I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 5, 2010

Saya Yang Biadap

Bila umur semakin meningkat, rasanya jarang sungguh nak menonjolkan sikap yang orang ramai tak berapa suka. Rasanya sejak masuk ke Maktab ni, jarang2 nak mengamuk, nak melawan tak tentu pasal. Sebagai budak muda yang baru nak meningkat naik, perasaan cepat marah tu ada selalu dalam diri. Lagipun aku jarang nak mengawal apa2 yang terbuku dalam hati. Hati yang sedikit panas bertemu dengan insan dewasa yang kurang memahami umpama api melawan api. Api yang terpendam bukan bermaksud tidak bahaya, tapi mampu menjadi ancaman..

Biarlah satu Malaysia tau yang aku bencikan Bahasa Inggeris..!! Bahasa Inggeris la punca mengapa aku hampir2 gagal dalam hidup. Xde apa yang aku nak banggakan dengan Bahasa Inggeris yang rata2 buat manusia jadi ego. Wahai guru-guru Bahasa Inggeris, mengertilah wahai kamu semua akan rintihan anak murid seperti aku ini.. Fahamilah jiwa anak murid seperti aku ini.. Tanyalah pada diri kamu semua, 11 tahun anak murid kamu di sekolah, kenapa masalah sebegini masih berlaku pada anak2 murid yang bukan sahaja aku, tapi seluruh anak2 murid yang ada di tanah air ini.. ? Kalau kamu semua menyalahkan kami.. dan terus2 menyalahkan kami.. dimanakah kesilapan kamu semua...??? Fikirkan lah..

Aku seorang bakal guru.. dan akan berhadapan dengan semua ini.. Selagi masalah ini tak berkesudahan selagi itulah rintihan ini akan berlaku dan menghantui orang2 seperti aku.. dan anak2 bangsa yang lain. Kemudian aku terus gagal, gagal dan gagal.. dan semua ini adalah berpunca dari BAHASA INGGERIS.. Tak semestinya kurang mahir dalam bahasa Inggeris buat kami akan gagal menjadi guru yang baik..?? Kamu keseluruhannya salah !!! Begitukah caranya guru Bahasa Inggeris memotivasikan kami?? Kalau begitulah caranya, kamu la insan yang gagal mendidik kami..!!

Harapan aku hanya satu.. kurniakanlah kami guru2 Bahasa Inggeris yang menyayangi kami, yang memahami kami, yang mampu membantu kami, yang meredhai kami.. dan yang meyakini kami.. kerana kami ketandusan guru-guru Bahasa Inggeris yang sebegini..!! Aku yakin, aku pelajar yang boleh atas bantuan kamu semua.. guru2 kami..!!

p/s- maaf andai ada yang tersinggung dengan petikan di atas. Harap Maklum.

2 comments:

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..kegagalan anak didik adalah kegagalan kita mendidik..kalu la semua guru b0leh berfikir begini! ak pun lemah sangat English ni, risau juga nak menghadapi pengajian mendatanG..
nyway sabar yer br0..
InsyaAllah, hati yG tenang & redha lebih mudah menerima dari jiwa yG terus member0ntak

iKhRam said...

Sentiasa tenang bro.. sebab saya pun nak jadi guru suatu hari nanti.. walaupun saya kurang mahir berbahasa inggeris, tp saya ingain mendidik anak bangsa utk tahu apa yang dinamakan BAHASA INGGERIS mengikut acuan saya sendiri... cara yang besa2 ni dah lapuk dah!!