I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 4, 2012

Sepi

Hari ni.. rumah sangat sunyi. Orang-orang yang ada kat rumah.. hanyalah Emak, Atuk dan aku.. huh !! Aku merungut jugak dalam hati.. Pasal apa la sunyi sgt nie..!! Adik perempuan dah dua hari meninggalkan rumah kembali ke maktab di pulau pinang. Adik lelaki pula dah keluar ke sekolah.. Tahun pertama dia ke sekolah menengah sudah pasti pengalaman yang memberansangkan, aku rasa. Abah dah pula pagi-pagi dah keluar ke tempat keje.


Semalam, adik perempuan sampai2 jer kat hostel dia.. terus saja postkan sesuatu di facebooknya..

"..terasa pelik bila tiada lagi terdengar suara abang di penang.. kalau tak.. setiap kali masa terluang mesti ajak keluar.. pegi tesco la.. pegi queensbay mall la.. pegi memenuhkan perut dan membeli belah.. betul tak mohamad ikhram.. sedih di situ.."


Menjadi seorang abang tidaklah sesukar mana.. namun tidaklah semudah yang disangka. Aku dan adik perempuan selalunya tak pernah jauh.. Teringat cakap-cakap kawan-kawan terutama Nadiya Khalik, mengatakan sejak ada adik di maktab, aku kelihatan lebih matang. Huhuhu..


Tinggal di rumah, tanggungjawab yang ada tetap diteruskan. Sekarang ni menguruskan atuk bagai alah bisa tegal biasa. Semuanya perkara 'kacang' pada aku. Setakat mandi, menyuapkan atuk.. semuanya sudah aku biasakan.. 'Kacang' bukan bererti mudah, sebab menjaga orang sakit yang tidak boleh bergerak sangat menguji fizikal dan mental.


Sebab tu jangan pelik, kadang2 orang-orang yang sihat tak tentu lagi boleh manjaga orang sakit sekiranya emosi dan mental mereka sendiri tidak kuat, ataupun tidak bersedia. Sebab itu ramai anak-anak yang rata-ratanya meninggalkan ibu bapa mereka yang sakit. Bukan kerana tidak mampu.. tetapi lemah dari segi mentalnya.


Kadang-kadang aku selalu bercakap pada diri.. Kehidupan aku memang untuk semua orang. Semakin aku dewasa, aku semakin dipercayai keluarga. Sebab itu hari ini, biarpun cabaran menduga.. aku terima dengan tabah dan redha.


Menghabiskan separuh hari yang sepi ini bersama emak, banyak mengimbau kenangan-kenangan kisah yang lepas-lepas. Masa yang ada banyak bercerita tentang orang-orang yang masih ada mahupun mereka yang telah 'pergi'. Ada cerita yang baik dan ada juga cerita yang boleh aku jadikan pengajaran.


Namun kisah seorang manusia yang telah memungkiri janji terhadap keluarga kami itu akan aku jadikan pengajaran yang paling berkesan sepanjang hidup aku.. kerana janji manusia dipegang sehingga mati.


Adakala betul juga kata orang.. harta yang kita ada hari ini, sedikitpun tidak kita bawak ke kubur nanti. Tapi janji yang kita buat, kalau tidak dituntut di bumi, akhirat sana bakal menanti. Jawablah sendiri nanti.


Adakala bersama emak, bagaikan tiada masa penamat untuk berkongsi cerita. Sejak kepulangan adik perempuan, tiada lagi kendengaran bunyi basikal senaman di bilik solat. Agaknya emak pun lupa akan sesi senamannya memandangkan jurulatih persendiriannya (merujuk kepada adik perempuan) sudah tidak ada di rumah.


Pasti beratnya akan bertambah selepas ini. Memandangkan banyak masa dihabiskan bersama aku yang merupakan kaki makan dan kaki majalah dan novel. Satu kesilapan emak, membaca sambil berbaring.. hahaha !!


Hari ini merupakan hari yang panjang.. seperti biasa waktu petang menonton rancangan masakan di channel astro 706 .. Seronok hari ini tidak perlu lagi berebut-rebut mahu menonton rancangan pilihan. Sebab tukang tgok kartun dah tak de..!! Yezza..!! Hooray..!!

.

p/s - Bila akok ana farhana nak ajar buat cheese kek..?? Sebab dah tak de keje sangat, baik susun baju dalam almari.
.
.

13 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

kemasnya almari tu

iKhRam said...

biasa jer.. almari budak bujang

zino said...

alah sekejap yo tu.. lopeh 10 minit besepah la balik tu.. alasan samo yo ala orang bujang hehe..

salam kenal kunjungan balas... mano kampong kau jang??

ummiross said...

Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan fizikal dan mental untuk ikhram menjaga Atuk yang sakit.
Ummi pun suka tengok channel 706 tu..

cha zainol said...

adik, meh la kemas bilik akak kau ni sekali ;p

A Crack Mirror said...

perh...suka2..goooood bOy!

bukan photographer said...

elok lah tu ekau ado kesabaran nak jago atuk ekau..bukan sonang nak jago orang tuo ni..tahniah..

plun9 said...

Bilik tidur adalah keperibadian sesaorg yang blh kita lihat naluri zahir juga batin dia

Rtp Farra Arisha said...

well, itulah sikap seorang cucu, anak dan abang yang mithali serta boleh dicontohi ramai...happy nu year 2012 to you...:)

ikan said...

nak cheese cake buatan tangan am leyh ..?

Ieja said...

kasih seorang cucu, anak dan abang..sweetttt ^_^

Chegu said...

Giler a org bujang.. Mcm eric leong pun...

khairul akmal bin azman said...

ko mmg jenis pengemas
tgk dari pemakaian pun aku le gak..
dan ko x suke org pemalas or pengotor kan?