I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 3, 2010

Minggu Kedua menjadi Cikgu Ikhram

Weekend yg lepas aku, Azurin Abd Rahman, Afiq M. Ismail dan Nadiya Khalik telah pun ke Prangin Mall untuk menonton wayang citer 'Alice In Wonderland'. Secara jujurnya aku dah menonton citer ni untuk kali kedua bukan kerana citer ni best tapi atas ajakan kawan2 yang berlainan.. Apapun aku enjoy jer la..!! Lepas tu pegi gunting rambut kat salon.. hahaha.. saje memanjakan diri.. Risau tgok Azurin drive asyik salah jalan jer..!!


Untuk minggu ni, menjadi seorang guru adalah perkara yang paling mencabar. Bayangkan setiap hari mengalami sakit kepala, mual2, beberapa kali aku rasa nak termuntah2.. Masa dalam kereta selalunya kami bertiga Zuliyana Hassan dan Ying Ying akan diam saja mendengar alunan lagu di radio.. semuanya keletihan dan aku la yang paling teruk, selalunyer tertidur dalam kereta.. terlalu mengantuk! Bayangkan setiap hari terpaksa menyiapkan lesson plan dan alat bantu mengajar. Bayangkan setiap hari aku terpaksa tidur paling lama pun sejam. Memang rasa macam tak waras kan?? Aku terpaksa guna waktu petang sebagai ganti tidur malam aku.. Sekarang ni muka makin cengkung, badan makin susut..!! Tak berani nak timbang berat badan sekarang ni, sebab takut kecewa lagi..!!

Minggu ni aku telah diobserve oleh Madam Norizan. Memang dari awal2 lagi aku dah rasa gementar. Aku memilih diobserve untuk kelas 5 Nilam. Sebabnya aku rasa budak2 kelas ni senang diuruskan dan diorang amat tertarik untuk belajar dengan aku. Mungkin sekali dengar macam aku terlalu yakin sangat2.. tapi apa nak buat aku memang gemar mengajar budak dalam lingkungan umur yang macam ni. Alasannya, aku mudah menerima respon dari mereka dan mereka sudah pandai membuat inferens masing2. Cuma yang tak laratnya aku kene la menyediakan alat bantu mengajar yang terlalu banyak dan benar2 menarik untuk memahamkan mereka. Untuk kelas ini, aku akan mengajar topik transformation of energy. Kebetulan topik ni yang kene, jadi aku bersyukur sebab banyak idea2 yang aku boleh buat.

Sebagai memulakan pengajaran aku berpesan kepada pelajar supaya mendengar arahan dan jaga perlakuan. Nampaknya mereka memang faham dan mungkin sudah terbiasa dgn keadaan pensyarah yang selalu datang menilai guru praktikal. Entah macam mana tiba2 aku digemparkan dgn kehadiran budak baru yang dikatakan hyperaktif??? agh.. sudah!! tp tak per.. aku buat tak tau jer. Aku letakkan die kat belakang!! Nasib baik budak tu reti duduk diam2.

Bila Madam Norizan masuk jer, aku terus letakkan die kat tempat duduk belakang yang telah aku sediakan. Semalam lagi aku dah suruh Hamizan uruskan meja dan kerusi tu. Tq! Aku mulakan pengajaran aku dengan bertanyakan khabar semua pelajar. Nampaknya cara aku tu memang berjaya menarik perhatian semua pelajar. Selepas tu, bagi memulakan topik, aku start dengan menceritakan tentang kisah seekor burung. Aku terpaksa menyiapkan topeng burung. Aku pakai dan bercerita. Nampaknya, semua pelajar gembira dgn cerita aku bila semua pelajar ketawa dan tersenyum termasuklah Madam Norizan pun!! hahaha.. aku pun tak sangka aku terpaksa berlakon macam ni sekali.

Inilah topeng yang aku gunakan dalam set induction.

Untuk memperkenalkan jenis2 tenaga, aku bawak bola tennis, gitar, lilin, gelung getah dan jangan tak percaya, aku guna Jigler Model. Hahaha.. penggunaan abm yang banyak dan bahan
maujud memang berkesan dalam p&p. Untuk memperkenalkan sound enrgy, bila aku petik gitar, memang ramai la yang teruja.. lebih-lebih lagi anak murid aku yang nak jadi penyanyi terhebat tue!! Padahal aku tak reti pun main gitar.. Ada pelajar lain yang aku bagi peluang bounce bola tennis untuk menerangkan kinetic energy, tarik gelung getah dan paling hot dalam kelas bila aku buat demostrate Jigler's Model. Budak Syafiq Aiman yang poyo tu pun' jakun' sekejap!! Model ni memang bagus lebih2 lagi bila aku gunakan untuk transformation of energy.


Kesimpulannya untuk kelas ni, aku perlu menerangkan lebih kerap bahawa bateri mengandungi chemical energy. Ni sebab ramai pelajar2 aku keliru tantang hal ini menganggap bateri adalah electric energy. Yang lain semua anak didik aku lulus. X rugi kene komen dgn madam Norizan tempoh hari masa prapenyeliaan.

Alhamdulillah, untuk observe aku yang pertama ni, aku telah mendapat respon positif daripada Madam Norizan, walaupun ada byk kelemahan yang perlu diperbaiki. Dia lebih suka kalau aku menerangkan transformation tu dgn lagu kartun transformation.. dalam hati aku jawab, mana la aku tau lagu kartun2 nie!! Dia puji yang aku ada usaha yang baik dalam menyediakan alat bantu mengajar. Rasa penat berjaga menyediakan abm hilang bila mendapat pujian daripada madam Norizan. Bukan senang nak dapat pujian daripada dia. Banyak idea yang die sharekan dgn aku dan aku terima semuanya dalam memperbaiki pengajaran pada masa akan datang.. jadi mood aku untuk hari tu amat2 baik.



Lepas tu aku masuk kelas 6 Delima utk kelas ganti. Aku cuba mengajar sains ulangan topik darjah 4 dan 5. Nampaknye basic knowledge diorang memang lemah la.. jadi aku cuba mengingatkan kembali memori diorang tu dengan pendekatan yang mudah dan menarik. Tak sangka perubahan dari mereka amat baik. Aku dapat buat kesimpulan bahawa apabila sains diajar dalam bentuk mengajar sahaja.. memang bosan. Sebaliknya cungkil la pengetahuan anak murid berdasarkan pengetahuan sedia dgn teknik menyoal dan hasilkan alat2 yang maujud dan tunjukkan pada mereka. Murid2 amat berminat dgn semua ni.. lebih2 lagi tentang alam semesta.

Hari khamis ada pameran sabun Protect. Sepatutnya masa kelas tu aku kene masuk kelas 5 Nilam. Ada worksheet yang aku nak bagi dan discuss. Tapi terpaksa cancel la sebab pameran ini. Masa ini aku amik peluang nak borak2 dgn Zuli, kak Munis, Ying Ying.. seronok gile tergelak padahal dewan dah penuh dgn budak2. Protect buat pameran berkaitan membasuh tangan dgn sempurna. Bila ceramah dah abis, aku tolong promoter2 sabun Protect tu agih2kan sabun..


Kebetulan masa ni, ada seorang anak murid aku capai tangan aku dan tanya sama ada aku lulus tak observe semalam. Aku memang terkejut kemudian aku tanya, kenapa kamu tanya?? Dia jawab "sajer nak tau.. kan kami semua baik.." Aku senyum.. Aku pun jawab! "yes, saya lulus semalam".. terus melompat2 seronok. Seronok die mengalahkan aku..!! Ramai jugak yang bertanya bila aku nak masuk kelas.. Walhal aku garang2 jer masa ngajar. Itu belum lagi dengan ramai pelajar yang dah mula terdidik memberi salam kat aku.. "Assalammualaikum Cikgu Ikhram" penuh tu beb!! Seronok jer dengar.

Untuk hari jumaat, sekolah ada mengadakan Aktiviti Merentas Desa. Tapi aktiviti merentas desa ni hanya melibatkan pelajar2 dari tahun 3 hingga 6. Jadi pelajar2 tahun 1 dan 2 perlu berada di tapak perhimpunan. Sebelum ni GPK koko ada meminta kami mengadakan senam robik dalam masa 15 minit untuk pelajar2 di tapak perhimpunan.. tp ntah mcm mana pulak hari Rabu, Ustz Zalina minta kitaorang adakan aktiviti selama 3 jam utk tahun 1 dan 2. Jadi kami sepakat (aku, Akashah, Zuli dan Ying Ying) nak buat aktiviti sukaneka.

Jadi hari ni (Jumaat) kami telah pun menjayakan majlis senam robik dan sukaneka untuk pelajar tahun 1 dan 2. Nampaknya budak2 sukakan tarian 'Chicken Dance'. Enjoy rasanya. Walaupun kaki aku sakit, tapi aku kene buat jugak bagi memberi sokongan kepada rakan2 yang lain, Akasha, Zuliyana dan Ying Ying. Selepas tu kami adakan pula sukaneka yang terdiri daripada 8 stesen. Aku bertindak sebagai pengurus telah memberi taklimat ringkas tentang semua guru yang terlibat tentang pengurusan ringkas aktiviti ni. Berbagai-bagai aktiviti dijalankan di setiap stesen seperti masukkan pundi kacang dalam bakul, bawak bola ping pong dgn sudu, perah air masuk botol, sepak bola dalam gol, tarik bola dgn gelung, bawak bola hoki dengan kayu hoki, kepit bola kat celah kangkang dan main sambut belon air. Sangat seronok menjayakannya walaupun terdapat sedikit masalah dikalangan pengurusan pelajar, tapi semuanya terkawal. Kami berempat ni walaupun cikgu praktikal tapi garang tu beb!!


Apapun melalui aktiviti sukaneka ni, aku dapat membuat kesimpulan. Tugas guru bukan saja mendidik pelajar tetapi saling bantu membantu sesama guru lain menjayakan program sekolah. Aku harap semua bakal guru dan guru dapat mengambil iktibar. Yang tua perlulah menjadi contoh tauladan kepada yang muda. Sama-samalah membantu bukan melepaskan tengkok masing2.


p/s - sesapa yang ada pic sewaktu kami menjalankan aktiviti sukaneka tolong lah bg.. sebab punya la sibuk sampai tak dapat nak tangkap gambar sendiri.

4 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
huhu..semangat betul kena observe tu, macam2 bawak masuk kelas ea..berbaloi2! ;)
tapi time ni memang penat la..nak siapkan LP pun ley sampai 8 page sehari..cikgu2 lain la kan, satu page ley buat sampai 3 hari!

m0ga success la yer br0..
bukan mudah nak mendidik anak bangsa, apatah lagi generasi masa kini..
apa pun segalanya pasti ada ganjaran..skrG ni sesi pembelajaran lg, di samping mGutip segala pengalaman..

iKhRam said...

tq mr azrai.. sejuk hati bila membaca komen pembina semangat macam ni.. pembelajaran menjadi guru ni adalah pengalaman yang terindah dalam profesion perguruan. Banyak yang dipelajari bukan saja dari pengalaman sendiri tp pengalaman murid2..
harap perjalanan yang dilalui dipermudahkan. Perit dan sakit saya andaikan sebagai ubat yang pahit tpi menyembuhkan..
semoga saudara terus menyokong saya!

Miss Diana said...

salam....emm best je bl bc am punya rentetan n3...sbg pendidik byk cabaran yg perlu ditempuhi dik...tapi tu semuanya x mghlg utk adik melaksanakn tgjwb sbg pndidik..teruskn usaha...tingkatkan smgt tau..teruja kak tgk adik melayan murid2...semoga adik mnjadi guru yang disayangi semua murid dan disenangi oleh semua warga pendidik...gud luck dik....chaiyokx3...tp ingt kesihatan kena jaga tau..pastikan tdo tu cukup...rehatkan minda....senyum sokmo k..salam

ShAwN said...

wah3....anak murid ko mcm best2 jek....huhuhu...anak murid aku nnti ntah mcmne la ek,,,hohoho~~btw,,aku respek sebb berani pakai topeng tuh....hahaha...tahniah3...bukn senang nak buang perasaan malu tu...hehehe...

seronok bile murid2 bg slm diikuti dgn name kite sekali...huhuhu...pepe pon...all d best la noe~~seronok mengikuti perkembangan nieh....