I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 19, 2013

Kesunyian

 
 
Baru sebentar tadi aku dimarahi emak. Aku dileteri habis-habisan olehnya, sedang mulut aku terkunci rapat. Emak begitu marah, bila aku sampai ke rumah pada jam 12.30 tengah malam. Ini adalah rekod paling lewat aku pulang dari keluar malam.
 
Melewati usia 25 tahun ini, tiada apa yang boleh aku rasakan kepuasan. Habis tamat pengajian, kehidupan aku bagaikan diatur-atur. Semua perkara, bukan aku yang putuskan. Kesannya, aku sendiri tidak yakin dengan diri aku sendiri. Semua kesilapan itu tidak boleh aku letakkan pada bahu orang lain. Sebaliknya terpaksa aku hempukkan atas kepala sendiri.
 
Tak adil. Takkan pihak aku sahaja yang salah.
 
Sejak aku sudah sedikit mahir memandu kereta, aktiviti memandu sambil memdengarkan lagu-lagu yang aku minat dari cakera padat yang aku beli - memang mengurangkan tekanan. Aku rasa semua perkara seperti ini adalah terapi. Terapi jiwa.
 
Jadi malam tadi, aku keluar dari rumah. Aku mendapati, aku perlukan nafas pada iklim lain yang jauh dari bilik dan rumah unutk kali ini. Jadi aku memohon izin memandu ke asrama dengan alasan ingin mengambil barang yang tertinggal. Walhal sebenarnya aku ingin menghabiskan masa melihat anak-anak di asrama.
 
Setelah semua anak-anak ini tidur, aku dapati aku masih tidak mahu pulang ke rumah. Semasa memandu pulang, aku dapati jalan raya lengang. Aku memandu dengan lagak seperti juara pemandu formula one. Lagu-lagu agnes monica sememangnya memahami perasaan kesunyian yang aku alami. Jadi, langkah seterusnya adalah pemanduan yang tiada hala tuju yang jelas.
 
Aku dapati malam sudah semakin larut. Aku berhenti memarkir kereta di pusat membeli belah yang lapang tiada kereta. Lagu ' Tanpa Kekasihku' dendangan agnes monica memang memilukan hati. Aku diam-diam sahaja di dalam kereta.sambil menutup mata. Aku biarkan lagu ini berputar berulang-ulang kali. Itulah obsesi aku.
 
Setelah timbul kerisauan dalam benak. Aku bergerak pulang. Aku cukup yakin, aku akan dimarahi. Emak dan abah pasti sudah menunggu. Aku nekad untuk berdiam apabila menghadapi mereka. Seusia 25 tahun dan sebagai seorang lelaki, aku masih tidak mampu menjalani kehidupan yang aku mahukan. Ini tidak adil.
 
Sekarang, aku di dalam bilik. Perkataan yang keluar dari mulut emak tadi, memang sudah aku jangkakan.. Setelah tiada respon dari aku, mereka memutuskan beredar ke bilik masing-masing. Mereka marah kerana aku sudah menyusahkan hati mereka. Menjeruk jiwa mereka. Mungkin kesalahan besar aku lewat pulang ke rumah.
 
Kini, aku terasa sunyi. Tiada kawan. Tiada saudara. Tiada yang memahami. Aku tidak tahu meluahkan kerisauan ini kepada siapa. Aku telefon Ajiey, kawan aku yang gila-gila - namun telefonnya tidak berjawab. Aku menghubungi Fier , kawan yang sangat menghiburkan hati - hanya voice mesej yang bersuara; line slow. Dia di kampung, mc seminggu.  Aku mahu menghubungi Ajiem, kawan yang menenangkan - dari suaranya aku tahu dia sedang menahan ngantuk. Nak telefon fikri, sahabat dunia akhirat - tak mungkin; dia sudah berkeluarga.
 
Aku memandang senarai nama yang ada di dalam smart phone. Aku tutup kembali. Kini aku sedar, aku tidak mempunyai sesiapa kini, melainkan lagu-lagu dendangan agnes monica yang sangat memahami.
 
Aku tak faham, kenapa dalam usia 25 tahun ini, semuanya mesti diatur sama seperti tahun-tahun yang lepas. Sampaikan aku sendiri takut kepada peraturan-peraturan.
 
Memegang status anak bujang yang baik dibawah lindungan keluarga - ada masanya sangat membebankan.
 
Aku pendamkan sahaja kerisauan hati. Kesunyian bermaharajalela di dalam bilik ini menantikan tangisan yang tidak kunjung tiba.
 
Tak sangka jiwa memberontak dalam diam. Namun wajah manis seorang anak bujang yang baik menutupi segalanya. Kini aku benci takdir yang menimpa aku.
 
Tutup lampu, Pasang lampu tidur. Kemas katil. Berhasrat memejamkan mata.
 
p/s - Aku perlukan bahu kamu. Aku mahu menumpang sekejap cuma. Ada yang sudi.
.


8 comments:

Shaqir Ir Manz said...

bersabarla... kadang2 kita perlu menyukai tentang perkara yang berlaku atas diri sendiri. Dunia ini terlalu singkat utk merasa bosan...

.FH. said...

Keadilan tak boleh dimiliki kalau tiada kepercayaan.Kesunyian boleh hilang kalau ada peneman yang boleh memberi sokongan :D mohon terus kuat menghadapi ya.Bosan itu general semua orang pernah face and fight :D

Khairul Antasha said...

semunya kerana sayang. suatu hari nanti awak akan faham semua tu. :)

Amin A. R said...

itu menunjukkan betapa sayangnya mereka pada anak....kalau dah duduk bujang nanti, pasti rindu bebelan mereka..tak percaya? cubalah.

محمد رازيق said...

sabar bro. aku tahu mudah untuk ungkapkan kata sabar. apapun disebalik yang kita tidak suka, akan ada kebaikkanya.

ikan said...

Jangan rasa camtuh, Mak ayah sayangkan Am la tuh.

Semua yang dorang buat nih ada sebab.

Sabar ok?

zuno said...

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU

ingat quote diatas selalu..sabar yer..

ch000tz axoera ヅ said...

pic tu actually nak sampaikan msg apa eyh ikram :D