I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 9, 2012

Obses - E.Z.A.N.I.



".. Kalau mahu mencari seorang wanita, jangan cari yang sempurna. Sebaliknya carilah wanita yang memenuhi seberapa banyak kriteria-kriteria yang kita mahukan.."


Sejak kebelakangan ni, rancangan masakan memang menarik perhatian. Aku sebenarnya sukakan gaya hidup yang berbeza dari gaya hidup lelaki konservatif Malaysia - futsal, lepak mamak, aksesori kereta. Why not lelaki Malaysia tak mencuba untuk memasak ?? Mencuba resepi seperti pavlova, kek tiramisu, pai, asam pedas atau spageti ker? Ni balik2.. megi taruk telur..!! zzz..


"Kita ni, kalau sukakan sesuatu tu.. jangan terlampau sangat. Bersederhana. Jangan suka sampai tak de cacat cela. Tiada yang paling baik, melainkan tuhan.."

Mak dah mula bersuara.


Sebenarnya aku terlalu cintakan kesederhanaan. Setiap kali melihat ezani, tampak aura kesederhanaan dalam setiap percakapannya, tingkahlakunya. Kalau mula-mula dulu.. dalam kuliah master chef,dia duduk di belakang-belakang saja. Tapi dia diam-diam ubi berisi. Walaupun begitu, keyakinan diri dia kuat..!! Tangkas, cekap di dapur.


Apa yang menariknya tentang Ezani nie.. dia sempoi, selamba, lincah, dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa saja. Aku suka senyuman dia..!! Bab memasak - dia cool jer !! Apapun cabaran, aku tak pernah lihat raut wajah gusar, takut..!! Cuma kalau time serius, dia memang serius..!! Mungkin dari sikap tenang dia, dia layak menjadi doktor gigi.


Disebabkan terlalu meminati ezani ni.. Semua perkara tentang dia aku dah add.. like fan page kat facebook. Save blog dia.. !! copy paste gambar2 dia.. dan..

Aku dah buka twitter baru... !!

aku buka... sebab, dengar-dengar dia pun dah ada twitter.. !! hahaha.. terpaksa la.. usaha tu penting..!!

.. yang tinggal selepas ni.. nak tunggu beli buku masakan dia jer.


Malam tadi, masa makan. Abah bercakap dengan aku..

"Ooo.. perempuan macam ni yer bang yang kau cari.."

"A'ah bah.. senang nak jaga.. tapi susah nak cari sekarang ni.."


Aku, kalau dah sukakan seseorang.. memang masalah. Ni la masalahnya kalau sir ikhram dah obses. Hahaha.. Selalunya aku tak terpukau dengan wanita cantik, cukuplah sekadar sedap mata memandang, tetapi biarlah perempuan itu punya daya penarik dan bersederhana..


Seterusnya, selepas ini, bakal menghabiskan masa menonton siaran ulangan master chef sambil mencuri2 pandang si Ezani.. Hahaha..!! Mana la tau kot kot ada jodoh dengan doktor gigi.. Sapa tau, kan?? hahaha..

.

p/s - sesekali bila aku terpandangkan ezani, aku selalu ternampak adik perempuan si Fatin.. Jangan lupa.. aku dah ada twitter.. hahaha !!

.

16 comments:

cha zainol said...

like seriously. aku jeles. habis lah dah jatuh aku dari carta hati kau.

Maicher said...

dah agak dia menang.
memang hebat kot. padahal dental dengan benda memasak ni jauh beza.

memang hebat dia. furh, market tinggi. cukup package.

MissButterfly said...

saya doakan abg senior berjodoh dengan dia ^_~ InsyaAllah ;)

saya suhada said...

comel nya post ni .
like like like :D

adwafarahin said...

hihi comel la ezani nie..x penah tgk MC nie..dok hostel la katakan :(

pembaris said...

saya ingat nak email contoh resepi yang saya cipta ke dia.nak mintak pendapat.hoho

ummiross said...

hehe, mana tau ada jodoh dengan dia kan..

zazaw said...

mana mana?
meh sini nak follow abang sir ikhram
:)

Mutiara Bernilai said...

ezani tu nampak sopan,,n ad aura. :D

sederhana memang indahh :D


eit, dapat sekolah mane ni dik? :D

aQimie Ceplos said...

hahaha!!
nikire tgk mastershef sambil menyelam la ni. ahah.
cool :)

ROZILA said...

Salam Ikhram,

Semuga dapat calon isteri seperti Ezani....
tapi sebelum tu cubalah pancing,manalah tahu (jodoh) kot tersangkut.

ch000tz said...

hahahahahah ada cerita disebalik cerita entry ni kan hehehe

Unknown said...

sanggup bukak akaun twitter sobabkan dio..haha peminat no1 nih...hehe

* cermin transition tuh start dari rm350...:)

ieza ashaari said...

pergh.. jatuh cinta cikgu sorg nie.. :)

Unknown said...

wahh gigih !

Qamaruls said...

ahh kau. smua yg aku minat kau nak minat gak. bagi laa kat abang ni