I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 20, 2010

Permulaan Menjadi Pelajar Maktab + Melempar Cakera


Kembali menjadi seorang pelajar bukanlah suatu yang amat2 menggembirakan sebenarnya.. hahaha.. Setelah sebulan seronok mengarah anak2 murid itu dan ini, berleter panjang2, makan ikut kehendak hati jer.. kini tibalah giliran kami yang terpaksa mendengar kuliah yang berjam-jam, beratur panjang untuk makan, bermulalah keje yang berlambak2.. dan bermacam-macam lagi.. dugaan dan cabaran kat maktab yang tercinta nie..

Untuk hari isnin, mood untuk ke kuliah tu masih lagi kosong.. tp telah dimurnikan oleh madam Tan Seok Kiang dengan mengadakan perbincangan kelas berkaitan Radioisotop. Aku ingat fasa eliciting idea die lama giler la sampai 40 minit. Lepas tu restructuring idea die hilang mcm tu jer.. tp application of idea die mmg terbaik!! Sebab die bagi masa untuk kami buat concept map kat kertas mahjung dan lepas tu present. Sama la cara kita. Nampaknyer madam Tan dah memperbaharui approach die dalam mengajar kelas kami.. hahaha.. pandai2 aku jer nak komen lecturer..!! sori Madam Tan.. saya gurau2 jer..!! Next week die akan buat debate dalam kelas untuk tajuk radioactive ini baik atau tidak digunakan dalam kehidupan harian.. Lebih kurang mcm tu la tajuk die.. dan yang bestnyer laki lawan perempuan..!!


Untuk petang hari ini pulak ada latihan olahraga.. !! Tibalah giliran Fuad Jahaya, Azurin Abdul Rahman dan Fadhli Daud untuk mengajar kami semua akan sejenis olahraga iaitu MELEMPAR CAKERA. Dalam hidup aku inilah kali pertama aku memegang cakera dan melambung setinggi mana yang aku mahukan. Tak la berat sangat, cuma 2 kilo jer... tp tadikan masa ansur maju kedua guna bola baling, aku terlempar bola terkena bawah abdomen si Amir Aminuddin tu. Mengaduh sakit.. jatuh terduduk budak tu.. sori ek?? tak sengaja.. salah sasaran.. apapun sesi latihan ari ni memang enjoy.. gelak2 dengan semua orang.. buat semua latihan dengan rasa hepi. Sebenarnya kelas aku ni memang best.. kitaorang memang sepakat.. kalau tergelak tu semua orang nak tergelak sama.


Malam pulak, sama2 dengan Nadiya Khalik, Amir Aminuddin, Zuliyana Hassan dan Fariezza Rahim singah ke tesco.. saje nak makan Mc d.. shhh!! Masa ni terima mesej dari Haris, anak murid aku 5 nilam.. seronok berbual dgn anak murid sorang ni.. Lega bile die ckp cikgu sains mereka buat revision tajuk yang aku ajar, energy.. semua pelajar dpt jawab.. Alhamdulillah!! Haris, cikgu doakan kamu berjaya dalam apa cita2 yang kamu impikan.. tak salah jadi drummer, tp jadilah ahli muzik yang berilmu..

p/s- iman, abg pun doakan sama, supaya iman jadi manusia berguna pada bangsa agama dan negara.

2 comments:

Farhawa Zamri said...
This comment has been removed by the author.
iKhRam said...

jad cikgu antara pengalaman yang tak mungkin dpt dilupakan.. saya seronok memilih untuk menajdi guru.. semoga Farhawa juga success dalam bidang yang dipilih.. rasa lain bila farhawa catat cikgu ikhram kat ur blog.. huhuhu.. aper2 pun tq keran memberi komen