I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 5, 2013

In Trend - Isu Lelaki m/s 117

 
 
Beberapa hari yang lepas, aku beli majalah In Trend. Fahrin Ahmad jadi cover. Aku terus ambil apabila terpandangkan kali ini adalah edisi lelaki. Untuk harga RM7.50, aku rasa tak berapa berbaloi sangat. Tak banyak input kali ini yang berjaya mencuri hati. Kalau la aku tau, baik aku baca kat MPH jer... !! Free.
 
Walaubagaimanapun, Ada satu part dalam majalah ini yang aku rasa mencungkil idea aku. Setiap majalah yang memaparkan edisi lelaki, pasti tak tinggal untuk menemuramah beberapa artis lelaki yang dikatakan 'gojes'. Untuk majalah In Trend kali ini, mereka mempamerkan lima artis lelaki - SHAHEIZY SAM, FAIRUS FAUZY, IRFAN KHAIRI, AIZAT AMDAN dan SHERSON LIAN - dengan soalan yang sama.
 
Tiba-tiba aku terfikir... kenapa tidak, kalau soalan ini ditanya pada aku pulak...?? Hahaha...
Aku rasa, aku tak la 'tak gojes' sangat kan??? Wakaka...
 
 

 
Apakah definisi 'gentlemen' bagi kamu ?
Gentlement bagi saya apabila seseorang lelaki mampu melayan kerenah orang ramai dengan baik dan sabar serta memahami setiap keperluan mereka.
 
Bilakah ketikanya kamu rasa kamu benar-benar berjaya ?
Apabila saya mampu membantu mengubah masa depan seseorang individu daripada tidak tahu apa-apa menjadi seorang yang berguna. Contoh, anak-anak didik saya.
 
Kamu punya pakej lenglap sebagai lelaki pujaan wanita, pernahkah digoda atau diburu?
Saya rasa soalan ini bukan untuk saya.
 
Wanita paling mempesona di mata kamu ?
Maya Karin. Setiap senyumannya mempesonakan saya. Dalam keadaan marah pun dia masih lagi mempesonakan.. apatah lagi jikalau dia sedang menangis...
 
Jika kisah kamu ingin difilemkan, siapakah pelakon yang layak membawakan watak kamu itu?
Redza Minhat.
 
Cita-cita pertama kamu?
Ingin menjadi seorang guru. Semasa di sekolah rendah, saya selalu mengagumi seorang guru lelaki yang tegas, berpenampilan menarik dan nampak bijak.
 
Antara kereta, gajet dan wardrobe, yang mana satu menjadi kegilaan kamu ?
Semuanya tiada. Saya lebih tertumpu kepada bahan bacaan.
 
'Boxer' atau 'brief' ?
Boxer.
 
Pencuci mulut paling seksi di mata anda ?
charamel cheese cake di nando's. Sampai ke hari ini saya terbayang-bayang rasanya yang sangat seksi mengumpan kekenyangan.
 
Berapa kerap membeli kasut ?
Setahun dua kali. Satu kasut kerja, satu kasut jalan-jalan.
 
.........................................................................................................
 
tamat sesi temuramah.
 
p/s - kadang-kadang seronok juga menjawab dari majalah-majalah yang kadang-kadang lebih bersifat komersial. tak melambangkan identiti seseorang individu secara jelas.
.


9 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

huhuhu...

feeling nye...

DEZEE @ DHAGI said...

Dari kecil dah nak jadi cikgu..at least u filled up your dream job.good2..

Anasyg said...

Kamu punya pakej lengkap sebagai lelaki pujaan wanita, pernahkah digoda atau diburu?
Saya rasa soalan ini bukan untuk saya.
_LOiked this

the malay male said...

beli maskulin, lebih byk cerita pasal lelaki.

LelakiS said...

pergi mph lalu cari fhm...kenapa erk?

LelakiS said...
This comment has been removed by the author.
Nick Nashram said...

cita-cita aku masa sekolah dulu nak jadi polis..ntah camne bole jadi cikgu pulak skng..haha

My Little Diary said...

hahaha....gojes!!!

whitecappuccino said...

boleh masuk magazine jugak ni :)