I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 25, 2010

Bila dimana siapa 11


Siapakah Aisyahtul Nur Zainol di mata saya???


Sepanjang menetap dan menimba ilmu di maktab yang permai ini, dialah seseorangnya yang memanggil aku dengan gelaran 'adik' memandangkan aku la yang termuda dalam kelas.. hahaha.. Selalunya, sentiasa bersama die walaupun suka dan duka.. ada masa terpaksa juga berhadapan salah faham yang membuatkan kami tak bertegur sapa. Tapi selalunya tak la berterusan bermasam muka.. memandangkan dia garang dan aku pula sensitif.. kui kui kui (masa awal2 semeseter la!) . Kebanyakkan perkara pelik, aku lakukan bersama dia, memandangkan dia tak tau malu dan aku pun sama..

Dialah rakan yang pertama membelikan aku jam kerana baginya seorang guru perlu memakai seutas jam. Jadi sekarang aku dah terbiasa menggunakan jam dan tidak boleh tidak. Dialah orang yang pertama yang menggalakkan aku bermain bowling sehinggakan sekarang aku bijak melambung bola bowling yang aku sangka berat suatu ketika dulu. Kalau menonton wayang, die mungkin rakan yang tepat untuk aku ajak. Jiwa kami sama dalam menangani ragam wayang melayu. Jiwa kami halus bile menonton wayang.. kalau die nangis dulu, aku ikut.. kalau aku nangis dulu, dia akan ikut. Apa jer citer wayang yang kami tak nangis..?? Selalunya kami minat wayang Yasmin Ahmad yang punya nilai2 sentimental yang buat kami terus-terusan sebak bersama. Tapi paling tragis bila menonton wayang 'Sepi' kami menangis dalam ketawa melihat gelagat watak yang dimainkan Nasha Aziz.. !

Dan bermacam2 cerita antara kami... yang boleh dilupakan dan ada yang tidak mungkin dapat dilupakan.. Insyaallah akan terus berkawan dan menjaga antara satu sama lain.. Itulah die Aisyatul Nur Zainol yang aku panggil 'akak' dalam kelas.. huhuhu!

2 comments:

Atiqah Alluru said...

ikram.ko di tag oleh ak..sile ke blog ak ye.hahha

Herdoni Wahyono said...

Kelihatan keren dan ganteng bila pakai baju berdasi. Hidup begitu indah rasanya. Happy dan enjoy selalu.