I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 4, 2013

Aspirasi.Inspirasi.Motivasi.

 
 
 
 
 

Aku tidak pernah mengetahui, bahawa seorang murid sangat memberi motivasi kepada gurunya... sehinggalah aku mengalaminya sendiri. Menjadi seorang guru kepada Naim, memberi aku sejuta perasaan bangga dan bersyukur.
 
Antara salah satu sebab mengapa aku tekadkan hati untuk berani memandu adalah untuk memudahkan aku menemui Naim tanpa perlu menyusahkan sapa-sapa untuk menghantar aku ke rumahnya di Port Dickson.
 
Lama juga tidak berjumpa dengan Naim. Kali terakhir, sewaktu Hari Anugerah di sekolah. Kebanyakan masa selalunya hanya berbual di telefon; berchatting di facebook. Kekerapan berhubung tidaklah sama seperti dahulu. Namun, kualiti itu adakalanya lebih bermakna.
 
Bersyukur juga dapat memandu untuk Naim. Kami bersarapan, kemudian menghabiskan banyak masa berbual di pantai Teluk Kemang.
 
Naim banyak bercerita tentang kisah hidupnya yang agak berbeza apabila di sekolah menengah. Naim banyak bercerita - kisah dia menyertai pasukan bola di sekolah, menjinakkan diri dalam kumpulan band, mula belajar aliran agama di sekolah. Sebagai guru, aku mengingatkan - apa-apa yang hendak dilakukan, pelajaran perlulah diutamakan.

" Sir.. Saya rindu nak makan nasi minyak ?"
"Nasi minyak ???" Aku tanya semula. Buat-buat macam tak faham.
"Nasi minyak sir...."
"Ooo.. Lambat la lagi Naim. Duit Sir tak banyak lagi nak kahwin...," kali ni, Naim pulak yang diam.
 
"Kalau saya, saya nak kahwin umur 27. Sir ?" Aku ketawa. Budak tingkatan dua pun dah ada target. Aku yang dah jadi cikgu ni pun kalah dengan anak murid.
" Sir tak tau lagi, Naim...," Aku pandang ke laut.
"Takkan sir tak de target...?" Nak tanak kene la juga jawab.
" 28 kot..??"
 
Naim senyum. Aku senyum juga. Senyum kelat...
Soalan cepucemas tu Naim oii...!! Hahaha...
 

Bila Naim sudah bersekolah menengah ni, corak perbualan dia nampak lebih matang. Seperti kebiasaannya, rasa hormat dia terhadap aku tidak pernah berubah. Masih bijak mengambil hati.
 
Kali ini, Naim ada bercerita sedikit sebanyak pendapat dia terhadap perkembangan politik dalam negara secara umum. Aku mendengar sahaja. Boleh tahan juga pemikiran murid sorang ni.
 
Apapun, hujung minggu ini sangat bernilai. Selain cita-cita aku dipenuhi, aku belajar satu perkara - kita takkan belajar apa-apa selagi tidak membuat silap. Aku takkan sampai ke rumah Naim, kalau aku takut sesat.
 
......
 
Petang. Habiskan masa dengan emak. Tengok kapal terbang di udara. Duduk atas basikal fixi adik. Tenang.
 

 

p/s - lepas ni sibuk dengan exam, mesyuarat dan sistem fail. Nazir nak datang sekolah.
.

6 comments:

the malay male said...

semua benda kena ada target :-)

Si Tracey said...

yeap :) Jadi cikgu baru kita merasa perasaan sebenar seorang guru :) Same goes here :)

::FAIZ:: said...

i dah 27 pun x kawen2 lg T_T haha

Asrul "iLham" Sany said...

Pahni leh jejalan ;)

My Little Diary said...

aim your target...
in shaa allah dipermudahkan, aaminn..

Chintaa Fea said...

lwk la cikgu nieh :P