I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 29, 2012

Pendek

 
 
Sepanjang minggu ni, aku berada di ibu kota bagi menghadiri satu mesyuarat yang bersangkut-paut dengan kerjaya baru aku ini. Ada ketikanya, aku rasa aku bersedia menghadirinya, ada ketikanya aku rasakan... aku masih belum sesuai menjadi ahli dalam mesyuarat ini. Faktor -  aku yang tiada pengalaman khusus dalam bidang yang diceburi malah 'lari' jauh dari kursus yang dipelajari sewaktu dulu, menjadikan buah fikiran aku hanyalah bergantung kepada dasar imaginasi dan daya fikir aku tersendiri.
 
Mungkin atas dasar ini, aku diterima masuk dalam unit pendidikan khas.. Ntahlah, tapi perjuangan untuk anak-anak istimewa aku ini tidak pernah berhenti.
 
Semua orang kat sini, mengambil kesempatan untuk singgah ke gedung beli belah SOGO, perkarangan Jalan TAR, nak tgok-tgok cuci mata kat Chow Kit pada waktu rehat. Tapi aku, hanya menyarungkan gebar ke seluruh badan dan menikmati keenakan bersantai kat tilam hotel.. Nikmat tue.. Lain kot dengan katil kat rumah..
 
Sebenarnya jasad aku mungkin di ibu kota ini, sedang roh aku berada di mana-mana. Aku rindukan ramai orang dan terlalu memikirkan tentang mereka. Aku tahu kerinduan ini adalah anugerah, tapi..
 
Aku rindukan anak murid kesayangan aku, Si Naim. Tinggal lagi dua minggu lagi dia bakal menghadapi UPSR. Kadang-kadang dalam sehari dua ni, dekat nak 3 kali aku telefon bertanya apa persediaan dia pada saat-saat akhir. Adakala aku tanya juga tentang apa yang dia makan kat asrama. Sihat atau tidak ? -.. sebenarnya apa yang aku rindukan adalah ungkapan janji dia yang mahu mendapatkan 5A.. Sejuk perut mendengarnya.
 
Kadang-kadang aku  kerap memikirkan layanan yang sungguh berbeza dari emak abah buat masa sekarang memandangkan dengan peningkatan usia dan status aku yang sudah bekerja kini. Aku perasan, aku mungkin sudah tidak berapa dipedulikan lagi. Entahlah, mungkin ini senario biasa.. tapi aku sungguh tak selesa. Bekerja, bukan bererti semua perkara aku kene bersendiri.. bukan bererti semua perkara aku tahu. Aku rindukan emak, abah dan layanan mereka yang dulu.
 
Aku memikirkan si Fikri, sahabat dunia akhirat yang bakal melangsungkan perkahwinan yang tiba-tiba. Aku gembira dan sedih sebenarnya. Sekali lagi, aku tidak dapat sama-sama mengorak langkah yang sama bersama, apatah lagi dalam urusan membina masa depan diri. Ada masa, aku rasa aku tewas dalam subjek Masa Depan. Mungkin patut diajar untuk silibus di sekolah. Kerana terdapat ramai pelajar 'slow learner' dalam perkara seperti ini. Contohnya, aku.
 
Aku terfikirkan Iman Fatin, Aku teringatkan adik angkat si Abdullah Bacho yang ceria dan ringan tulang. Hampir setahun tidak bertemu menjadikan aku rasa kehilangan sedikit sebanyak. Aku rindukan kak Adah yang semakin menyepi di sekolah. Entah apalah sebabnya, sampai sepatah aku tanya, sepatah yang dia jawab. Nasib baik kak Suraya tak macam tu, selalu jer panggil aku menolong dia kemas PSS. Rindu juga perkara seperti tu.
 
Begitu juga kisah saudara Adam yang pernah menyakitkan hati, tapi aku amik langkah supaya tidak ingat apa-apa sebaliknya memperbaiki diri. Akhirnya, aku lebih rasional dalam mengawal kematangan. Disebalik kelemahan dia yang dia miliki dan aku terima, lebih baik buat seperti tiada apa-apa yang berlaku dan berlagak positif. Itu lebih baik.
 
...dan malam ni, aku keluar melihat persekitaran ibu kota. Berada di rumah teman di tingkat 14 sangat mengujakan. Melihat terpacaknya KLCC, Menara KL.. dengan lampu-lampu neon yang menerangi ibu kotan membuatkan aku teringin juga bergelar warga kota. Dekorasi rumah teman yang simple dan mendapat sentuhan urban itu membuatkan keghairahan aku untuk memiliki kehidupan seperti dia meluap-luap. Aku nak hidup macam ni. Biarlah tiada orang pun asalkan aku selesa..
 
Proses membesar ini adakala bukanlah seseronoknya yang disangka. Tapi buat masa ni melalui usia pra-dewasa menjanjikan kemewahan yang membuatkan aku boleh menarik nafas lega. Ada banyak perkara yang aku boleh lakukan. Yang tak menariknya komitmen diri bagai bertambah. Tanggungjawab makin berjela-jela...
 
Dan sekarang, kehidupan yang ada.. aku lalui saja. Merancang lebih-lebih pun bukannya baik sangat.
 
Bila dihitung-hitung, sebenarnya aku hampir rindukan 40 orang dan memikirkan tentang mereka. Dan malam ini, aku tambah seorang biarpun aku tak tahu samada berbaloi atau tidak memikirkan tentang dia.
 
asalkan dia boleh buat aku tersenyum hari ini, jadilah kan?? !!
 
p/s - sambil menaip, sambil dengan lagu 'DECORATE' dendangan Yuna. Mood sangat 'tersendiri' dan....
 
 


8 comments:

bukankosong said...

pendek ye entry ko

haha

Phat said...

selamat hari rayo sedaro

::FAIZ:: said...

susunan ayat kamu bagus.. saya baca dgn senang. saya pun rindu sgn layanan mak abah dahulu, masa kecik2. bila dah mkn tua, saya pula kena layan mereka...

the malay male said...

well..this is the short one :-p

Joe_Hans said...

sayu plak hati baca... cam lonely gila...

evagurl izma said...

org kata klu kita rindu org tandanya org tu pn rindu kite.

org kate la. bkn sy kate. eheh =P

RazFiRa said...

tiba2 dalam kepala terdendang lagu Hijjaz - Rindu :')

RazFiRa said...

tiba2 dalam kepala terdendang lagu Hijjaz - Rindu :')