I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 28, 2013

Hijabista

 
Selepas aku melayan lagu "Kerana Aku Sanggup" dendangan agnes monica, aku tetiba tertonton hijab tutorial style. Bila aku dok layan-layan, aku terfikir.. bagaimana kaum hawa hari ini sanggup mengambil jalan paling sukar untuk bertudung..?? Berlilit sana-sini.
 
Secara jujur, aku bukanlah anti fesyen dan perkembangan terbaru terhadap wanita bertudung  sedang kini fesyen sebegitu semakin berkembang positif. Tapi bila aku tengok secara keseluruhan dari tutorial hijab ini tadi , kebanyakan kain selendang yang panjang-panjang tu, akhirnya tidak mampu pun menutup bahagian dada. Sebaliknya, mereka lebih menitik beratkan, helaian-helaian selendang yg terakhir tu mampu atau tidak berjurai atau tidak di tepi pipi.
 
Kalau tak terjulur keluar, tak sah agaknya pada diorang ni. Yang hairannya tu, kain selendang yang disarungkan tu, umpama aksesori yang sesuai dibuat kibaran oleh angin. Yang jelas nampak, adalah kain tudung yg dijadikan anak tudung yang kini sudah digunakan untuk menutup leher. kalau begitu, pakai je la anak tudung yang sehelai tu.
 
Baiklah, aku faham juga sikit-sikit konsep hijabista hari ini. Ada masa tu tidak dinafikan, kadang-kadang cantik juga kelihatan pemakainya, cuma adakala tu, bagi aku agak keterlaluan dan menyukarkan pergerakan. Aku sebagai lelaki, bila melihat fenomena sebegini, pasti merasa janggal dan kadang-kdang berasa kasihan.
 
Kalau naik komuter, selalu berhadapan dengan masalah mangsa fesyen hijabista yang keterlaluan seperti ini. Kadang-kadang aku bertanya juga dalam hati.."Nak ke mana je la budak-budak ni" ..  itu belum dengan baju kaler hijau, skirt kaler biru neon. Kadang-kadang tu siap legging kaler kuning. Memang tak boleh blah...
 
"Dik, kau tu bertudung tau !!"
 
Aku, walaupun lelaki.. faham juga trend fesyen tahun lepas - blocking clour. Tapi jangan sampai ter'block' minda tu sama.
 
Bagi aku, fesyen yang baik adalah - yang simple, selesa dan elegent.
..
 
 kalau adik dah memang cantik, pakai tudung bawal letak kerongsang kiri kanan pun masih nampak manis. Jangan susahkan diri anda untuk kelihatan lebih baik dan sempurna.
 
p/s - terima kasih adik manis yang telah mentutorialkan abg tadi yer.
.


17 comments:

Joe_Hans said...

jujur...xkesah sangat ngan shawl & segala tudung.,janji masih nampak rupa tudung tu... cuma sangat xleh blah ngan TURBAN...SANGAT XSUKA TENGOK... i don't know y...

ewanthology said...

tu la, nak pakai tudung je dah amik masa brape jam... huhu


xpelah bro, asalkan diaorg nak bertudung.

ZWAN SABRI said...

tak dinafikanla skang ni banyak sungguh fesyen tudong..
btw zwan x suka tgk pompuan yang pakai tudong indon yang serlum terus tu.. tudong tu nampak macam pemalas..

bukankosong said...

sbb tu ramai skrg yg dikata bertudung tp berbogel

Anonymous said...

hahaha.

aku takde la gile selendang.

tapi tunang aku memang tak bg pakai tudung lain selain tudung bawal.

betul jugak fakta-fakta kau di atas.

Nazerah Yahya said...

fesyen sekrg mcm2 ....

wanita kenalah bijak memilih yg terbaik ...

sarah zulk said...

sebab... niat dihati nak tarik lelaki supaya nampak mereka.. walau susah, seribu daya diusahakan.. n media pun ajar, kalo wat cmtu baru lah in trend.. kalo tak mcm tu, dikata nye ketinggalan zaman. perempuan adalah makhluk Tuhan paling mudah terpengaruh.. aku faham perasaan mereka..

Khaisya said...

tudung bawal labuh tetap jadi pilihan.

Unknown said...

konsep balut dan tutup adalah berbeza.......sis jauh dari sempurna, tapi kadang2 pelik gak ngan fesyen2 hijab nih!

Uji Hussein said...

Kalau ingat apa tujuan bertudung, takdelah teikut fesyen tudung yang menyusahkan tapi sebenarnya tak mengikut kehendak Islam yang sebenar.

mieza said...

tau xpe.. mcm2 fesyen skang ni..
papepun pakai tudung bawal pin kiri knan gak yg selesa

Ermizi Muhamad said...

Berbelit - belit . Haha.
Berwarna - warni . Cantik kan untuk Abang jugaaa

ctpayong said...

yang utama tutup aurat. tak kiralah takut kerana Allah atau takut kena kata. pernah jugak mencuba memfesyenkan pamakaian tudung ni. hasilnya buang masa depan cermin tak sudah-sudah.

dalam hatu kata...yang mereka memperagakan berbelit-belit, berlapis-lapis boleh tak rasa rimas atau panas sebab mereka-mereka tu duk tayang dalam bilik aircond...heheheeee.

biasa-biasa saja &yg penting selesa.

Unknown said...

anggap itu proses belajar. tak lama lagi, diorang belajar untuk tutup aurat dengan lebih sempurna. :D

acaiii .__. said...

heran jugak . terbelit sana terbelit sini . kang terbelit diri sndiri br tau . kdg2 dah macam pocong jek ak tgk . -_-''

Unknown said...

lebih baik tak reti dari terlebih reti . hehe

Unknown said...

me suka kalau ada guys yg buat entry pasal wanita o aurat..sbb bila kita luahkan pndapat kita so org akan fahami ap yg kita cuba sampaikan..hehe ^^ betul..dlu pakai juga shawl..tapi tak selesa..sbb pendek sngt..nnti rimas..hoho..selesa dgn tdung bawal