I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 7, 2013

Riadah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sudah lama rasanya aku tidak ke taman permainan. Waktu kanak-kanak sudah berlalu. Kini, banyak waktu dihabiskan di tempat kerja manakala pada waktu petang kalau tidak bersama anak-anak didik atau teman-teman sekerja, sudah pasti aku akan berehat di rumah saja.
 
Namun minggu ini, rata-rata terdapat penghuni asrama ramai yang tidak pulang memandang jarak yang jauh antara rumah dari sekolah. Jadi kami pihak asrama bercadang untuk membawa mereka menghirup udara segar di Taman Tasik Seremban.
 
Ada yang bermain. Ada yang berjogging. Ada main buaian. Ada yang main gelongsor. Ada yang panjat memanjat. Ada yang kejar mengejar.
 
Mana yang kecil-kecil, seronoklah bermain. Mana yang tidak dapat melihat, seronoklah meneroka. Namun mana yang sudah besar bangka - melihat taman permainan seperti bukan keinginan mereka lagi.
 
Apa yang mereka nampak, sejumlah basikal di taman lalu lintas sana. Cikgu tak benarkan kerana kawasan itu luas dan kamu pula tidak boleh mendengar. Tapi masa akan datang, cikgu akan rancangkan yer.... !!
 
Jadi, kamu semua boleh la berjogging sekitar taman. Jangan lupa sarungkan tuala kecil di leher yer.. !!
 
Pagi sabtu ini, cikgu tidak lagi terlantar di katil bujang cikgu. Sekurang-kurang ada jugalah aktiviti yang boleh membuka mata cikgu.
 
p/s - cikgu sudah semakin kurus. Risau.
.

3 comments:

Anonymous said...

huhuhu...

rajinnye cikgu bawak diorang berjalan...

atleasr tak la diorang sunyi...

ewanthology said...

ok la tu klu cikgu semakin kurus...saya ni risau sebab semakin naik berat badan... huhuhu

Unknown said...

assalamualaikum...den orang nogoi jugak ! hehe..den follow kaw yo..esok2 kaw follow la den..hihi