I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

Permainya Hidup Ini


Cuti di hujung minggu..
waktu yang terbaik untuk berehat..
setelah sepanjang minggu mengejar dan dikejar kesibukan..
.
dan suasana yang indah itu
bukan hiruk pikuk kota yang aku idamkan..
tapi kedamaian alam ciptaan tuhan
kepermaian desa jauh suci dari pencemaran..
.
hati berkocak riang
seriang beburung di langit..
bebas menatapi warna alam
langit yang membiru
dan hijaunya rimbunan pepohon yang melambai-lambai..
.
kesibukan itu pasti akan kian menular
kejam dan diktator !!
terus menusuk ke dalam minda dan keringat.
lalu pasti merebak
bermula dari saat ini terus ke hari esok dan keesokan harinya..
tanpa mengira wajah jemu aku..
yang sangat menjemukan..
.
adakala
mahu saja aku hentikan masa
dari terus berlalu..
namun seperti tali air di hadapan aku tadi,
siapalah yang mampu hentikan dari mengalir..
begitulah waktu..
tapi aku percaya semuanya ada pada kekuasaan tuhanku..
hanya dia yang mampu..
andai tidak dibiarkan waktu terhenti..
aku pohon ringankanlah bebanan yang aku tanggung ini..
amin.
ya rabbal a'lamin.
.

Saturday, February 26, 2011

Pemikiran Lelaki 23 Tahun


Sebagai seorang lelaki, apa yang mereka mahu.. Hari ini aku bertanya diri aku.. apa yang aku mahu dalam hidup aku setelah aku menjengah ke usia 23 tahun ini..?? Pada aku, usia ini bukanlah terlalu tua untuk memikirkan tentang banyak perkara serius.. tapi kalau dulu-dulu, lelaki berumur 23 tahun seperti aku ini dah boleh ber-anak 2 atau 3 orang..
.
Hari ini aku keluar bersiar-siar ke shopping complex. Secara jujurnya, hari ini aku keluar bersama kawan-kawan, namun yang jelas aku tetap merasakan diri aku berseorangan. Ada banyak perkara hari ini yang aku kaji tentang pemikiran aku terhadap persekitan.. Jom kita baca apa yang menarik perhatian aku hari ini sebagai lelaki berusia 23 tahun :
  • Aku suka melihat kanak-kanak dan bayi terutama mereka yang berada di dalam kereta sorong mahupun yang berpegangan tangan dengan ayah mereka. Aku sebenarnya sudah bersedia untuk berdampingan dengan kanak-kanak dan merasakan anak adalah satu anugerah dan keperluan hidup. Insyaallah.
  • Aku kurang gemarkan bau-bauan wanita yang keterlaluan kerana bagi aku bau-bauan seperti itu akan bertukar menjadi bau tengik dan meningkatkan kadar pertumbuhan usia wanita. Serius, aku terasa seperti loya dan ingin muntah apabila bersebelahan dengan seorang wanita ketika menonton wayang tadi.. bau perfumenya terlalu 'tua' dan ada masa aku terpaksa menghirup nafas ke arah orang di sebelah yang berasingan dari wanita tersebut. Wanita sememangnya memerlukan penjagaan diri yang baik dan sesuai dengan umur.
  • Pemakaian kasut tinggi oleh wanita sangat menarik perhatian kaum lelaki terutama kasut berjenis baji dan bertumit runcing. Namun elakkan dari memakai kasut dari jenis baji yang longgar kerana ia memperlihatkan anda seolah-olah mengheret kasut baji anda itu. Kami orang lelaki ini lebih memahami penderitaan anda untuk kelihatan cantik biarpun anda kaum wanita nampak seperti redha dengan situasi seperti ini.
  • Wanita lebih baik membawa anak-anak ke gedung buku dari membiarkan mereka bersama suami menunggu kamu yang dewasa memilih pakaian. Hal ini kerana lelaki mampu melayan semua soalan dari anak-anak tetapi bukan soalan yang terlalu berulang-ulang dan rengekan kerana menunggu. Kalau aku pun tak sanggup dengan anak yang mahu macam-macam sedangkan anak-anak lebih mendengar arahan dari emaknya.
  • Adakala pasangan yang berumur kelihatan manis bila berjalan bepegangan tangan sewaktu bersiar-siar di shopping complex. Hal ini selain boleh menjimatkan wang, ia mampu menjimatkan masa. Tak percaya? cubalah nanti..
  • Aku gemar melihat wanita. Wanita yang berjalan seorang diri dengan selendang dan cermin mata hitam yang menutup sebahagian besar wajah mereka. Terselit beg tangan vintage berwarna coklat dan di tangan mereka terdapat senaskah majalah. Bagi aku itulah wanita independent pilihan aku yang sesuai untuk dihabiskan masa bersama.
  • Apa kelebihannya menonton wayang tanpa orang dikenali di sekeliling?? Jawapannya, jeritlah sekuat mana dan ketawalah seriang manapun, tidak akan ada orang yang akan menegur perbuatan anda melainkan pandangan kurang senang sahaja. Macam aku tadi.. orang atas hanya tendang2 kerusi aku jer.. nak suruh aku diam la tu.. tapi maaf.. hak semua orang sama.. hak berperasaan dan beremosi. Fullstop!!
  • Hidup sebagai seorang yang tidak mempunyai kekasih memang sunyi namun kesunyian itu memberikan anda waktu untuk mengenali diri anda sendiri dan menyebabkan anda lebih positif. Sekadar menyedapkan hati sedangkan lelaki pada usia aku ini mengharapkan adanya teman disisi yang boleh mendengar dan berkongsi hobi yang sama. Adakala mempunyai kekasih buat lelaki tampil hebat.
  • Pada usia 23 tahun tiada fesyen yang menarik minat kebanyakan lelaki melainkan pakaian yang kosong tidak bercorak serta warnanya tidak serancak dahulu. Mungkin pada ketika ini warna pakaian mereka lebih terarah kepada warna biru navy, kelabu pudar , putih dan hitam. Aku berpendapat, lelaki yang mahu tampak matang bukanlah dengan menonjolkan diri sebaliknya mempunyai peribadi yang tenang dan 'tersendiri'.
  • Dan lelaki berumur 23 tahun dan ke atas lebih gemar membaca majalah namun untuk membelinya adalah perkara yang tidak dingini sama sekali. Hal ini kerana, ada banyak perkara yang perlu menjadi rujukan selain majalah. Mempunyai gajet dan kereta yang canggih adalah keutamaan berbanding majalah yang tidak punya nilai apa-apa di mata lelaki lain.

Itu sahaja pandangan aku terhadap persekitaran setakat usia 23 tahun ini. Sedikit sahaja.. maklum sajalah itu sahaja yang aku perhatikan ketika berada di shopping complex. Usia 23 tahun ini aku tetap melangkah sendiri.. ada waktunya aku lelah dan tidak mahu sendiri lagi. Kalau ada jodoh kali ini aku akan terima dan tidak mahu tapi-tapi lagi.. Terdesak ?? Belum lagi.. masih boleh membuat pilihan..

.

Tak Suke Tak Mengapa..


hahaha..
jarang nak tunjuk muka-muka hodoh kami adik beradik macam ni..
tp sesekali..
ok jugak lah.. hahaha..
walauapapun
kalau tak suka tak mengapa..
sebab perut dah kenyang
makan mc donald tadi !!
hahahaha..
.
p/s - malam ini saya bebas dari menjadi 'sir ikhram'... nak jadi abang ikhram pulak sekejap !!
.

Thursday, February 24, 2011

Aku Dulu Pernah Merasainya..


Hari ini pada waktu rehat..
aku sendiri musykil..
kenapa kelas di sebelah bilikku riuhnya umpama waktu pendidikan jasmani..
hahaha..
tidak laparkah mereka..??
aku bertanya kepada diri sendiri..
sebelum aku sempat menjengah ke kelas mereka..
..
kelas 4 idaman
kelas yang menjadi idaman semua orang.. hehehe..
aku lihat mereka gembira
berlari-lari di dalam kelas..
berhibur dengan cara mereka sendiri..
dan yang menarik perhatian aku..
mereka riuh sedang bermain 'bola sepak meja'..
..
apakah itu 'bola sepak meja' ??
teringat sewaktu aku di darjah tiga..
kertas buku latihan sengaja aku gunting..
kemudian aku lipat-lipatkan..
umpana daun terup terlipat dua..
dan kertas itu umpama pemain bola sepak..
siap aku tuliskan no jersi dan nama..
kemudian aku sediakan gol dan gawangnya..
aku koyakkan seluas kecil kertas,
lalu aku gulung-gulungkan menjadi sebiji bola kecil..
dan itulah bola untuk perlawanan 'bola sepak meja' ini..
..
permainannya mudah..
perlu memasukkan bola kecil itu ke gawang lawan..
dengan cara menepuk kertas yang menjadi pemain dalam perlawan itu..
kemudian aku dan kawan-kawan
ghairah menepuk-nepuk kertas pemain itu..
dan yang hanya kedengaran jelas adalah bunyi ketukan meja..
yang bertubi-tubi..
hingar dan bising dibuatnya..
..
dan hari ini
kenangan itu terimbas kembali..
anak-anak muridku pula yang mengingatkan aku pada kenangan lama..
kenangan saat-saat aku masih di bangku sekolah
yang ada pada waktu itu hanyalah fikiran yang mengejar keseronokkan..
dan kenangan itu tidak mungkin akan aku lupa..
mahu ataupun tidak
aku terus saja menyertai mereka untuk bermain..
kerana aku betul-betul rindukan kenangan itu..
mereka yang tadi bising..
kini sama-sama bersorak melihat aku bermain..
berlawan dengan rakan kelas mereka..
namun yang ada di benakku
aku teringat bagaimana aku melawan rakanku bermain ..
..
pada masa itu
aku tidak halang mereka bermain
kerana itu waktu rehat mereka
biarkan mereka berseronok untuk seketika..
dan aku fahami sedikit perasaan mereka itu..
kerana..
aku dulu pernah merasainya..
..
.
p/s - sewaktu aku menulis entry ini, hati aku dihambat rindu.. rindu untuk kembali ke masa silam.. ke zaman kanak-kanak persekolahan.. kalau ada air mata yang menitis.. itu adalah air mata kerinduan.. rindu pada destinasi yang jauh.. yang tak mungkin akan aku sampai..!!

Wednesday, February 23, 2011

P.S. I Love You..


Aku juga manusia biasa..
apa kata sesekali kita lari sikit dari dunia aku yang streotaip..
..
Aku menonton P.S. I Love You ..
Secara jujur aku gemarkan filem romantik Inggeris dan Eropah..
yang menggambarkan imaginasi romantika yang sebenar-benarnya..
dan kisah ini
berjaya mengembalikan mood percintaan aku yang lepas..
..
dan jikalau aku masih lagi melangkah sendiri
berilah aku waktu..
kerana bercinta itu
menjadikan aku seperti ini..
..
p/s - you guess what ?? hahaha..
.

Monday, February 21, 2011

Keletihan yang Merimaskan


bila melihat gambar di atas
hati aku dibuai ketenangan..
itulah satu sudut bacaan di sekolah aku..
ketika waktu rehat dipenuhi murid-murid yang banyak sungguh ragamnya..
..
namun ketika waktu persekolahan sedang berjalan
sunyinya sudut itu..
sesunyi ruang di lubuk hati aku ini..
..
tahukah pembaca sekalian
betapa keletihan yang bermaharajalela di sanubari ini..
bagaikan tidak pernah memberi peluang untuk aku melepaskan lelah..
dan saat ini tubuh dan akal bermandikan keringat..
tidur malam yang tidak menentu..
kalau dibiarkan berlarutan
mahu jua umurku pendek sependek uban yang memenuhi kepala..
dan aku masih lagi keletihan..
kelelahan yang berpanjangan..
..
kepada anak-anak muridku
semoga anda semua mampu menjawab ujian pada hari esok...
cikgu halalkan segala ilmu cikgu..
biarpun sedikit, insyallah terselit sejuta keberkatan..
insyaallah..
ada jalannya
..

Sunday, February 20, 2011

Kenyang Sungguh-sungguh Di Seoul Garden.


Rezeki Allah kepada kita..
Itu adalah ketentuannya..
dan hari ini Allah kurniakan kepada aku..
rezeki yang melimpah-limpah banyaknya..
sehinggakan aku menjadi terlalu puas..
puas menikmati juadah makanan yang tidak terhingga..
..
Sempena weekend pulang ke maktab..
aku dan kawan-kawan
makan secara berterusan selama hampir 4 jam..
memang mencabar..
ambil sahaja yang kita mahu di depan mata..
tanpa berfikir tentang ongkosnya berapa..
aku sedar,
hari tu aku terlalu banyak memakan protein..
dan
aiskrim vanila
yang dicampur buah-buahan seperti pirch dan jambu batu dan epal
dengan secedok besar campuran jagung dalam tin
serta kacang kisar yang sangat sedap..
itulah kegemaran aku di restaurant Seoul Garden.
..
Kami belajar menggoreng makanan yang mahu dimakan
menghirup kuah sup yang sedia mendidih..
kami celupkan apa sahaja haiwan laut di kawah kecil sup di tengah..
dan dalam hati kami berlagu riang..
kerrana perut kenyang hati pun senang..
..
sebelum berlepas keluar dari restaurant syurga makanan itu
aku meraba-raba perut..
perutku naik sedikit..
aku mengah
namun dalam hati, aku tetap jua bersyukur..
kerana rezeki yang melimpah itu dikurniakan kepada aku..
terasa insaf buat seketika..
makan biarlah bersederhana..
jika terlebih,
nikmat mungkin boleh menjadi derita..
aku meraba perut sekali lagi..
...

Saturday, February 19, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Kita suka bila hari lahir kita disambut meriah..
Begitu jugaklah kegemaran kita meraikan hari lahir seseorang..
Sayangnya mak ayah kita kepada kita,
sehinggakan hari lahir kita disambut mereka dengan gilang gemilang..
.
dan begitulah analoginya..
rasulullah itu..
kekasih Allah, tuhan kita yang Maha Satu..
berhaklah kita meraikan keputeraannya melebihi kecintaan kita kepada diri kita sendiri..
meraikan dengan perarakan mendendangkan selawat itu tidak cukup
sekiranya dakwah dan ingatan baginda kita pandang enteng..
pandang sebelah mata pun tidak sudi.
..
kali ini
merupakan kali ketiga aku menyambut maulidur rasul dengan gelaran guru..
pertama
tahun 2006 - sewaktu menjadi guru sementara di SK Nyatoh.
kedua
tahun 2009- sewaktu menjalani PBS di SK Seremban Jaya
ketiga
tahun 2011 - sewaktu menjalani praktikum ketiga di SK Genting
ketiga-tiga pengalaman ini semuanya indah-indah belaka..
biarpun tema dan tempatnya berbeza berbeza..
..
sebagai salah seorang daripada warga sekolah
aku tidak mahu ketinggalan dalam meraikan sambutan yang meriah seperti ini..
aku mahu juga gembira meraikannya dengan mengenakan pakaian yang cantik-cantik..
bagaimana terujanya anak-anak murid bergaya sakan..
begitulah juga dengan aku..
tidak dapat tidak, keseronokan ini telah pun menjadi budaya kepada diri
sejak dari bangku sekolah lagi..
dan usaha murni ini sememangnya baik..
..
secara jujurnya
program-program seperti ini adalah baik..
dan wajar dianjurkan setiap tahun..
tanpa kesedaran sebegini,
anak-anak muda bakal hilang ingatan mereka daripada keindahan beragama
dan jangan pelik..
pabila besar nanti
ada di antara belia kita..
nama datuk nabi pun tidak tahu.. ?
nama ayahanda dan bonda nabi juga tidak pernah nak ingat ?
Isteri pertama nabi juga tidak tahu?
dan yang paling kita takutkan..
jangan akan ada suatu hari nanti
nama nabi sendiri pun ada yang tidak tahu..
jikalau andaian ini benar-benar berlaku..
ketika itu nasi telahpun menjadi bubur..
..

Thursday, February 17, 2011

Saya Sayang Keluarga Saya


Bila berjauhan
aku rindukan keluarga aku..
tentang abah yang banyak berjasa
pada emak yang banyak berkorban
untuk adik fatin yang selalu disisi
juga untuk adik iman yang sentiasa menghiburkan..
tiada apa yang paling berharga
daripada senyum tawa kita semua..
kebahagiaan yang kita pupuk sejak zaman berzaman,
sebenarnya sangat-sangat bernilai..
dan bermakna..
tanpa mereka aku pasti..
kehidupan aku tidak akan baik seperti hari ini..
..
harta dunia tidak mampu membeli kebahagiaan aku ini
kebahagiaan memiliki keluarga yang seharmoni ini..
biarlah dugaan dunia menghempas..
gelora badai menggundah gelana dunia..
biarpun harta benda dirampas..
dibelot dan dipermainkan manusia dajal..
itu semua duniawi..
tidak sedikitpun mengurangkan cebisan kasih sayang ini..
tidak sedikitpun mencacatkan kepercayaan kami sekeluarga..
sebaliknya menguatkan lagi hubungan ini..
..
tanpa keluarga
aku tidak mungkin setabah ini..
kerana emak dan abah mendidik aku..
agar menjadi manusia yang baik..
yang tidak pernah dengkikan kesenangan orang lain..
yang mendorong kepada kejayaan orang lain..
yang membantu orang setiap masa..
dan menghargai manusia lain...
agar biar campak ke laut, menjadi pulau..
itulah hasil didikan dari keluarga bahagia..
..
orang yang tamak harta dunia..
keluarganya tidak pernah bahagia..
percayalah kata-kata aku ini
dan renung-renungkanlah..
..
p/s - siapa tergigit cili dia terasa pedas.. jangan sampai 'terprint' pulak entry ini utk pedoman diri sendiri.. (ini utk orang yang tamakkan harta dunia dan sanggup belot pada janji2nya).. insaflah... !!
.

Wednesday, February 16, 2011

Bakal Wajah Mereka


Merekalah wajah-wajah
yang bertuah untuk aku temui..
bila bercakap tentang cita-cita..
semuanya ada dalam imaginasi mereka..
dunia kanak-kanak yang luas tanpa batasan..
tanpa penghalang..
dan realiti dunia sebenar..
semuanya perlu bersaing hebat..
andai leka dengan dunia sendiri..
tercicir juga dalam dunia sendiri..
..
topi itu milik aku..
aku kongsikan bersama mereka..
kerana dari kaca mata mereka
aku tahu mereka ingin sekali merasai memakai topiku itu..
pendapat mereka
topiku itu hebat gayanya..
sekali pandang umpama gaya juruterbang..
dua kali pandang bak lagak seorang pegawai tentera, polis dan bomba..
dan semua itu menarik hati mereka..
..
mereka mempunyai cita-cita besar..
ingin membantu membangunkan negara..
al-maklum sajalah mahu jadi orang yang berguna..
dan tanpa sedar..
aku adalah salah seorang pencoraknya..
bertuahnya aku dikurniakan peluang sebegini..
..
dan hari ini
aku ke sekolah dengan uniform lengkap PBSM..
dari guru penolong kanan yang menegur awal-awal pagi..
sehinggalah guru-guru..
kemudian murid-murid yang tidak sudah2 bertanya..
sampailah ke makcik-makcik pengusaha kantin yang mengusik dan bertanya..
hehehe..
kadang-kadang kalau jadi lain dari yang lain apa salahnya..
itulah alkisah
cikgu ikhram dan uniform PBSMnya.. hehehe..
..

Tuesday, February 15, 2011

Sehari Sebelum Cuti Maulidur Rasul


Sehari sebelum cuti maulidur rasul..
Aku perlu mengajar pelajar tahun lima..
Science - Food Chain.
Aku rasa tajuk ini menarik untuk diajar..
dan pendekatan aktiviti berkumpulan sememangnya menarik..
semua pelajar dapat memberikan idea mereka masing-masing..
dan suasana kelas nampaknya hidup..
aku berasa gembira mengajar tajuk ini
dan segala persiapan aku sepanjang malam dan awal pagi sebelumnya..
tidak sia-sia.. sebaliknya bermanfaat kepada semua..
Alhamdulillah..
..
Selepas penat mengajar
aku mencuri-curi pandang apa yang ada di kantin..
nampaknya ada guru-guru
dan ustazah-ustazah
sedang sibuk menyiapkan peragaan pasukan perarakan
maulidur rasul peringkat daerah..
siapa ckp guru tak boleh jadi designer..??
hahaha..
guru pun kreatif jugak bak rizalman ibrahim.. hehehe..!!
aku..
asalnya hanya memerhati
kemudian menyibuk pula membuat bunga manggar..
nasib baik menjadi..
..
tamat persekolahan
tergopoh-gopoh bergerak ke maktab bertemu pensyarah..
kemudiannya
singgah ke kedai bahan bantu mengajar..
berhabis masa dan wang di sana,
singgah ke queensball mall
saje2 berjalan..
membaca apa-apa di gedung Borders
dari makan yogurt J co,
kami ke gerai sandwich Subway..
dah kenyang semua orang
baru kami balik ke bilik hostel..
..
dan selepas itu..
tiada apa lagi yang berdetik dalam ingatan..
melainkan ingin bernafas sahaja dengan sempurna..
aku umpama manusia yang tiada bernyawa lagi..
segala kudrat dikerah atmosfera..
dan yg tinggal
hanyalah tenaga untuk aku bermimpi..
mimpi yang indah-indah..
sebelum mengajar 3 kelas lg pada lusanya..
.
..

Sunday, February 13, 2011

Berhujung Minggu


Setelah lima hari di tempat orang..
hujung minggu ini aku kembali ke maktab..
untuk berhujung minggu..
manakan boleh aku lupakan kehidupan aku di maktab tercinta..
..
seronok dan puas rasanya hati aku..
bila bertemu dan menghabiskan masa dengan adik perempuan aku, si fatin..
sepanjang malam keluar dan makan mcd bersama !!
bercerita dan berketawa..
kah! kah! kah!
serta menghabiskan byk masa bersama kawan rapat, Afiq Ismail..
membeli belah sedikit utk keperluan diri..
dan melempiaskan rindu terhadap bilik aku..
yang dijaga baik oleh teman sebilik..
terima kasih amir aminuddin..
..
dan hujung minggu ni
sangat bererti sebenarnya..
.
dan abdullah, adikku..
jagalah kakak fatinmu elok2.. !!
seperti kakakmu sendiri..
.
.

Saturday, February 12, 2011

Sandwich In The Class


Pagi-pagi lagi..
sampai saja sekolah sudah pun ke kantin sekolah..
berjalan pergi meminjam pisau..
seluruh isi sekolah memandang aku dan sebilah pisau
mungkin di benak fikiran mereka..
"Apalah yang nak dibuat Cikgu Ikhram dengan pisau nie?"
mana yang berani bertanya..
aku jawab selamba..
"saya nak pergi sunatkan mana-mana budak yang tak bersunat lagi.."
mereka mendengar dengan ketawa kecil saja
.
bila aku pergi membasuh salad di paip tepi dinding sekolah ..
seluruh budak darjah 2 dan 3 memerhati perbuatan aku..
mereka bertanya sesama sendiri..
??
apabila menjadi guru
setiap perbuatan kita akan menjadi tanda tanya kepada murid-murid..
semua yang ada pada kita.. diperhatikan oleh mereka..
kita ini bak lagak seorang artis terkenal yang menjadi buruan manusia..
..
pagi ini
aku mengajar subjek English bagi Tahun 4..
'Healthy Food' topiknya..
jadi perlulah aku mencungkil idea mereka dengan memberi rasa
sepotong sandwich hasil dari air tangan guru-guru mereka..
yakni rakan seperjuangan seperguruan aku..
sedap, kata mereka..
sedap jualah kata aku..
inilah bahan maujud yang aku perlukan
bagi merangsang mereka memberikan idea,
untuk mengenal rasa apa-apa yang aku letakkan dalam sandwich ini..
usaha aku ternyata tidak sia-sia..
selain mereka berani melontarkan idea..
hubungan guru-murid dpt jua ditingkatkan..
murid gembira.. aku juga gembira..!!
.
terima kasih
sir akashah
teacher zuliyana hassan
teacher ying ying
cikgu fuad jahaya
dan akak aya, pengusaha kantin di sekolah kami
kerana telah menjayakan
set induksi pengajaran saya hari ini..
..
untuk semester ini
saya perlukan sedikit perubahan pada diri saya..
biarlah sedikit daripada tiada langsung..
.

Wednesday, February 9, 2011

Scrabble


English ??!!
hahaha...
..
adakalanya tidak salah jika seseorang guru itu mahu beriadah bersama murid-muridnya
sekiranya itu mampu menggalakkan kepada perkembangan potensi murid-murid..
jadi aktiviti scrabble td membuktikan..
situasi di atas itu benar-benar berjaya..
english yg susah kepada murid-murid dan juga aku..
kini menjadi mudah dengan kehadiran minat yang hadir tiba-tiba..
dan kami benar-benar seronok..
..
teringat dialog ni sepanjang aku berada di sekolah pagi tadi..
buat pengetahuan semua, kali ini aku akan mengajar english language bg tahun 4..
subject yg sering aku nafikan hak-haknya..
..
( situasi di dalam kelas pagi ini..aku menyoal di hadapan kelas.. )
.
"As usual, what do you use to make a sandwich ?"
.
dengarlah jawapan dari mereka..
"salad"
"sardine"
"tuna"
"cheese"
"egg"
"butter"
.
"daging"
.
"daging ?? sorry.. in english please ?"
.
"hmm.... cow !!"
.
"What ??!! Cow... Lembu dalam sandwich ??"
.
hehehe.. serius..!! aku tak dapat lupa dialog ni hari ini..
aku faham yang dimaksudkan murid aku tu adalah daging lembu..
tp asing sgt bila nak sebut daging lembu as cow sahaja ??
hehehe..
Kadang-kadang murid-murid kita ni ada idea tentang sesuatu
tp masalah komunikasi selalu menjadikan idea mereka tidak sepertinya..
.
p/s - kenapa la sem ni aku dapat kelab persatuan yang aku tak suka yer..?? Persatuan b. inggeris dan kelab bola sepak ?? kalau budak2 kelas dengar mesti akan minta aku ulang kenyataan ni semula.. tp mana kita tahu.., ntah2 seronok pulak ker?? hehehe... positive tu penting..!!
.