I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 23, 2010

Hari Pertama Praktikum

Semalaman tak tido mengenangkan nak ke sekolah esok. Pukul 4 pagi baru la terlelap.. sebenarnya macam2 dalam fikiran. Memikirkan ada asignment yg masih tertunggak.. memikirkan apa yang sebenarnya yang aku kene buat dalam buku rekod rancangan mengajar.. apa yang nak kene isi.. macam2..!! Jadi, sapa cakap senang nak jadi cikgu!!!

Pukul 5.30 mak kejutkan aku seperti biasa. Tak cukup mak, abah pulak..!! Tak la semua budak2 kat hostel yang dah bangun time ni.. memandang aku dapat sekolah jauh, jadi aku kene la bangun awal2. Macam rumate aku, Amir Aminuddin, die boleh la lagi tidur meringkuk ala2 udang.. sebab sekolah die dekat sangat. Terlalu dekat sebenarnya.. Bersiap sakan untuk hari pertama.. sebenarnya hari2 begini cuma hari ni lebih sket,hahaha... Dengan memadankan kemeja dan tie berwarna ungu serta seluar berona kelabu.. aku rasa aku dah cukup menarik.. boleh la nak tarik perhatian orang sekeliling sket2.. hahaha!!

Kami berempat pergi ke Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana termasuklah aku, Akashah Khairuddin, Zuliyana Hassan dan Chua Ying Ying yg merupakan pilot kami untuk hari ini dan hari2 yang lain. Jangan tak tau kitaorang pergi sekolah naik kereta TOYOTA VIOS.. jgn ingat guru2 pelatih hari ini cikai2 jer..korunk semua kene tengok kitaorang ni ( guru2 pelatih) dgn dua2 belah mata.. hahaha..( tak sedar diri menumpang..)

Pukul 7.15 sampai dah sekolah.. dalam kereta td abah ada call lagi.. sampai sekolah abah call lagi.. apapun aku menjawab pertanyaan abah dgn positif.. semua ok! Dari zahirnya sekolah ini memang bagus.. Semua kelengkapan dan kemudahan lengkap. Paling penting makmal sainsnye memang the best la!! Aku lihat rata2 bakal anak murid aku ni average tahapnya. Sebab ramai anak2 askar, memandangkan sekolah ni dekat dgn kem askar. Guru besar pun ok, senior2 kami kat maktab yang sama2 menjalani praktikum pun baik2.. guru2 pun baik.. semua ok la.. makan pun sedap.. apa lagi yang aku nak?? bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku ditempatkan di sekolah ini..

Kami sama2 menghadiri perhimpunan.. seperti biasa, aku duduk sepi dan keliling aku guru2 lelaki yang rata2nya sibuk dengan isu2 semasa mereka.. isu bola..! Padahal perhimpunan sedang berjalan. Perkara biasa la tu sejak aku menjadi guru pelatih. Mungkin kalau dulu, masa menjadi murid sekolah rendah, aku menganggap guru terlalu sempurna.. sebenarnya itulah senario yang aku hadapi bila aku menjadi guru pelatih..

Cuma masalahnya kini, aku masih belum lagi mendapat jadual waktu mengajar. Kami diperuntukkan untuk mengajar 8 waktu major (sains) dan 2 waktu minor (aku harap dpt pj.. jgn la suruh aku ajar english). Kemungkinan besar, esok baru aku ketahui semuanya.. tak de apa yang kami buat sepanjang hari ini melainkan berbual, makan dan terus berbual di pusat sumber. Itulah meja guru bagi kami! ok jugak bila ditempatkan kat sini.. bley tgok2 gelagat bebudak masuk library.. macam2 tabiat ada..

Teringat masa rehat ada murid yang sakit.. demam sebenarnya.. tp bila aku perhatikan dah macam sakit polio pun ada. Mula la rasa meluat aku datang. Kok iya pun nak balik sebab demam, jangan la over sangat lakonannya.. sekali aku cakap la.. "kalau macam ni la sakit kau ni, hantar hospital la kene cucuk!!" sekali menangis la pulak siap jerit2!! aghhh sudah.. nangis pulak budak ni.. lantak ko la!

balik, makan.. telefon miss Norizan sebab jadual tak dapat lagi dan tido..
malam membalut buku persediaan mengajar.. cantiknya buku rekod mengajar aku.. tp dalam kosong tak berisi ape2.. malas sungguh nak catat apa2 kat dalam buku ni..

gud luck untuk aku..
apa2 gambar pun.. esok2 la aku post..
insyaallah.. tp tak janji!

No comments: