I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 5, 2013

Di Sebalik Rasa Rindu Itu

 
 
Dari pagi semalam, aku ditanya bertubi-tubi oleh Nadarajah dan Nasrul, bila tikanya aku akan masuk ke kelas mereka..?
 
Hari ini, bila aku melangkah masuk ke kelas mereka. Aku terpandangkan papan putih kelas mereka. Aku sendiri terperanjat. Aku terdiam. Akhirnya aku tersenyum.. Aku ketawa memandang Nadarajah, Nasrul dan Adam.
 
" Saya rindu cikgu ikram "
Adam, Nasrul dan Nada
 
Adakala umpan kanak-kanak seperti mereka, benar-benar 'mengena' untuk mangsa seperti aku. Aku terharu. Dari sudut hati yang paling dalam, jiwa aku tersentuh.
 
Perkataan 'rindu' itu bukan mudah dilafazkan oleh kanak-kanak. Aku tidak pernah menyangka, ketidakhadiran aku benar-benar memberi kesan kepada mereka. Selama ini, bila mereka mengadu dan merayu aku untuk mengajar mereka sains, aku menerimanya seperti biasa. Bagi aku tiada apa yang luarbiasa. Sehinggalah mereka menulis perasaan mereka pagi tadi dan aku merasakan mereka benar-benar memaksudkannya.
 
Umpan mereka seumpama umpan berupa ' ikan kecil bersalut emas' yang sangat memotivasikan. Sebagai seorang guru tiada hadiah yang lebih memberi makna selain penghargaan dari anak-anak didiknya dengan penuh keikhlasan.
 
Jujurnya, dalam hati aku merintih sendiri. Sebagaimana aku menyayangi mereka, satu hari nanti mereka pasti meninggalkan aku. Pada masa itu, perasaan ini memang sukar unutk diubati. Namun lumrah seorang guru, dalam hati aku berjanji akan berusaha sepenuhnya agar mereka keluar nanti dengan kejayaan tersedia di bahu mereka.
 
Sebelum balik, mereka memberi salam untuk pulang. Aku memeluk mereka seorang demi seorang. Dan kali ini mereka bertanya sama ada aku akan hadir mengajar mereka pada hari Khamis nanti.
 
Aku angguk.
 
Kasih sayang adalah satu bentuk kuasa yang kuat. Terima kasih Nadarajah, Nasrullah dan Adam untuk hadiah sebegini hebat. Dari lubuk hati yang paling dalam, Cikgu teramat-amat menyayangi kamu semua.
 
 
 
 
 
 
 
p/s - rasa nak menangis melihat Naim dan Nasrul mengambil hadiah di atas pentas. Cikgu bangga dengan kamu semua, wahai anak-anak cikgu. Jangan lupakan cikgu yer..
..

9 comments:

luddin said...

semoga rindu cikgu terubat...dan semoga pengorbanan cikgu diberkati..AMINN!

Anonymous said...

Well done Cikgu! I feel the same too! These children are super-duper special!Alangkah malangnya menjadi seorang guru itu jika x mengenal erti kasih sayang. Keep up the good work! :)

Adam Ikan said...

Ala, comelnya budak2 nih kan?

Lagi2 buat benda2 yang touching cmni. Opkoss susah bg cikgu Ikhram nak lupa kat dorang :)

hanaahmad said...

itu bermakna kehadiran kamu menyenangkan. :)

PemilikCahaya said...

kalau aku dah pegi tandas dah..kengkunon basuh muka tapi sebenarnye tgh menangis..

best bila anak murid hargai cikgu, semoga cikgu ikram terus jd guru mithali..didik anak bangsa jd insan berguna ye cikgu..

Mutiara Bernilai said...

Alhamdulillah..

Dari situ akak dpat keyakinan bahawa adik akak yg seorang ni berjaya menjadi pendidik yang sangat baik..

Alhamdulillah.. :)

ch000tz said...

hamboiiiiiii ramainya windu dierrr hahaha

zainatul abu bakar said...

Pendidik satu kerja mulia. Semoga terus mendidik anak bangsa. Salam perkenalan, oh ye sy pon org nogori.hihi. Jemput singgah ke blog perempuankampungmoden.blogspot.com :)

Unknown said...

cikgu yang baik :)