I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 17, 2010

Minggu Terakhir Bergelar Cikgu Ikhram


Minggu ni merupakan minggu terakhir aku menjadi guru pelatih di SK Mutiara Perdana. Walaupun minggu terakhir aku tetap juga penat seperti biasa. Sibuk.. bukan aku jer tp semua cikgu praktikal sibuk.. !! Jadi untuk meredakan ketegangan tu aku curi2 keluar ke kantin sekolah, berbual2 bersama makcik2 kantin. Adakalanya aku makan bersama2 mereka. Adakalanya pergi meninjau anak2 murid yang membuat latihan choral speaking, kata bermadah, dan macam2 yang ada di dewan sekolah. Kurang rasanya stress bila melihat bakat budak2 ni. Secara jujur, aku amat2 terhibur dgn apa yang diorang usahakan dan berdoa semoga mereka semua berjaya mendapat tempat yang terbaik di negeri ini..


Minggu terakhir ni, aku masih tetap lagi mengajar. Bila sudah menjadi cikgu nie, barulah aku tau bahawa aku tidak boleh lagi mementingkan diri aku sendiri tanpa memikirkan apa kesannya ke atas anak murid. Secara jujurnya aku amat2 risau bila ada antara mereka yang masih tidak faham atau sukar untuk mengingati apa yang aku ajar.. untuk itu sempat juga aku menyediakan test kat mereka atas tajuk yang aku ajar tempoh hari.. Resultnye.. amat2 membimbangkan!!

Betullah kata GPK Koko sekolah ni, bahawa dalam mendidik ni, ada masa kita akan give up.. tp jangan dibiarkan lama2, cepat2 refresh balik semangat dan tanamkan azam untuk mendidik anak bangsa. Jadikan anak2 murid kita umpama anak sendiri. Barulah kepentingan mendidik itu ada. Kata-kata dari orang2 yang lebih pengalaman. Setiap pengalaman aku kutip.

Sepanjang minggu terakhir ni macam2 hal akan berlaku.. Adakalanya terkejut jugak dibuatnya.. nnt la aku cerita.. Takde mood sgt nak menulis sekarang nie.. banyak emosi yang tertumpah.. jadi layan jer beberapa pic yang ada, memori sepanjang minggu terakhir nie..

Inilah anak2 murid yang salalu menghiburkan hari2 aku sebagai guru.
Melayan kerenah mereka buat aku jadi sayang, geram dan macam2.

bersama Firman dan Syawal bersarapan makanan RMT.
Seronok melihat anak2 RMT yang bagaikan sebuah keluarga.
Ada yang mencedok makanan, menuang air untuk adik2 yang lebih kecil..
Angkut air dengan jag..
Riang pagi aku bersama mereka.

kelas 3 Delima..
Pantang aku nak buat magic show, cukup excited.
walaupun nakal, tp mendengar kata..
atau aku yang garang sgt???

budak kecik kat belakang tu, pernah kene sebat dgn aku.
Nakal sangat.. tp lepas kene sebat jadi baik pulak..

Warna ungu ni tandanya pengawas sekolah.. jgn tertukar..
diorang ni tugas pagi2 susun kerusi untuk aku dan cikgu2 lain
untuk perhimpunan..

Ni Zarif Haikal, antara murid yang sgt2 prihatin terhadap kebajikan aku.
Dia la yang akan tanya keputusan observe samada aku lulus ke tak..??
bila aku ckp lulus, gembira die mengalahkan aku..

seronoknye menampal..
berebut2 ni nak tampal..
terpaksa la aktiviti ni aku ulang sampai 6 kali
supaya semua dpt peluang menampal..

sukaneka darjah 2..
walaupun tak involve tp datg gak menyibuk tgok diorang.
terhibur sket dari stress jer memanjang..

ni bebudak kelas 5 intan.
walaupun hati rasa nak menangis melihat diorang..
tp aku perlu cekal.. inilah cabaran..
berpuas hati sangat2 bila apa yang aku ajarkan, mereka dapat..
sekarang mereka dah mahir kemahiran menolak..

ni semua hero2 sekolah..
bebudak darjah enam..
klau nak tau budak baju putih tu adik ipar kpd pengawas baju biru tu..
sori yer!! hahaha.. gurau2!!

ni buah hati pengarang jantung kat skmp..
gud luck Nazihah untuk pertandingan bercerita..
"MAYANG SARI...!!!"

Comelkan bebudak dua orang ni..
sorang nama Shafi, sorang nama Iskandar
dua2 pendiam.. senyum jer..
dah nak last2 ni baru nak berborak panjang dgn aku..

bersama pegawai kebersihan skmp..
makcik, tq melayan saya dan kawan2 dengan baik..
beria2 suruh budak tu masuk sekali dlm pic..
takut pendek umo klau bergambar bertiga jer..!!

bersama fazrul yg aku panggil atlet kelas..
kuat berlari mewakili sekolah
berjanji dgn aku takkan dapat no 9 lagi..
baik, kemas budaknye..
terpandangkannya buat aku teringatkan iman.

inilah pemenang anugerah
pelajar cikgu yang paling kelakar, HAMIZAN
penyeri hidup aku di library..
slalu sakat die nie.. tak sangka hamizan orang sarawak
"kamek sayang cikgu ikhram" terharunyer...!!

bersama Syafiq, Aiman dan Afif..
Syafiq yang poyo tp aku sayang
Aiman yang bulat dan afif yang kelakar..


kepada semua anak2 murid cikgu,
cikgu sayang kamu semua.
salah dan silap cikgu
kamu maafkan la yer
itu adalah tugas cikgu sebagai guru kamu
mana yang pahit itu ubat
agar kamu sejahtera sepanjang masa..
doa cikgu, agar kamu berjaya sentiasa
amin..

7 comments:

ShAwN said...

sdey3...hahaha....xmemasal...tp aku tk sokong ngn tjuk la...bukn la minggu trakhir...pasni kn ang jadi lagi cikgu...huhuhu

iKhRam said...

tq shawn kerana membaca.. yup, mungkin tajuk tu kurang sesuai.. tp percayalah menjadi seorang guru amat2 menyeronokkan. sepanjang perjalanan bergelar guru, ada masa kita akan kecewa.. tp bangkitlah!!

~ MaNjAlaRa ~ said...

eh, fazrul 2 mmg cm muka iman sikit la..
cume iman lagi kecik kot...

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
huhU..senyum jew baca entry ni, lihat pic2 budak tu semua mmG mghiburkan..kdG2 mGharukan, itu yG mungkin cikgu lalui..sy mmG sukakn budak2, apath lG yg lelaki..mybe c0z selama ini hanya dikelilingi adik2 p0mpuan semuanya..

nyway tahniah buat cikgu Ikhram..
dr segala pembacaan sy, nampaknya cikgu mmG seorG yg prihatin & bertanggungjawab..m0ga segala semangat & impian kekal bersinar selamanya, selagi berkecimpung dlm pr0fesion perguruan ini..tidak luntur dek masa, karenah atau kegagalan..

Miss Diana said...

salam....bukan mggu trakhir dik tp mggu permulaan buat adik dalam bidang perguruan...teruskan usaha tekadkan semangat kuatkan keazaman...insyallah segala kekangan akan dapat adik atasi....senyum sokmo k.

iKhRam said...

terima kasih semua..
semoga segala harapan dan doa kalian mematangkan dan menguatkan lagi menat dan semangat saya dalam bidang perguruan yang tercinta ini.. insyaallah.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

apsal cikgu pon muka budak2 lg kih3...

ingtkan murid sekolah juga tdi..

hehehe...

**gurau jer...