I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 23, 2012

Lawak Emak dan Anak Ala-ala Iklan Raya PTPTN


 
Anak : Selamat Hari Raya Emak, Maaf Zahir Batin.
Ni untuk emak...
Emak : PTPTN Emak. Abang dah bayar balik pinjaman emak..??
Anak : Jangan risau emak. Tiap-tiap bulan abang bayar....
 
Entah macam mana la.... boleh terkeluar lawak macam ni pagi-pagi raya tahun ni.. Hahaha.. Apapun, untuk tahun ni, iklan raya PTPTN la yang paling dekat dengan keluarga kami. Beria-ria Wan Maimunah menangis.. Agaknyer macam tu la rupa emak kalau aku lambat balik beraya... hehehe.. !!
 
Kami bukanlah orang senang, tapi aku selalu berikrar dalam hati, kalau hari ni susah, takkan selama-lamanya aku akan susah. Berkat asuhan emak dan kebertanggungjawaban abah dalam mendidik kami, akhirnya aku mampu berdiri seperti hari ini.
 
Apapun, sebagai anak dan manusia, aku tahu jalan hidup aku masih panjang. Nasihat emak walaupun agak pahit untuk ditelan, namun menjadi ubat pada masa hadapan.
 
Sebagai pengajaran sepanjang Hari Raya tahun ini, nak hidup aman dan berjaya - jangan tipu emak, jangan tipu isteri. Insyaallah berjaya. Buangkan sikap tamak pada dunia sebaliknya jagalah harta dunia akhirat dengan sebaik-baiknya - iaitu adik beradik dan zuriat.
 
sekian. Raya tahun ni memang seronok.
 
p/s - emak dan anak, sama je lawaknye. Macam mana la tak bertambah berat badan dari sehari ke sehari.. hehehe.

8 comments:

blog-tips-kurus said...

itu tandanya sedang hidup berbahagia, janji jangan obes! :-)

Unknown said...

haha.. suka.. suka..

Maicher said...

selamat hari raya bro!
maaf zahir dan batin.

::FAIZ:: said...

:)

Unknown said...

comel lah :)

Aimacomel said...

bila anak bahagia, dh tentu mak akan rasa bahagia & bertuahnya hidup kan.. mak sayang, anak sayang mak jgk..
~slmt hari raya :)

ellynadyra said...

hehehe nasihat mak mmg x pernah salah, sis dah tua2 ni akui kebenaran kata2 derang!

Unknown said...

bro, aku xdpt duit raya ke? :p