tidak menyedarinya. Sekiranya sesuatu berlaku ke atas bumi seperti bumi berlanggar dgn planet2 yang berdekatan, mungkin kesannya agak menakutkan. Pergerakan kita di atas bumi boleh kita umpamakan seperti kita sedang menaiki kapal cruise yang besar. Apabila kita di dalam nya kita takkan rasa kita bergerak.. tapi apakah terjadi kepada kita sekiranya kapal cruise yg kita naiki ini terlanggar bongkah ais di lautan..?? kesannya pasti menakutkan seperti dalam filem Titanic..

Balik aku singgah ke kafe untuk beli minuman. Malam ni panas betul. Terkejut aku bile terserempak dgn Fatin Munira Ishak..Sampai bilik, terdengar Fariz panggil nama aku. Bilik die terkunci dan kunci ada dalam bilik. Terpaksa la mengait kunci dalam bilik die sendiri. hahaha.. nasib baik dapat balik semula kunci tu!! hahaha..

p/s - tolong ar kurangkan jadual aku nie!!!