I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 12, 2013

Innocent Soul.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
Ada satu hari, aku masuk ke kelas CP4. Aku sudah bersedia untuk mengajar tajuk "Human Living Processes - Excretion & Defacation". Antara dalam banyak-banyak kelas, kelas ini memang menunjukkan perkembangan pembelajaran yang sangat baik.
 
Bila aku masuk saja, ketiga-tiga murid dah melonjak-lonjak. Nama aku diseru-seru beberapa kali. Kepala yang berat, hati yang berat, semuanya menjadi ringan. Aku percaya, mana-mana guru sudah pasti akan memahami apa yang aku rasa. Mereka bangun dan mengucapkan salam.
 
Belum sempat aku duduk, Nadarajah mula bersuara.
 
"Sir Ikhram, sebelum sir masuk..  saya, Adam dan Nasrullah sudah berdoa. Kami semua mahu sir ikut kami semua ke sekolah menengah Setapak. Kami mahu sir ajar kami sains sampai kami semua pandai.. "
 
"Betul sir.. kami tak boleh la, kalau sir tak de.." Adam menokok tambah.
Nasrullah pula hanya mengangguk-angguk. Dia aku lihat sudah mula mampu menyesuaikan diri dengan kelas dan persekitaran sekolah sejak awal tahun mula belajar di sini
 
Aku hanya tersenyum dan membalas. " Kamu semua ni.. sir belum mengajar lagi..  Nak buat sir menangis yer ??.. nanti kalau sir nangis, sapa nak pujuk..?? "
 
Aku sambung.
 
".. Mana boleh... Kalau sir ikut kamu semua, sapa nak ajar adik-adik kamu semua ni. Insyaallah, kat sekolah menengah nanti, akan ada cikgu yang lebih baik dari sir akan menjaga kamu semua. Percayalah.. Semua cikgu sama. Semuanya sayangkan kamu..."
 
Kadang-kadang aku bersyukur mengajar anak-anak khas yang sungguh istimewa pada pandangan mata aku. Beberapa minggu lepas, aku ada turut serta pertemuan semula bersama kawan-kawan di maktab dulu. Bila mereka bercerita tentang sekolah dan anak murid mereka, aku tak sudah-sudah mengucap syukur.
 
Macam-macam kes yang perlu mereka hadapi sehinggakan ada yang sudah mula jemu dan bosan untuk mengajar ke sekolah. Sedangkan aku, setiap hari tidak sabar-sabar untuk ke sekolah. Memikirkan kebiasaan disambut anak murid apabila tiba di pagar sekolah. Biarpun dihadiahkan dengan ungkapan selamat dengan bahasa isyarat yang tidak mampu didengar, namun semuanya nampak ikhlas.
 
Bukan tidak ada cabaran, banyak sebenarnya. Adakala mahu mengajar satu dua perkara saja, tapi makan berhari-hari lamanya untuk mereka hadamkan. Ada masa, sampai ke sudah tak faham-faham. Tapi itulah asam garamnya.
 
Itu belum dengan menghadapi murid yang menghadapi kecacatan pelbagai - dengar tak boleh, lihat tak boleh, fikir tak boleh..
 
Namun aku tetap berharap dan berdoa, supaya dibuang jauh-jauh sikap jemu, malas dan amarah. Biarkanlah dipermudah jalan untuk aku terus berbakti kepada mereka, kerana
merekalah kekuatan untuk aku terus berdiri dalam industri ini.
 
 
Terima Kasih anak didik cikgu semua.
 
p/s - lama sudah tak jenguk ke dunia maya ini. Maaf.
.


14 comments:

Maicher said...

Wahh memang seronok dapat kata-kata macam tu daripada anak didik sendiri.

Semoga terus istikomah sir ikhram!

the malay male said...

seronok bila dihargai kan

Razfira said...

Alhamdulillah

inilah cikgu yg sejati :)

KinosKoko said...

alhamdulillah... :)

Rapunzeel Cikilolo said...

sekolah setapak indah ke?

Eazy Izzuddin said...

sweetnya anak murid ...
tersentuh hati
hihi

Wadi AR said...

awak ajar budak khas ke?

Amin A. R said...

alahai, tersentuh hati baca kata2 pelajar khas tu......kalau murid lain rasanya adakah akan berkata macam tu... :)

mieza said...

bagusnye la haiiii anak murid dy.
semoga cikgu terus bersemangat utk terus berbakti ye cikgu. :)

Ainn Hazwany said...

Cikgu, cool sangat. Hehe

enchik skudap skudip said...

sir . . bgusla anak murid sir . even kalau saya pon mst tersntuh . hehe . may Allah bless u , sir !

Cik Pensil said...

Sir , ajar saya juga sampai pandai :')

Cik Pensil said...

tahun lepas, cikgu2 yg ajar pensil semua nak pindah sekolah lain. kami semua sedih, sapa yg nak ajar kami utk last year ni?

cikgu pensil cakap.


saya sepatutnya kena pindah sebelum saya mula sayangkan kamu semua.

ok, cikgu tak dapat kelulusan utk pindah, kami semua happy :D

izfanora said...

seronok tgk ikhram jd cikgu.. xtahulah kenapa.. semoga tabah dan terus bersemangat ye..