I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 21, 2013

Berpuasa.


Syukur Alhamdulillah. Dapat menjejaki bulan Ramadhan semula, bulan yang penuh dengan keberkatan. Sudah pasti berpuasa sangat memberi manfaat kepada diri secara peribadi.
Tahun ni, berpuasa sangat memberi keinsafan kepada diri. 

Walaupun berpuasa, kewajipan seharian seperti mendidik anak bangsa dijalankan seperti biasa. Dalam kesibukan jadual diri, sempat juga menghadiri mesyuarat di putrajaya. Bertemu dengan kawan-kawan seperjuangan dari lain-lain sekolah, sangat menggembirakan. Sibuk menyiapkan dokumen standard kurikulum hingga terlupa masa berlalu dengan pantas.

Cuma beza tahun ini, keghairahan menyambut lebaran seakan kurang sengatnya. Mungkin masih awal lagi. Ataupun ketiadaan arwah atuk meninggalkan kesan yang mendalam. Ataupun kesibukan menjalankan tugas. Ataupun peningkatan usia.

Walau sebanyak manapun alasan, kemeriahan itu seakan-akan pudar. Tak tahu di mana sebabnya. Renung-renungkan.

p/s - berpuasa tanpa adik-adik meninggalkan kesan yang amat mendalam.
.

10 comments:

luddin said...

cikgu...pic t kat Alamanda kan? belakang tu hotel baru kan?>

Rapunzeel Cikilolo said...

sama la...

tk prepare ape pun lagi ni

:)

Fezul Fadhley said...

Selamat berpuasa. Makin berisi nampak? ^^

.FH. said...

Selamat berpuasa cikgu.Huhu

DEZEE @ DHAGI said...

Bila nenek xder.suasana raya tu juga hilang..

the malay male said...

happy atau tidak..diri sendiri yang menentukan.

faiq said...

steady cikgu..rajin2 buat PLBS..hehe

Nick Nashram said...

selamat berpuasa bro.
pbs dah siap key in belom..huhu

Eazy Izzuddin said...

selamat berpuasa hehe
xD

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy pun rasa syawal tahun ini kurang sengatnya...
sebab terlalu sibuk dengan kerjaya dan seiring peningkatan usia...raya zaman kanak2 lebih meriah...