I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 4, 2010

Ruangku Terhad

Hari ni kan aku mc..?? Jadi aku ambik kesempatan untuk berehat rehat saje kat atas katil..!! Sejak dari pagi aku terlantar sampai la malam.. memang masa aku kat atas katil.. sekejap kaki kat kepala katil.. sekejap kaki kat hujung katil.. sekejap kaki aku bengkokkan.. sekejap aku luruskan.. Lenguh kaki aku ni kalau pegun setempat jer. Kadang2 jer aku terpaksa bergerak ke bilik air.. Seksanye nak mandi dgn sebelah kaki.. Nasib baek kerusi beroda ini ada. Senang sket aku nak bergerak ke bilik air. Bayangkan aku dgn kerusi beroda ni.. Tak sudah2 kene usikdgn kawan2. Kalau boleh aku memang tanak menyusahkan orang ramai.. tapi dalam bab2 membelikan makanan ni.. beli ais, ambikkan air untuk aku.. memang aku terpaksa suruh orang.. !! terima kasih rumate, terima kasih kawan2.


Bosannya hari ini. Ruang hidupku kini terhad. Aku banyak habiskan masa untuk menyiapkan esei aku yang sebenarnya tak siap apa2. Apapun terima panggilan dari beberapa orang kawan2 dan dari sanak saudara. Dan tak terlupa dari abah yang tersayang.. Abah cakap mak risau... aku pesan kat abah supaya bgtau mak yang aku tak ape2.. sakit kaki pun dah ada kurangnya. lagipun kawan2 ada. Abah gelak dan cakap biasalah mak! nama pun emak..!! ala.. dalam hati aku ckp, abah pun risau gak!! hahaha.. abah ada pesan supaya aku tak bayk gerak..!! abah tnya aku bila balik seremban?.. dalam hati aku berkata lagi, agaknya abah risau macam mana aku nak balik seremban agaknya??

Untuk malam ni aku nak siapkan esei education aku yang tertangguh2 tue dan berehat2 sahaja..!! Baru saja td tau dari Fadhli yang class besday party tak jadi disebabkan kesibukan yang melampau antara kami.. ! Harap semua orang setuju dgn keputusan ni..!

p/s - tq afiq sebab tolong belikan makanan malam.. padahal baru jer dari mktb bainun td..!

lucu ar pic ni!!
tp aku letak gak la..
inilah proses rendaman ais yg disyorkan oleh sapa2 ntah..
aku ikutkan jer!! sejuk membeku.. nak tercabut urat2 kaki aku..!!

No comments: