I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 27, 2012

Langkawi Pulau Legenda

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku akui, pengalaman bekerja memberikan aku peluang untuk mengembara di negara sendiri. Rapat bersama rakan-rakan sekerja yang memang kaki jalan, sememangnya merealisasikan impian aku yang mahu melihat dunia luar.
 
Pulau Langkawi; pulau kecil di utara Malaysia. Ternyata melebihi daripada apa yang aku sangka. Pulau yang pernah menyimpan banyak legenda melayu ini sebenarnya memberi kepuasan kepada sesiapa yang mahu menerokainya. Walaupun tidak berjaya melawat kesemua tempat, tapi kepuasannya ternyata tidak menghampakan.
 
Ini kali keempat aku melawat pulau ini dan kali inilah yang paling menyeronokkan. Menetap di hadapan Pantai Cenang memberikan seribu satu cerita. Pada malamnya, kawasan ini seperti pesta dengan longgokan ramai pelancong luar. Kadang-kadang tersenyum sendiri kerana menjadikan diri seperti pelancong asing konon-kononnya.
 
Kalau stereotaipnya di Langkawi, melawat makam mahsuri itu lazim. Aku akui tempat itu sudah aku lawati. Kali ini pengalaman baru aku rasai dengan mengapungkan diri di tasik dayang bunting yang menyimpan misteri dari kayangan.
 
Mitosnya, disini tempat berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Sudah semestinya mitos ini bukanlah untuk aku masih berstatus bujang. Sebenarnya aku teruja ingin merasai nikmati mandi di dalam tasik yang dalam. Seronok bila kaki bebas terbang di dalam tasik tanpa mencecah lantai dasarnya.
 
Sebenarnya banyak lagi ceritanya yang aku tinggalkan di pulau ini. Biarlah semuanya terpahat dalam memori. Ternyata, percutian hujung tahun kali ini berjaya merapatkan kami semua sebagai rakan sekerja yang mampu bertolenrasi dan berkongsi segala-galanya bersama-sama.
 
p/s - tidak hairanlah kalau orang kata pulau langkawi pulau Tun Dr Mahathir. Lanskapnya sendiri jelas mempamerkan wajah mantan perdana menteri kita. Kalau aku jadi orang langkawi hari ini, aku pun bangga mengaku sebagai warganya.
.


11 comments:

the malay male said...

seronoknya cuti cuti malaysiaaaaa

syakey said...

rasa seram je tengok sapa yang berenang dekat tasik dayang buntik tanpa life jacket. tak tenggelam ke. kita gigih pakai life jacket tu pun kecut perut tengok air dia sebab tak nampak apa.

langkawi mmg menarik. lama tak pegi.

khairunnisa said...

langkawi best tu =)

ghost writer said...

tahun lepas itulah pertama kali aku jejak kaki kat pulau ni.

Gillette Flores said...

Rindunya Langkawi :)

::FAIZ:: said...

gmbr last cool

Dkna Abza said...

baru 2x jejak kaki ke langkawi sebab dihantar kursus :P

MaMa Rey said...

bestnya langkawi..belum pernah sampai langkawi lagi..

Felly Sophia said...

Teringin mahu pergi bercuti ke Langkawi juga.

elly nadyra said...

dik baca entry ko mcm baca novel dik, seronok lak sis baca....langkawi memang best kan, sis pi sana byk kali pun tak pernah jemu!

ikan said...

Huhu. nampak perut tuh naik, naik. Hehe