I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 27, 2010

Sibuk

Sibuk ker..?? sibuk sangat sebenarnya menghadapai peperiksaan semester kali ini. Berhadapan dengan paper chemistry, earth and space, p.jasmani, english dan education buat aku rasa nak gila.. serius disebalik ketenang yang terpancar, terselindung bayk kegelisahan di dalam hati.. Cuma kali ni rasanya memang keadaan aku tak bersedia. Nota-nota pembelajaran tercicir entah ke mana2, masa belajar, banyak melopong.. bila nak exam baru terkial2 nak minta orang ajar.. nasib baik ada jer yang sudi nak tolong ajarkan..

Apapun musim peperiksaan dah tamat.. cuma difikiran sekarang macam mana aku nak habiskan masa seminggu kat maktab nie.. sebab dalam hati ni ada gejolak nak balik kampung.. nak balik.. seyes!! bosan dok kat penang ni.. pulau yang membosankan!!

Wednesday, May 19, 2010

Selamat Datang SK Jln. Hamilton.. Selamat Tinggal SK Mutiara Perdana


Pagi2 lagi dah dikejutkan dengan berita akan menjalani praktikum 2 di SK Jalan Hamilton. Mula2 dengar memang frust sebab aku terlalu berharap akan mendapat sekolah yang sama. Aku sebenarnya rindukan kenangan dan anak2 murid di sana.. Secara jujur, walaupun sekejap tapi di aku selesa di sekolah tu..

Inilah padahnya kalau selalu bongkak menggelakkan kawan2 yg lain. Sebelum ni, selalu jer mendengar luahan hati seorang kawan yang mendapat sekolah SK Hamilton ni.. Bila dengar jer mesti aku akan cakap, "Nasib baik aku tak dapat sekolah ko tu," Last2 sekolah tu jugak yang terkena dengan aku.. hahaha! Dunia ni memnag kecik kan??

Di sekolah yang baru ni, aku tetap bekerjasama dengan rakan2 sepraktikum yang lepas, iaitu Zuliyana Hassan, Akashah dan Chua Ying Ying. Doa aku mungkin termakbul, walaupun berlainan sekolah tapi tetap bersama rakan2 sepraktikum yang sama untuk menjalani praktikum semester hadapan. Harapan aku untuk praktikm semester hadapan, aku akan dapat meningkatkan tahap pengajaran aku yang sedia ada dan mampu untuk menyesuaikan diri dengan baik dan cepat dengan budaya dan keadaan sekolah..

Kepada warga SK Mutiara Perdana, selamat tinggal.. ada rezeki ketemu lagi.. kepada warga SK Jalan Hamilton, nantikan kedatangan kami.. huhuhu..


p/s - aku harap, walau di mana aku dicampakkan sekalipun, biarlah aku menjadi pulau yang indah dan bermanfaat..

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mengajar dan mendidik kita supaya menjadi insan seimbang, dan harmonis baik dari segi pencapaian akademik mahupun molek pada budi pekerti.. Sejak dari bangku sekolah lagi saya memang seronok meraikan Hari Guru kerana bagi saya Hari Guru merupakan hari yang sangat istimewa..

Dulu masa bergelar pelajar, bila tiba Hari Guru saya amat gemar melihat dan mendengar kesemua guru2 saya menyanyikan lagu 'Kami Guru Malaysia'. Walaupun pada masa tu saya sendiri tak tahu apakah erti menjadi guru.. tp lagu tu sungguh2 membakar semangat saya. Saya turut sama merasakan semangat 'guru' itu. Pada masa itu melihat guru2 menghiburkan kami khasnya saya.. saya rasa sangat2 bertuah. Barulah saya kenal bakat sebenar guru2 saya. Masa itu mereka seolah2 seperti kami lagaknya. Celotehnya juga ibarat kami. Terlihat pulak gaya sebilangan cikgu2 yang malu2 seolah2 seperti kami sewaktu dipaksa mempersembahkan sesuatu di hadapan kelas. Tetapi itulah dunia guru yang baru saya jejak ini. Guru juga manusia biasa yang ada masa2nya ingin menjadi seperti manusia biasa.. namun manusia biasa yang mampu mengubah sesuatu tamadun.. Saya sedar, terbina sesuatu tamadun ini sebenarnya bertunjangkan guru..

Saya sejujurnya sangat2 memuliakan guru. Kalau nak dihitung betapa ramainya guru2 saya, memang tak terhitung. Pelbagai jenis cikgu ada masa zaman2 saya bersekolah dulu. Ada yang jadi bahan gelak tawa.. ada yang jadi pakar rujuk, ada yang jadi idola.. ada yang ditakuti dan nasib baik tak de lagi yang jadi buah hati atau bahan angauan.. ( bersyukur sangat ).

Namun jasa dan pengorbanan cikgu jarang2 sekali saya nak lupa. Baik jasa yang besar nampak dek mata mahu pun yang tersembunyi yang melibatkan pemahaman hati. Insyaallah, kalau bercerita tentang cikgu, mesti panjang lebar. Adalah citer2 yang kami nak gelak sama2.. ada jer kenangannyer.. kene denda la.. kene buat keje byk la.. mcm2!

Namun, segar lagi dalam ingatan saya akan pengorbanan cikgu add math saya,. cikgu aini yang saya panggil cikgu yang terhebat dalam kehidupan saya. Cikgu yang terlalu membawa erti pada kehidupan dan masa depan saya. Nak cite tentang kehebatan die sampaikan bagi je la soalan apapun tentang add math.. semua die bely jawab... tp bukan itu yang membuatkan die menjadi inspirasi saya..

Cikgu Aini saya ni seorang guru yang hebat bila die sanggup berkorban segala2nya untuk saya dan anak2 muridnya untuk berjaya dalam hidup. Masa saya nak SPM, bersama dialah saya dampingi lebih dari 7 jam setiap hari.. Dialah yang sanggup bermati-matian mengajar saya add math selama 4 hari sebelum paper SPM add math. Bayangkan sampaikan suami ajak beraya kat umah keluarga pun cikgu saya tak nak. Dia jawab.. "masa depan anak2 murid saya sekarang ni kat tangan saya," macam tu sekali layanan cikgu Aini terhadap saya..

Pernah suatu ketika, saya belajar kimia kat rumah tuisyennyer . Disebabkan rumah saya jauh dari rumah tuisyen, mak ada bekalkan makan tengahari.. tp bekal untuk hari tu tak cukup.. bila petang jer saya lapar. Memandangkan hari tu study sampai petang, kami bertiga pada masa tu dah tak de jalan lain melainkan berlari ke rumah cikgu Aini utk mintak sikit kuih raya.. kami pun minta la.. kami tunggu dari luar rumah untuk tunggu kuih raya dari dia. Tunggu punya tunggu, punya tunggu.. kuih raya tak sampai2.. Pelik jugak.. tp kami tetap tunggu.. Akhirnya, cikgu keluar dari pintu rumah sambil membawa beberapa keping sandwich yang berlapis2.. hahahaha! seronoknyer la masa tu tuhan saje yang tau! Sejak dari hari itu, saya mulai meminati sandwich. Cikgu, sandwich cikgu itu sangat2 bererti pada saya sehingga kini..

Saya ingin menjadi seperti die.. menjadi guru yang menjadi inspirasi kepada anak murid. Saya bawa cerita Cikgu Aini ni masa temuduga maktab. Penemuduga saya tekun mendengar..

Sempena Hari guru kali ini, saya ingin mengucapkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 yang pernah mengajar saya dari huruf 'A' sehingalah kini bijak mengajar insan2 lain akan kepentingan huruf 'A' tu semula.. kepada Cikgu2 saya, jasa dan pengorbanan kalian tak mampu saya lupakan melainkan mendoakan cikgu2 semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang selalu dimurahkan , azam dan iltizam yang tidak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa. Tanpa cikgu2 semua, saya tak mungkin akan menjadi pelapis cikgu2 semua. Segala pengalaman dan pengetahuan yang cikgu2 semua beri akan saya jadikan azimat dan pedoman untuk bergelar guru di masa depan. Cikgu, Terima kasih banyak..



p/s - Emak saya pernah cakap, menjadi cikgu orang akan hormat dan mulia sampai bila2.. Gelaran 'cikgu' tu takkan pudar walaupun badan reput dimamah bumi..

Wednesday, May 12, 2010

bila dimana siapa 15

Tongkeng! Oh Tongkeng! Dipesisiran Pantai Sesat

tarikh : 7 Mei 2010
tempat : Pantai Sesat.. huhuhu


bila siapa dimana 14

Pusat Kegiatan Guru

Lawatan seketika di sini memberi pengetahuan baru
akan organisasi yang sedikit sebanyak
membantu kami dalam profesion perguruan..
seronok mendengar taklimat yang santai..
sambil mengeratkan hubungan antara rakan2..
sori .. tersilap tulis tarikh utk buku pelawat..
seorang salah tulis, habis sepuluh orang pun salah isi..
huhuhu..


ta
ta\tarikh : 7 Mei 2010
tempat : Pusat Kegiatan Guru, Gelugor

bila siapa dimana 13

Al-kisah Pembuat Line Balapan

ana, ikhram, nadiya, fuad, amir..huhuhu x cam dah sapa lepas tue..

huhuhu.. model penggaris balapan..



Setiap hari khamis bukanlah hari yang terbaik sebenarnya..
Sebab kalau tak kene kemaskan bilik pejabat Jbtn P. Jasmani..,
Kene label barangan sukan maktab lak..
Kalau tak pun, kene kemaskan stor sukan..
dan yang paling teruk ..
Ni haa !! kene buat line balapan..
Selama hidup inilah pengalaman paling 'hot' yg aku hadapkan !!
Tp takpe..
mana yang 'hot' tu kita jadikan hiburan..
Seronok sangat buat keje ni sambil tergelak2 dgn kawan2..
Melihat gelagat Mr. Kwan
huhu.. luv u all 5 sned 1..

tarikh :29 April 2010
tempat : Padang IPG Kampus P.Pinang..



p/s - kepada Farhana Fauzi.. aku dah masukkan pic face mu.. Jgn mrajuk lagi k?? huhu..

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu - Emak Saya Wanita Hebat.


SELAMAT HARI IBU

khas untuk mak saya, PN FUZIAH HJ TALIB
mak, abg sayang mak!!



Awal-awal pagi dah kejutkan mak untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu". Emak hari ni bangunnya lambat sedikit dari biasa.. memandangkan hari ni lah peluangnya berehat setelah 6 hari seminggu, bekerja. Mungkin sebab anak-anak dah tiada menetap di rumah.. yang ada hanyalah si bongsu yang sudah pandai mengurus diri sendiri.

Setiap tahun, seperti biasa akan ada sekeping kad jadi pengganti diri buat menyampaikan ucapan paling manis buat emak. Alhamdulillah dikurniakan jiwa dan hati serta bakat menulis.. sedikit sebanyak apa yang terbuku di dalam hati mampu terungkai dalam nota-nota indah untuk menghargai kewujudan seorang ibu. Tapi tidak tahun ini, saya punya agenda yang lebih baik untuk itu.. huhuhu.. saksikanlah..!!

Emak.. tangan yang lembut menghayun buaian boleh menggegarkan dunia.. nampak macam berlebihan sgt perumpamaan saya kali ini.. tp itulah senarionya. Mak saya mungkin nampak seperti wanita biasa yang lain, tapi di mata saya emaklah wanita yang unggul yang mampu melahirkan 2 orang bakal2 guru yang bakal cemerlang di tanah air sendiri.. hahaha..

Dari kecil hidup bersama emak jarang sekali nak berjauhan. Attachment saya dengan emak sangat kuat sehinggakan menjangkau usia 22 ni, setiap kali ingin pulang ke kampus emak tetap menyusun kain baju saya. Katanya setiap kali saya bersiap mahu pulang ke kampus.. " kau susun nanti tak muat beg!!" kadang2 saya tak tau di mana kesempurnaan tu sehinggakan perkara yang remeh terhadap saya pun masih dalam penglihatannya. Setiap kali pulang saja ke kampung, awal pagi dia akan ke mencari sebiji nangka untuk dibuat gulai. Kadang2 pelik juga sebab yang makan gulai nangka tu mungkin saya seorang tapi mak masak hampir seperiuk besar.. tp ajaibnya gulai nangkanya tu tetap habis..

Begitu juga dengan air teh buatan mak yang bagi saya takkan sama dengan bancuhan orang lain walaupun ramuannya sama. Setiap pagi bangun dari tido, perkara pertama mungkin selain menggeliat, saya akan buka peti sejuk melihat baki bancuhan air teh mak..(biasalah anak bujang bangun lambat) Begitu jugak dengan lauk pauk yang lain. Mak lebih suka memasak daripada membuat keje2 lain. Apa saja yang mak masak selalunya saya makan. Lidah ni kalau tau mak yang masak, mesti sedap. Sampaikan saya pernah bergaduh dengan seorang jiran semata2 mengatakan masakan mak lebih sedap dari dia.. itulah kenangan sewaktu kanak-kanak yang berlanjutan sehingga kini.

Emak saya sangat garang. Lebih garang dari abah. Waktu kecik2, apa saja yang tak dibuatnya dengan saya. Kene cubit, kene pukul, kene titik dengan pembaris jahit, kene kurung, kene makan kertas, semuanya pernah. Kalau orang kenal mak saya, mungkin orang tak percaya mak saya segarang tu. tp itulah kebenarannya. Sebab tu saya lebih senang minta duit dengan abah.. Cuma akhirnya saya tetap juga akan menjelaskan pada emak. Sebagai emak, jarang sekali nak menipu sebab mak lebih kenal anaknya. Kata2 emak, "emak mengandungkan kau 9 bulan bang, mak tau apa yang ada dalam hati perut ko tu".. huhu.. Macam mana nak menipu..? hahahaha

Antara adik beradik saya, sayalah yang paling degil dan kuat menjawab. Sebab itulah kenangan2 yang tak baik banyak ada pada saya. Tapi saya lebih senang mak membebel dari emak terus diam dan mengalir air mata disebabkan saya. Sebagai anak, saya pernah mengecewakan emak. Saya bukanlah secerdik mana tapi sikap malas saya tu buat emak kadang2 kecewa dengan saya. Pernah sekali emak menitiskan air mata sebab buku2 rujukan yang dibeli tak pernah saya buat. Masa tu saya berada dalam tingkatan 3. Satu malam rumah sepi..

Setiap pagi, mengejutkan saya ke sekolah adalah masalah paling besar.. tp emak bijak melawan masalah saya tu. Diambilnya pengepam sos, diisinya air disimpan dalam peti sejuk. Keesokkannya kalau saya tak bangun jugak, dipamnya air sejuk tu ke muka saya. Saya pun bingkas bangun sebab tak tahan sejuk. Mulalah nak marah2.. tapi nampaknya cara tu berkesan. Mungkin saya pun akan guna cara yang sama kalau bakal anak saya buat masalah yang sama kepada saya..

Emak saya nampak keras diluar. Jarang sekali melihat emak menangis... dan bila sesekali air mata mak mengalir, saya tau la tentu hati emak benar2 tersentuh. Kali terakhir saya melihat airmata mak mengalir bila kami sama2 menonton Majalah 3 tentang bual bicara berkaitan kisah Yasmin Ahmad atas kepatuhan allahyarham kepada ibu bapanya. Saya menggelakkan emak sebab peraturan kat rumah sesiapa sahaja akan digelakkan kalau menangis menonton tv. Tapi lepas melihat emak menangis, saya pun ikut sama menangis. Susahnye nak jadi anak sebaik allahyarham...

Emak jugalah tempat saya jadikan sebagai pakar rujuk. Apa yang emak saya tak boleh buat??? Semuanya boleh. Kami selalunya berkongsi cerita. Emak suka bercerita kisah2 silam yang kadang2 saya mampu sambung ceritanya. Sebab ceritanya berulang2. Sikapnya ini saya warisi sedikit sebanyak. Sebagai wanita yang tidaklah terlalu didedahkan dengan dunia urban, apa yang menggelikan hati, emak saya seorang yang takut melintas jalan. huhuhu.. kami selalunya jalan berpimpin tangan walau di mana2. Emak akan memegang kuat lengan saya kalau melintas jalan. Katanya dia takut..

Saya anak lelaki sulungnya. Jadi sayalah yang diharapkannya walaupun nampaknya saya sedikit bermasalah menjadi seorang yang kuat. Emaklah yang mendorong saya menjadi guru yang baik. Emaklah yang mendorong saya menyelesaikan masalah sendiri. Emaklah yang membuatkan saya terfikir yang saya perlu rajin untuk menjamin masa depan saya. Dulu emak tak cakap banyak bila saya nak SPM. Emak cakap kalau nak hidup senang, belajar sungguh2.., kalau tak nak hidup senang senang.. terpulanglah. Senang2 dulu, susah kemudian.. itulah ayat die yang adakal buat saya geram. Cepat2 saya buka buku. Hahaha..!! Emak saya bukan lulusan universiti mana2 tapi tanyalah apa saja pasal sejarah, pasal biologi, emak saya mungkin sehebat pensyarah saya di maktab nie.. rahsianya mak saya suka baca slot kesihatan kat surat khabar UTUSAN Melayu. Dulu sewaktu sekolah buat rombongan ke mana2. Mak bagi banyak alasan untak saya tak pergi.. sehinggakan saya tak boleh lupa ayat ni.. "abg, ko balajar rajin2.. nnt dah besar mana-mana tempat yang ko nak pergi pun ko dapat.." . Terbukti benar!! Belum sempat nak pegang duit sendiri, pihak maktab dah bawa saya jalan ke macam2 tempat.. huhuhu.. cakap mak memang masin.

Rahsia saya dengan mak yang lain biarlah menjadi kenangan sampai bila2. Takkan ada pengganti emak saya yang seorang ni. Emak sayalah wanita yang paling garang di dunia ini yang amat2 saya takut. Orang lain pun saya tak takut melainkan mak saya.. Emak tak punya permintaan yang lain melainkan mahu saya dan adik bergelar seorang guru. Insyaalah, itulah yang cuba saya tunaikan sekarang. Mak tahu di mana kemampuan saya sebagai anaknya dan sesungguhnya pemahaman emak yang seperti ini amat2 saya hargai. Emak, abang harap emak akan selalu bahagia menjadi emak abg dan adik2 abg sampai ke akhir hayat. Doakanlah kejayaan anak2 emak di dunia dan akhirat. Jgn la emak lupa anak2 emak amat menyanjungi pengorbanan emak, kasih sayang emak dan keunggulan emak sebagai seorang wanita. Abg ingin selalu menjadi anak yang soleh kepada emak dan anak yang manjadi kebanggaan emak. Emaklah ratu hati abang dan takkan ada pengganti emak dalam dunia ini walaupun bumi ini diganti dengan 7 kali biji bumi pun.. Abang sayang emak dan sentiasa menyayangi emak.. Sembah sayang abang untuk emak.. SELAMAT HARI IBU.


dari anakmu.. Mohamad Ikhram Ishak.

Wednesday, May 5, 2010

Saya Yang Biadap

Bila umur semakin meningkat, rasanya jarang sungguh nak menonjolkan sikap yang orang ramai tak berapa suka. Rasanya sejak masuk ke Maktab ni, jarang2 nak mengamuk, nak melawan tak tentu pasal. Sebagai budak muda yang baru nak meningkat naik, perasaan cepat marah tu ada selalu dalam diri. Lagipun aku jarang nak mengawal apa2 yang terbuku dalam hati. Hati yang sedikit panas bertemu dengan insan dewasa yang kurang memahami umpama api melawan api. Api yang terpendam bukan bermaksud tidak bahaya, tapi mampu menjadi ancaman..

Biarlah satu Malaysia tau yang aku bencikan Bahasa Inggeris..!! Bahasa Inggeris la punca mengapa aku hampir2 gagal dalam hidup. Xde apa yang aku nak banggakan dengan Bahasa Inggeris yang rata2 buat manusia jadi ego. Wahai guru-guru Bahasa Inggeris, mengertilah wahai kamu semua akan rintihan anak murid seperti aku ini.. Fahamilah jiwa anak murid seperti aku ini.. Tanyalah pada diri kamu semua, 11 tahun anak murid kamu di sekolah, kenapa masalah sebegini masih berlaku pada anak2 murid yang bukan sahaja aku, tapi seluruh anak2 murid yang ada di tanah air ini.. ? Kalau kamu semua menyalahkan kami.. dan terus2 menyalahkan kami.. dimanakah kesilapan kamu semua...??? Fikirkan lah..

Aku seorang bakal guru.. dan akan berhadapan dengan semua ini.. Selagi masalah ini tak berkesudahan selagi itulah rintihan ini akan berlaku dan menghantui orang2 seperti aku.. dan anak2 bangsa yang lain. Kemudian aku terus gagal, gagal dan gagal.. dan semua ini adalah berpunca dari BAHASA INGGERIS.. Tak semestinya kurang mahir dalam bahasa Inggeris buat kami akan gagal menjadi guru yang baik..?? Kamu keseluruhannya salah !!! Begitukah caranya guru Bahasa Inggeris memotivasikan kami?? Kalau begitulah caranya, kamu la insan yang gagal mendidik kami..!!

Harapan aku hanya satu.. kurniakanlah kami guru2 Bahasa Inggeris yang menyayangi kami, yang memahami kami, yang mampu membantu kami, yang meredhai kami.. dan yang meyakini kami.. kerana kami ketandusan guru-guru Bahasa Inggeris yang sebegini..!! Aku yakin, aku pelajar yang boleh atas bantuan kamu semua.. guru2 kami..!!

p/s- maaf andai ada yang tersinggung dengan petikan di atas. Harap Maklum.

Tuesday, May 4, 2010

bila dimana siapa 12

Afiq, Amir, Azurin ... dan aku

Azurin, Aku dan Hanis Safwan

Sebagai penyelamat
Kami la wiraman ngara
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
IPG Kampus Pulau Pinang..
kui kui kui !!
segera menyambut kedatangan Tuan Pengarah
Melawat masuk di Teratak Seri Amra
Kamilah Penghuni berani institut.. hahahahaha
apa2 jer ar!!

Tarikh : 28 April 2010
Tempat : Teratak Seri Amra