I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 31, 2013

Titik Titik Penuh Makna

I.K.H.R.A.M
 

Sebelum mengenal dot-dot di atas, saya fikir saya merupakan seorang pembaca yang sangat baik. Saya fikir saya adalah seorang yang sempurna. Sebenarnya, tidak. Ilmu di dunia ini, semakin kita jelajah, semakin tiada sampai ke penghujung. Kita mungkin boleh mengenal huruf-huruf seawal 6 tahun. Namun, saya tidak menyangka.. berpeluang mengenal huruf-huruf braille pada usia 25 tahun.

 
 
 
 
Percutian saya pada pertengahan semester persekolahan ini, saya isi dengan bengkel penghasilan bahan bantu mengajar untuk murid-murid bermasalah penglihatan. Selain mengukuhkan pengetahuan asas braille yang ada, saya diberi peluang untuk menyediakan bahan-bahan mengajar murid-murid bermasalah penglihatan untuk diagih-agihkan kepada 11 sekolah kebangsaan pendidikan khas di seluruh Malaysia.
 
Bahan-bahan yang ada ini adalah khusus untuk murid-murid prasekolah dan kepada mereka yang baru mula mengenal asas tulisan braille. Seronok menghasilkan bahan-bahan ini disamping berkenalan dengan guru-guru pendidikan khas di sekolah dari negeri-negeri lain. Selain itu, kami juga menyediakan buku cerita braille.
 
Titik-titik asas kalau dihimpun-himpun, mampu menjadi karangan yang sangat memberi makna.
 
p/s - Ilmu Allah itu luas dan tidak pernah luak.
 
Andai tidak belajar, mata yang celik, mampu menjadi buta. Kalau tak percaya, cuba teka.. apa yang dimaksudkan dengan titik-titik di bawah..??
 
.


9 comments:

DEZEE @ DHAGI said...

Ikhram..respek betul bila jumpa cikgu yg betul2 ada passion dlm mengajar.err...ertinya apa tu?

the malay male said...

bro boleh baca braille? respek... mesti susah nak belajar tulisan tu kan

Teena Tna said...

Tahniah ! Dapat ilmu baru utk dipelajari,
X reti baca tulisan braille, walaupun hari2 naik lif yg ada tulisan nie, still xleh tangkap.

sabry oppa said...

entry yg ade motif.
nice

whitecappuccino said...

tahniah! jangan pernah jemu untuk meneroka bagi memanfaatkan anak2 yg kurang upaya

Nazeera Yahya said...

empat or d kah ???

wah braille ... org buta masih dgr kita cakapkah ???

Anasyg said...

uuh..braile :0 cambest - :)

Anasyg said...

uuh..braile :0 cambest - :)

My Little Diary said...

saya pernah tgk huruf2 braile ni masa sy berumur 11tahun, kawan sekelas yg buta menggunakan mesin braile ni bila belajar dlm kelas. tapi sy tak pernah belajar huruf2 ni dari dia...errmmm satu kerugian pulak rasanya pada saya