I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu, Emak...

 
 
 



 
Masa bersama emak secara berkualiti, aku akui memang sukar untuk diperoleh. Aku bekerja; emak juga bekerja. Namun waktu bekerja emak lebih panjang daripada aku. Kalau diikutkan, aku selalu pulang ke rumah lebih awal. Adakala hujung minggu aku bercuti; emak adakalanya tidak. Bila diajak bersiar-siar, emak selalu memberi alasan - dia pening kepala, nak siram bunga, nak masak dan macam-macam.
 
Kadang-kadang.. aku bersyukur bila aku sudah boleh memandu. Aku boleh membawa emak ke mana-mana dengan selesa. Hajat nak membawa emak ke haji masa kecil-kecil dahulu, nampaknya bukan usaha mudah. Insyaallah, ada jalannya suatu hari nanti. Amin.
 
" Sedapnya naik kete kau bang..."
 
Sebagai anak, aku bahagia mendengar kata-kata emak. Aku tahu, bukan harta yang emak pandang. Tapi buat masa ini, tiada apa yang dapat aku balas, melainkan menyenangkan hati emak seberapa mungkin. Aku senyum saja. Emak duduk dengan selesa. Aku sengaja pasangkan lagu " Terukir di Bintang" dengan Aizat Hamdan. Aku tau emak suka.
 
Emak selalu dalam fikiran. Sebagai anak, tidak pernah sedikitpun aku lupa bahawa aku pernah memiliki emak yang sangat garang pada masa dulu. Bila sudah dewasa ini, memandang emak saja, aku akui, emak seorang yang sangat penyayang.
 
Setiap kesalahan yang aku lakukan, jarang sekali emak biarkan. Aku fikir, sampai bila-bila pun emak akan sentiasa menjadi 'guru disiplin' - menasihati dan memberi pengajaran.
 
Aku bersyukur kerana Allah tidak pernah membenarkan aku berjauhan dengan emak. Emak sentiasa ada memberi semangat dan nasihat dalam apa jua yang aku lakukan. Tanpa restu emak, aku tidak akan kemana.
 
Kalau ada sesuatu yang tidak kena - emaklah orang yang paling awal terkesan kerananya. Bila aku termenung - emak jugalah yang akan meneka sebabnya dengan betul. Naluri seorang emak bagi aku tidak pernah tersilap.
 
Emak, abang selalu berharap emak akan selalu ada untuk abang.
 
Selamat Hari Ibu, emak.
 
p/s - bila dah bekerja, cara luahannya jauh berbeza.. !!
.


10 comments:

luddin said...

Muka cikgu banyak ikut iras ibu...Selamat Hari Ibu!!

the malay male said...

hargai mereka selagi ada kesempatan.

hanaahmad said...

anak yang baik. aku yakin ibumu pasti berbangga dengan anak seperti kamu. bahagiakanlah dia selayaknya :)

Asrul "iLham" Sany said...

Selamat hari guru..n ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah...

untung ada emak yang sangat memahami dan sayangkan awak...

selamat hari guru ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah...

untung ada emak yang sangat memahami dan sayangkan awak...

selamat hari guru ;)

sarah zulk said...

bangga dapat kenal org yg pandai menghargai emak sendri mcm kau.. =) teruskan. smoga hidup sentiasa diberkati.

Anasyg said...
This comment has been removed by the author.
Anasyg said...
This comment has been removed by the author.
Anasyg said...

ikram, sapa perempuan muda2 kecik2 kat sebelah tu?