I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 26, 2012

Relaks...!


Sejak mengajar ni, lama sungguh tak buat entry. Sebenarnya bukan la sibuk sangat.. tapi sedang melayan hobi baru - belajar bahasa isyarat... hahaha !! Aku ingat kene amik kelas bahasa isyarat ni bermula dari kelas prasekolah la.. hahaha !! Susah dah tua-tua ni baru nak belajar. Tangan dah keras.. hehehe..


Walauapapun, setiap kali memandang anak-anak murid istimewa ini.. semangat aku bagaikan berkobar-kobar... terutama sekali melihat anak-anak murid yang bakal menduduki UPSR tahun ini. Aku selalu berazam untuk melakukan sesuatu untuk mereka. Insyallah.


Apapun, aku sentiasa bertuah, kerana dikurniakan anak-anak murid yang baik, yang menghormati guru, yang selalu riang dan yang sering ingin membantu aku. Lebih-lebih lagi anak-anak murid tahap dua yang cacat pendengaran yang sering membantu aku untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Alhamdulillah.


Kalau mereka sudi menerima aku, takkan la aku tidak kan..??


Ok !! Tutup kes keje. Sekarang kita buka kes cuti Chinese New Year.. hehehe.. Untungkan kita sebagai negara majmuk..?? Cuti perayaan ada banyak dan bermacam-macam. Semua kita raikan dengan meriah dan aman. Sekolah aku siap amik cuti ganti lagi seminggu.. hehehe.


Jadi seperti tahun-tahun yang sudah.. setiap kali cuti Chinese New Year, mesti kami adik beradik akan ke midvalley untuk bershopping raya.. hahaha..!! Sebenarnya bukan bershopping sangat pun, tapi saja jalan-jalan.. Dan aktiviti bersiar-siar kami kali ini sangat pelik dirasakan..

Kenapa orang tak ramai ??

Jadi memang 'syurga' la bagi orang-orang cam kami... cuma masa tengah nak belek-belek buku kat MPH je yang sesak.. almaklumlah ramai orang dpt baucer buku.. hahaha ! Yang lain semuanya mudah.. makan senang, nak beli itu senang, nak beli ini senang.. semuanya senang lah..


Apapun hari ni hepi sgt.. sebab dapat beli baju kat topman dengan harga RM4.. huh ! Memang berbaloi.. hahaha.. !!


p/s - Tiba-tiba terfikir.. bilalah nak berkereta nie.. Tak tahan nak anaik komuter yang ada macam2 masalah tue ?? hahaha...
.

20 comments:

Zamri said...

I dulu pernah belajar bahasa isyarat time buat practical kat Shah Alam. Kilang yg kitorg keja almost half deaf n mute, so nak taknak kena la tahu sign language. Walaupun camtu, diorg tetap bersungguh dlm buat kerja. It made me appreciate life even more. Best gak bleh belajar something new walaupun 2 bulan jer kat situ. :)

Nia Ridzwan said...

sepupu ayah Nia pon pekak n bisu. dia ada anak. twin. tapi, anak2 dia, boleh bercakap. n boleh jugak berbahasa isyarat dengan mak ayah dorang. pelik kan, sapa ajar, n macam mana diorang faham mak ayah dorang cakap bahasa isyarat tu :')

apa macam sekolah cikgu? :)

ZWAN SABRI said...

Huh? Baju kat topman harga RM4 je? Bapak murah... btw, nice pics.. :)

Joe_Hans said...

serius baju topman rm4???? =_='

nak nangis lar camnie!!!! huuuuuuu

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Tahniah cikgu. Selamat mengajar. Dedikasi dalam tugas sebagai guru.
TQ

fariha said...

yeahh!! usaha tangga kejayaan,cikgu.. semoga berjaya. nnt wat video bahasa isyarat,ok. hehehe

p/s:xsuke naik komuter. noktah.

ch000tz said...

eheheheh okay jer ikhram! bila nak datang sunway jumpa cik megatron ni ikhram!

ewanthology said...

dah ada kereta nanti mesti fikir, naik komuter lagi mudah, walaupun byk ragam tapi menjimatkan

cha zainol said...

aku jeles kau main drum :(

ch000tz said...

manaaaa manaaaa mana ni...?

Ahmad Sabree said...

nice ") nice ") like :) like :)

http://shaberry92.blogspot.com/
http://sabryoppa.blogspot.com/

singgah blog sabry oppa okey..

Liyana Zahim said...

Makan lg?!!

Pondok Usang said...

sangat santai... Selamat menyambut Maulidur Rasul

cik ungu said...

tetibe nak sebok kat sini.

err...

ok jangan halau.

HaniShah said...

kalau kita ikhlas... insyaALLAH,, ALLAH akan membantu... =) semoga berusaha cikgu...

Chegu said...

Dapat gaji bleh payung makan

Mutiara Bernilai said...

selamat menjadi guru yg supersaiya baik ya!


:)

akak paling alergik dgn komuter, sbb pernah pengsan dlm tu..aha!~

pembaris said...

oh.saya sudah reti ucap terimakasih dalam bahasa isyarat...

Unknown said...

happy working! seronoknyer shopping, hehe

Ce'gu JAERA said...

selamat mengajar dengan baik2 ye (",)