I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 26, 2013

Sifir Sifar

 
 
" Kau fikir kau siapa, cinta ini kau buang saja
ku tak perlukan memori
dan kau tak perlu kembali
kau fikir ku apa
siang malam kau yang punya
kau datang dan pergi
kau buat aku begini... "
 
Bila aku dengar lagu ini, aku selalu memikirkan Yuna nyanyikan lagu ini untuk Que. Mungkin kesibukan dan komitmen kerjaya adakala menjauhkan sesuatu perhubungan. Tapi dari perspektif aku; berlainan pula.
 
Adakala lelaki memikirkan banyak perkara sebelum membuat dan memilih keputusan. Namun kesilapan yang selalu terjadi, lelaki memikirkan semua itu selepas membuat keputusan. Sebagai seorang lelaki, aku juga selalu menghadapinya dan kini berusaha untuk mengelakkan. Kiranya, aku masih lagi seorang yang bertimbang rasa.
 
Kebelakangan ini, aku mendapati kehidupan aku tidak berapa memberansangkan. Dalam apa-apa yang aku buat, sukar untuk aku meraih semangat. Dalam meniti kehidupan, aku selalu percaya, berdampingan dengan orang yang kita sayang dan menyayangi kita mempunyai satu kuasa yang kuat.
 
Seharian kadang-kadang bermenung. Memikirkan siapa-siapa yang berdekatan sesuai untuk didampingi. Yang boleh dihabiskan masa bersama. Berpillow talk bersama. Namun yang dekat tiada, semuanya jauh-jauh belaka. Aku masih tetap lagi dengan imbasan kehidupan yang lepas-lepas. Rindu yang tak berkesudahan.
 
Kadang-kadang terlampau memikirkan manusia. Aku terlupa yang memberikan ketenangan pada jiwa adalah Allah Yang Maha Esa. Aku selalu teringat iklan di televisyen - "Nak bertaubat pun mesti ada ilmu". Adakala semua ini terjadi, mungkin kerana diri ini terlalu jauh dariNya. Mungkin ibadat selama ini tidak cukup ataupun.. mungkin berkira masa berdamping dengan Dia. Tuntutan komitmen memang menggila.
 
... namun kaki masih berjalan. Kalau terhenti pun, masa masih terus juga berlalu. Mensyukuri nikmat yang Allah beri lebih baik dari mempertikaikannya.
 
Sedang mata ke hulu hilir meneliti laman facebook, hati berbaur-baur rasa. Gembira dengan perkhabaran rakan sekuliah yang meniti dunia rumahtangga, rakan sebilik dengan resepsi perkahwinannya, rakan bujang yang gila percutiannya.
 
.. dan aku, dengan ruang kamar kecil ini. Tapi aku masih lagi bersyukur. kerana mendapat tempat di buminya yang bertuah ini.
 
p/s - nak cari semangat. ke gua.
 

7 comments:

Unknown said...

pergi bercuti, sekarangkan cuti sek :D

ghost said...

manusia memikirkan soal manusia lain memang merumitkan. dan ia selalu berkait tentang kemahuan. tak mungkin semuanya mampu dipenuhi.

PemilikCahaya said...

Kadangkala lelah kerana ada saja yg x mndtgkan kepuasan melalui manusia ni kerana sebaliknya diri sndiri kena redha dgn takdir yg menimpa

ewanthology said...

positifkan diri, kuar jalan jalan, sorang2 pun takpe, jimat :-)

lihat lihat kehidupan manusia yang lain lain.

ZWAN SABRI said...

saya selalunya akan fikir dahulu apa akan terjadi kalau buat sesuatu but selalunya saya tetap lakukan walupun tahu risiko or padah buruk menanti di hadapan.. huhu

Unknown said...

Kalau cari pendamping, carilah yg berilmu, soleh atau solehah. Cari mereka yg berfikiran positif baru hidup kita kearah yg memberangsangkan....cewah..mcm cikgu pulak akak ni.

Anasyg said...

eh2 suka lagu ni gak :) wink2. Oh, ada yg sentap oh dgn lagu ni. Btw- pglah gua tu, menurun ilmu kat sana, betapa. Hehe-btw lagi, kita sama sekolah? Wad d..................................................*takleh pjg lagi? Hehe. Sek Ren n Sek Men plak..aduhai, nampak tak cam sebelum ni. Btw kali ke tiga - add la kat fb ;)