I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 16, 2013

' Saya yang Menurut Perintah'

















Dalam tempoh sebulan ini, aku sudah pun menghadiri 4 jenis kursus, mesyuarat dan bengkel. Semuanya melibatkan pengkhususan pendidikan khas untuk masalah penglihatan. Mungkin akan ada lagi selepas ini. Kesibukan ini memang meletihkan, tapi aku fikir ia memberi banyak faedah. Aku dapat memperoleh banyak ilmu baru malah berpeluang mengenali ramai orang dalam industri pendidikan; dari segenap generasi dan pangkat.

Menghadiri kursus-kursus seperti ini mendedahkan aku kepada tanggungjawab yang lebih besar. Semua ini mematangkan. Mengenali dan dikenali dalam industri memang memberansangkan. Sekarang ini aku lebih memahami dunia pendidikan khas yang aku ceburi.

Bila keluar sana-sini, makan itu dan makan ini. Hotel ini best; hotel ini tak best. Kesannya, perut sudah semakin kedepan. Pipi sudah kembali montel. Nafas tidak sepanjang dulu. Penampilan nampak semakin 'tegap' tapi penuh dengan lebihan-lebihan isi-isi dan lemak yang tidak diingini.. hurm...

...satu keluhan akibat tidak dapat mengawal nafsu makan yang merajai hati dan perut.

Apapun, seronok juga keluar melihat dunia luar. Makan angin sekali sekala walaupun sibuk dengan sesi-sesi dan slot-slot dalam jadual kursus.

Balik kursus, terus dengan perkhemahan beruniform di sekolah. Terpaksalah berjaga malam memantau anak-anak murid. Membantu menjayakan aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Kemudian bertugas seperti biasa sebagai warden yang dikasihi penghuninya semua... hahaha...!!

Malam hujung minggu, keluar bersama emak, abah dan adik perempuan. Emak pun dah mula bersuara. " Sibuk mengalahkan menteri. Buat rumah ni macam hotel," Aku senyum. Nak buat macam mana - 'Saya yang menurut perintah'.

Selagi bujang, selagi itulah takdirnya seperti ini - Penerima surat panggilan kursus yang setia. Apapun, sebaik-baiknya semuanya haruslah dipandang secara positif. Baru hidup menjadi lebih baik setiap hari.

p/s - kalau boleh lepas ni hantarlah aku kursus di negeri sabah sarawak pulak. Nak jugak jalan-jalan percuma kat sana...
.

11 comments:

Teena Tna said...

Seronok dpt attend pelbagai kursus..

DEZEE @ DHAGI said...

Sekolah yg kat raja laut tu sebelah maju junction kan.

the malay male said...

time2 kursus ni mesti byk makan free kan ..hehe

iKhRam said...

Yup.. betul..

sarah zulk said...

hi ikhram.. =) bagus timba pengalaman banyak2 waktu muda ni..

Nazeera Yahya said...

wah , sangat terharu apabila saya dapat tahu apabila salah seorang sahabat saya suka pergi kursus ?????


huhuhuhuhu~~~~

Rapunzeel Cikilolo said...

huhuhu...

best jugak tambah kenalan

:)

ctpayong said...

tidak apa..sedikit pun tidak rugi andai dijemput hadiri kursus. setuju dengan kamu...positive thinking.

amir aizat said...

Seronoklah berkrusus ni kan, keep it up cikguu!

baby comel said...

agaknya menteri pun tak sibuk hehehe, xpelah. demi kemajuan anak bangsa jgk kan.. moga segalanya dipermudahkan, amin...

Sya_Merpati Putih 88 said...

sememangnya bila pergi berkursus secara tak langsung memang jadi banyak makan juga selain dari dapat banyak ilmu dan pengalaman serta kawan...

semoga terus berjaya dalam kerjaya..:)