I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 2, 2013

Azam 2013

 

 

 

 
Alhamdulillah, tahun 2013 sudah dijejaki. Persekitaran sekolah yang baru bagi tahun ini memang mengalami perubahan yang besar - dari segi luaran mahupun dalaman. Aku akui, sekolah dihiasi  lebih indah dan lebih cantik dari sebelumnya. Begitu juga dengan asrama sekolah. Semuanya serba lengkap dan sejuk mata memandang.
 
Bila bercakap tentang azam tahun ini, semua azam aku kali ini banyaknya tertumpu kepada usaha melahirkan pelajar yang cemerlang disamping menggembirakan hati mereka. Aku sedang merancang apakah cara terbaik bagi mengajar subjek sains yang pertama kali aku ajar untuk murid UPSR agar mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Almaklumlah, baru pertama kali memegang kelas tahun 6.
 
Bukan itu sahaja, aku juga berharap, dengan tanggungjawab baru yang digalas, dapat memberi seribu satu pengalaman. Aku akan cuba menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan berintegriti. Aku mahu menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab, boleh diharapkan oleh murid dan warga sekolah serta menajdi seorang guru yang penyayang.
 
Selain itu, aku juga mahu menjadi seorang guru yang baik dari segi kesihatan fizikal malah tabah dan kuat dari segi mental dan emosi. Oleh itu, aku fikir, adalah lebih elok sekiranya aku mulakan dengan memakan sayur-sayuran dengan lebih banyak. Mungkin lepas ini boleh melepaskan tekanan dengan mendengar lagu-lagu yang lebih rancak. Hahaha..
 
Seperti tahun lepas, aku berharap tahun ini aku masih lagi berpeluang untuk menjelajah ke tempat orang. Aku berharap aku mampu menabung dan memperoleh banyak rezeki lagi untuk 'terbang' ke mana-mana.
 
Sebenarnya azam tahun ini tidaklah terlalu 'tegas'.. tapi sekurang-kurangnya berjaya memujuk hati aku yang melankolik untuk awal-awal persekolahan. Ditinggalkan orang-orang tersayang buat masa ini memang melunturkan semangat. Adik-adik yang keluar menuntut, anak didik tersayang ke sekolah menengah sering membibit rasa sunyi. Nasib baiklah ada kawan-kawan cikgu-cikgi yang sentiasa sama-sama bekerja dan menghabiskan masa dengan gembira.
 
Namun kehidupan aku kini hanyalah untuk kamu semua, wahai anak anak didik.
 
 p/s - Hari ini, aku pulang ke rumah dari asrama lebih awal. Aku kesat mata yang aku sangka  -penuh dengan peluh, rupanya bukan..
 
 Pedih, tapi tidak sepedih di dalam hati.
.


10 comments:

FH said...

Semoga tercapai azam 2013 :)

luddin said...

Semoga azam 2013 termakbul...Insya-Allah!!

Khaisya said...

moga dipermudahkan segala urusan awak. :)

Unknown said...

semoga berjaya cekgu!

Hey!! Dats My Site!! said...

Wah, touching giler

Hey!! Dats My Site!! said...

Wah, touching giler

ghost said...

mestilah kau nak jadi guru yang baik dan berdedikasi, biar semua murid sayang. seorang guru tetap impikan dan naitkan dalam hati untuk bentuk diri lebih berjiwa pendidik.

Nazerah Yahya said...

insya-Allah ..cikgu boleh lakukan ..kawan saya seorg bakal menjadi ckgu ...huhu...

kali ni mengajar pelajar khas eh ?? wahhh..menarik.....

Ainn Hazwany said...

insyaAllah ! Cikgu boleh !

Unknown said...

best of luck teacher!