I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 21, 2013

Miss V, Jom Mandi !!

 
Minggu ini aku banyak menghabiskan masa untuk tidur. Tidur bagi aku adalah satu jenis terapi yang paling baik untuk melenyapkan segala memori yang tidak diperlukan minda malah dapat membunuh perasaan marah pada orang perseorangan.
 
Peningkatan usia menunjukkan bahawa, manusia tidak boleh hidup dengan gembira jika menghabiskan masa seorang diri lebih dari bersosial dengan orang ramai. Aku fikir, falsafah aku tadi ada benarnya.
 
Pada satu petang tempoh hari, entah macam mana aku terkenangkan zaman-zaman aku belajar di maktab. Kalau ada yang mengikuti cerita aku dari mula-mula aku menulis blog ini dulu, mesti akan teringat kisah aku terminatkan gadis junior tomboy yang tersangatlah cun. Aku rasa ramai pelajar lelaki turut sama tergoda. Sempat juga la aku keluar berdating dua kali dengan budak ni...
 
Bila diingat-ingat balik, apalah sebabnya aku minatkan dia sedangkan dalam lubuk hati aku ini, aku memang akan terjatuh hati pada perempuan lemah lembut dan bijak menjaga diri. Lama-lama aku dah tau - taste aku yang macam mana terhadap perempuan. Hahaha..
 
Aku gilakan perempuan yang berwajah lembut dan murah senyuman seperti cik agnes monica. Hahaha...
 
Buat masa sekarang, ada juga bertemu dengan seorang dua wanita yang memang membuatkan air liur aku tertelan kerap kali. Namun, dalam minda aku selalu terfikir, kalau bukan tunang orang, mesti baru berkahwin.
 
Semua itu memang melemahkan motivasi. Ada juga seorang guru muda kat sekolah yang masih bujang. Tapi orangnya yang kuat terjerit-jerit, terpekik terlolong... dan asyik nak bergaduh saja dengan aku. Rupanya memang jauh sekali lah dengan agnes monica.
 
Mak ada cakap " selalunya yang kau selalu gaduh-gaduh tu la jodoh. Sebab semua dah 'keluar'..." aku geleng-geleng kepala. Clueless.
 
Sebab malas nak fikir, aku rasa baik aku terima saja apa yang ada di depan mata. 'Gadis' ni walaupun keras bak besi logam tapi tetap boleh dibuat teman pada bila-bila masa.
 
"Miss V. Jom kita mandi..!!"
 
 
 

 
p/s - entry mengarut setelah lama tidak menulis.
.

5 comments:

::FAIZ:: said...

kdg2 kita x sedarpun org yg dkt dgn kita tu sbnrnya adalah jodoh kita... eh*

Nana Liena said...

x apa..relax dlu..cari duit banyak2..tambah ilmu banyak2..nanti inshaAllah jumpa la sorang tu..hoho..

zainatul abu bakar said...

Haha..entah2 yg selalu bergaduh tu nnt yg jd jodoh :)

the malay male said...

klu suka, luahkan... jgn tunggu lama2... mana tau ada respon positive :-)

Rapunzeel Cikilolo said...

kalo suka mesti tuhan perkenankan satu hri nnt...

keep up!