I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 28, 2012

Cikgu Ikhram



Mula-mula dikenali sebagai ustaz Ikhram.. walaupun kekok lama-kelamaan serasi jugak menjadi seorang ustaz terjun. Kemudian berubah kepada panggilan Sir Ikhram.. almaklumlah mengajar science in english.. dan sekarang kembali terkenal dengan panggilan Cikgu Ikhram..

Semua gelaran aku pernah dapat.. tamak kan???

Selama 9 minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban ni, aku rasa aku sudah mampu menyesuaikan diri walaupun ada waktu-waktunya aku rasa seperti jatuh.. tapi aku paksakan diri untuk bangkit kembali.. Aku sentiasa merasakan bahawa aku seorang guru yang sangat istimewa.. dan bertuah.

Siapa cakap kalau belajar subjek science di maktab tapi mengajar di sek keb pendidikan khas ni rugi.. ??

Tidak... sebenarnya aku rasa bersyukur ditempatkan di sekolah ini.. sekurang-kurangnya azam aku tahun ini untuk membuktikan anak-anak murid aku yang kurang upaya mampu mendapat gred yg terbaik untuk subjek sains UPSR tahun ini perlu sentiasa difikirkan. .. dan sememangnya aku sedang mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakannya.. dalam hati, aku terlalu mengharapkannya..


Siang di sekolah sebagai guru.. malam di asrama sebagai warden.. Kehidupan yang bergelumang dengan sikap-sikap extreme anak-anak istimewa memang selalu memeranjatkan dan merentap salur jantung aku sendiri.. Aktiviti kejar-mengejar.. terjerit-jerit terpekik terlolong.. malah turut sama-sama jatuh ke lantai.. sama-sama lencun basah kuyup.. Semua dah jadi rutin terbaru.. Inilah kisah bapa segera di asrama...!!


Di sekolah ini banyak perkara aku pelajari dan aku kongsikan. Oleh itu seringkali nama 'anak-anak istimewa' aku ini terpahat di dalam hati... yang selalu aku bawa bila jauh dari mata..


Azroy, dan 'adik-adiknya'.. Naim, Nasrul, Fatihi, Aniq, Amin, Zuhair, Adam, Aiman, Danish, Qayyum, Zairi, Izzuan, Aqil... dan yang lain-lain.


Kalau ada masa ingin sekali memaparkan kisah-kisah hidup mereka. Kisah-kisah bagaimana kami habiskan masa bersama-sama.. huhuhu..

.

p/s - keje banyak...!!!! pening...

.

7 comments:

ZWAN SABRI said...

Tringat cikgu zwan time skolah dulu.. cikgu zwan kata, sebenarnya bila exam je, bukan pelajar je yang risau, guru2 lagi risau sbb depa mengharap sangat pelajar2 depa dapat skor yang terbaik dalam subjek yang depa ajaq.. Good Luck Sir Ikhram.. Eh, Ustaz Ikhram.. Eh, Cikgu Ikhram.. HEHE

Ad-Dien said...

semoga senantiasa dalam rahmatNya, selamat mencurahkan ilmu kepada anak bangsa dan agama :)
barakallahufik

Tawakal Sebagai Benteng Dari Ujub Dan Riyak

Fezul Fadhley said...

kerja leklok! ^^

izfanora said...

terbaik bro..

kalau kita tak nampak kesusahan orang lain, kita tak kan sedar kita senang.. bersyukur kamu masih ada tempat untuk mencurah bakti.. :)

miranadia said...

selamat pagi cikgu!

semoga awak menjadi cikgu yang baik dan boleh inspire anak2 murid....

-bakal cikgu.insyaAllah

yaya nazeerah said...

Cikgu !! buku sains saya tertinggal dekat rumah lah :)
all the best Sir Ikram, insyaAllah yaya akan ikut jejak kamu soon

c'axoera ヅ said...

apa kabau cikguuuuuuu :D