I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 11, 2013

eid mubarak 2013




























Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Bila usia semakin meningkat.. kematangan makin diuji.. Alhamdulillah, kini aku bijak menangani masalah dengan manusia. Bila berhadapan dengan penyakit-penyakit hati, aku selalu bisikkan di dalam hati..

"Allah, sedang menguji kita"

... kemudian hati menjadi sabar. Api yang marak kini boleh dipendamkan. Begitulah caranya aku mengajar diri agar tidak disirami dendam. Adakala ada manusia yang tidak mahu mengalah, jadi aku yang memulakan dahulu salam kemaafan. Adakala, hati tidak mampu memaafkan, aku bawa diri mendiamkan diri dari segala yang melukakan hati.

Pada aku, manusia adakala tidak boleh diajar dengan kata-kata, tapi mampu mengerti apabila kita berdiam. 

Apapun, selagi bumi dipijak, langit dijunjung, selagi emak, abah dan adik-adik masih disisi, selagi itulah aku akan cuba berbakti. Kerana mereka jiwa aku 'hidup'.

Pada yang telah tiada, tiada wang ringgit yg mampu aku hiasi melainkan doa yang dipanjat dan pusara yang diziarahi saban tahun. Biarpun lama kalian pergi, nadi kalian tetap bersemadi di dalam diri ini. Atuk, abang rindukan atuk..

Salam aidilfitri.
 Dalam gembira pasti ada duka. Dalam duka, pasti ada gembira.

p/s - jom kumpul duit raya.
.

12 comments:

FH said...

Salam Aidilfitri. Duit raya sikit ? Hihihi.

iKhRam said...

FH...
boleh.. meh la beraya kat rumah

luddin said...

eid mubarak!! untung laa masih cuti sekolah! :0

ewanthology said...

meriah :-)

PemilikCahaya said...

Happy eid mubarak cikgu

Anonymous said...

Well said..tapi ko still dpt duit raya? Hebat. XD

Nick Nashram said...

selamat hari raya bro.
p/s: sama kaler keta vios tu..huhu

Lelaki said...

posing x hengat.

i'm shin... i'm inesen said...

selamat hari raya.. tumpang baca~

Raz said...

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin :)

Maicher said...

Selamat hari raya bro ikhram!.. maaf zahir dan batin :)

Unknown said...

Amboi cikgu, dah macam model terhangat tu!!
Dlm pada berseronok dihari raya, haruslah kita teringat mereka yg dah pergi. Kakpb jauh di Sabah, dpt beraya pun mcm tak puas je. Begitulah jadi isteri, kena lebihkan pihak suami.